Assalamu'alaikum wbt.
Walaupun tidak bersependapat dalam beberapa hal yang berkaitan dengan pentadbiran persatuan, kami di SERASI tetap tidak akan melupakan jasa-jasa orang yang terdahulu yang berusaha mengembangkan Seni Silat Cekak ke khalayak umum.
Tiada hulu tiada parang, tiada dahulu tiada sekarang.
Bagi kami, yang berjasa tetap berjasa, yang derhaka tetap derhaka. Walaubagaimanapun usaha kami di SERASI ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk menyahut seruan guru-guru yang terdahulu yang inginkan kajian lebih lanjut terhadap perkembangan Silat Cekak khususnya bab kajian sejarah.
Silat Cekak bukan berasal daripada Silat Kalimah dan begitu jugalah sejarahnya.
Seperti mana silatnya yang unik begitu jugalah kisahnya.
Dan kami ingin ucapkan terima kasih kepada tenaga kerja yang bersusah payah menghasilkan buku Silat Cekak Suku Abad yang bagi kami satu hasil yang "marvelous" daripada pihak Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia pada zaman kegemilangannya ketika itu.
Dan kami tidak rela nama itu digunakan sewenang-wenangnya oleh orang yang bukan-bukan demi satu matlamat yang bisa merosakkan identiti Seni Silat Cekak dimata masyarakat.
Seperti peringatan YM Tuan Haji Ishak Itam, "jangan sampai jadi Silat Cekak Maidin" kerana
Silat Cekak Maidin Bukan Silat Melayu
Wassalam.
SERASI
Sejarah Realiti Silat Cekak سيلة كداه
As salam...ramai lg rakan2 diselangor yg ditinggalkan?
ReplyDelete