Matanya yang tajam sekadar dua jarak mata si pemakai. Maka tiap-tiap yang terlihat dan terdengar maka sampailah ia. Sembunyi tempatnya seolah pemalu sifatnya.

Monday, 7 January 2013

Hishamudin Rais Cabar Silat Cekak Leher.


Sangat menarik sekali karangan Hishamudin Rais kali ini. Bukanlah SERASI ingin membawa agenda politik dalam sejarah silat cekak. 

Cuma kali teruja melihatkan keberanian aktivis politik menyentuh hal Silat Cekak - mengkritik penuh geram seraya mencabar keberanian Silat Cekak untuk menidakkan azam beliau untuk  menentang Himpunan Kebangkitan Rakyat yang akan ditunaikannya.

Apa yang menyebabkan beliau menyentuh secara langsung hal Silat Cekak? Silat Cekak yang mana yang selalu menghimpit orang politik mengharapkan laba, pangkat dan projek?

Berani atau tidak Silat Cekak berhadapan dengan Sejuta Rakyat? Jika berani siapa pula yang akan dihantar oleh para pentadbir silat untuk menahan betis, dada ataupun kepala. Budak universiti, budak sekolah, budak-budak kaki fesbuk, kaki minyak dagu, kaki bomoh ataupun paling selamat menyorok dibelakang Silat Lincah?




Entahlah, nampaknya Silat Cekak sudah hilang wibawa dimata masyarakat akibat tersangkut politik.

Ataupun inilah antara akibatnya bila jadi Silat Cekak Maideen?

Sejarah ini tetap dirakamkan.

Sekian.

"Dalam azam tahun baru saya ini juga, saya ingin melihat apakah NGO-NGO Melayu akan berani bersuara dengan sombong sambil berangan-angan ingin membuat satu himpunan pada hari yang sama. Atau gerombolan Patriot yang berbaju merah akan berusaha lebih gigih lagi untuk mengumpulkan lebih ramai Mat Bangla untuk menentang satu juta Himpunan Kebangkitan Rakyat.

Saya juga berazam ingin melihat apakah gerombolan PERKASA dan NGO yang sealiran dengannya akan cuba menggangu gugat kekuatan satu juta rakyat. Saya juga mahu melihat apakah Silat Cekak Leher akan berubah untuk menjadi Silat Cekak Pinggang apabila melihat satu juta di jalan raya."

Petikan: http://www.malaysiakini.com/columns/218031

Satu juta azam








2 comments: