Panglima Huzaifah Al Yamani dizaman Umar Al-Khattab
Ketika zaman pemerintahan Umar Al-khattab, Huzaifah Al Yamani dilantik sebagai panglima perang untuk membantu Nu'man ibn Muqarrin dalam peperangan yang dikenali sebagai Perang Nihawand. Berikutan gugurnya Nu'man ibn Muqarrin di dalam peperangan dan dengan kemenangan tentera Islam di Nihawand, beliau dilantik menjadi gabenor Kufah dan Mada'in seterusnya menjadi wakil khalifah di tanah Parsi.
Cerita Awal Sebelum Perang Nihawand -- Panglima Huzaifah Al Yamani
Pada peringkat awal, pasukan tentera Islam diketuai oleh Sa'ad ibn Abi Waqqas. Panglima Saad Abi Waqas terlibat secara langsung sebelumnya dalam Perang al-Qadisiyyah lalu digelar Pahlawan Qadissiyah. Dalam perang ini Panglima Saad menggunakan sepenuhnya angkatan pemanahnya sebagai strategi utama, kerana beliau juga terkenal sebagai pemanah yang hebat -- seorang yang professional dalam bidangnya, dan telah pun menjadi orang pertama yang melepaskan anak panah dari busur dalam peperangan pertama orang mukmin menentang puak-puak syirik Mekkah.
Beliau adalah salah seorang yang masih bertahan dibukit tinggi yang menyebabkan Khalid Al Walid dan pasukan berkudanya terpaksa menunggu saat terbaik untuk menyerang balas tentera Islam apabila majoriti para pemanah mula turun meninggalkan pos tersebut sewaktu Perang Uhud.
Panglima Saad Abi Waqqas juga mempunyai gelaran "singa yang menyembunyikan kukunya". Hanya tentera Parsi yang pernah bertembung dengannya tahu kelebihan Saad ini. Beliau dan tenteranya pernah berjalan diatas air sewaktu melintasi sungai Tigris untuk berhadapan dengan tentera Parsi dizaman Khalifah Umar Al Farooq.
(Selain beliau seorang lagi Panglima Besar Islam iaitu Malek Al Ashtar r.a, panglima besar paling setia pasukan Saidina Ali r.a juga pernah berjalan diatas air untuk menyeberangi apabila keadaan sangat mendesak sewaktu Perang Siffin, dan selepas itu malu untuk berjumpa Saidina Ali akibat perbuatannya itu yang beliau sendiri anggapnya sebagai tidak patut sama sekali -- kerana akibat perbuatannya itu menyebabkan pihak musuh jadi kecut perut terpaksa membina jambatan dalam tergigil-gigil ketakutan bagi memberi laluan kepada baki tenteranya yang akan menyeberang sungai.
Malek Al Ashtar adalah salah seorang yang tidak terpedaya dengan taktik Amru Al As yang mengangkat lembaran-lembaran Al Quran yang dicucuk pada mata tombak, ketika pasukan Muawiyah hampir ditewaskan dalam perang Siffin. Katanya kepada puak-puak yang terpedaya dengan taktik Muawiyah pada ketika itu lebih kurang begini :"Siapakah yang lebih memahami isi Al Quran selain dari Ali?"
Selepas peristiwa Siffin, Khalifah Ali mengarahkan Muhammad ibni Abu Bakar As Siddiq govenor Mesir ketika itu untuk berlindung di Kufah pusat pemerintahan Khalifah, manakala Malik Al Ashtar panglima yang paling digeruni itu telah diarahkan untuk menanti kedatangan tentera Muawiyah dari Damsyik. Malik Al Ashtar sahabat sewaktu kanak-kanak sehingga dewasa dan panglima yang paling dipercayai Ali itu kemudian syahid diracun dalam perjalanan ke Mesir dalam misi mempertahankan Mesir daripada serangan tentera Amru Al As dan Muawiyah 1.
Malik pernah turut sama berperang disamping Khalid Al Walid semasa perang Yarmouk dan Ahstar itu adalah gelarannya kerana terkoyak dibawah mata dalam perang tersebut.)
Melihat pada catatan sejarah yang ada, Saad Abi Waqqas adalah sepupu kepada Baginda Rasulullah s.a.w dari sebelah bonda Rasulullah, Aminah binti Wahab dari Bani Zuhrah. Pernah pada satu ketika Umar memanggilnya dengan nama Saad ibn Waheeb. Saad seorang yang cerdik, memang tidak pernah bersetuju dengan kejahilan penduduk Makkah yang menyembah berhala pada ketika itu langsung menerima Islam pada umur muda 17 tahun. Rasulullah s.a.w pada ketika itu sudah pun berumur hujung 40 tahun (mengikut perkiraan para ulama yang berdasarkan tarikh kelahiran 12 Rabiul Awal dan pada saat menerima wahyu pertama 17 Ramadhan, Baginda berumur 40 tahun 6 bulan) tapi menganggapnya sebagai paman.
Beliau juga terkenal sebagai orang yang sangat mencintai ibunya dan dugaan juga datang melalui ibunya.
Lalu turunlah ayat ini: Surah Lukman ayat 14-15.
Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun . Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu (14)
Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, kemudian hanya kepada-Kulah kembalimu, maka Kuberitakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.(15)
Namun begitu beliau (Saad Abi Waqqas) dipanggil ke Madinah oleh Umar Al-Khattab kerana berlaku masalah pentadbiran. Seterusnya Umar melantik Nu'man ibn Muqarrin selaku Panglima Besar tentera Islam. Di bawah pimpinan Panglima Besar Nu'man ibn Muqarrin dan dibantu oleh Panglima Huzaifah Al-Yamani tentera Islam seramai 30,000 berhadapan dengan tentera Parsi seramai 100,000 orang pimpinan Panglima Besar Wahman Mardansyah dan pembantunya adalah Panglima Pirouzan.
Nu'man ibn Muqarrin sebelum ini pernah berkhidmat dibawah dua panglima besar Islam iaitu Khalid Al Walid dan juga Saad Abi Waqas. Dengan pengalaman berperangnya bersama dua orang professional iaitu Khalid ibn al-Walid dan Sa'ad ibn Abi Waqqas di awal perjuangannya, Nu'man ibn Muqarrin menggunakan kepantasan serangan tentera berkuda dan kecekapan pasukan pemanah sebagai tunjang utama untuk menewaskan pertahanan tentera Parsi.
Umat Islam menggelarkan peperangan ini sebagai "Kemenangan Bagi Segala Kemenangan" berikutan tumbangnya Empayar Parsi Sassanid. Peperangan ini berlaku pada tahun 642 M. Kedua-dua panglima Parsi terkorban dalam peperangan ini manakala di pihak tentera Islam, Nu'man ibn Muqarrin sendiri terkorban dan tempatnya digantikan oleh Huzaifah Al-Yamani.
Selepas kekalahan teruk di Nihawand, Yazdegerd gagal untuk menghimpunkan semula tenteranya dan kini menjadi pelarian. Beliau kemudiannya dibunuh oleh seorang petani di Merv pada 651 M.
Nota Tambahan:
Kita boleh melihat walaupun digelar sebagai "penyimpan rahsia Nabi Muhammad s.a.w", Huzaifah Al Yamani tak kisah dengan status dan jawatan -- boleh duduk dimana-mana sahaja, samada diatas atau pun dibawah. Manakala raja Parsi yang besar gah dengan segala kemewahan yang dikawal dengan segala bodyguard pun tidak dapat mengelak tebasan seorang petani bila sampai time.
No comments:
Post a Comment