Matanya yang tajam sekadar dua jarak mata si pemakai. Maka tiap-tiap yang terlihat dan terdengar maka sampailah ia. Sembunyi tempatnya seolah pemalu sifatnya.

Thursday, 7 June 2012

Adab Budaya Cekak - Prinsip Kehidupan


Lambang ini adalah terjemahan yang mewakili prinsip asas "peradaban dan budaya" yang dibawa oleh Almarhom Ustaz Hanafi dalam pejuangannya untuk anak bangsa. Prinsip ini boleh digunakan oleh seluruh ahli silat cekak dalam menghadapi dugaan dan cubaan dalam realiti kehidupan. Prinsip ini sesuai untuk semua keadaan, tidak semestinya silat sahaja, tetapi perlu silat. 

Budaya tanpa adap boleh jadi budaya kurang ajar lagi songsang tetapi budaya dengan adab pasti mempunyai nilai murni yang memastikan budaya itu dikawal oleh peradaban. Maka oleh itu adab dan budaya itu saling melengkapi diantara satu sama lain. Dan pastinya adab dan budaya Cekak itu adalah warisan bangsa Melayu lagi Islam yang tinggi nilainya.

~Adab dan Budaya Cekak Sebagai Prinsip Kehidupan~

Nota Tambahan.
Lambang SC sekitar 1974 ialah tangan yang bersimbolkan satu tangan terbuka dan satu tangan menggenggam. Dato' Mohd Rauhi masih ingat lagi, Ustaz menyentuh makna simbol itu dalam penerangannya. Kesimpulannya, ahli-ahli SC tidak mudah menceroboh atau mengganas. Prinsipnya ialah bertolak ansur terlebih dahulu. Jika prinsip itu tidak dihargai maka barulah tangan yang mengenggam berlambangkan tindakan.

No comments:

Post a Comment