Matanya yang tajam sekadar dua jarak mata si pemakai. Maka tiap-tiap yang terlihat dan terdengar maka sampailah ia. Sembunyi tempatnya seolah pemalu sifatnya.

Thursday, 31 January 2013

SAITHU MAIDEEN A/L KATHARISA PENAUNG KUMPULAN MINYAK DAGU?

Sudah sampai ke meja kami sebuah dokumen yang mengandungi surat aduan oleh saudara Taufik Hashim yang ditujukan kepada saudara Safaran Ahmad.

Surat yang berusia hampir sebelas tahun ini bertarikh 21 Mac 2002 telah kami kategorikan sebagai bahan Sejarah Realiti Silat Cekak.

Surat ini mendedahkan segala kepincangan yang berlaku di PSSCM cawangan Wilayah Perseketuan khususnya yang berpusat di Kampung Baru.

Surat ini juga adalah respon oleh saudara Taufik Hashim terhadap Tindakan Amaran Bertulis rujukan PSSCM/US.LPT/T.T/2001 yang ditujukan kepadanya akibat tindakan salah laku yang didakwa telah dilakukan olehnya. Surat ini dikeluarkan terhasil daripada 'siasatan' dilakukan terhadapnya oleh LPT.

Akibat daripada itu saudara Taufik Hashim tidak dibenarkan mencampuri urusan PSSCM samada persilatan mahupun persatuan.

Surat ini juga secara tidak langsung membantu kami memahami keadaan dan sejarah yang berlaku pada ketika itu dan beberapa peristiwa lain yang berkaitan yang berturutan akibat sekatan yang dikenakan terhadapnya.

Surat ini juga memberi maklum kepada kami tentang cara tindakan yang akan dilakukan kepada ahli PSSCM yang cuba menegur pihak pentadbir PSSCM tentang salah laku mereka, dimana dalam kes ini seorang ahli yang cuba mendedahkan komplot membunuh kepimpinan YM Tuan Haji Ishak Itam telah dihalang terus daripada mencampuri urusan PSSCM.

Walaupun ada beberapa perkara yang kami tidak setuju dengan tindakan saudara Taufik Hashim tetapi amaran dan peringatannya mengenai komplot untuk membunuh kepimpinan YM Tuan Haji Ishak Itam ini adalah tepat.

Memang kepimpinan YM Tuan Haji Ishak Itam telah dibunuh oleh orang berpangkat dalam PSSCM dengan bantuan kumpulan minyak dagu.



Surat ini menunjukkan si Saithu Maideen A/L Katharisa tahu akan kegiatan minyak dagu yang berlaku di dalam PSSCM ketika itu.

Puak-puak yang didakwa bermain minyak dagu ini jugalah yang menjadi penyokong kuat Saithu Maideen A/L Katharisa dalam kes mengaku sebagai Pengganti YM Tuan Haji Ishak Itam.

Puak-puak minyak dagu ini jugalah yang bertungkus lumus menyiapkan video penyerahan tengkolok dan lading oleh YM Tuan Haji Ishak Itam - kononnya penyerahan beradat. (Lawak paling bangang oleh gang minyak dagu dan penaungnya Saithu Dagu.)

Mereka mungkin beranggapan dengan terlantiknya Saithu Maideen A/L Katharisa sebagai PENGGANTI maka segala kegiatan haram mereka akan ditutup buat selama-lamanya.

Dengan harapan, bermodalkan klip video (yang ntah hapa-hapa oleh kumpulan minyak dagu) itu maka segala kegiatan haram mereka akan disembunyikan terus dari masyarakat UMUM dan ahli PSSCM generasi baru, khasnya.

Silap besar! Kes ini belum selesai dan daripada apa yang kami nampak Saithu Maideen A/L Katharisa ini sebenarnya adalah penaung seumur hidup kepada kumpulan minyak dagu ini-dulu kini dan selamanya.

Ini belum lagi ditambah kes pendedahan oleh Almarhumah Mak Tam, yang si Saithu Maideen A/L Katharisa ini juga terlibat dalam kes Makan Besau - BOMOH PANTAI PORT DICKSON.





Dan kandungan penuh surat diatas ini akan kami dedahkan tidak lama lagi.

Adakah ini fitnah? Bukan ini adalah sejarah, dan kami ada bukti!

Silat Cekak Maidin Bukan Silat Melayu.

No Mercy.
Musang King.

Thursday, 24 January 2013

ORANG POLITIK JANGAN CAMPURI URUSAN ORANG SILAT

Ustaz Hanafi sudah pesan, jangan dicampurkan urusan silat kebudayaan dengan politik. Dan jangan jadikan badan silat sebagai batu loncatan untuk mendapatkan nama dan pangkat demi politik. 

Dan prinsipnya telah berkali-kali diberitahu jika masuk persatuan disuruh sangkut segala pangkat, jawatan, gelaran dan kebesaran diluar pagar. Jangan dibawa masuk ke dalam kelas atau persatuan.

Tapi kini sebaliknya yang berlaku. Badan silat dijadikan tempat untuk memuja pangkat dan jawatan. Badan silat dijadikan tempat mengumpul kekuatan bagi menyokong orang politik. Silat Cekak yang kita kenal bukan semacam Silat Tarah yang selalu menggunakan orang politik demi kepentingan peribadi.

Jika mahu main politik, tinggalkan nama silat cekak masuk silat tarah. Politik la sampai muntah.

Walaubagaimanapun kita berterima kasih juga kepada orang politik kerana tanpa slogan Satu Malaysia maka tidak wujudlah Silat Cekak Maidin.

Dan;

Silat Cekak Maidin Bukan Silat Melayu.

Sekian.
Musang King.


Wednesday, 23 January 2013

JASA TETAP DIKENANG

Assalamu'alaikum wbt.

Walaupun tidak bersependapat dalam beberapa hal yang berkaitan dengan pentadbiran persatuan, kami di SERASI tetap tidak akan melupakan jasa-jasa orang yang terdahulu yang berusaha mengembangkan Seni Silat Cekak ke khalayak umum. 

Tiada hulu tiada parang, tiada dahulu tiada sekarang.

Bagi kami, yang berjasa tetap berjasa, yang derhaka tetap derhaka. Walaubagaimanapun usaha kami di SERASI ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk menyahut seruan guru-guru yang terdahulu yang inginkan kajian lebih lanjut terhadap perkembangan Silat Cekak khususnya bab kajian sejarah.

Silat Cekak bukan berasal daripada Silat Kalimah dan begitu jugalah sejarahnya. 

Seperti mana silatnya yang unik begitu jugalah kisahnya. 

Dan kami ingin ucapkan terima kasih kepada tenaga kerja yang bersusah payah menghasilkan buku Silat Cekak Suku Abad yang bagi kami satu hasil yang "marvelous" daripada pihak Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia pada zaman kegemilangannya ketika itu.


Dan kami tidak rela nama itu digunakan sewenang-wenangnya oleh orang yang bukan-bukan demi satu matlamat yang bisa merosakkan identiti Seni Silat Cekak dimata masyarakat.

Seperti peringatan YM Tuan Haji Ishak Itam, "jangan sampai jadi Silat Cekak Maidin" kerana

Silat Cekak Maidin Bukan Silat Melayu

Wassalam.

SERASI
Sejarah Realiti Silat Cekak سيلة كداه

GEMPAR - SILAT CEKAK MAIDIN TIMBUL DI TV3

Hari Ini Dalam Sejarah.

Akhirnya kepala siput Silat Cekak Maidin timbul juga dalam rancangan terbitan TV3. Seperti biasa Saithu Maidin menggunakan kesempatan yang ada untuk minta tolong kepada semua menteri-menteri yang ada di Malaysia ini untuk kepentingan politik beliau. Mereka juga bersedia menjadi pertahanan ketiga selepas polis dan tentera. 

Taktik lapok ini mudah dibaca hatta oleh budak sekolah rendah kerana yang hendak dikudakan nanti budak-budak juga bukannya dia dan konco-konconya. Lagipun hendak berperang dengan siapa?

Dalam slot yang diberikan itu juga sempat juga Saithu Maidin menipu Satu Malaysia dengan mengatakan bangsa Melayu telah dijajah selama 500 tahun untuk dibandingkan dengan rakyat Palestin yang dijajah 65 tahun.

Bila masa Melayu terjajah selama 500 tahun? Melainkan mereka ini semua adalah penganut Sejarah Melayu versi Kristian.

Oleh itu, kami disini ingin memberitahu Silat Cekak Maidin supaya jangan menyentuh bab sejarah Melayu atau cuba menipu benda hal yang mereka tidak tahu lebih-lebih kerana ianya tidak bertepatan dengan susur galur Silat Cekak Maidin itu yang sendiri yang sememangnya tidak berciri Melayu.

"Jangan Sampai Jadi Silat Cekak Maidin"

Silat Cekak Maidin Bukan Silat Melayu.

Sekian.
Musang King.

soalan lain, kenapa Maidin pi jumpa Makteh?

Saturday, 19 January 2013

Saithu Maidin Mengadap Mak Teh?

Hari ini dalam sejarah.

Telah diberitakan oleh sumber-sumber yang boleh dipercayai bahawa si Saithu telah pergi mengadap Mak Teh, Balu Almarhum YM Ustaz Hanafi bin Ahmad sebelum mengistihar diri sebagai Guru Utama Silat Cekak Maidin.

Benarkah begitu? Jika berita ini adalah benar maka ucapan biadapnya yang telah ditujukan kepada sipulan dengan mengatakan "dia ingat silat ni BAPAK dia punya" itu adalah ucapan Penipu disusuli dengan sifat-sifat haram jadah bangsa keling yang terkenal dengan sifat kaki putar haram jadah.


Jika berita ini tidak benar maka pembawa berita itu pula adalah haram jadah kerana menipu juga adanya.

Oleh itu ahli-ahli yang ingin tahu dengan lebih lanjut tentang berita ini sila dapatkan kepastian dengan menelefon sendiri pihak keluarga Ustaz Hanafi.

Paling tepat kami sertakan no telefon Guru Utama Cekak Pusaka Hanafi 013 tiga empat lima dua satu tujuh tujuh. (Kami mohon maaf kerana terpaksa menyertakan no telefon ini)

Ni pula no fon Saithu 019 tiga lima enam enam satu tiga lima boleh juga telefon untuk kepastian.

Kami tidak berpihak dimana-mana kem tapi penipuan Saithu Maidin ini wajib ditamatkan dengan kadar segera.

Dan sejarah ini tetap akan dirakamkan.

"Jangan Sampai Jadi Cekak Maidin" 

sekian.

SERASI
Sejarah Realiti Silat Cekak سيلة كداه


Thursday, 17 January 2013

DATO SERI, YANG MANA SATU MELAYU?

Bila bercakap mengenai Melayu, perlulah ditanya kepada pemimpin Dunia Melayu Dunia Islam kerana pastinya beliau lebih arif tentang hal Melayu. Ini bab dunia Melayu, bukan perkara main-main.

Dan pertanyaan ini perlu ditanya kepada beliau supaya tidak dilihat sebagai pemimpin yang tak kenal rupa bentuk bangsa Melayu. Namapun pemimpin dunia Melayu. 

Jadi sebagai orang silat Melayu tanggungjawab kita sebagai orang Melayu kena tanyala.

Supaya nanti tak digelakkan dek orang Melayu Riau.

Tak kan orang Melayu Riau nak marah pulak?


Yang mana satu Melayu?



Jikalau ditanya Mat Salleh diatas ini agaknya apa jawapannya?




Dan jikalau ditanya pembaca semua, yang mana satu Melayu?


Berdosakah aku menanyakan perihal bangsa aku sendiri?

sumber
Musang King

Friday, 11 January 2013

ISU GURU UTAMA - CEKAK MAIDIN LANTANG NAK MELINGKUP?

Hari Ini Dalam Sejarah.






Siapa boleh nafikan ucapan ini menjurus kepada zahirnya Cekak Maidin?


1. Saithu Maideen pembohong besar! - tidak akan claim Guru Utama selagi YM Tuan Haji Ishak Itam masih hidup! Tapi dia istihar diri jadi Guru Utama tahun 2009 masa yang YM Thj Ishak Itam masih ada di Bukit Mertajam!

2. Kerana marahkan Mad Radhi, Saithu Maideen biadap dengan lantangnya menafikan YM Ustaz Hanafi Ahmad sebagai "empunya" Silat yang bernama Cekak untuk menghalalkan dirinya yang bukan sedarah sedaging dengan Mad Radhi sebagai Guru Utama kepada Silat yang bernama Cekak!

(Si Saithu mendakwa Silat Cekak bukan Ustaz Hanafi yang punya. Tetapi menafikan Ustaz Hanafi sebagai empunya silat ini secara biadap tidak menjadikan Saithu layak sebagai Guru Utama silat ini. Jelas perlakuan Saithu yang cuba mengenepikan peranan Ustaz Hanafi kerana dia sendiri teringin hendak menjadi Guru Utama. Dan pada ketika yang sama sewaktu dia bercakap ini Guru Utama Hj Ishak Itam masih hidup, dan tanpa segan silu si Saithu mengistiharkan diri pula sebagai Guru Utama PENGGANTI! - Nyata Biadap!!!)

3. Saithu Maideen mengiyakan Silat Cekak ini hak budaya bangsa? Dalam konteks hari ini bangsa apa yang mewarisi seni silat? Dan sudah tentu ia tidak bertepatan dengan dirinya yang bukan berbangsa Melayu. Jadi kepada puak-puak pendokong Cekak Maidin, kamu ini berbangsa apa? Tuhan jadikan manusia ini berbangsa-bangsa...jadi kamu bangsa apa? Bangsa Maidin?

4. Ternyata Saithu Maideen lebih haru daripada Mad Radhi dalam kemelut merebut jawatan Guru Utama Silat yang bernama Cekak.

5. Saithu Maideen claim jawatan Guru Utama semasa YM Tuan Haji Ishak Itam masih hidup! Maka dengan itu dia bakal melingkup dengan Cekak Maidin yang ditubuhnya sendiri secara sedar.

Semua ini dengan sendirinya membatalkan Saithu Maideen yang perasan sebagai Guru Utama Silat Cekak - Seni budaya bangsa Melayu.

Semua perbuatannya inilah yang menjurus kepada perpecahan demi perpecahan sejak dari tahun 1993 sehinggalah ke hari ini - sudah 20 tahun kacau bilau akibat perbuatan khianatnya kepada bangsa Melayu. Maka sedar tak sedar sudah 20 tahun kami mengikuti perkembangan Cekak Maidin!

Adakah ini semua fitnah? Bukan...ini adalah sejarah!

Kita memang tidak akan gosok, sebab kita bukan pengampu! Tapi kita nak basuh kepala ahli PSSCm jangan sampai lupa sejarah. Dan ingat silat cekak ini ada daulat! 

Kita tidak perlu takut dengan segala ancaman dan sebagainya selagi kita bercakap yang benar.

Yang benar lawannya bohong. Pembohong itu dusta...pendusta itu takrif lunaknya adalah dajjal.

Allah taala sentiasa bersama yang benar,

"Jangan Sampai Jadi Cekak Maidin" 

SERASI
Sejarah Realiti Silat Cekak سيلة كداه

Thursday, 10 January 2013

Isu Guru Utama - Cekak Maidin Terbungkam Lagi

Hari ini dalam sejarah.


Penzahiran Cekak Maidin dalam ucapan ini. Siapa boleh nafikan?



1. Tidak boleh ada dua guru pada satu masa.
2. Tetapi telah diistiharkan guru baru pada masa guru yang ada masih hidup.
3. Sedari awal dipersiapkan bahtera, bukti niat nak jadi guru telah dinyata
4. Bila turun belayar maka, siap bahtera, bila pentadbir PSSCM semua menerima maka bertukarlah PSSCm kepada Silat Cekak Maidin.
5. Bukti terkuburnya Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia ialah pada tahun 2009 sama tarik Maidin mengistihar jadi guru.
6. Tarikh ini nyata terpahat kemas dimakam YM Tuan Haji Ishak Itam yang kembali kerahmatullah pada tahun 2012 iaitu kurang lebih tiga tahun selepas Silat Cekak Maidin dizahirkan.
7. Prinsipnya mana boleh dua guru pada satu masa betul?
8. Ijazah bukan perkara main-main, hanya guru sahaja yang boleh ijazah.
9. Bukan kah ijazah Saithu Maideen ini jelas telah ditegur oleh YM Guru Utama Tuan Hj Ishak Itam?
10. Ijazah bukan perkara menda main-main, tetapi kenapa apabila dipertikaikan ucapan syahadah tiada jawapan yang konkrit keluar daripada mulut Saithu Maideen?
11. Adakah adil menuduh mereka yang inginkan penjelasan lanjut mengenai segala apa yang telah diperucapkan diatas ini sebagai puak-puak yang bermasalah?
12. Siapakah puak yang bermasalah sebenarnya?
13. Nak kona kemana lagi?

Kita memang tidak akan gosok, sebab kita bukan pengampu! Tapi kita nak basuh kepala ahli PSSCm jangan sampai lupa sejarah. Dan ingat silat cekak ini ada daulat!

Mana-mana yang sudah terpalit tahi dengan konspirator dan konco-konconya bakal merasa akibatnya kerana bersekongkol dengan kaki pembelit. Tunggulah masa ketetapan-Nya. Oleh itu janganlah berasa ego dan tinggi diri, alangkan bukit lagikan runtuh.

Kasi cuci llaaa...

Isu basi? Bukan...ini adalah sejarah.

Dan sejarah ini tetap dirakamkan semoga dapat dikenang oleh anak cucu pendokong tegar Silat Cekak Malaysia yang masih ingin mendaulatkan warisan pusaka bangsa Melayu.

"Jangan Sampai Jadi Cekak Maidin"

SERASI
Sejarah Realiti Silat Cekak سيلة كداه

Wednesday, 9 January 2013

ISU GURU UTAMA - CEKAK MAIDIN MULA KELAM KABUT

Hari ini dalam sejarah

Isu Guru Utama yang telah dilancarkan dalam fesbuk menyebabkan jabatan penerangan cekak maidin kelam kabut. 

Akibat tidak dapat menjawab segala persoalan yang tuntas dan berfakta yang dikemukakan maka skrip biasa jabatan penerangan cekak maidin mula dibaca dengan mengeluarkan arahan, mengancam, mengugut dan pelbagai lagi tulisan untuk menakutkan ahli supaya tidak melayan FB yang dituduh memfitnah silat cekak maidin.

Selain main tuju lagu Bangau oh Bangau, pelbagai kata nista dilemparkan oleh pentadbir fesbuk Cekak Maidin seperti Anjing Menyalak Bukit, golongan Muktazilah, Yahudi, Talam Dua Muka, Spy, Pengkhianat, Tidak Sah, Rosak Akhlak dan sebagainya kepada pentadbir fesbuk Isu Guru Utama. 

Disamping itu juga, terdapat juga cadangan untuk menutup fesbuk Isu Guru Utama kerana menganggu gugat kedamaian fesbuk Silat Cekak Maidin. Cadangan yang sama sepatutnya dikeluarkan oleh pentadbir fesbuk Isu Guru Utama kepada fesbuk Silat Cekak Maidin kerana tidak menjawab soalan yang dikemukakan dalam Isu Guru Utama yang dianggap sebagai menipu masyarakat.

Akibat sudah kelam kabut ada juga yang mencadangkan supaya dilaporkan kepada pihak polis (macam polis takde kerja lain nak melayan cerita fesbuk). Walaubagaimanapun cadangan yang sama juga patut dilakukan oleh pentadbir fesbuk Isu Guru Utama kerana hal berkaitan Tipu Nama, Minyak Dagu, Main Bomoh, dan juga salah Syahadah Cekak Maidin yang selama ini cuba ditutup oleh pentadbir Cekak Maidin.

Counter dilaman ini mula mencecah 1500 members sejak ia mula dilancarkan dan dijangka akan meningkat dari sehari ke sehari.

Manakala fesbuk jabatan penerangan cekak maidin pula ditutup daripada masyarakat umum umpama siput masuk cengkerang.

Sejarah ini tetap dirakamkan.

Sumber.
Musang King

Maharaja Lawak Mega Sale?





Monday, 7 January 2013

Hishamudin Rais Cabar Silat Cekak Leher.


Sangat menarik sekali karangan Hishamudin Rais kali ini. Bukanlah SERASI ingin membawa agenda politik dalam sejarah silat cekak. 

Cuma kali teruja melihatkan keberanian aktivis politik menyentuh hal Silat Cekak - mengkritik penuh geram seraya mencabar keberanian Silat Cekak untuk menidakkan azam beliau untuk  menentang Himpunan Kebangkitan Rakyat yang akan ditunaikannya.

Apa yang menyebabkan beliau menyentuh secara langsung hal Silat Cekak? Silat Cekak yang mana yang selalu menghimpit orang politik mengharapkan laba, pangkat dan projek?

Berani atau tidak Silat Cekak berhadapan dengan Sejuta Rakyat? Jika berani siapa pula yang akan dihantar oleh para pentadbir silat untuk menahan betis, dada ataupun kepala. Budak universiti, budak sekolah, budak-budak kaki fesbuk, kaki minyak dagu, kaki bomoh ataupun paling selamat menyorok dibelakang Silat Lincah?




Entahlah, nampaknya Silat Cekak sudah hilang wibawa dimata masyarakat akibat tersangkut politik.

Ataupun inilah antara akibatnya bila jadi Silat Cekak Maideen?

Sejarah ini tetap dirakamkan.

Sekian.

"Dalam azam tahun baru saya ini juga, saya ingin melihat apakah NGO-NGO Melayu akan berani bersuara dengan sombong sambil berangan-angan ingin membuat satu himpunan pada hari yang sama. Atau gerombolan Patriot yang berbaju merah akan berusaha lebih gigih lagi untuk mengumpulkan lebih ramai Mat Bangla untuk menentang satu juta Himpunan Kebangkitan Rakyat.

Saya juga berazam ingin melihat apakah gerombolan PERKASA dan NGO yang sealiran dengannya akan cuba menggangu gugat kekuatan satu juta rakyat. Saya juga mahu melihat apakah Silat Cekak Leher akan berubah untuk menjadi Silat Cekak Pinggang apabila melihat satu juta di jalan raya."

Petikan: http://www.malaysiakini.com/columns/218031

Satu juta azam








Friday, 4 January 2013

Tarikh Terkuburnya Istilah Silat Cekak Malaysia

Tertutupnya istilah Silat Cekak Malaysia dari Alam Melayu datang dengan bukti. Ia bukan diada-adakan. 

Berikut adalah buktinya:

1. Tarikh upacara memantankan Guru Utama Silat Cekak.


2. Tarikh terkuburnya istilah Silat Cekak Malaysia dari kamus Alam Melayu oleh puak-puak Silat Cekak Maideen.

Jelas bukan?

Ini adalah bukti yang sempat dirakam dalam lipatan Sejarah Realiti Silat Cekak.
(Dengar khabarnya binaan ini telah pun tiadakan?)

"Jangan Sampai Jadi Silat Cekak Maideen"

SERASI
Sejarah Realiti Silat Cekak سيلة كداه

Saturday, 22 December 2012

Mengapa?

Sewaktu dalam mensyuarat untuk menghadapi Mesyuarat Agong Luar Biasa di Mindef. YM Tuan Haji Ishak Itam dan ahli mesyuarat telah mencadangkan nama lain untuk bertanding Naib Presiden.

Namun telah diberitakan bahawa Saitu Maideen menentang dan mencadangkan namanya sendiri untuk bertanding Naib Presiden - (kami ada sumber hidup untuk membenar atau membetulkan jika kami tersilap fakta.)

Oleh kerana tiada kepentingan dan bersangka baik maka tiada bantahan untuk mencalonkan Saitu Maideen bertanding lalu dia menang.

Jika mengikut situasi pada ketika itu, para penyokong YM Tuan Haji Ishak Itam akan memenangkan siapa sahaja yang bertanding disamping beliau.

Kalah menang adalah adat pertandingan, tapi kita melihat ini semua adalah tempias guru bukan sebab kehebatan pengaruh yang Saitu Maideen kata dia ada.

Naib Presiden bukanlah jawatan seumur hidup tapi sebaliknya yang berlaku. Mengapa dia tidak mahu melepaskan jawatan Naib Presiden sedangkan itu janjinya?

Patutlah terkeluar kata-kata "jangan sampai jadi silat cekak maideen..."

Setelah diselidiki kisahnya, barulah kami faham mengapa Almarhom Guru Utama berkata begitu. 

Rupanya almarhom Tuan Haji Ishak Itam sudah dapat membaca gerak hati Saitu Maideen yang bercita-cita untuk menjadi guru.

Itulah hakikatnya dan terbukti benar.

(Telah kami katakan kami mengikuti perkembangan Jangan Sampai Jadi Silat Cekak Maideen ini sejak tahun 1993 maka kami berhak berkongsi dan menceritakan sejarah realiti ini. Sejarah ini menarik kerana ia ada pemula).

Wednesday, 12 December 2012

Telah Rasmi Peringatan Almarhom YM Tuan Haji Ishak Itam

"Jangan sampai jadi silat cekak Maideen, silat cekak Safaran" - Almarhom Ustaz Ishak Itam dalam ucapannya pada khalayak ramai di Rumah Biru PSSCm Jalan Tun Razak. Peristiwa Mindef Perpecahan 1993.

Kami mengikuti perkembangan sejak pada saat itu. Maka hari ini telah rasmi ia menjadi kenyataan. 

Oleh kerana itu disini kami pihak SERASI mengisytiharkan setelah upacara memantankan YM Ustaz Haji Ishak Itam oleh pihak pentadbiran PSSCm dan setelah kembalinya beliau kerahmatullah maka bagi kami tiada lagi istilah Seni Silat Cekak Malaysia. 

Yang ada hari ini hanyalah istilah Silat Cekak Maideen, sempena kata-kata peringatan yang ditelah dikeluarkannya pada tahun 1993 dan juga atas usaha keras pendokong-pendokong mereka yang secara langsung menzahirkan "silat cekak Maideen" ke alam nyata walaupun sudah dilarang jangan!

Kami dengan ini bagi pihak kami, menutup istilah Seni Silat Cekak Malaysia daripada kamus persilatan Alam Melayu buat pengikut silat cekak Maideen untuk selama-lamanya.

sekian.

SERASI
Sejarah Realiti Silat Cekak سيلة كداه

Tuesday, 24 July 2012

سيلة كداه - Silat Kedah

Bismillah dan solawat buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Bersempena dengan keberkatan bulan Ramadhan yang mulia ini, maka disini pihak SERASI mengumumkan nama sebenar Silat Cekak menurut pandangan yang paling tepat dari sudut sejarahnya, ejaan Jawi, tempat lahir dan tujuan asal silat ini dilahirkan kembali demi anak-anak bangsa, khasnya buat anak-anak Cekak, lagi menegak Islam yang suci.

سيلة كداه

sesuai dengan ejaannya yang sebenar dan tidak lari dari lurus maksud sebutan yang merujuk kepada Kedah dan tidak lari daripada lurus menyampaikan maksud hakiki sebenar silat iaitu hanya sebagai alat, kaedah menjaga diri menerima amanah Tuhan Rabbi.

bak kata guru-guru ku yang selalu berpesan
"Silat itu hanya alat bukan tujuan...jangan bergantung pada silat, bergantung hati sepenuhnya pada Allah swt"

bukan Silat Qodah  قدح ataupun Qadah bercangkuk yang tidak memberi makna yang tepat dari sudut bahasa mahupun negara.

"Pulang pulih sediakala"

Wassalam,

Sejarah Realiti Silat Cekak  سيلة كداه

Monday, 16 July 2012

APA ITU MUFARAQAH?

APA ITU MUFARAQAH

Mufaraqah = niat untuk memisahkan diri dari mengikuti imam semasa mengerjakan solat berjamaah. Maksudnya dia kena meneruskan solatnya secara sendiri tanpa perlu berhenti dan ulang semula solatnya.

Kesimpulan bagi persoalan berkaitan hukum ma’mum berniat Mufaraqah (niat berpisah daripada imam) :

1             Dalam mazhab syafie ma’mum boleh niat mufaraqah dengan Imam samaada bersebab atau tidak. Ianya dihukumkan makruh.
Dalam solat Jumaat tidak sah niat mufaraqah pada rakaat pertama.
2        Mazhab Hanbali harus mufaraqah dengan Imam dengan sebab keuzuran, jika tanpa uzur ada 2 pendapat; pertama batal solatnya dan ini merupakan pandangan yang asah (diterima) dan kedua harus
3        Mazhab Hanafi: Makruh makmum memberi salam lebih awal dari Imam tetapi tidak harus Mufaraqah
4        Mazhab Maliki: Sesiapa yang mengikut Imam tidak harus mufaraqah dengan Imam

KEUZURAN YANG MENGHARUSKAN MUFARAQAH:

1        Imam membaca panjang sedangkan makmum ada keperluan
2        Imam meninggalkan perkara sunat seperti qunut/tahiyyat awal
3        Sakit
4        Bimbang dikuasai rasa mengantuk
5        Bimbang terbatal solat (rasa nak kencing)
6        Bimbang kehilangan harta
7        Bimbang ditinggalkan kawan
8        Menyelamatkan orang yang lemas, atau seumpamanya.

Dalil mazhab Syafie dan Hanbali:Diriwayatkan oleh Imam Muslim dan Bukhari :


حَدَّثَنِي ‏ ‏مُحَمَّدُ بْنُ عَبَّادٍ ‏ ‏حَدَّثَنَا ‏ ‏سُفْيَانُ ‏ ‏عَنْ ‏ ‏عَمْرٍو ‏ ‏عَنْ ‏ ‏جَابِرٍ ‏ ‏قَالَ
كَانَ ‏ ‏مُعَاذٌ ‏ ‏يُصَلِّي مَعَ النَّبِيِّ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏ثُمَّ يَأْتِي فَيَؤُمُّ قَوْمَهُ فَصَلَّى لَيْلَةً مَعَ النَّبِيِّ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏الْعِشَاءَ ثُمَّ أَتَى قَوْمَهُ فَأَمَّهُمْ فَافْتَتَحَ بِسُورَةِ ‏ ‏الْبَقَرَةِ ‏ ‏فَانْحَرَفَ ‏ ‏رَجُلٌ ‏ ‏فَسَلَّمَ ثُمَّ صَلَّى وَحْدَهُ وَانْصَرَفَ فَقَالُوا لَهُ أَنَافَقْتَ يَا فُلَانُ قَالَ لَا وَاللَّهِ وَلَآتِيَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏فَلَأُخْبِرَنَّهُ فَأَتَى رَسُولَ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّا أَصْحَابُ ‏ ‏نَوَاضِحَ ‏ ‏نَعْمَلُ بِالنَّهَارِ وَإِنَّ ‏ ‏مُعَاذًا ‏ ‏صَلَّى مَعَكَ الْعِشَاءَ ثُمَّ أَتَى فَافْتَتَحَ بِسُورَةِ ‏ ‏الْبَقَرَةِ ‏ ‏فَأَقْبَلَ رَسُولُ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏عَلَى ‏ ‏مُعَاذٍ ‏ ‏فَقَالَ ‏ ‏يَا ‏ ‏مُعَاذُ ‏ ‏أَفَتَّانٌ ‏ ‏أَنْتَ اقْرَأْ بِكَذَا وَاقْرَأْ بِكَذَا قَالَ ‏ ‏سُفْيَانُ ‏ ‏فَقُلْتُ ‏ ‏لِعَمْرٍو ‏ ‏إِنَّ ‏ ‏أَبَا الزُّبَيْرِ ‏ ‏حَدَّثَنَا عَنْ ‏ ‏جَابِرٍ ‏ ‏أَنَّهُ قَالَ اقْرَأْ ‏ ‏وَالشَّمْسِ وَضُحَاهَا ‏ ‏وَالضُّحَى ‏ ‏وَاللَّيْلِ إِذَا ‏ ‏يَغْشَى ‏ ‏وَسَبِّحْ اسْمَ رَبِّكَ الْأَعْلَى ‏ ‏فَقَالَ ‏ ‏عَمْرٌو ‏ ‏نَحْوَ هَذَا


Hadis Jabir bin Abdullah r.a katanya: Biasanya Muaz sembahyang bersama Nabi SAW kemudian beliau pulang mengimami kaumnya.

Pada suatu malam, beliau sembahyang Isyak bersama Nabi SAW kemudian pulang mengimami kaumnya. Beliau mulai dengan membaca surah Al-Baqarah. Maka ada seorang lelaki yang membatalkan sembahyangnya dengan memberi salam terlebih dahulu, kemudian mendirikan sembahyang bersendirian lalu beredar.

Orang ramai berkata kepadanya: Wahai Si Polan! Adakah kamu sudah menjadi munafik? Dia menjawab: Tidak! Demi Allah sesungguhnya aku akan menghadap Rasulullah SAW dan memberitahu akan hal ini. Orang tersebut menghadap Rasulullah SAW lalu berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya kami adalah seorang pemilik unta, penyiram tanaman dan kami berkerja pada siang hari.

Sesungguhnya Muaz telah mendirikan sembahyang Isyak bersama kamu lalu pulang dan mendirikan sembahyang dimulai dengan membaca surah Al-Baqarah. Rasulullah s.a.w menemui Muaz lalu bersabda: Wahai Muaz! Adakah kamu memesongkan sembahyang dengan membaca itu dan ini.

Sufian berkata: Aku berkata kepada Amru sesungguhnya Abu Az-Zubair menceritakan kepadaku dari Jabir bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Bacalah surah Asy-Syams, Ad-Dhuha dan Al-A’laa. Maka Amru berkata: Memang seperti itu.

[Hadis riwayat Imam Muslim, Kitab al-Solat Bab al-Qiraat fi al-Ishak (Bab Bacaan Dalam Solat Isyak, hadis no.175)]

Imam Nawawi menyebut dalam Sharh Sohih Muslim tentang hadis ini yang mempunyai beberapa hukum:

1        Harus orang yang solat fardu mengikuti orang yang solat sunat kerana Saidina Muaz menunaikan solat fardu bersama rasul SAW. Muaz telah menunaikan kewajipannya solat Isyak bersama rasul SAW, kemudian Muaz menjadi Imam kepada kaumnya, jadi Solat Muaz adalah sunat sedangkan kaumnya adalah fardu. Ini dijelaskan dalam riwayat lain selain Muslim. Hukum makmum solat fardu mengikut imam solat sunat adalah harus dalam  mazhab syafie dan lain-lain.

2        Hadis ini dijadikan dalil oleh pendukung mazhab syafie, harus bagi makmum memutuskan niat dari mengikut Imam dan meneruskan solatnya walaupun mengikut pergerakan Imam.

Berhubung masalah ini, ulama mazhab syafie terbahagi kepada 3 :

1.   merupakan pandangan yang paling sah (Asah = diterima) harus dengan uzur atau tanpa keuzuran
2.   Tidak harus secara mutlak
3.   Harus bagi orang uzur dan tidak harus bagi yang tiada keuzuran

Namun begitu Imam Nawawi menolak  golongan yang menjadikan hadis ini sebagai dalil harus mufaraqah kerana dalam riwayat ini lelaki tersebut memberi salam, menghentikan solat dan solat semula.

Dalam riwayat Imam al-Bukhariyy riwayatnya lebih ringkas juga dari Jabir bin Abdullah:


حَدَّثَنِي ‏ ‏مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ ‏ ‏قَالَ حَدَّثَنَا ‏ ‏غُنْدَرٌ ‏ ‏قَالَ حَدَّثَنَا ‏ ‏شُعْبَةُ ‏ ‏عَنْ ‏ ‏عَمْرٍو ‏ ‏قَالَ سَمِعْتُ ‏ ‏جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ ‏ ‏قَالَ
كَانَ ‏ ‏مُعَاذُ بْنُ جَبَلٍ ‏ ‏يُصَلِّي مَعَ النَّبِيِّ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏ثُمَّ يَرْجِعُ فَيَؤُمُّ قَوْمَهُ فَصَلَّى الْعِشَاءَ فَقَرَأَ ‏ ‏بِالْبَقَرَةِ ‏ ‏فَانْصَرَفَ الرَّجُلُ فَكَأَنَّ ‏ ‏مُعَاذًا ‏ ‏تَنَاوَلَ مِنْهُ ‏ ‏فَبَلَغَ النَّبِيَّ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏فَقَالَ فَتَّانٌ فَتَّانٌ فَتَّانٌ ثَلَاثَ مِرَارٍ ‏ ‏أَوْ قَالَ فَاتِنًا فَاتِنًا فَاتِنًا ‏ ‏وَأَمَرَهُ بِسُورَتَيْنِ مِنْ أَوْسَطِ ‏ ‏الْمُفَصَّلِ


Hadis riwayat Imam al-Bukhari, Kitab al-Azan, Bab Iza Tawwala al-Imam Wa Kana Li al-Rajul Hajatan Fakharaja  Fa Salla (Bab sekiranya Imam Memanjangkan bacaan dan seorang itu ada hajat maka dia keluar dari Imam dan solat)

Ibnu Hajar al-Asqalani ketika menghuraikan hadis di atas memberi ulasan yang berbeza berkaitan kata “memberi salam” dalam riwayat Sufyan bin Uyaynah:

ولابن عيينة عند مسلم ” فانحرف رجل فسلم ثم صلى وحده ” وهو ظاهر في أنه قطع الصلاة , لكن ذكر البيهقي أن محمد بن عباد شيخ مسلم تفرد عن ابن عيينة بقوله ” ثم سلم ” , وأن الحفاظ من أصحاب ابن عيينة وكذا من أصحاب شيخه عمرو بن دينار وكذا من أصحاب جابر لم يذكروا السلام , وكأنه فهم أن هذه اللفظة تدل على أن الرجل قطع الصلاة ; لأن السلام يتحلل به من الصلاة , وسائر الروايات تدل على أنه قطع القدوة فقط ولم يخرج من الصلاة بل استمر فيها منفردا . قال الرافعي في ” شرح المسند ” في الكلام على رواية الشافعي عن ابن عيينة في هذا الحديث ” فتنحى رجل من خلفه فصلى وحده ” . هذا يحتمل من جهة اللفظ أنه قطع الصلاة وتنحى عن موضع صلاته واستأنفها لنفسه , لكنه غير محمول عليه ; لأن الفرض لا يقطع بعد الشروع فيه انتهى . ولهذا استدل به الشافعية على أنللمأموم أن يقطع القدوة ويتم صلاته منفردا ” فانحرف رجل فسلم ثم صلى وحده

“Dalam riwayat Ibnu Uyaynah secara zahirnya lelaki tersebut menghentikan solatnya, memberi salam dan solat semula secara bersendirian, tetapi al-Baihaqi menyebut bahawa Muhammad Ibn Abbad sahaja yang meriwayatkan dari Ibn Uyaynah dengan lafaz “Kemudian memberi salam” manakala Huffaz yang lain dari kalangan murid kepada Ibnu Uyaynah mahupun murid kepada guru Ibnu Uyaynah iaitu Amru bin Dinar dan murid kepada Jabir juga tidak menyebut perkataan” Memberi salam.”

Ini menunjukkan Abbad memahami maksud memutuskan dengan membatalkan solat sedangkan riwayat-riwayat yang lain menunjukkan lelaki  tersebut berpisah dari Imam dan tidak membatalkan solatnya.

Tindakan Nabi SAW menegur Muaz r.a dan tidak meminta lelaki tersebut mengulangi solatnya menunjukkan mufaraqah Imam dengan keuzuran tersebut adalah harus.

Kesimpulannya : Hukum asal solat berjemaah adalah mesti mengikut pergerakan dan perbuatan Imam namun Harus bagi makmum niat mufaraqah dengan imam dengan keuzuran dan menyempurnakan solat secara berseorangan berasaskan kepada hadis Muaz diatas. Wallahu’alam

SOAL & JAWAB

1.       Soalan :
Apa yang perlu dibuat oleh ma’mum apabila mengetahui imam telah batal solatnya tanpa si imam menyedarinya ? Apakah ma’mum harus membatalkan solatnya, atau terus mengikuti imam hingga solatnya selesai ?

Jawab :
Apabila ma’mum mengetahui bahawa imam batal solatnya, maka ma’mum tidak boleh mengikuti imam dan tidak boleh pula menghentikan solatnya, dia kena teruskan solatnya dengan niat memisahkan diri dari imam (niat mufaraqah).

Sayid Abdurrahman Ba’alawi dalam kitabnya Bughyatul Mustarsyidin, halaman 74 telah mengutip fatwa pengarang kitab Kasyfun Niqab sebagai berikut :

Kesimpulannya, bahawa dalam niat berpisah dari imam itu terdapat 5 hukum. Ada kalanya wajib, seperti bila ma’mum melihat imam melakukan hal-hal yang membatalkan solatnya.”

Syeikh Zainuddin Al-Malibari dalam kitabnya Fathul Mu’in mengatakan :

“Niat Mufaraqah itu terkadang wajib, seperti ma’mum mengetahui ada hal-hal yang membatalkan solat imam, maka seketika itu pula ia wajib niat mufaraqah. Jika tidak berniat mufaraqah, maka solatnya batal sekalipun tidak mengikuti imam. Keputusan hukum ini telah disepakati oleh para ulama, sebagaimana yang diterangkan dalam kitab Al-Majmu.”

Imam Nawawi dalam kitabnya Al-Majmu’ Syarah Al-Muhadzdzah, Juz IV, halaman 256 mengatakan :

Jika ma’mum solat di belakang imam yang berhadas dengan sebab junub atau buang air dan lainnya, sedangkan ma’mum mengetahui bahawa imamnya berhadas, maka ia berdosa karena perbuatannya itu, dan batal solatnya menurut ijmak. Jika ia tidak mengetahui imamnya berhadas selain dari solat Jumat, maka sah solatnya. Akan tetapi bila ia mengetahui bahwa imamnya itu berhadas di tengah-tengah solat, maka wajib baginya niat mufaraqah dengan imam dan menyempurnakan solatnya secara munfarid (sendirian) melanjutkan rakaat solatnya. Seandainya dia terus saja mengikuti imamnya sekalipun hanya sebentar atau ia tidak berniat mufaraqah, maka solatnya dinyatakan batal menurut kesepakatan ulama.”


Nota tambahan:


Mufaraqah = niat untuk memisahkan diri dari mengikuti imam semasa mengerjakan solat berjamaah.



Maka;


1. Mufaraqah hanya wujud setelah seseorang itu menerima dan berniat dan telah pun berjamaah dibelakang seorang imam. 

2.Tidak timbul soal mufaraqah jika seseorang itu tidak pernah menerima dan tidak pernah berniat untuk berjemaah mengikut sesorang imam.