حديث حذيفة بن اليمان رضى الله عنه قال : كان الناس يسألون رسول الله صلى الله عليه وسلم عن الخير وكنت أسأله عن الشر مخافة أن يدركني فقلت يا رسول الله إنا كنا في الجاهلية وشر فجاءنا الله بهذا الخير فهل بعد هذا الخير شر قال نعم فقلت هل بعد ذلك الشر من خير قال نعم وفيه دخن قلت وما دخنه قال قوم يستنون بغير سنتي ويهدون بغير هدي تعرف منهم وتنكر فقلت هل بعد ذلك الخير من شر قال نعم دعاة على أبواب جهنم من أجابهم إليها قذفوه فيها فقلت يا رسول الله صفهم لنا قال نعم من جلدتنا ويتكلمون بألسنتنا قلت يا رسول الله فما ترى إن أدركني ذلك قال تلزم جماعة المسلمين وإمامهم فقلت فإن لم تكن لهم جماعة ولا إمام قال فاعتزل تلك الفرق كلها ولو أن تعض على أصل شجرة حتى يدركك الموت وأنت علىذلك
Maknanya: Diriwayatkan daripada Huzaifah bin al-Yaman RA katanya: Manusia sering bertanya kepada Rasulullah SAW mengenai amalan-amalan yang baik, tetapi aku telah bertanya tentang amalan-amalan jahat kerana aku takut ia akan menimpa diriku, lalu aku bertanya: Wahai Rasulullah! Dahulu kami berada dalam kejahilan dan kejahatan, kemudian Allah mengurniakan kepada kami kebaikan (kebenaran), adakah selepas kebenaran ini akan berlaku pula kejahatan?
Rasulullah menjawab: Ya.
Aku bertanya lagi: Adakah akan berlaku pula kebaikan selepas kejahatan itu?
Rasulullah manjawab: Ya, tetapi ketika itu terdapat kekurangan dan perselisihan.
Aku bertanya: apakah yang dimaksudkan dengan kekurangan dan perselisihan itu?
Rasulullah menjawab dengan bersabda: Iaitu satu kaum yang tidak beramal dengan sunnahku dan mengikuti selain dari jalanku, di antara mereka itu ada yang kamu kenali dan ada yang kamu tidak mengenalinya.
Aku bertanya lagi: Adakah kejahatan akan berlaku lagi selepas itu?
Rasulullah menjawab: Ya, ketika ada orang-orang yang menyeru atau mengajak manusia ke neraka jahannam, sesiapa yang menyahut ajakan mereka, maka orang itu akan dicampakkan ke dalam neraka itu.
Aku berkata lagi: Wahai Rasulullah! Sifatkan mereka kepada kami.
Rasulullah manjawab: Baiklah, mereka adalah sebangsa dengan kita dan berbahasa seperti bahasa kita.
Aku bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah pendapatmu sekiranya aku masih hidup lagi ketika itu?
Rasulullah menjawab dengan bersabda: Kamu hendaklah bersama dengan jemaah Islam dan pemimpin mereka.
Aku bertanya lagi: Bagaimanakah sekiranya ketika itu umat Islam tidak mempunyai jemaah (kesatuan) juga tidak ada pemimpin?
Rasulullah menjawab lagi dengan bersabda: Kamu hendaklah hendaklah memencilkan diri kamu dari kumpulan mereka walaupun kamu terpaksa memakan akar-akar kayu dan tinggallah kamu di sana sehingga kamu mati dalam keadaan yang demikian.
sumber.
Nota tambahan:
Pada zaman ini, hadis ini selalu dan sewenang-wenangnya dikaitkan dengan masalah politik, contohnya ayat "jemaah Islam dan pemimpin mereka" selalu dikaitkan dengan kumpulan yang mendakwa mereka adalah jemaah Islam dan pemimpin mereka adalah khalifah Islam.
Tetapi harus diingat Huzaifah Al Yamani r.a berdialog dengan Rasullullah s.a.w dan ada beberapa perkara yang harus ditekankan disini.
1.Apakah maksud jemaah Islam mengikut sudut pandang Huzaifah Al Yamani?
2.Apakah maksud tidak ada kesatuan mengikut sudut pandang Huzaifah Al Yamani?
3.Apakah maksud tidak ada pemimpin mengikut sudut pandang Huzaifah Al Yamani?
4. Apakah kriteria pemimpin Islam mengikut sudut pandang Huzaifah Al Yamani sehingga beliau meletakkan satu masalah "bagaimana jika tiada pemimpin Islam" seperti yang dimaksudkan oleh beliau?
Siapakah Huzaifah Al Yamani yang kita perlu tahu sebelum kita dapat memahami setiap maksud soalannya diatas?
Adakah sempat beliau melalui zaman yang telah disebutkan diatas?
Huzaifah meninggal dunia di Madyan (sekarang : Lubnan) pada tahun 36 hijriyyah dalam umur yang terlalu tua. Beliau meninggal dunia selepas mendapat berita pembunuhan terhadap Saidina Osman bin Affan.
Beliau tidak sempat melalui zaman selepas Saidinia Uthman Affan r.a untuk dijadikan panduan mengenal munafik seperti yang dilakukan oleh Saidina Umar Al Khatab r.a seperti kisah berikut:
Saiyidina Umar r.a. misalnya, enggan menyembahyangkan jenazah seseorang kalau dilihatnya Huzaifah tidak turut menyembahyangkannya. Inilah kelebihan Huzaifah Al-Yamani yang mempunyai pengetahuan tentang ilmu ghaib hingga dia tahu siapa yang munafik dan siapa yang tidak.
SIAPA HUZAIFAH AL-YAMANI
Huzaifah bin Al-Yaman antara sahabat nabi yang sangat masyhur. Bapanya bernama “Husail bin Jabir Al-‘Absi Al-yamani”. Beliau merupakan “sohib As-Sir” atau penjaga rahsia nabi SAW.
Memandangkan beliau adalah manusia yang disebut sebagai “penjaga rahsia nabi SAW”, menyebabkan banyak nama-nama para munafiq berada ditangan beliau. Semuanya ini disebabkan kepercayaan yang diberikan oleh Nabi kepada beliau.
Pernah suatu hari, Omar bin Al-Khattab bertanya kepada Huzaifah, apakah nama beliau antara yang tersenarai sebagai orang munafiq. Lalu dijawab oleh Huzaifah, bahawa Omar bukan dari kalangan mereka.
Disebabkan beliau menyimpan rahsia-rahsia nabi, menyebabkan beliau pernah menyebut;
والله إني لاعلم الناس بكل فتنة هي كائنة فيما بيني وبين الساعة
Maksudnya;
“Demi Allah, sesungguhnya aku adalah manusia yang paling banyak mengetahui dengan setiap fitnah yang akan berlaku diantaraku dan hari kiamat”
Persoalannya bagi umat Islam akhir zaman ini, bagaimana kita hendak memahamkan maksud persoalan yang sangat kritkal iaitu zaman tiada pemimpin Islam seperti yang telah disebut oleh Huzaifah Al Yamani sehinggakan terpaksa memencilkan diri dan keluar daripada golongan mereka?
Kenalkah kita pada golongan tersebut? Atau tiada siapa yang peduli dengan halnya diatas kerana sekali lalu jika dibaca seolah-olah hadis ini ditujukan kepada satu kaum yang sebangsa dan sebahasa seperti yang telah disifatkan oleh Rasulullah s.a.w
Zaman selepas Saidina Uthman r.a adalah zaman yang paling kritikal-zaman fitnah, dalam sejarah Islam sehinggalah hari kiamat.
Semasa saat dia mahu menghembuskan nafasnya yang terakhir, para sahabat terdengar ucapannya seperti berikut;
“selamat datang wahai Maut; kekasih tiba di waktu rindu; hati bahagia tak ada keluh dan sesalku”
Maka tetap bersemadilah rahsia-rahsia itu bersama Huzaifah Al Yamani r.a
Kenalkah kita pada golongan tersebut? Atau tiada siapa yang peduli dengan halnya diatas kerana sekali lalu jika dibaca seolah-olah hadis ini ditujukan kepada satu kaum yang sebangsa dan sebahasa seperti yang telah disifatkan oleh Rasulullah s.a.w
Zaman selepas Saidina Uthman r.a adalah zaman yang paling kritikal-zaman fitnah, dalam sejarah Islam sehinggalah hari kiamat.
Semasa saat dia mahu menghembuskan nafasnya yang terakhir, para sahabat terdengar ucapannya seperti berikut;
“selamat datang wahai Maut; kekasih tiba di waktu rindu; hati bahagia tak ada keluh dan sesalku”
Maka tetap bersemadilah rahsia-rahsia itu bersama Huzaifah Al Yamani r.a
No comments:
Post a Comment