Matanya yang tajam sekadar dua jarak mata si pemakai. Maka tiap-tiap yang terlihat dan terdengar maka sampailah ia. Sembunyi tempatnya seolah pemalu sifatnya.

Monday 16 July 2012

APA ITU MUFARAQAH?

APA ITU MUFARAQAH

Mufaraqah = niat untuk memisahkan diri dari mengikuti imam semasa mengerjakan solat berjamaah. Maksudnya dia kena meneruskan solatnya secara sendiri tanpa perlu berhenti dan ulang semula solatnya.

Kesimpulan bagi persoalan berkaitan hukum ma’mum berniat Mufaraqah (niat berpisah daripada imam) :

1             Dalam mazhab syafie ma’mum boleh niat mufaraqah dengan Imam samaada bersebab atau tidak. Ianya dihukumkan makruh.
Dalam solat Jumaat tidak sah niat mufaraqah pada rakaat pertama.
2        Mazhab Hanbali harus mufaraqah dengan Imam dengan sebab keuzuran, jika tanpa uzur ada 2 pendapat; pertama batal solatnya dan ini merupakan pandangan yang asah (diterima) dan kedua harus
3        Mazhab Hanafi: Makruh makmum memberi salam lebih awal dari Imam tetapi tidak harus Mufaraqah
4        Mazhab Maliki: Sesiapa yang mengikut Imam tidak harus mufaraqah dengan Imam

KEUZURAN YANG MENGHARUSKAN MUFARAQAH:

1        Imam membaca panjang sedangkan makmum ada keperluan
2        Imam meninggalkan perkara sunat seperti qunut/tahiyyat awal
3        Sakit
4        Bimbang dikuasai rasa mengantuk
5        Bimbang terbatal solat (rasa nak kencing)
6        Bimbang kehilangan harta
7        Bimbang ditinggalkan kawan
8        Menyelamatkan orang yang lemas, atau seumpamanya.

Dalil mazhab Syafie dan Hanbali:Diriwayatkan oleh Imam Muslim dan Bukhari :


حَدَّثَنِي ‏ ‏مُحَمَّدُ بْنُ عَبَّادٍ ‏ ‏حَدَّثَنَا ‏ ‏سُفْيَانُ ‏ ‏عَنْ ‏ ‏عَمْرٍو ‏ ‏عَنْ ‏ ‏جَابِرٍ ‏ ‏قَالَ
كَانَ ‏ ‏مُعَاذٌ ‏ ‏يُصَلِّي مَعَ النَّبِيِّ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏ثُمَّ يَأْتِي فَيَؤُمُّ قَوْمَهُ فَصَلَّى لَيْلَةً مَعَ النَّبِيِّ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏الْعِشَاءَ ثُمَّ أَتَى قَوْمَهُ فَأَمَّهُمْ فَافْتَتَحَ بِسُورَةِ ‏ ‏الْبَقَرَةِ ‏ ‏فَانْحَرَفَ ‏ ‏رَجُلٌ ‏ ‏فَسَلَّمَ ثُمَّ صَلَّى وَحْدَهُ وَانْصَرَفَ فَقَالُوا لَهُ أَنَافَقْتَ يَا فُلَانُ قَالَ لَا وَاللَّهِ وَلَآتِيَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏فَلَأُخْبِرَنَّهُ فَأَتَى رَسُولَ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّا أَصْحَابُ ‏ ‏نَوَاضِحَ ‏ ‏نَعْمَلُ بِالنَّهَارِ وَإِنَّ ‏ ‏مُعَاذًا ‏ ‏صَلَّى مَعَكَ الْعِشَاءَ ثُمَّ أَتَى فَافْتَتَحَ بِسُورَةِ ‏ ‏الْبَقَرَةِ ‏ ‏فَأَقْبَلَ رَسُولُ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏عَلَى ‏ ‏مُعَاذٍ ‏ ‏فَقَالَ ‏ ‏يَا ‏ ‏مُعَاذُ ‏ ‏أَفَتَّانٌ ‏ ‏أَنْتَ اقْرَأْ بِكَذَا وَاقْرَأْ بِكَذَا قَالَ ‏ ‏سُفْيَانُ ‏ ‏فَقُلْتُ ‏ ‏لِعَمْرٍو ‏ ‏إِنَّ ‏ ‏أَبَا الزُّبَيْرِ ‏ ‏حَدَّثَنَا عَنْ ‏ ‏جَابِرٍ ‏ ‏أَنَّهُ قَالَ اقْرَأْ ‏ ‏وَالشَّمْسِ وَضُحَاهَا ‏ ‏وَالضُّحَى ‏ ‏وَاللَّيْلِ إِذَا ‏ ‏يَغْشَى ‏ ‏وَسَبِّحْ اسْمَ رَبِّكَ الْأَعْلَى ‏ ‏فَقَالَ ‏ ‏عَمْرٌو ‏ ‏نَحْوَ هَذَا


Hadis Jabir bin Abdullah r.a katanya: Biasanya Muaz sembahyang bersama Nabi SAW kemudian beliau pulang mengimami kaumnya.

Pada suatu malam, beliau sembahyang Isyak bersama Nabi SAW kemudian pulang mengimami kaumnya. Beliau mulai dengan membaca surah Al-Baqarah. Maka ada seorang lelaki yang membatalkan sembahyangnya dengan memberi salam terlebih dahulu, kemudian mendirikan sembahyang bersendirian lalu beredar.

Orang ramai berkata kepadanya: Wahai Si Polan! Adakah kamu sudah menjadi munafik? Dia menjawab: Tidak! Demi Allah sesungguhnya aku akan menghadap Rasulullah SAW dan memberitahu akan hal ini. Orang tersebut menghadap Rasulullah SAW lalu berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya kami adalah seorang pemilik unta, penyiram tanaman dan kami berkerja pada siang hari.

Sesungguhnya Muaz telah mendirikan sembahyang Isyak bersama kamu lalu pulang dan mendirikan sembahyang dimulai dengan membaca surah Al-Baqarah. Rasulullah s.a.w menemui Muaz lalu bersabda: Wahai Muaz! Adakah kamu memesongkan sembahyang dengan membaca itu dan ini.

Sufian berkata: Aku berkata kepada Amru sesungguhnya Abu Az-Zubair menceritakan kepadaku dari Jabir bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Bacalah surah Asy-Syams, Ad-Dhuha dan Al-A’laa. Maka Amru berkata: Memang seperti itu.

[Hadis riwayat Imam Muslim, Kitab al-Solat Bab al-Qiraat fi al-Ishak (Bab Bacaan Dalam Solat Isyak, hadis no.175)]

Imam Nawawi menyebut dalam Sharh Sohih Muslim tentang hadis ini yang mempunyai beberapa hukum:

1        Harus orang yang solat fardu mengikuti orang yang solat sunat kerana Saidina Muaz menunaikan solat fardu bersama rasul SAW. Muaz telah menunaikan kewajipannya solat Isyak bersama rasul SAW, kemudian Muaz menjadi Imam kepada kaumnya, jadi Solat Muaz adalah sunat sedangkan kaumnya adalah fardu. Ini dijelaskan dalam riwayat lain selain Muslim. Hukum makmum solat fardu mengikut imam solat sunat adalah harus dalam  mazhab syafie dan lain-lain.

2        Hadis ini dijadikan dalil oleh pendukung mazhab syafie, harus bagi makmum memutuskan niat dari mengikut Imam dan meneruskan solatnya walaupun mengikut pergerakan Imam.

Berhubung masalah ini, ulama mazhab syafie terbahagi kepada 3 :

1.   merupakan pandangan yang paling sah (Asah = diterima) harus dengan uzur atau tanpa keuzuran
2.   Tidak harus secara mutlak
3.   Harus bagi orang uzur dan tidak harus bagi yang tiada keuzuran

Namun begitu Imam Nawawi menolak  golongan yang menjadikan hadis ini sebagai dalil harus mufaraqah kerana dalam riwayat ini lelaki tersebut memberi salam, menghentikan solat dan solat semula.

Dalam riwayat Imam al-Bukhariyy riwayatnya lebih ringkas juga dari Jabir bin Abdullah:


حَدَّثَنِي ‏ ‏مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ ‏ ‏قَالَ حَدَّثَنَا ‏ ‏غُنْدَرٌ ‏ ‏قَالَ حَدَّثَنَا ‏ ‏شُعْبَةُ ‏ ‏عَنْ ‏ ‏عَمْرٍو ‏ ‏قَالَ سَمِعْتُ ‏ ‏جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ ‏ ‏قَالَ
كَانَ ‏ ‏مُعَاذُ بْنُ جَبَلٍ ‏ ‏يُصَلِّي مَعَ النَّبِيِّ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏ثُمَّ يَرْجِعُ فَيَؤُمُّ قَوْمَهُ فَصَلَّى الْعِشَاءَ فَقَرَأَ ‏ ‏بِالْبَقَرَةِ ‏ ‏فَانْصَرَفَ الرَّجُلُ فَكَأَنَّ ‏ ‏مُعَاذًا ‏ ‏تَنَاوَلَ مِنْهُ ‏ ‏فَبَلَغَ النَّبِيَّ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏فَقَالَ فَتَّانٌ فَتَّانٌ فَتَّانٌ ثَلَاثَ مِرَارٍ ‏ ‏أَوْ قَالَ فَاتِنًا فَاتِنًا فَاتِنًا ‏ ‏وَأَمَرَهُ بِسُورَتَيْنِ مِنْ أَوْسَطِ ‏ ‏الْمُفَصَّلِ


Hadis riwayat Imam al-Bukhari, Kitab al-Azan, Bab Iza Tawwala al-Imam Wa Kana Li al-Rajul Hajatan Fakharaja  Fa Salla (Bab sekiranya Imam Memanjangkan bacaan dan seorang itu ada hajat maka dia keluar dari Imam dan solat)

Ibnu Hajar al-Asqalani ketika menghuraikan hadis di atas memberi ulasan yang berbeza berkaitan kata “memberi salam” dalam riwayat Sufyan bin Uyaynah:

ولابن عيينة عند مسلم ” فانحرف رجل فسلم ثم صلى وحده ” وهو ظاهر في أنه قطع الصلاة , لكن ذكر البيهقي أن محمد بن عباد شيخ مسلم تفرد عن ابن عيينة بقوله ” ثم سلم ” , وأن الحفاظ من أصحاب ابن عيينة وكذا من أصحاب شيخه عمرو بن دينار وكذا من أصحاب جابر لم يذكروا السلام , وكأنه فهم أن هذه اللفظة تدل على أن الرجل قطع الصلاة ; لأن السلام يتحلل به من الصلاة , وسائر الروايات تدل على أنه قطع القدوة فقط ولم يخرج من الصلاة بل استمر فيها منفردا . قال الرافعي في ” شرح المسند ” في الكلام على رواية الشافعي عن ابن عيينة في هذا الحديث ” فتنحى رجل من خلفه فصلى وحده ” . هذا يحتمل من جهة اللفظ أنه قطع الصلاة وتنحى عن موضع صلاته واستأنفها لنفسه , لكنه غير محمول عليه ; لأن الفرض لا يقطع بعد الشروع فيه انتهى . ولهذا استدل به الشافعية على أنللمأموم أن يقطع القدوة ويتم صلاته منفردا ” فانحرف رجل فسلم ثم صلى وحده

“Dalam riwayat Ibnu Uyaynah secara zahirnya lelaki tersebut menghentikan solatnya, memberi salam dan solat semula secara bersendirian, tetapi al-Baihaqi menyebut bahawa Muhammad Ibn Abbad sahaja yang meriwayatkan dari Ibn Uyaynah dengan lafaz “Kemudian memberi salam” manakala Huffaz yang lain dari kalangan murid kepada Ibnu Uyaynah mahupun murid kepada guru Ibnu Uyaynah iaitu Amru bin Dinar dan murid kepada Jabir juga tidak menyebut perkataan” Memberi salam.”

Ini menunjukkan Abbad memahami maksud memutuskan dengan membatalkan solat sedangkan riwayat-riwayat yang lain menunjukkan lelaki  tersebut berpisah dari Imam dan tidak membatalkan solatnya.

Tindakan Nabi SAW menegur Muaz r.a dan tidak meminta lelaki tersebut mengulangi solatnya menunjukkan mufaraqah Imam dengan keuzuran tersebut adalah harus.

Kesimpulannya : Hukum asal solat berjemaah adalah mesti mengikut pergerakan dan perbuatan Imam namun Harus bagi makmum niat mufaraqah dengan imam dengan keuzuran dan menyempurnakan solat secara berseorangan berasaskan kepada hadis Muaz diatas. Wallahu’alam

SOAL & JAWAB

1.       Soalan :
Apa yang perlu dibuat oleh ma’mum apabila mengetahui imam telah batal solatnya tanpa si imam menyedarinya ? Apakah ma’mum harus membatalkan solatnya, atau terus mengikuti imam hingga solatnya selesai ?

Jawab :
Apabila ma’mum mengetahui bahawa imam batal solatnya, maka ma’mum tidak boleh mengikuti imam dan tidak boleh pula menghentikan solatnya, dia kena teruskan solatnya dengan niat memisahkan diri dari imam (niat mufaraqah).

Sayid Abdurrahman Ba’alawi dalam kitabnya Bughyatul Mustarsyidin, halaman 74 telah mengutip fatwa pengarang kitab Kasyfun Niqab sebagai berikut :

Kesimpulannya, bahawa dalam niat berpisah dari imam itu terdapat 5 hukum. Ada kalanya wajib, seperti bila ma’mum melihat imam melakukan hal-hal yang membatalkan solatnya.”

Syeikh Zainuddin Al-Malibari dalam kitabnya Fathul Mu’in mengatakan :

“Niat Mufaraqah itu terkadang wajib, seperti ma’mum mengetahui ada hal-hal yang membatalkan solat imam, maka seketika itu pula ia wajib niat mufaraqah. Jika tidak berniat mufaraqah, maka solatnya batal sekalipun tidak mengikuti imam. Keputusan hukum ini telah disepakati oleh para ulama, sebagaimana yang diterangkan dalam kitab Al-Majmu.”

Imam Nawawi dalam kitabnya Al-Majmu’ Syarah Al-Muhadzdzah, Juz IV, halaman 256 mengatakan :

Jika ma’mum solat di belakang imam yang berhadas dengan sebab junub atau buang air dan lainnya, sedangkan ma’mum mengetahui bahawa imamnya berhadas, maka ia berdosa karena perbuatannya itu, dan batal solatnya menurut ijmak. Jika ia tidak mengetahui imamnya berhadas selain dari solat Jumat, maka sah solatnya. Akan tetapi bila ia mengetahui bahwa imamnya itu berhadas di tengah-tengah solat, maka wajib baginya niat mufaraqah dengan imam dan menyempurnakan solatnya secara munfarid (sendirian) melanjutkan rakaat solatnya. Seandainya dia terus saja mengikuti imamnya sekalipun hanya sebentar atau ia tidak berniat mufaraqah, maka solatnya dinyatakan batal menurut kesepakatan ulama.”


Nota tambahan:


Mufaraqah = niat untuk memisahkan diri dari mengikuti imam semasa mengerjakan solat berjamaah.



Maka;


1. Mufaraqah hanya wujud setelah seseorang itu menerima dan berniat dan telah pun berjamaah dibelakang seorang imam. 

2.Tidak timbul soal mufaraqah jika seseorang itu tidak pernah menerima dan tidak pernah berniat untuk berjemaah mengikut sesorang imam.

No comments:

Post a Comment