Matanya yang tajam sekadar dua jarak mata si pemakai. Maka tiap-tiap yang terlihat dan terdengar maka sampailah ia. Sembunyi tempatnya seolah pemalu sifatnya.

Tuesday 24 July 2012

سيلة كداه - Silat Kedah

Bismillah dan solawat buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Bersempena dengan keberkatan bulan Ramadhan yang mulia ini, maka disini pihak SERASI mengumumkan nama sebenar Silat Cekak menurut pandangan yang paling tepat dari sudut sejarahnya, ejaan Jawi, tempat lahir dan tujuan asal silat ini dilahirkan kembali demi anak-anak bangsa, khasnya buat anak-anak Cekak, lagi menegak Islam yang suci.

سيلة كداه

sesuai dengan ejaannya yang sebenar dan tidak lari dari lurus maksud sebutan yang merujuk kepada Kedah dan tidak lari daripada lurus menyampaikan maksud hakiki sebenar silat iaitu hanya sebagai alat, kaedah menjaga diri menerima amanah Tuhan Rabbi.

bak kata guru-guru ku yang selalu berpesan
"Silat itu hanya alat bukan tujuan...jangan bergantung pada silat, bergantung hati sepenuhnya pada Allah swt"

bukan Silat Qodah  قدح ataupun Qadah bercangkuk yang tidak memberi makna yang tepat dari sudut bahasa mahupun negara.

"Pulang pulih sediakala"

Wassalam,

Sejarah Realiti Silat Cekak  سيلة كداه

Monday 16 July 2012

APA ITU MUFARAQAH?

APA ITU MUFARAQAH

Mufaraqah = niat untuk memisahkan diri dari mengikuti imam semasa mengerjakan solat berjamaah. Maksudnya dia kena meneruskan solatnya secara sendiri tanpa perlu berhenti dan ulang semula solatnya.

Kesimpulan bagi persoalan berkaitan hukum ma’mum berniat Mufaraqah (niat berpisah daripada imam) :

1             Dalam mazhab syafie ma’mum boleh niat mufaraqah dengan Imam samaada bersebab atau tidak. Ianya dihukumkan makruh.
Dalam solat Jumaat tidak sah niat mufaraqah pada rakaat pertama.
2        Mazhab Hanbali harus mufaraqah dengan Imam dengan sebab keuzuran, jika tanpa uzur ada 2 pendapat; pertama batal solatnya dan ini merupakan pandangan yang asah (diterima) dan kedua harus
3        Mazhab Hanafi: Makruh makmum memberi salam lebih awal dari Imam tetapi tidak harus Mufaraqah
4        Mazhab Maliki: Sesiapa yang mengikut Imam tidak harus mufaraqah dengan Imam

KEUZURAN YANG MENGHARUSKAN MUFARAQAH:

1        Imam membaca panjang sedangkan makmum ada keperluan
2        Imam meninggalkan perkara sunat seperti qunut/tahiyyat awal
3        Sakit
4        Bimbang dikuasai rasa mengantuk
5        Bimbang terbatal solat (rasa nak kencing)
6        Bimbang kehilangan harta
7        Bimbang ditinggalkan kawan
8        Menyelamatkan orang yang lemas, atau seumpamanya.

Dalil mazhab Syafie dan Hanbali:Diriwayatkan oleh Imam Muslim dan Bukhari :


حَدَّثَنِي ‏ ‏مُحَمَّدُ بْنُ عَبَّادٍ ‏ ‏حَدَّثَنَا ‏ ‏سُفْيَانُ ‏ ‏عَنْ ‏ ‏عَمْرٍو ‏ ‏عَنْ ‏ ‏جَابِرٍ ‏ ‏قَالَ
كَانَ ‏ ‏مُعَاذٌ ‏ ‏يُصَلِّي مَعَ النَّبِيِّ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏ثُمَّ يَأْتِي فَيَؤُمُّ قَوْمَهُ فَصَلَّى لَيْلَةً مَعَ النَّبِيِّ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏الْعِشَاءَ ثُمَّ أَتَى قَوْمَهُ فَأَمَّهُمْ فَافْتَتَحَ بِسُورَةِ ‏ ‏الْبَقَرَةِ ‏ ‏فَانْحَرَفَ ‏ ‏رَجُلٌ ‏ ‏فَسَلَّمَ ثُمَّ صَلَّى وَحْدَهُ وَانْصَرَفَ فَقَالُوا لَهُ أَنَافَقْتَ يَا فُلَانُ قَالَ لَا وَاللَّهِ وَلَآتِيَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏فَلَأُخْبِرَنَّهُ فَأَتَى رَسُولَ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّا أَصْحَابُ ‏ ‏نَوَاضِحَ ‏ ‏نَعْمَلُ بِالنَّهَارِ وَإِنَّ ‏ ‏مُعَاذًا ‏ ‏صَلَّى مَعَكَ الْعِشَاءَ ثُمَّ أَتَى فَافْتَتَحَ بِسُورَةِ ‏ ‏الْبَقَرَةِ ‏ ‏فَأَقْبَلَ رَسُولُ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏عَلَى ‏ ‏مُعَاذٍ ‏ ‏فَقَالَ ‏ ‏يَا ‏ ‏مُعَاذُ ‏ ‏أَفَتَّانٌ ‏ ‏أَنْتَ اقْرَأْ بِكَذَا وَاقْرَأْ بِكَذَا قَالَ ‏ ‏سُفْيَانُ ‏ ‏فَقُلْتُ ‏ ‏لِعَمْرٍو ‏ ‏إِنَّ ‏ ‏أَبَا الزُّبَيْرِ ‏ ‏حَدَّثَنَا عَنْ ‏ ‏جَابِرٍ ‏ ‏أَنَّهُ قَالَ اقْرَأْ ‏ ‏وَالشَّمْسِ وَضُحَاهَا ‏ ‏وَالضُّحَى ‏ ‏وَاللَّيْلِ إِذَا ‏ ‏يَغْشَى ‏ ‏وَسَبِّحْ اسْمَ رَبِّكَ الْأَعْلَى ‏ ‏فَقَالَ ‏ ‏عَمْرٌو ‏ ‏نَحْوَ هَذَا


Hadis Jabir bin Abdullah r.a katanya: Biasanya Muaz sembahyang bersama Nabi SAW kemudian beliau pulang mengimami kaumnya.

Pada suatu malam, beliau sembahyang Isyak bersama Nabi SAW kemudian pulang mengimami kaumnya. Beliau mulai dengan membaca surah Al-Baqarah. Maka ada seorang lelaki yang membatalkan sembahyangnya dengan memberi salam terlebih dahulu, kemudian mendirikan sembahyang bersendirian lalu beredar.

Orang ramai berkata kepadanya: Wahai Si Polan! Adakah kamu sudah menjadi munafik? Dia menjawab: Tidak! Demi Allah sesungguhnya aku akan menghadap Rasulullah SAW dan memberitahu akan hal ini. Orang tersebut menghadap Rasulullah SAW lalu berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya kami adalah seorang pemilik unta, penyiram tanaman dan kami berkerja pada siang hari.

Sesungguhnya Muaz telah mendirikan sembahyang Isyak bersama kamu lalu pulang dan mendirikan sembahyang dimulai dengan membaca surah Al-Baqarah. Rasulullah s.a.w menemui Muaz lalu bersabda: Wahai Muaz! Adakah kamu memesongkan sembahyang dengan membaca itu dan ini.

Sufian berkata: Aku berkata kepada Amru sesungguhnya Abu Az-Zubair menceritakan kepadaku dari Jabir bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Bacalah surah Asy-Syams, Ad-Dhuha dan Al-A’laa. Maka Amru berkata: Memang seperti itu.

[Hadis riwayat Imam Muslim, Kitab al-Solat Bab al-Qiraat fi al-Ishak (Bab Bacaan Dalam Solat Isyak, hadis no.175)]

Imam Nawawi menyebut dalam Sharh Sohih Muslim tentang hadis ini yang mempunyai beberapa hukum:

1        Harus orang yang solat fardu mengikuti orang yang solat sunat kerana Saidina Muaz menunaikan solat fardu bersama rasul SAW. Muaz telah menunaikan kewajipannya solat Isyak bersama rasul SAW, kemudian Muaz menjadi Imam kepada kaumnya, jadi Solat Muaz adalah sunat sedangkan kaumnya adalah fardu. Ini dijelaskan dalam riwayat lain selain Muslim. Hukum makmum solat fardu mengikut imam solat sunat adalah harus dalam  mazhab syafie dan lain-lain.

2        Hadis ini dijadikan dalil oleh pendukung mazhab syafie, harus bagi makmum memutuskan niat dari mengikut Imam dan meneruskan solatnya walaupun mengikut pergerakan Imam.

Berhubung masalah ini, ulama mazhab syafie terbahagi kepada 3 :

1.   merupakan pandangan yang paling sah (Asah = diterima) harus dengan uzur atau tanpa keuzuran
2.   Tidak harus secara mutlak
3.   Harus bagi orang uzur dan tidak harus bagi yang tiada keuzuran

Namun begitu Imam Nawawi menolak  golongan yang menjadikan hadis ini sebagai dalil harus mufaraqah kerana dalam riwayat ini lelaki tersebut memberi salam, menghentikan solat dan solat semula.

Dalam riwayat Imam al-Bukhariyy riwayatnya lebih ringkas juga dari Jabir bin Abdullah:


حَدَّثَنِي ‏ ‏مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ ‏ ‏قَالَ حَدَّثَنَا ‏ ‏غُنْدَرٌ ‏ ‏قَالَ حَدَّثَنَا ‏ ‏شُعْبَةُ ‏ ‏عَنْ ‏ ‏عَمْرٍو ‏ ‏قَالَ سَمِعْتُ ‏ ‏جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ ‏ ‏قَالَ
كَانَ ‏ ‏مُعَاذُ بْنُ جَبَلٍ ‏ ‏يُصَلِّي مَعَ النَّبِيِّ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏ثُمَّ يَرْجِعُ فَيَؤُمُّ قَوْمَهُ فَصَلَّى الْعِشَاءَ فَقَرَأَ ‏ ‏بِالْبَقَرَةِ ‏ ‏فَانْصَرَفَ الرَّجُلُ فَكَأَنَّ ‏ ‏مُعَاذًا ‏ ‏تَنَاوَلَ مِنْهُ ‏ ‏فَبَلَغَ النَّبِيَّ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏فَقَالَ فَتَّانٌ فَتَّانٌ فَتَّانٌ ثَلَاثَ مِرَارٍ ‏ ‏أَوْ قَالَ فَاتِنًا فَاتِنًا فَاتِنًا ‏ ‏وَأَمَرَهُ بِسُورَتَيْنِ مِنْ أَوْسَطِ ‏ ‏الْمُفَصَّلِ


Hadis riwayat Imam al-Bukhari, Kitab al-Azan, Bab Iza Tawwala al-Imam Wa Kana Li al-Rajul Hajatan Fakharaja  Fa Salla (Bab sekiranya Imam Memanjangkan bacaan dan seorang itu ada hajat maka dia keluar dari Imam dan solat)

Ibnu Hajar al-Asqalani ketika menghuraikan hadis di atas memberi ulasan yang berbeza berkaitan kata “memberi salam” dalam riwayat Sufyan bin Uyaynah:

ولابن عيينة عند مسلم ” فانحرف رجل فسلم ثم صلى وحده ” وهو ظاهر في أنه قطع الصلاة , لكن ذكر البيهقي أن محمد بن عباد شيخ مسلم تفرد عن ابن عيينة بقوله ” ثم سلم ” , وأن الحفاظ من أصحاب ابن عيينة وكذا من أصحاب شيخه عمرو بن دينار وكذا من أصحاب جابر لم يذكروا السلام , وكأنه فهم أن هذه اللفظة تدل على أن الرجل قطع الصلاة ; لأن السلام يتحلل به من الصلاة , وسائر الروايات تدل على أنه قطع القدوة فقط ولم يخرج من الصلاة بل استمر فيها منفردا . قال الرافعي في ” شرح المسند ” في الكلام على رواية الشافعي عن ابن عيينة في هذا الحديث ” فتنحى رجل من خلفه فصلى وحده ” . هذا يحتمل من جهة اللفظ أنه قطع الصلاة وتنحى عن موضع صلاته واستأنفها لنفسه , لكنه غير محمول عليه ; لأن الفرض لا يقطع بعد الشروع فيه انتهى . ولهذا استدل به الشافعية على أنللمأموم أن يقطع القدوة ويتم صلاته منفردا ” فانحرف رجل فسلم ثم صلى وحده

“Dalam riwayat Ibnu Uyaynah secara zahirnya lelaki tersebut menghentikan solatnya, memberi salam dan solat semula secara bersendirian, tetapi al-Baihaqi menyebut bahawa Muhammad Ibn Abbad sahaja yang meriwayatkan dari Ibn Uyaynah dengan lafaz “Kemudian memberi salam” manakala Huffaz yang lain dari kalangan murid kepada Ibnu Uyaynah mahupun murid kepada guru Ibnu Uyaynah iaitu Amru bin Dinar dan murid kepada Jabir juga tidak menyebut perkataan” Memberi salam.”

Ini menunjukkan Abbad memahami maksud memutuskan dengan membatalkan solat sedangkan riwayat-riwayat yang lain menunjukkan lelaki  tersebut berpisah dari Imam dan tidak membatalkan solatnya.

Tindakan Nabi SAW menegur Muaz r.a dan tidak meminta lelaki tersebut mengulangi solatnya menunjukkan mufaraqah Imam dengan keuzuran tersebut adalah harus.

Kesimpulannya : Hukum asal solat berjemaah adalah mesti mengikut pergerakan dan perbuatan Imam namun Harus bagi makmum niat mufaraqah dengan imam dengan keuzuran dan menyempurnakan solat secara berseorangan berasaskan kepada hadis Muaz diatas. Wallahu’alam

SOAL & JAWAB

1.       Soalan :
Apa yang perlu dibuat oleh ma’mum apabila mengetahui imam telah batal solatnya tanpa si imam menyedarinya ? Apakah ma’mum harus membatalkan solatnya, atau terus mengikuti imam hingga solatnya selesai ?

Jawab :
Apabila ma’mum mengetahui bahawa imam batal solatnya, maka ma’mum tidak boleh mengikuti imam dan tidak boleh pula menghentikan solatnya, dia kena teruskan solatnya dengan niat memisahkan diri dari imam (niat mufaraqah).

Sayid Abdurrahman Ba’alawi dalam kitabnya Bughyatul Mustarsyidin, halaman 74 telah mengutip fatwa pengarang kitab Kasyfun Niqab sebagai berikut :

Kesimpulannya, bahawa dalam niat berpisah dari imam itu terdapat 5 hukum. Ada kalanya wajib, seperti bila ma’mum melihat imam melakukan hal-hal yang membatalkan solatnya.”

Syeikh Zainuddin Al-Malibari dalam kitabnya Fathul Mu’in mengatakan :

“Niat Mufaraqah itu terkadang wajib, seperti ma’mum mengetahui ada hal-hal yang membatalkan solat imam, maka seketika itu pula ia wajib niat mufaraqah. Jika tidak berniat mufaraqah, maka solatnya batal sekalipun tidak mengikuti imam. Keputusan hukum ini telah disepakati oleh para ulama, sebagaimana yang diterangkan dalam kitab Al-Majmu.”

Imam Nawawi dalam kitabnya Al-Majmu’ Syarah Al-Muhadzdzah, Juz IV, halaman 256 mengatakan :

Jika ma’mum solat di belakang imam yang berhadas dengan sebab junub atau buang air dan lainnya, sedangkan ma’mum mengetahui bahawa imamnya berhadas, maka ia berdosa karena perbuatannya itu, dan batal solatnya menurut ijmak. Jika ia tidak mengetahui imamnya berhadas selain dari solat Jumat, maka sah solatnya. Akan tetapi bila ia mengetahui bahwa imamnya itu berhadas di tengah-tengah solat, maka wajib baginya niat mufaraqah dengan imam dan menyempurnakan solatnya secara munfarid (sendirian) melanjutkan rakaat solatnya. Seandainya dia terus saja mengikuti imamnya sekalipun hanya sebentar atau ia tidak berniat mufaraqah, maka solatnya dinyatakan batal menurut kesepakatan ulama.”


Nota tambahan:


Mufaraqah = niat untuk memisahkan diri dari mengikuti imam semasa mengerjakan solat berjamaah.



Maka;


1. Mufaraqah hanya wujud setelah seseorang itu menerima dan berniat dan telah pun berjamaah dibelakang seorang imam. 

2.Tidak timbul soal mufaraqah jika seseorang itu tidak pernah menerima dan tidak pernah berniat untuk berjemaah mengikut sesorang imam.

Sunday 1 July 2012

Penyimpan Rahsia Nabi S.A.W Pun Pergi Perang?

Panglima Huzaifah Al Yamani dizaman Umar Al-Khattab

Ketika zaman pemerintahan Umar Al-khattab, Huzaifah Al Yamani dilantik sebagai panglima perang untuk membantu Nu'man ibn Muqarrin dalam peperangan yang dikenali sebagai Perang Nihawand. Berikutan gugurnya Nu'man ibn Muqarrin di dalam peperangan dan dengan kemenangan tentera Islam di Nihawand, beliau dilantik menjadi gabenor Kufah dan Mada'in seterusnya menjadi wakil khalifah di tanah Parsi.

Cerita Awal Sebelum Perang Nihawand -- Panglima Huzaifah Al Yamani
Pada peringkat awal, pasukan tentera Islam diketuai oleh Sa'ad ibn Abi Waqqas. Panglima Saad Abi Waqas terlibat secara langsung sebelumnya dalam Perang al-Qadisiyyah lalu digelar Pahlawan Qadissiyah. Dalam perang ini Panglima Saad menggunakan sepenuhnya angkatan pemanahnya sebagai strategi utama, kerana beliau juga terkenal sebagai pemanah yang hebat -- seorang yang professional dalam bidangnya, dan telah pun menjadi orang pertama yang melepaskan anak panah dari busur dalam peperangan pertama orang mukmin menentang puak-puak syirik Mekkah.

Beliau adalah salah seorang yang masih bertahan dibukit tinggi yang menyebabkan Khalid Al Walid dan pasukan berkudanya terpaksa menunggu saat terbaik untuk menyerang balas tentera Islam apabila majoriti para pemanah mula turun meninggalkan pos tersebut sewaktu Perang Uhud.

Panglima Saad Abi Waqqas juga mempunyai gelaran "singa yang menyembunyikan kukunya". Hanya tentera Parsi yang pernah bertembung dengannya tahu kelebihan Saad ini. Beliau dan tenteranya pernah berjalan diatas air sewaktu melintasi sungai Tigris untuk berhadapan dengan tentera Parsi dizaman Khalifah Umar Al Farooq.

(Selain beliau seorang lagi Panglima Besar Islam iaitu Malek Al Ashtar r.a, panglima besar paling setia pasukan Saidina Ali r.a juga pernah berjalan diatas air untuk menyeberangi apabila keadaan sangat mendesak sewaktu Perang Siffin, dan selepas itu malu untuk berjumpa Saidina Ali akibat perbuatannya itu yang beliau sendiri anggapnya sebagai tidak patut sama sekali -- kerana akibat perbuatannya itu menyebabkan pihak musuh jadi kecut perut terpaksa membina jambatan dalam tergigil-gigil ketakutan bagi memberi laluan kepada baki tenteranya yang akan menyeberang sungai. 


Malek Al Ashtar adalah salah seorang yang tidak terpedaya dengan taktik Amru Al As yang mengangkat lembaran-lembaran Al Quran yang dicucuk pada mata tombak, ketika pasukan Muawiyah hampir ditewaskan dalam perang Siffin. Katanya kepada puak-puak yang terpedaya dengan taktik Muawiyah pada ketika itu lebih kurang begini :"Siapakah yang lebih memahami isi Al Quran selain dari Ali?" 


Selepas peristiwa Siffin, Khalifah Ali mengarahkan Muhammad ibni Abu Bakar As Siddiq govenor Mesir ketika itu untuk berlindung di Kufah pusat pemerintahan Khalifah, manakala Malik Al Ashtar panglima yang paling digeruni itu telah diarahkan untuk menanti kedatangan tentera Muawiyah dari Damsyik. Malik Al Ashtar sahabat sewaktu kanak-kanak sehingga dewasa dan panglima yang paling dipercayai Ali itu kemudian syahid diracun dalam perjalanan ke Mesir dalam misi mempertahankan Mesir daripada serangan tentera Amru Al As dan Muawiyah 1.


Malik pernah turut sama berperang disamping Khalid Al Walid semasa perang Yarmouk dan Ahstar itu adalah gelarannya kerana terkoyak dibawah mata dalam perang tersebut.)

Melihat pada catatan sejarah yang ada, Saad Abi Waqqas adalah sepupu kepada Baginda Rasulullah s.a.w dari sebelah bonda Rasulullah, Aminah binti Wahab dari Bani Zuhrah. Pernah pada satu ketika Umar memanggilnya dengan nama Saad ibn Waheeb. Saad seorang yang cerdik, memang tidak pernah bersetuju dengan kejahilan penduduk Makkah yang menyembah berhala pada ketika itu langsung menerima Islam pada umur muda 17 tahun. Rasulullah s.a.w pada ketika itu sudah pun berumur hujung 40 tahun (mengikut perkiraan para ulama yang berdasarkan tarikh kelahiran 12 Rabiul Awal dan pada saat menerima wahyu pertama 17 Ramadhan, Baginda berumur 40 tahun 6 bulan) tapi menganggapnya sebagai paman.

Beliau juga terkenal sebagai orang yang sangat mencintai ibunya dan dugaan juga datang melalui ibunya.

Lalu turunlah ayat ini: Surah Lukman ayat 14-15.

Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun . Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu (14)


Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, kemudian hanya kepada-Kulah kembalimu, maka Kuberitakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.(15)

Namun begitu beliau (Saad Abi Waqqas) dipanggil ke Madinah oleh Umar Al-Khattab kerana berlaku masalah pentadbiran. Seterusnya Umar melantik Nu'man ibn Muqarrin selaku Panglima Besar tentera Islam. Di bawah pimpinan Panglima Besar Nu'man ibn Muqarrin dan dibantu oleh Panglima Huzaifah Al-Yamani tentera Islam seramai 30,000 berhadapan dengan tentera Parsi seramai 100,000 orang pimpinan Panglima Besar Wahman Mardansyah dan pembantunya adalah Panglima Pirouzan.

Nu'man ibn Muqarrin sebelum ini pernah berkhidmat dibawah dua panglima besar Islam iaitu Khalid Al Walid dan juga Saad Abi Waqas. Dengan pengalaman berperangnya bersama dua orang professional iaitu Khalid ibn al-Walid dan Sa'ad ibn Abi Waqqas di awal perjuangannya, Nu'man ibn Muqarrin menggunakan kepantasan serangan tentera berkuda dan kecekapan pasukan pemanah sebagai tunjang utama untuk menewaskan pertahanan tentera Parsi.

Umat Islam menggelarkan peperangan ini sebagai "Kemenangan Bagi Segala Kemenangan" berikutan tumbangnya Empayar Parsi Sassanid. Peperangan ini berlaku pada tahun 642 M. Kedua-dua panglima Parsi terkorban dalam peperangan ini manakala di pihak tentera Islam, Nu'man ibn Muqarrin sendiri terkorban dan tempatnya digantikan oleh Huzaifah Al-Yamani.

Selepas kekalahan teruk di Nihawand, Yazdegerd gagal untuk menghimpunkan semula tenteranya dan kini menjadi pelarian. Beliau kemudiannya dibunuh oleh seorang petani di Merv pada 651 M.

Nota Tambahan:
Kita boleh melihat walaupun digelar sebagai "penyimpan rahsia Nabi Muhammad s.a.w", Huzaifah Al Yamani tak kisah dengan status dan jawatan -- boleh duduk dimana-mana sahaja, samada diatas atau pun dibawah. Manakala raja Parsi yang besar gah dengan segala kemewahan yang dikawal dengan segala bodyguard pun tidak dapat mengelak tebasan seorang petani bila sampai time.