Sewaktu dalam mensyuarat untuk menghadapi Mesyuarat Agong Luar Biasa di Mindef. YM Tuan Haji Ishak Itam dan ahli mesyuarat telah mencadangkan nama lain untuk bertanding Naib Presiden.
Namun telah diberitakan bahawa Saitu Maideen menentang dan mencadangkan namanya sendiri untuk bertanding Naib Presiden - (kami ada sumber hidup untuk membenar atau membetulkan jika kami tersilap fakta.)
Oleh kerana tiada kepentingan dan bersangka baik maka tiada bantahan untuk mencalonkan Saitu Maideen bertanding lalu dia menang.
Jika mengikut situasi pada ketika itu, para penyokong YM Tuan Haji Ishak Itam akan memenangkan siapa sahaja yang bertanding disamping beliau.
Kalah menang adalah adat pertandingan, tapi kita melihat ini semua adalah tempias guru bukan sebab kehebatan pengaruh yang Saitu Maideen kata dia ada.
Naib Presiden bukanlah jawatan seumur hidup tapi sebaliknya yang berlaku. Mengapa dia tidak mahu melepaskan jawatan Naib Presiden sedangkan itu janjinya?
Patutlah terkeluar kata-kata "jangan sampai jadi silat cekak maideen..."
Setelah diselidiki kisahnya, barulah kami faham mengapa Almarhom Guru Utama berkata begitu.
Rupanya almarhom Tuan Haji Ishak Itam sudah dapat membaca gerak hati Saitu Maideen yang bercita-cita untuk menjadi guru.
Itulah hakikatnya dan terbukti benar.
(Telah kami katakan kami mengikuti perkembangan Jangan Sampai Jadi Silat Cekak Maideen ini sejak tahun 1993 maka kami berhak berkongsi dan menceritakan sejarah realiti ini. Sejarah ini menarik kerana ia ada pemula).
No comments:
Post a Comment