Matanya yang tajam sekadar dua jarak mata si pemakai. Maka tiap-tiap yang terlihat dan terdengar maka sampailah ia. Sembunyi tempatnya seolah pemalu sifatnya.

Wednesday, 23 January 2013

GEMPAR - SILAT CEKAK MAIDIN TIMBUL DI TV3

Hari Ini Dalam Sejarah.

Akhirnya kepala siput Silat Cekak Maidin timbul juga dalam rancangan terbitan TV3. Seperti biasa Saithu Maidin menggunakan kesempatan yang ada untuk minta tolong kepada semua menteri-menteri yang ada di Malaysia ini untuk kepentingan politik beliau. Mereka juga bersedia menjadi pertahanan ketiga selepas polis dan tentera. 

Taktik lapok ini mudah dibaca hatta oleh budak sekolah rendah kerana yang hendak dikudakan nanti budak-budak juga bukannya dia dan konco-konconya. Lagipun hendak berperang dengan siapa?

Dalam slot yang diberikan itu juga sempat juga Saithu Maidin menipu Satu Malaysia dengan mengatakan bangsa Melayu telah dijajah selama 500 tahun untuk dibandingkan dengan rakyat Palestin yang dijajah 65 tahun.

Bila masa Melayu terjajah selama 500 tahun? Melainkan mereka ini semua adalah penganut Sejarah Melayu versi Kristian.

Oleh itu, kami disini ingin memberitahu Silat Cekak Maidin supaya jangan menyentuh bab sejarah Melayu atau cuba menipu benda hal yang mereka tidak tahu lebih-lebih kerana ianya tidak bertepatan dengan susur galur Silat Cekak Maidin itu yang sendiri yang sememangnya tidak berciri Melayu.

"Jangan Sampai Jadi Silat Cekak Maidin"

Silat Cekak Maidin Bukan Silat Melayu.

Sekian.
Musang King.

soalan lain, kenapa Maidin pi jumpa Makteh?

No comments:

Post a Comment