Ustaz Hanafi sudah pesan, jangan dicampurkan urusan silat kebudayaan dengan politik. Dan jangan jadikan badan silat sebagai batu loncatan untuk mendapatkan nama dan pangkat demi politik.
Dan prinsipnya telah berkali-kali diberitahu jika masuk persatuan disuruh sangkut segala pangkat, jawatan, gelaran dan kebesaran diluar pagar. Jangan dibawa masuk ke dalam kelas atau persatuan.
Tapi kini sebaliknya yang berlaku. Badan silat dijadikan tempat untuk memuja pangkat dan jawatan. Badan silat dijadikan tempat mengumpul kekuatan bagi menyokong orang politik. Silat Cekak yang kita kenal bukan semacam Silat Tarah yang selalu menggunakan orang politik demi kepentingan peribadi.
Jika mahu main politik, tinggalkan nama silat cekak masuk silat tarah. Politik la sampai muntah.
Walaubagaimanapun kita berterima kasih juga kepada orang politik kerana tanpa slogan Satu Malaysia maka tidak wujudlah Silat Cekak Maidin.
Dan;
Silat Cekak Maidin Bukan Silat Melayu.
Sekian.
Musang King.
No comments:
Post a Comment