Matanya yang tajam sekadar dua jarak mata si pemakai. Maka tiap-tiap yang terlihat dan terdengar maka sampailah ia. Sembunyi tempatnya seolah pemalu sifatnya.

Wednesday 9 January 2013

ISU GURU UTAMA - CEKAK MAIDIN MULA KELAM KABUT

Hari ini dalam sejarah

Isu Guru Utama yang telah dilancarkan dalam fesbuk menyebabkan jabatan penerangan cekak maidin kelam kabut. 

Akibat tidak dapat menjawab segala persoalan yang tuntas dan berfakta yang dikemukakan maka skrip biasa jabatan penerangan cekak maidin mula dibaca dengan mengeluarkan arahan, mengancam, mengugut dan pelbagai lagi tulisan untuk menakutkan ahli supaya tidak melayan FB yang dituduh memfitnah silat cekak maidin.

Selain main tuju lagu Bangau oh Bangau, pelbagai kata nista dilemparkan oleh pentadbir fesbuk Cekak Maidin seperti Anjing Menyalak Bukit, golongan Muktazilah, Yahudi, Talam Dua Muka, Spy, Pengkhianat, Tidak Sah, Rosak Akhlak dan sebagainya kepada pentadbir fesbuk Isu Guru Utama. 

Disamping itu juga, terdapat juga cadangan untuk menutup fesbuk Isu Guru Utama kerana menganggu gugat kedamaian fesbuk Silat Cekak Maidin. Cadangan yang sama sepatutnya dikeluarkan oleh pentadbir fesbuk Isu Guru Utama kepada fesbuk Silat Cekak Maidin kerana tidak menjawab soalan yang dikemukakan dalam Isu Guru Utama yang dianggap sebagai menipu masyarakat.

Akibat sudah kelam kabut ada juga yang mencadangkan supaya dilaporkan kepada pihak polis (macam polis takde kerja lain nak melayan cerita fesbuk). Walaubagaimanapun cadangan yang sama juga patut dilakukan oleh pentadbir fesbuk Isu Guru Utama kerana hal berkaitan Tipu Nama, Minyak Dagu, Main Bomoh, dan juga salah Syahadah Cekak Maidin yang selama ini cuba ditutup oleh pentadbir Cekak Maidin.

Counter dilaman ini mula mencecah 1500 members sejak ia mula dilancarkan dan dijangka akan meningkat dari sehari ke sehari.

Manakala fesbuk jabatan penerangan cekak maidin pula ditutup daripada masyarakat umum umpama siput masuk cengkerang.

Sejarah ini tetap dirakamkan.

Sumber.
Musang King

Maharaja Lawak Mega Sale?





No comments:

Post a Comment