Matanya yang tajam sekadar dua jarak mata si pemakai. Maka tiap-tiap yang terlihat dan terdengar maka sampailah ia. Sembunyi tempatnya seolah pemalu sifatnya.

Thursday, 10 January 2013

Isu Guru Utama - Cekak Maidin Terbungkam Lagi

Hari ini dalam sejarah.


Penzahiran Cekak Maidin dalam ucapan ini. Siapa boleh nafikan?



1. Tidak boleh ada dua guru pada satu masa.
2. Tetapi telah diistiharkan guru baru pada masa guru yang ada masih hidup.
3. Sedari awal dipersiapkan bahtera, bukti niat nak jadi guru telah dinyata
4. Bila turun belayar maka, siap bahtera, bila pentadbir PSSCM semua menerima maka bertukarlah PSSCm kepada Silat Cekak Maidin.
5. Bukti terkuburnya Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia ialah pada tahun 2009 sama tarik Maidin mengistihar jadi guru.
6. Tarikh ini nyata terpahat kemas dimakam YM Tuan Haji Ishak Itam yang kembali kerahmatullah pada tahun 2012 iaitu kurang lebih tiga tahun selepas Silat Cekak Maidin dizahirkan.
7. Prinsipnya mana boleh dua guru pada satu masa betul?
8. Ijazah bukan perkara main-main, hanya guru sahaja yang boleh ijazah.
9. Bukan kah ijazah Saithu Maideen ini jelas telah ditegur oleh YM Guru Utama Tuan Hj Ishak Itam?
10. Ijazah bukan perkara menda main-main, tetapi kenapa apabila dipertikaikan ucapan syahadah tiada jawapan yang konkrit keluar daripada mulut Saithu Maideen?
11. Adakah adil menuduh mereka yang inginkan penjelasan lanjut mengenai segala apa yang telah diperucapkan diatas ini sebagai puak-puak yang bermasalah?
12. Siapakah puak yang bermasalah sebenarnya?
13. Nak kona kemana lagi?

Kita memang tidak akan gosok, sebab kita bukan pengampu! Tapi kita nak basuh kepala ahli PSSCm jangan sampai lupa sejarah. Dan ingat silat cekak ini ada daulat!

Mana-mana yang sudah terpalit tahi dengan konspirator dan konco-konconya bakal merasa akibatnya kerana bersekongkol dengan kaki pembelit. Tunggulah masa ketetapan-Nya. Oleh itu janganlah berasa ego dan tinggi diri, alangkan bukit lagikan runtuh.

Kasi cuci llaaa...

Isu basi? Bukan...ini adalah sejarah.

Dan sejarah ini tetap dirakamkan semoga dapat dikenang oleh anak cucu pendokong tegar Silat Cekak Malaysia yang masih ingin mendaulatkan warisan pusaka bangsa Melayu.

"Jangan Sampai Jadi Cekak Maidin"

SERASI
Sejarah Realiti Silat Cekak سيلة كداه

No comments:

Post a Comment