Matanya yang tajam sekadar dua jarak mata si pemakai. Maka tiap-tiap yang terlihat dan terdengar maka sampailah ia. Sembunyi tempatnya seolah pemalu sifatnya.

Wednesday, 12 December 2012

Telah Rasmi Peringatan Almarhom YM Tuan Haji Ishak Itam

"Jangan sampai jadi silat cekak Maideen, silat cekak Safaran" - Almarhom Ustaz Ishak Itam dalam ucapannya pada khalayak ramai di Rumah Biru PSSCm Jalan Tun Razak. Peristiwa Mindef Perpecahan 1993.

Kami mengikuti perkembangan sejak pada saat itu. Maka hari ini telah rasmi ia menjadi kenyataan. 

Oleh kerana itu disini kami pihak SERASI mengisytiharkan setelah upacara memantankan YM Ustaz Haji Ishak Itam oleh pihak pentadbiran PSSCm dan setelah kembalinya beliau kerahmatullah maka bagi kami tiada lagi istilah Seni Silat Cekak Malaysia. 

Yang ada hari ini hanyalah istilah Silat Cekak Maideen, sempena kata-kata peringatan yang ditelah dikeluarkannya pada tahun 1993 dan juga atas usaha keras pendokong-pendokong mereka yang secara langsung menzahirkan "silat cekak Maideen" ke alam nyata walaupun sudah dilarang jangan!

Kami dengan ini bagi pihak kami, menutup istilah Seni Silat Cekak Malaysia daripada kamus persilatan Alam Melayu buat pengikut silat cekak Maideen untuk selama-lamanya.

sekian.

SERASI
Sejarah Realiti Silat Cekak سيلة كداه

No comments:

Post a Comment