Matanya yang tajam sekadar dua jarak mata si pemakai. Maka tiap-tiap yang terlihat dan terdengar maka sampailah ia. Sembunyi tempatnya seolah pemalu sifatnya.

Sunday, 17 June 2012

ISRAK MIKRAJ: URUTAN RINGKAS PERISTIWA-PERISTIWA YANG BERLAKU DALAM ISRAK MIKRAJ KE ATAS RASULULLAH SAW

ISRAK MIKRAJ: URUTAN RINGKAS PERISTIWA-PERISTIWA YANG BERLAKU
DALAM ISRAK MIKRAJ KE ATAS RASULULLAH SAW

Umat Islam seluruh dunia akan menyambut ketibaan peristiwa agung iaitu Israk dan
Mikraj yang ada disebut dalam ayat pertama surah al-Israk pada 27 Rejab (20 Julai
2009) InsyaAllah. Mereka tidak akan melepaskan peluang keemasan yang datang
sekali setahun dalam bulan hijriah. Ia bagaikan dinanti-nanti oleh pencinta agama
Islam, kerana kepentingannya dalam mentarbiyah jiwa manusia ke arah
kesempurnaan. Israk dan Mikraj adalah salah satu peristiwa penting yang berlaku
pada diri baginda Rasulullah SAW.

Peristiwa ini telah membongkarkan keimanan dan keyakinan umat manusia tentang
kekuasaan Allah dan kebenaran kepada kenabian nabi Muhammad SAW. Orang kafir
sendiri menjadikan peristiwa Israk Mikraj ini sebagai suatu pembohongan yang
menambahkan lagi penolakan mereka terhadap dakwah nabi. Manakala keadaan
umat Islam sendiri terbahagi kepada beberapa peringkat iaitu ada yang terus
membenarkan nabi seperti Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq, ada pula yang mahu
penjelasan terperinci dengan menguji nabi melalui beberapa pertanyaan seperti
bilangan pintu dan tiang dalam Masjidil Aqsa bagi membuktikan kebenaran kepada
cerita tersebut dan ada pula yang bersikap menolak terus cerita nabi dan kembali
murtad daripada Islam. Peristiwa Isra’ dan Mikraj berlaku di dua tempat utama di
bumi sebelum nabi dinaikkan ke Saidatul Muntaha iaitu bumi Mekah dan Palestin
malah melalui ayat 1 surah Isra’ menjelaskan bagaimana Allah memberkati bumi
Isra’ dan sekitarnya. Sehingga kini bumi Isra’ iaitu Baitul Maqdis, Palestin terus
menjadi rebutan 3 agama iaitu Islam, Kristian dan Yahudi sehinggakan keganasan
Yahudi dalam membunuh dan merampas tanah milik umat Islam terus berjalan
tanpa perikemanusiaan.


Sejarah Perjalanan Israk Mikraj

Rasulullah SAW mengalami pembedahan dada/perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail
dan Malaikat Mika’il. Hati Baginda SAW disuci dengan air zamzam dibuang ketul
hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan was-wasnya. Kemudian
dituangkan hikmat, ilmu dan iman ke dalam dada Rasulullah SAW. Setelah itu,
dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “kahtimin nubuwwah”. Selesai
pembedahan, didatangi binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah
dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.


Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil Aqsa)

Sepanjang perjalanan (Isra’) itu Rasulullah SAW ditemani oleh malaikat Jibrail dan
Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah)
Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan sembahyang sebanyak 2
rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah :

I. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.

II. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa AS menerima wahyu daripada Allah.

III. Baitul-Laham (tempat Nabi Isa AS dilahirkan). Dalam perjalanan itu juga
Rasulullah SAW menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat
menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib, antaranya:-

A. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka.
Apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi
dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail:
Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan
sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

B. Tempat yang berbau harum, Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah
bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan
anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman
ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetap teguh kepada Allah (tak
mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).

C. Sekumpulan orang orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap
kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula.
Demikaan dilakukan berkali-kali, Jibrail memberitahu: Itulah orang-orang
yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

D. Sekumpulan orang yang menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur)
dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka
makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail Itulah orang-
orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

E. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk
sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan
perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu
masing-masing mempunyai isteri dan suami.

F. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail:
Itulah orang yang makan riba.

G. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi
ditambah lagu kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang yang tak dapat
menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

H. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan
penggunting besi berkali-kali. Setiap kali di gunting, lidah dan bibir mereka
kembali seperti biasa. Kata Jibrail: itulah orang yang membuat fitnah dan
mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

I. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka.
Kata Jibrail: Itulah orang yang makan daging manusia (mengumpat) dan
menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

J. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat
dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar
(takbur), kemudian menyesal tapi sudah terlambat.

K. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan.
Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah
memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan
dunia daripada akhirat.

L. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah
berhenti. Rasulullah SAW tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang
yang mensiakan umurnya sampai tua.

M. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan
sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan
menanti saat hari kiamat.


Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun daripada Buraq. Kemudian masuk ke
dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia’,
aulia’ dan mursalin menjadi makmum. Pad suatu tika Rasulullah SAW terasa dahaga,
lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu
diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilihan yang betul. Jika arak itu dipilih,
nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.


Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul Qudus Menemui Allah)

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah SAW dan Jibrail naik
tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

a) Langit Pertama: Rasulullah SAW dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu
jumpa dengan Nabi Adam AS. Kemudian dapat melihat orang-orang yang
makan riba’ dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan
kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada
susu penzina perempuan.

b) Langit Kedua: Nabi SAW dan Jibrail naik tangga yang kedua, lalu masuk dan
bertemu dengan Nabi Isa AS dan Nabi Yahya AS.

c) Langit Ketiga: Baginda naik langit ketiga dan bertemu dengan Nabi Yusuf AS.

d) Langit Keempat: Baginda naik tangga keempat dan bertemu dengan Nabi
Idris AS.

e) Langit Kelima: Baginda naik tangga kelima dan bertemu dengan Nabi Harun
AS yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israel.

f) Langit keenam: Baginda naik tangga langit keenam dan bertemu dengan
nabi-nabi.

g) Seterusnya dengan Nabi Musa AS, Rasulullah mengangkat kepala (disuruh
oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai termasuk
70000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

h) Langit Ketujuh : Baginda naik tangga langit keyujuh dan masuk langit ketujuh
lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul
Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah SAW Nabi
Ibrahim AS bersabda. “Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini.
Umatmu adalah umat terakhir dan terlalu dha’if , maka berdoalah untuk
umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syuga iaitu La Haulawala
Quwatta Illa Billah. Mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim AS bersabda :
“Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik
tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah iaitu :
Subhanallah, Walhamdulillah, Wa La Ila Haillallah Allahuakbar dan La
Haulawala Quwatta Illa Billahil Azim. Bagi orang yang membaca setiap
kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga.

i) Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib, Rasulullah dan Jibrail
masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini
betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

j) Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “Al – Kursi” yang berbetulan dengan dahan
pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah SAW menyaksikan pelbagai keajaiban
pada pokok itu. Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan
sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah
warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas
emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia.

k) Baginda Rasulullah S.A.W dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang
terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat
neraka beserta dengan malaikat Malik penunggunya.

l) Tangga kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-
Muntaha. Rasulullah SAW masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan
Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki ghaib di dalam nur ‘Arasy,
iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu
penuh kepada masjid dan tidak derhaka kepada ibu bapanya.

m) Tangga Kesepuluh : Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan
Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T dengan mata
kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan
Muhammad, Rasul-Nya.

Allah SWT: Ya Muhammad

Rasullah: Labbaika

Allah SWT: Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.

Rasulullah: Ya Rabb, Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau
berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau
berikan Daud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau
kurniakan kerajaan Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa
pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin.
Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat
menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati.
Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah SWT : Aku ambil mu sebagai kekasih. Aku perkenankan mu sebagai
penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu
dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri
keutamaan dan keistimewaan kepada mu pada hari kiamat. Aku kurniakan
tujuh ayat (surah Al Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa
sebelum mu. Aku berikan mu ayat-ayat di akhir surah al Baqarah sebagai
suatu perbendaharaan di bawah “Arasy”. Aku berikan habuan daripada
kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku
kurniakan panji-panji Liwa – ul – hamd. Maka Adam dan semua yang lainya di
bawah panji-panji mu. Dan aku fardukan atas mu dan umat mu 50 (waktu)
sembahyang.


Selesai munajat, Rasulullah SAW dibawa menemui Nabi Ibrahim AS kemudian nabi
Musa AS yang kemudiannya menyuruh Rasulullah SAW merayu kepada Allah S.W.T
agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas
sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan 5 waktu), baginda tidak mahu lagi
merayu kerana malu kepada Allah, dan akhirnya Allah perkenan memfardukan
sembahyang 5 waktu sehari semalam tetapi mengekalkan nilai pahalanya sebanyak
50 waktu juga.


Selepas Mikraj

Rasulullah S.A.W turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-
Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang
sama.

...

readmore sumber: http://www.mypsa-wa.org/pdf/isra_mikraj.pdf

Thursday, 14 June 2012

No 66 Alamat Buat Kasih-Ku Yang Tiada Bernama.


 (Realitinya surat ini tiada penama -- karena itu tidak berbalas. Sampai kiamat, mungkin?)

Nombor anam puluh anam
Jalan Seremban
Tampin
Negri Sembilan

Kekasihku yang jauh di mata

Kasihku sayang mengapa membisu
Berpucuk surat suratku untukmu
Mungkinkah kini rindu padaku
Rindu padaku

Oh oh rindunya ingin kuberikan
Apa khabarnya orang di sana
Mungkinkah kini jemu padaku
Jemu padaku

Kirimkan aku berita
Untuk menghiburkan hati rindu
Rindu

Oh oh rindunya ingin kuberikan
Apa khabarnya orang di sana
Mungkinkah kini jemu padaku
Jemu padaku

Kirimkan aku berita
Untuk menghiburkan hati rindu
Rindu

Kasihku sayang mengapa membisu
Berpucuk surat sudah untukmu
Mungkinkah kini rindu padaku
Rindu padaku

Thursday, 7 June 2012

Adab Budaya Cekak - Prinsip Kehidupan


Lambang ini adalah terjemahan yang mewakili prinsip asas "peradaban dan budaya" yang dibawa oleh Almarhom Ustaz Hanafi dalam pejuangannya untuk anak bangsa. Prinsip ini boleh digunakan oleh seluruh ahli silat cekak dalam menghadapi dugaan dan cubaan dalam realiti kehidupan. Prinsip ini sesuai untuk semua keadaan, tidak semestinya silat sahaja, tetapi perlu silat. 

Budaya tanpa adap boleh jadi budaya kurang ajar lagi songsang tetapi budaya dengan adab pasti mempunyai nilai murni yang memastikan budaya itu dikawal oleh peradaban. Maka oleh itu adab dan budaya itu saling melengkapi diantara satu sama lain. Dan pastinya adab dan budaya Cekak itu adalah warisan bangsa Melayu lagi Islam yang tinggi nilainya.

~Adab dan Budaya Cekak Sebagai Prinsip Kehidupan~

Nota Tambahan.
Lambang SC sekitar 1974 ialah tangan yang bersimbolkan satu tangan terbuka dan satu tangan menggenggam. Dato' Mohd Rauhi masih ingat lagi, Ustaz menyentuh makna simbol itu dalam penerangannya. Kesimpulannya, ahli-ahli SC tidak mudah menceroboh atau mengganas. Prinsipnya ialah bertolak ansur terlebih dahulu. Jika prinsip itu tidak dihargai maka barulah tangan yang mengenggam berlambangkan tindakan.

Tuesday, 5 June 2012

Apa Nak Lagi?

India tawar biasiswa untuk rakyat Malaysia keturunan India

KUALA LUMPUR 4 Jun - Kerajaan India menawarkan biasiswa khas untuk rakyat Malaysia berketurunan India mengikuti pengajian ijazah pertama di universiti di negara itu bagi sesi 2012/2013.

Suruhanjaya Tinggi India dalam satu kenyataan hari ini berkata, biasiswa itu adalah bagi kursus seperti kejuruteraan, arkitek, teknologi, kemanusiaan, perdagangan, pentadbiran perniagaan, pengurusan perniagaan, kewartawanan, pertanian, penternakan, sains dan perundangan.

Borang permohonan dan maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman web www.indianhighcommission.com.my/spdc.php, atau di Bahagian Pendidikan, Suruhanjaya Tinggi India, Tingkat 28, 1Menara Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur atau hubungi talian 03-61431192. - BERNAMA


*Siapa sahaja yang boleh membuktikan bahawa dia adalah keturunan India maka dia dianggap orang India oleh kerajaan India -- ada keistimewaan visa dan sebagainya full stop!

Nak bukti tak susah...

Saturday, 2 June 2012

HARTA ANAK YATIM

[5]
Dan janganlah kamu berikan (serahkan) kepada orang-orang yang belum sempurna akalnya akan harta (mereka yang ada dalam jagaan) kamu, (harta) yang Allah telah menjadikannya untuk kamu semua sebagai asas pembangunan kehidupan kamu; dan berilah mereka belanja dan pakaian dari pendapatan hartanya (yang kamu niagakan), dan juga berkatalah kepada mereka dengan kata-kata yang baik.


[6]
Dan ujilah anak-anak yatim itu (sebelum baligh) sehingga mereka cukup umur (dewasa). Kemudian jika kamu nampak dari keadaan mereka (tanda-tanda yang menunjukkan bahawa mereka) telah cerdik dan berkebolehan menjaga hartanya, maka serahkanlah kepada mereka hartanya; dan janganlah kamu makan harta anak-anak yatim itu secara yang melampaui batas dan secara terburu-buru (merebut peluang) sebelum mereka dewasa. Dan sesiapa (di antara penjaga harta anak-anak yatim itu) yang kaya maka hendaklah ia menahan diri (dari memakannya); dan sesiapa yang miskin maka bolehlah ia memakannya dengan cara yang sepatutnya. Kemudian apabila kamu menyerahkan kepada mereka hartanya, maka hendaklah kamu adakan saksi-saksi (yang menyaksikan penerimaan) mereka. Dan cukuplah Allah sebagai Pengawas (akan segala yang kamu lakukan).

Surah 4. An-Nisaa

Wednesday, 16 May 2012

Akibat Main Cangkuk

Antara konsep yang diutarakan dalam bab pemahaman silat ini adalah bab "cangkuk". Cangkuk elok-elok jangan terlepas, jangan tersalah gerabak dan sebagainya.

Dalam menilai konsep cangkuk ini, ramai ahli hanya mengambil sambil lewa dengan menyangkuk pada yang kena cangkuk. Oleh kerana itu ramai yang tidak sedar barangkali mereka hanya tahu menyangkuk tetapi tidak tahu apa yang hendak dicangkuknya.

Dalam hal gerabak dan "railway"keretapi, hanya kepala keretapi yang punya enjin yang lain hanya menyangkuk.

Tetapi ada yang terlupa atau tidak tahu, ada sejenis lagi pengangkutan yang bersangkut dalam hal "railway" ini iaitu "handcar".



Tuesday, 24 April 2012

Berlaku Jujurlah Pada Jiwa Sendiri

Lahirnya Cekak kerana kesedaran
bukan bermusuh sebagai tujuan
untuk mendaulatkan seni kebangsaan
mensesuaikan dengan makna kemerdekaan

Silat Cekak benar-benar asli
tidak bercampur hak luar negeri
hendaklah belajar bersungguh hati
untuk menjaga diri sendiri

Silat Cekak tersangatlah mudah
bagi mereka yang mendapat hidayah
sungguhpun begitu hendaklah tabah
InsyaAllah mendapat faedah

Silat Cekak pada lahirnya
pengertian gerak pada batinnya
hendaklah mahir seluruh anggota
hendaklah jujur pada jiwanya

Taat ke guru membawa berkat
sedikit belajar banyak yang dapat
jika menderhaka menjadi mudarat
semua ilmu tiada yang lekat

Sebenar guru ada hakikat
dikuat pula amalan syariat
ditambah pula ilmu makrifat
berpakaian pula dengan isyarat

Dua ibu bapa tak boleh derhaka
besar jasanya kepada kita
kalau menderhaka bahaya menimpa
di akhirat kita masuk neraka

Wajiblah menjaga diri sendiri
menerima amanah Tuhan Rabbi
supaya menjadi mukmin sejati
demi menegak Islam yang suci.

Pantun Silat Cekak ini telah dicipta oleh YM AlMarhum Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad dengan bertujuan untuk memberi gambaran kepada penuntut-penuntut Silat Cekak bahawa Silat Cekak lebih menekankan kepada pendidikan rohani dan jasmani yang tidak terkeluar dari landasan Islam. Pantun di atas telah diterbitkan oleh PSSCM secara rasmi melalui Majalah Suara Cekak 1 (1975) dan Suara Cekak 2 (1976).

Sunday, 22 April 2012

Pak Haji Zain Naik Kuda

Mukadimah
Wilayah Timur Tengah telah menjadi ajang konflik selama bertahun-tahun. Konflik yang penuh darah semakin marak seiring runtuhnya Kekhalifahan Turki Utsmani. Beragam elemen masalah telah membuat konflik-konflik tersebut seolah tidak akan pernah padam; mulai dari keberadaan Negara Israel, gesekan Sunni – Syi’ah, dan campur tangan negara-negara Barat (Amerika dan sekutunya).

Lebanon merupakan negara kecil yang lahir sebagai akibat kekalahan Turki Utsmani dalam Perang Dunia I. Negara tersebut khas dengan masyarakat sektariannya. Lebanon pun memiliki posisi strategis terkait letaknya yang berada di simpang pengaruh Syi’ah dan Israel. Dari Negara ini pulalah, berbagai dimensi konflik Timur Tengah dapat dipahami.

Ketika Wala’ diberikan pada Kaum Kafir
Pasca kekalahan Turki Utsmani di Perang Dunia I, Inggris dan Perancis berhasil menduduki wilayah Syria (Suriah) Raya. Mereka kemudian membagi Suriah menjadi empat wilayah. Perancis mendapat wilayah utama Suriah (negara Suriah saat ini) dan Lebanon, sedangkan Inggris mendapat Palestina dan Transjordan (sekarang Yordania).

Dalam Perang Dunia I, Inggris dibantu Legiun Arab dan Yahudi yang bekerja bahu membahu mengalahkan tentara Turki. Legiun Arab dibentuk oleh Kapten T. E. Lawrence (Lawrence of Arabia) dan pimpinan Bani Hashim (dari suku Quraisy), yaitu Sharif Hussein bin Ali. Karena itulah putra-putra Sharif Hussein diberi imbalan kekuasaan.

Pangeran Abdullah bin Hussein al Hashimi diangkat sebagai penguasa Transjordan. Hingga saat ini negara Yordania merupakan kerajaan yang dipimpin oleh keturunan Pangeran abdullah bin Hussein al Hashimi. Itulah mengapa para penguasa Yordania memiliki loyalitas yang tinggi terhadap Inggris dan negara-negara Barat pada umumnya.

Sementara Pangeran Faisal bin Hussein al-Hashimi diangkat sebagai penguasa Suriah. Namun pada tahun 1920, Perancis mengusir Pangeran Faisal dari Suriah karena dianggap lebih setia kepada Inggris. Sehingga berakhirlah kekuasaan Bani Hashim di Suriah.

Kekuasaan Bani Hashim juga lepas atas jazirah Arab. Hal ini terjadi pada tahun 1925, saat Bani Saud dari Nejed berhasil menguasai Mekah. Sharif Hussein bin Ali pun lari ke Yordania. Bani Saud kemudian berhasil menguasai mayoritas jazirah Arab (sekarang Saudi Arabia).

Pada Perang Dunia I, Inggris dan Perancis menjanjikan kemerdekaan Suriah Raya jika bangsa Arab membantu melawan Turki. Namun hal itu baru dipenuhi pasca Perang Dunia II. Sekitar tahun 1946, pasukan Inggris dan Perancis resmi meninggalkan wilayah Suriah Raya (kecuali Palestina).

Pemberian kemerdekaan tersebut merupakan bom waktu, karena wilayah Suriah Raya dipecah menjadi 4 negara, yaitu Yordania, Lebanon, Suriah, dan Palestina (masih di bawah kekuasaan Inggris). Hal ini untuk mencegah terjadinya persatuan pada bangsa Arab, terutama saat Israel memproklamirkan berdirinya negara Yahudi di Palestina pada tahun 1948.

Peranan Pak Haji Zain
Pada tahun 1925, Pak Haji Zain masih berada di Mekah menuntut ilmu. Peperangan yang berlaku diantara pihak Saud dan Bani Hashim di pandang serius oleh nya, ini kerana kemasukan pihak Saud ke Tanah Haram banyak melakukan porak peranda dan kekejaman. Pada ketika sudah tiada wakil Bani Hashim di Mekah dan Madinah kerana mereka sudah pun lari ke Yordania.

Pada ketika itu Mekah dan Madinah berada dalam keadaan tidak aman, sehinggakan ramai orang-orang Melayu terpaksa meninggalkan kota ada yang terpaksa pulang ke tanah air. Walaubagaimanapun Pak Haji Zain serta beberapa orang Melayu masih tinggal di Mekah bersama puak yang lain.

Kedudukan Umat Melayu ketika itu sememangnya dalam bahaya. Melihat keadaan yang tidak menentu itu, dengan keberanian dan kebijaksanaannya, Pak Haji Zain menunggang kuda sendirian bertemu dengan wakil kerajaan Saud. 

Hasil daripada perbincangan dan perundingan itu akhirnya seluruh umat Melayu (Jawi) yang sedia ada disana bolehlah terus menetap di Tanah Arab tanpa gangguan oleh kerajaan yang memerintah ketika itu. Hasil perjanjiannya dengan Wakil Kerajaan Saud maka dapatlah orang Melayu keluar masuk ke Tanah Haram dengan selamat, malah dihormati dan disegani oleh Bangsa Arab sehinggalah ke hari ini.

Pak Haji Zain kemudiannya pulang ke tanah air dan berkhidmat sebagai 'kerani kupang' di pejabat Tanah Kota Setar dalam tahun 1926. Beliau juga telah melakukan beberapa kerja lain dalam tahun-tahun berikutnya sehinggalah menjadi penjual kitab di Pekan Rabu.

Beliau meninggal dunia dirumahnya pada tanggal 26 September 1976 pada jam 1:45 tengahari selepas Zohor pada umur 75 tahun akibat sakit tua.

Sumber Utama Kisah Pak Haji Zain:
Riwayat Hidup Seorang Tok Guru

Wednesday, 18 April 2012

Pewaris Gayung Fatani dan Keputusannya.

Tari Gayung Fatani oleh pewarisnya sendiri Hj Ishak Itam.

Buah Keputusan Gayung Fatani adalah buah matapelajaran yang kedua dalam sistem pelajaran Silat Cekak. Asal gerakannya berdiri lurus, menyambut serangan lawan dan menanti pergerakan musuh samada begerak tangan atau menendang rusuk ataupun terjun kebawah.

Gayung Fatani juga dikategorikan sebagai silat Melayu yang asli. Ini dapat dibuktikan dengan gerakan Keputusan Gayung Fatani yang tetap menggunakan tangan beserta kaedah rasa untuk pemakan atau mengunci pergerakan musuh.

Terletak rahsia kehebatan dan kelembutan sambut Keputusan Gayung Fatani ini ialah pada rasa, tetapi awas gerakan pemakannya tidak ada lain selain daripada tujuan membunuh. Buah yang sangat bahaya ini terletak pula pada kedudukan kedua dalam senarai pelajaran Silat Cekak selepas Buah Pertama.

Selain daripada sifatnya yang sangat bahaya, keaslian dan sejarah silat itu sendiri menyebabkan Keputusan Gayung Fatani dijadikan matapelajaran kedua dalam Silat Cekak. Orang Melayu yang kaya dengan budi bahasa, adap sopan dan pekerti yang tinggi tetap meletak kaki pada tempatnya, pantang Melayu kaki naik kepala, pantang Melayu main kepala. Akhlak dan peribadi itu terpancar pada kaedah pergerakan silat-silat mereka yang asli, halus lagi berseni dan Keputusan Gayung Fatani itu adalah bukti dan realiti.

Keaslian itu bukan hanya sekadar cerita mulut tetapi dibuktikan dengan kewujudan pewarisnya sendiri iaitu YM Ustaz Haji Ishak Itam yang juga Guru Utama Silat Cekak 1986-2012, yang menurut sejarahnya adalah berketurunan Panglima Taha, panglima istana kerajaan Perlis purbakala.

Oleh kerana itu anak-anak Cekak seluruhnya harus berasa bangga dan bersyukur kerana pernah mempunyai seorang Guru Utama yang bukan calang daripada segi ilmu persilatan, malah realitinya adalah Pewaris Gayung Fatani yang lengkap dengan Keputusannya.

*(terima kasih tidak terhingga daripada pihak SERASI buat penyumbang footage diatas)

Sunday, 15 April 2012

Apa Kata Bukan Melayu?

Kebelakangan ini hangat pula diperkatakan tentang Melayu dan Bukan Melayu. Maka disini dibawakan beberapa petikan daripada ucapan tentang bukan Melayu. Justeru harap tiada lagi fitnah mengenai cerita bukan Melayu.

Inilah realitinya:

Petikan Teks Ucapan Naib Presiden PSSCM - Perayaan 40 Tahun Cekak di PWTC 2009.

"Saya bukan orang Melayu, tuan-tuan semua tahu saya bukan orang Melayu, tapi saya sanggup bela Melayu. Kenapa? Cuba tanya kenapa? Kenapa saya jadi orang Melayu dan sanggup bela, kerana saya dilahirkan dibumi bertuah iaitu tanah Melayu iaitu Malaysia." ms 153

"...walaupun hari ini saya beritahu saya Melayu, tiada siapa percaya saya Melayu, Bumiputera belum tahu, tetapi saya berjuang lebih 30 tahun untuk orang Melayu. Mereka tidak pernah nilai, tetapi saya tidak pernah kecil berkecil hati kerana ketika saya hendak daftar syarikat, isteri saya ada bersama-sama dalam dewan ini, saya pegang 60% isteri saya pegang 40%, saya tidak boleh dapat taraf Bumiputera. Saya tidak dapat taraf Bumiputera sebab dia kata saya bukan Bumiputera, tetapi kalau ikutkan mulut dan tangan, memang saya lempang dia." ms 153

"Tun Dr Mahathir kata. Dia kata Melayu mudah lupa, memang Melayu mudah lupa, tetapi orang Silat Cekak tidak mudah lupa, kerana guru didik kita supaya kita tidak lupa," ms 155

"Ketika saya mula belajar silat Cekak, apa ustaz Hanafi pesan, dia kata jangan cakap bohong, itu sahaja amalan saya," ms 155

"Begitu seronok dan gembiranya saya, walaupun saya daripada golongan bukan Melayu dan tidak mempunyai pendidikan, akhirnya menjadi ketua orang-orang Melayu" - Saithu Maideen Katharisa, Budaya Cekak, ms 159-160

Apa hak bukan Melayu boleh mengaku menjadi Melayu dan cuba menidakkan sejarah persilatan orang Melayu? Apa rasionalnya seorang bukan Melayu bercita-cita menjadi guru dalam lapangan kebudayaan milik orang Melayu yang kaya adat dan istiadat sejak zaman berzaman?  Bukankah itu melanggar adat istiadat orang Melayu?

Ini adalah masalah kebudayaan. Budaya Melayu, Budaya Cekak adalah Budaya Melayu, bukan Budaya India, Bangladesh, Pakistan dan sebagainya. Barangkali selepas ini amat sesuai jika ditukar nama Budaya Cekak kepada Budaya Cekaro.

Jika masuk mahkamah sekalipun sudah tentu kalah peringkat pertama lagi iaitu bab keturunan / race. Tidak lojik sama sekali bukan Melayu jadi guru kepada kebudayaan Melayu. Ini adalah hukum akal dan hukum adat yang asas.

"Orang Melayu Cekak" tidak lupa sejarah, tapi yang "bukan Melayu Cekak" pula buat-buat lupa.

"Silat Cekak, Silat Lojik."
Admin SERASI

Monday, 9 April 2012

Dilema Silat Cekak.

Almarhom ustaz hanafi pernah mengatakan silat cekak ini hanya akan diajar kepada bangsa lain setelah seluruh umat melayu mempelajarinya. Pernah juga diberitakan dalam sejarah bahawa ada ketikanya beliau ditawarkan sejumlah wang yang banyak untuk mengajarkan kepada bangsa lain tetapi tawaran itu ditolak. Ini menunjukkan silat cekak tidak akan diajar kepada bangsa lain, ia hanya untuk bangsa Melayu beragama Islam.

Walaubagaimanapun, kita tidak tahu berapa banyak "spy" yang telah belajar silat cekak dan mencedok buah-buahnya untuk diajar kepada pihak lain. Maka tetap bolos dinding itu -- disini Ustaz Hanafi tanam pula pada kita erti "berkat" dan "niat". Maka jadi tak jadinya ilmu itu belum tentu.

Walaupun begitu, ironinya, dalam pada waktu yang sama adalah menjadi objektif Ustaz Hanafi hendak menjadikan silat cekak sebagai silat bertaraf nasional dan juga global. Ini bermakna, kelak satu hari tetap ia akan terbuka menjadi silat yang boleh dipelajari oleh semua bangsa di Malaysia dan juga dunia. Adakah "kelak" itu bermaksud sekarang?

Oleh itu, adakah ini bermaksud silat cekak hanya akan diajar kepada bangsa lain hanya setelah objektif utamanya iatu merujuk seluruh bangsa Melayu itu tercapai? Persoalannya adakah objektif utama yang telah ditetapkan oleh ustaz itu boleh tercapai? Adakah ini bermaksud "tidak boleh langsung diajar kepada bangsa asing" secara kias oleh ustaz Hanafi?

Jika kita berpegang pada angggapan itu, maka kita perlu melihat pada masa yang sama, dizaman Ustaz Hanafi sendiri, beliau telah pun membuka ruang untuk bangsa lain untuk belajar silat cekak. Perkara ini telah pun berlaku, maka terbuka pula ruang untuk bangsa asing menjadi guru dan presiden kepada silat cekak hak milik bangsa Melayu.

Perkara itu benar berlaku, tidak perlu menunggu lama, akibat seorang bangsa India yang diterima sebagai penuntut silat cekak, hari ini Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia telah menerima bahananya. Tidak mustahil ini akan berlaku pada persatuan-persatuan yang lain. Tidak mustahil ada tumbuh silat cekak ditempat lain yang bergurukan "bukan Melayu" oleh kerana telah diberi ruang kepada perkara seperti ini untuk berlaku.

Persoalan besar disini, adakah semua persatuan yang berasaskan Silat Cekak akan membenarkan bangsa lain sebagai pemimpin mereka? Jika ditanya Ustaz Hanafi pada ketika itu apakah jawapannya? Tetapi jika ditanya persatuan yang bersifat demokrasi apa pula jawapannya? Pernah ditanya atau pun tidak, wallahualam hanya orang lama sahaja yang boleh menjawabnya.

Maka jika ini berlaku adakah silat cekak hak milik bangsa Melayu ini akan turut sama dilacurkan demi memenuhi objektif nasional dan global tanpa memikirkan maksud sebenar yang hendak disampaikan oleh Almarhum Ustaz Hanafi? Inilah dilemanya.

Apa yang perlu difikirkan sekarang adalah nasib anak-anak Melayu generasi akan datang. Yang bakal hilang identiti dan warisan bangsa yang tinggi akibat kebodohan dan kejahilan pemimpin Melayu generasi hari ini yang lupa akan matlamat dan objektif persatuan yang berasaskan budaya dan pusaka bangsa Melayu.

Tidak mustahil, Silat Cekak bakal hancur dilacur, dirogol, dirobek, dirabak, dek kerana agenda segelintir individu yang menguasai persatuan. Objektif yang jelas telah dikaburkan demi takhta. Maka persatuan yang diharapkan menjadi wadah menyubur dan memelihara pusaka warisan hak milik bangsa Melayu telah pun diracun oleh ahlinya sendiri. Bucu-bucu tajam yang diharapkan menjadi benteng pertahanan telah pun menjadi "perlambangan" yang menikam jantungnya sendiri.

Oleh itu pewaris-pewaris silat cekak perlu berwaspada. Bertahanlah selagi termampu jangan sampai tergadai seluruh warisan pusaka bangsa Melayu. Ia bukan dilema bangsa tapi dilema persatuan yang kita sendiri anggap dan angkat sebagai platform pejuangan budaya bangsa. Tetapi jika platform itu rosak maka apa tindakan yang patut dilakukan?

Sesungguhnya telah terbukti "persatuan" yang hanya berasaskan kuasa struktur organisasi tidak dapat mempertahankan bangsa Melayu bila pendokong-pendokong organisasi itu khianat. Hala tuju "persatuan" seperti itu tidak boleh lagi dijadikan panduan untuk mempertahankan budaya bangsa Melayu.

Apabila tidak jelas akan peranan budaya, apabila tiada kaedah yang tepat untuk mengenal rupa bentuk pusaka bangsa Melayu, maka jadilah persatuan bangsa cacamerba lagi bangsat.

"Dengan Jiwa yang mulia kita bersatu, Pusaka Melayu dipelihara."

Sekian.

Wednesday, 4 April 2012

Seni Silat vs Pencak Silat

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini timbul pelbagai polemik mengenai Silat. Yang paling ketara adalah apabila persatuan-persatuan yang berautoritatif di Indonesia sana cuba mempengaruhi badan-badan silat di Malaysia supaya mengikut jejak langkah mereka menjadikan seni itu kepada pencak.

Bermaksudnya tukar semua menjadi pencak silat bukan lagi seni silat. Barangkali keris juga hendak dibuang oleh kerana pelbagai sebab yang tidak dapat dinyatakan disini. Itulah akibat menyukankan silat sehingga hilang seni timbul pencak!

Salah satu sebab adalah bagi mereka semua silat itu sama, berbunga-bunga dan berjurus-jurus. Dari segi sejarahnya pula terbit kerajaan Melayu di Melaka hasil daripada orang dari kerajaan di Indonesia juga. Kalah kita disitu walaupun dimenangkan Hang Tuah dalam kes Taming Sari.

Maka oleh kerana itu sentimen abang dan adik sentiasa menjadi mainan pesilat-pesilat Indonesia terhadap Malaysia. Maka segelintir mereka juga mendakwa silat Melayu itu adalah dicedok pergerakannya daripada silat-silat di Indonesia.

Bagi kami, mereka di Indonesia boleh memencak silatkan semua Silat Melayu yang ada hari ini kerana sejarahnya, tetapi mereka tidak mungkin dapat memencak-kan "Pergerakan Seni Silat Cekak" yang asal juga kerana sejarahnya. Mereka mungkin mempermainkan sejarah silat tetapi bukan sejarah silat cekak.

Silat Cekak itu unik, silat lojik dan tidak mungkin sama sekali berpunca dari Indonesia kerana jelas menurut sejarah datangnya dari Kerajaan Kedah di Semenanjung Tanah Melayu.

Persoalannya, ada atau tidak pencak silat cekak di Indonesia? Bagaimana pula sejarahnya?

Sekian.

Saturday, 31 March 2012

Keaslian Silat Cekak Usah Diragukan - Hanafi Hj. Ahmad

Saya sangat tertarik membaca ulasan Radzuan Long mengenai Silat Cekak (Dewan Masyarakat – Ogos) yang disiarkan dalam Dewan Masyarakat September 1973. Sebenarnya ulasan Radzuan Long merupakan satu tuduhan yang mengelirukan dan mungkin pula membahayakan. Tuduhan yang tidak berasas ini memburukkan nama silat cekak. Tuduhan yang sama pernah di lemparkan dalam Konvensyen Seni Silat Melayu di Universiti Sains Pulau Pinang pada 12hb – 14hb 1973 lalu. Sekarang sudah berlarutan pula ke dalam Dewan Masyarakat.

Penulisnya menuduh: pertama, kenapa Ustaz Hanafi menjadi guru silat cekak, sedangkan gurunya masih hidup lagi?

Jawab: Saya menjadi guru silat cekak selepas tamat semua pelajaran. Kemudian saya diberi mandat dan kuasa oleh guru saya. Semua syarat untuk menjadi guru telah diwarisi. Radzuan Long dan abangnya Azmi Long pernah belajar dengan saya pada 10 Januari 1969 di dalam Badan P.S.S.B Seri Kedah. Nombor daftar menjadi ahli 90 bagi Azmi, 91 bagi Radzuan. Kenapa di masa itu tidak ditanya masalah ini?

Kedua: Sebenarnya silat cekak dari Kalimah.

Jawab: Pengakuan ini palsu semata-mata kerana nama silat cekak lahir di Seri Kedah pada 28hb. Disember 1965 bersamaan 5 Ramadhan 1385 di rumah kediaman Shafie Darus, batu 43/4 Jalan Gunung, Alor Setar Kedah. Sementara silat Kalimah lahir pada 26hb. November 1971, terdaftar di Pulau Pinang dan alamatnya Sg. Petani, bukan Batu Caves, Kuala Lumpur.

Kemudian, penulisnya mendakwa: Pertama, kata-kata “Silat Aku Silat Kalimah Aku Silat Dalam Kalimah” adalah hak Silat Kalimah.

Jawab: Perkataan Silat Aku Silat Kalimah Aku Silat Dalam Kalimah” mula lahir dari silat cekak. (Lihat keterangan di dalam buku cenderamata Pesta Drama dan Tari Seri Kedah pada 13hb. September 1966 di bawah tajuk “Sedikit Tentang SILAT KEDAH ATAU SILAT CEKAK dari Segi Falsafah, Sejarah dan Kaedah.”)

Kedua: Kata-kata “Ajib Ya Khadam Harful Ba’ Saidul Kharhayail Takunu Kadaihajati” disifatkan sebagai doa yang besar dan asli.

Jawab: Doa itu yang diakui sah dan asli oleh Jahid bin Hj. Sidek (Tutor Pengajian Islam Universiti Malaya) adalah tidak benar. Kerana, doa sebenarnya meminta pertolongan kepada Allah bukan kepada makhluk seperti khadam huruf “BA” yang dimaksudkan dalam makna ayat di atas. Di dalam akidah Islam, meminta pertolongan hanya kepada Allah bukan kepada makhluk. Ilmu yang berkait dengan khadam bukan berasal dari Islam dan tidak pula mengikut Sunah Rasul dan Khulafak Rashudin. Kebanyakan ilmu-ilmu khadam bahkan datangnya dari Maghribi (tempat turunnya segala sihir-sihir). Pengajaran Islam yang sebenar beriman dan mengesakan Tuhan malah mengenal Allah (MAKRIFATULLAH). Orang-orang yang memakai ilmu khadam itu termasuk dalam golongan syirik Khafi (menyengutui Allah yang tersembunyi.)

Ketiga: mengikut sejarah, Tuah dibunuh oleh Panglima Kalimah di Kerian, Perak. Perak masa itu dalam pemerintahan Kedah.

Jawab: sebenarnya Tuah (bukan Hang Tuah) dibunuh oleh PANGLIMA silat cekak. Sejarah ini telah tersiar dalam Utusan Zaman ditulis sebagai ASAL USUL SILAT CEKAK oleh Masur Tobing pada 23hb. Oktober 1966. Ketika itu silat kalimah belum wujud lagi. Nampaknya Sdr Radzuan telah mencedok cerita sejarah itu.

Keempat: Kepada orang biasa diajar cuma sebanyak 12 hingga 21 buah dan dipanggil silat cekak. Kalau diajar sepenuhnya silat itu silat kalimah.

Jawab: ini tidaklah betul. Sebenarnya jika mulanya silat cekak akhirnya pun silat cekak juga. Sdr Radzuan masih belum faham apa yang dinamakan silat cekak dan sebab-sebab ia dinamakan sedemikian. Tegasnya sdr Radzuan belum tahkik mengenai ilmu silat yang sejati. Penuntut-penuntut silat cekak diajar hingga tamat (buah serang yang sebijik) tanpa mengira apa-apa martabat.

Kelima: silat kalimah tidak undur ke belakang tapi mara ke hadapan dengan geraksemula jadi (normal).

Jawab: ini adalah konsep silat cekak seperti yang tertulis delam kertas kerja silat cekak untuk Konvesyen Seni Silat Melayu di Pulai Pinang baru-baru ini.

Keenam: ‘….. dan nyata silat cekak sama saja dengan silat kalimah.”

Jawab: sebenarnya silat kalimah berpunca dari silat cekak. Cuma namanya sahaja diubah oleh Sdr. Radzuan.

Ketujuh: Parang lading adalah senjata kalimah.

Jawab: Sebenarnya parang lading adalah satu-satunya senjata silat cekak sperti yang ditulis dalam kertas kerja silat cekak di Konvensyen Seni Silat Melayu. Pemakaian parang lading adalah mengikut ukuran diri sendiri dan tidak boleh dipinjam dan diwarisi. Cara mengukur parang lading dan menyesuaikannya dengan langkah-langkah masih di dalam tangan silat cekak, bukan dalam silat kalimah. Ini jelas kerana dalam Konvensyen dahulu Silat Kalimah menggunakan lambang Kelewang (Kelantan) bukannya lading.

Kelapan: Kata-kata ‘dari hasil seni bukan sukan” dan “penggunaan nama-nama Kaedah A, B, C, D oleh silat kalimah”.

Jawab: kata-kata ini telah digunakan dalam kertas kerja silat cekak untuk konvensyen. Jelas, banyak kata dan konsep dalam kertas kerja yang saya tulis telah digunakan oleh Radzuan (palagiat telah banyak dilakukan). Malahan Radzuan telah menggunakan konsep: tangan di tempat tangan, kaki di tempat kaki” yang juga berasal dari kertaskerja silat cekak untuk menegakkan silat kalimahnya.

Kaedah silat cekak yang sebenarnya adalah seperti berikut: Buah Doa “Dipanggil ‘Sambut’, Kaedah ‘A’
  • Buah Pertama
  • Buah Keputusan Gayung Petani
  • Buah Kidung Kiri
  • Buah Kidung Kanan
  • Buah Paras Kiri dan Kanan
  • Buah Ali Patah Atas
  • Buah Ali Patah Sudah
  • Buah Kilas Belakang
  • Buah Sengkak
  • Buah Hentak (keputusan Harimau)


Buah Qiam dipanggil Kaedah Kuntau. Kaedah ‘B’
  • Buah kuntau Kiri
  • Buah Kuntau Kanan
  • Buah Kuntau Jatuh
  • Buah Kuntau Kiri Gantung
  • Buah Kuntau Kanan Gantung
  • Buah Gari 1 dan 2
  • Buah Keputusan Sendeng Atas Cara Dalam
  • Buah Ali Patah Sudah cara ‘B’

Buah Ruku’ dipanggil Kaedah Kuntau Pukulan Bawah, Kaedah ‘C’
  • Buah Kilas Hadapan
  • Boleh juga Kilas Belakang dengan cara Kaedah ‘C’
  • Buah Keputusan Terlak
  • Buah Keputusan Lintau
  • Buah Tengkisan Penendang
  • Buah Tengkisan Tikaman Tat?


Buah Takbir dipanggil Kaedah Kuntau Tengkisan, Kaedah ‘D’
  • Buah Hempuk
  • Boleh juga dibuat Buah Kuntau Kiri


Kesimpulannya silat cekak mempunyai kaedah yang teratur, boleh menengkis pukulan silat dan kuntau. Sebab itu ia dinamakan seni silat cekak (silat yang bertanggungjawab) yang suci, murni, asli, dan bukan ciptaan atau rekaan baru.

Jadi nama-nama seperti “buah pasung belakang”, “pasung hadapan”, dan “Gerak Maut”, yang disebutkan oleh Saudara Radzuan dalam silat kalimahnya adalah nama-nama baharu yang direkanya. 

Sekarang kita kaji sejarah perkembangan silat cekak dan tarikh lahirnya silat kalimah. Silat cekak dilahirkan pada 28hb Disember 1965 bersamaan dengan 5 Ramadhan 1385 menerusi P.S.S.B Seri Kedah.

Ketika itu seksi silatnya dipengerusikan oleh saya sendiri. Penubuhannya dirasmikan di rumah Encik Shafie Darus batu 43/4 Jalan Gunung, Alor Setar Kedah. Nama silat cekak, buah-buah dan penangkap-penangkapnya diberikan oleh Sdr Yahya bin Said dari Taiping


Sdr Yahya mengajar silat cekak dalam Seri Kedah di dua buah kelas sahaja. Di rumah Shafie Darus batu 43/4 Jalan Gunung, Alor Setar dan di Alor Merah yang kemudiannya berpindah ke Telok Wan Jah di rumah Othman Ahmad, Alor Setar.

Setelah tamat kursus di kedua-dua buah kelas ini, Yahya mohon berhenti mengajar dan menyerahkan semua mandat (kuasa) dan syarat-syarat menjadi guru kepada saya untuk terus mengajar dan mengembangkan silat ini.

Pada 10 Januari 1969 Azmi dan Radzuan, dua beradik masuk belajar Silat Cekak ini dengan saya. Mereka menjadi ahli Seri Kedah di Sungai Petani, Nombor pendaftaran Azmi Long 90 dan Radzuan Long 91.

Pada 7hb. November 1969, Azmi dan Radzuan Long dipecat menjadi ahli Seri Kedah kerana dasar dan polisi mereka yang bertentangan. Tegasnya mereka menentang saya, gurunya, (bukan Sdr Yahya Said).

Pada 26hb. November 1971, mereka menubuhkan Persatuan Kalimah (bukan Silat Kalimah) didaftarkan di Pulau Pinang. Penubuhan ini dibuat apabila mereka menemui Yahya Said selepas dipecat kerana menentang saya, guru mereka berdua.

Saya telah mengembangkan silat cekak dari Kedah hingga terbentuk Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia pada 19hb. Ogos 1971 yang didaftarkan di Selangor dan bertaraf nasional. Nombor pendaftarannya ialah 973.

Demikianlah Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia dan Persatuan Kalimah lahir berasingan dan terserah kepada semua menentukan yang mana satu benar dan asli.

Jelas kini saya telah melahirkan silat cekak yang selama 40 tahun terpendam di dada Yahya Said tanpa diketahui orang. Saya mengenengahkannya kerana kepentingan kebudayaan Melayu, menimbulkan pusaka Melayu yang asli lagi bertanggungjawab agar mutu seni ini dapat dibanggakan.

Setelah menentang guru mereka sendiri mereka masih memakai dan mengaku nilai seni itu sehingga mereka kemudian mengubah nama silat cekak itu menjadi silat kalimah. Tapi yang benar tetap benar.

Selepas dimandatkan menjadi guru silat ini saya tidak terus berpuas hati setakat itu saja. Dengan pengalaman sejak usia lapan belas tahun, dalam seni silat dan kebatinan Islam sejati saya buat kajian dan menapis segala seni silat untuk disesuaikan dengan tujuan bersilat dan sejajar pula dengan peraturan agama Islam.

Saya membuat kesimpulan bahawa seni silat cekak ialah seni silat bukan silat semata-mata. Perbezaan seni dengan bukan seni adalah sangat jauh laksana bumi dengan langit. Semua cabang seni seperti seni sastra, seni tari, seni lukis, seni suara, seni dalam kajian filsafat serta Sufi dan seni silat masing-masing mempunyai bakat yang tersendiri.

Bakat seni silat ialah keras lembut yang bermaksud tetap pendirian bukan degil. Lemah lembut pada zahirnya bererti tidak bongkak (ego) dan menerima kebenaran. Tetapi akan berkeras untuk menegakkan yang hak. Bakat asli ini jika diasuh dan dididik akan mencapai keistimewaan, tetapi yang tidak berbakat tetapi ada kemahuan hanya mencapai sekadar ‘dapat’ sahaja.

Konsep seni silat mestilah dibezakan dengan sukan. Dalam hubungan ini segala kajian silat mempertahan diri yang tidak bertaraf seni dipanggil silat yang bertaraf sukan. Seni silat dan sukan sama-sama mempunyai pergerakan antara kedua jenis ini sangat jauh bezanya.

Seni silat bergerak secara halus sejajar dengan pergerakan semula jadi (normal) dan sememangnya sesuai dipanggil seni. Manakala pergerakan silat jenis sukan bergerak bukan cara normal (pergerakan yang dibuat-buat)

Adalah silap kalau dikatakan jenis pertahanan diri yang diimport dari luar sebagai satu hasil seni kerana pergerakan mereka berdasarkan gerak kasar (bukan normal). Tegasnya jenis pertahanan diri ini tergolong dalam sukan dalam mana kekuatan menjadi ukuran. 

Pergerakan seni silat adalah halus. Ahli-ahli seni silat yang asli memahami pergerakan halus (BERDENYUT dalam istilat silat), berdasarkan pergerakan yang menurut bukan membangkang.

Pergerakan yang membangkang memerlukan tenaga yang kuat justeru ia sejenis sukan. Ahli seni silat yang sebenar boleh menewaskan musuh yang lebih kuat dan bertenaga darinya dengan kaedah yang bijaksana. Cuma silat cekak sahaja yang mempunyai sifat-sifat demikian.

Saya telah mengkaji perkataan ‘cekak’ ini dengan mendalam. Saya pasti perkataan cekak ini bertalian erat dengan tatatbahasa Melayu “makan cekak’ yang bermakna kesanggupan serta bertanggungjawab dalam menjalankan sesuatu tugas.

Dalam bahasa Bawean cekak bererti keras. Silat Cekak bererti silat keras atau lebih tepat tetap pendirian dan sanggup bertanggungjawab. Dalam bahasa Minangkabau, cekak bererti “bergaduh” iaitu dari perkataan “BERcHAKAK”.

Jadi silat cekak bererti silat yang boleh dibawa bertarung untuk mempertahankan diri. Jelas, dari segi asas perkataan, cekak sesuai dikaitkan dengan seni mempertahankan diri yang bertanggungjawab. Maka itu ia dinamakan silat cekak.

Perkataan asal “cekak” ini dikaitkan pula dengan praktikalnya, yang mengkaji pergerakan. Jadi pada lahirnya sesuai dinamakan silat cekak dan pada batinnya (hakikatnya) silat gerak. Ini sejajar pula jika dikira huruf jawi bagi kedua-dua perkataan itu: cekak (, , ) dan gerak (,, ), sepadan pula dengan perkataan itu Quran (lahir) dan Furkan (hakikatnya)

Jadi seseorang yang mempelajari silat cekak mesti sampai pada pengertiannya kepada pergerakan baharulah tahkik pada ilmu silat yang sebenarnya. Jika tidak ia hanya dapat kulit sahaja. Sesudah tahkik seseorang itu maka baharulah ia sampai kepada GERAK yakni makan segerak (makan gerak dalam gerak) dan dapat menentang musuh sama ada yang dapat dilihat atau tidak, disedari atau tidak terang atau dalam gelap. Bila peringkat ini dicapai baharulah ia sampai ke “MAKAN GERAK”.

Bukan “makan cekak” cara belajar buah 12-21 seperti yang diterangkan oleh Sdr Radzuan. Faham akan semua peringkat, baharulah seseorang itu layak menjadi penganjur, dan pemimpin silat yang sebenarnya. Jika sekadar sampai pada kulit silat sahaja tanpa “ruh” silat yang sejati ia tidak layak menerima warisan pusaka.

Jika diterima juga ia dianggap perampas kerana tidak mempunyai peribadi amanah. Bila sudah ada amanah dan peribadi keimanan yang sejati baharulah ia layak menjadi GURU.

Jika tidak maka guru itu ibarat kencing berdiri, murid kencing berlari. Pelajar dengan guru demikian bermakna seseorang itu akan menjadi bertambah jahat, bongkak dan sombong. Sebaliknya guru yang sebenar guru (murshid) mempunyai telatah dan peribadi yang tinggi, boleh memimpin ke jalan yang diredhai Allah.

Di dalam peraturan silat cekak konsep ini jelas diutarakan. Pertama perpaduan dengan guru yang sebenar-benarnya guru (murshid), bukan yang fasik dan munafik. Kedua, perpaduan dengan ibu bapa (rumah tangga) yang telah melahirkan kita. Ketiga, perpaduan sesama ahli silat, bukan untuk berpecah belah. Keempat, konsep terhadap masyarakat umum khasnya seluruh masyarakat silat Melayu yang benar-benar asli.

Saya juga telah menganalisa amalan dan buah-buah seni silat cekak itu sendiri. Mungkin anasir luar ada tersadur di dalam silat itu hingga bercanggah tujuan asal ilmu silat ini dengan akidah agama islam khususnya. Jadi saya mengekalkan amalan-amalan yang sesuai dengan asas Islam dan membuang segala yang bertentangan. Saya mempunyai alasan-alasan yang sesuai dan praktikal untuk mengenepikan pemakaian beberapa buah yang agak bertentangan dengan tujuan menuntut ilmu silat.


  • Buah Rasa dan Pecahan dari Keputusan Gayung Petani (Buah Pusing tangan) telah diketepikan kerana buah-buah tersebut adalah seperti buah silat untuk permainan (pulut) sahaja. 
  • Buah Sengkak tidak dipakai kerana membahayakan diri orang yang menggunakannya. 
  • Buah Keputusan Sending Bawah Kiri dan Kanan ditinggalkan kerana dipandang sia-sia (memakan waktu). 
  • Buah Kedung Kanan didapati sama dengan Kuntau Kanan gantung pemakannya. 

Anihnya terdapat sejenis buah dalam cekak yang dinamakan “Buah Kusyen”. Buah ini sungguh pantas dan boleh digunakan di tempat-tempat yang sempit dan dicorok-corok ruang. Ia boleh digunakan semasa duduk di atas kusyen kereta. Jika diserang dalam kereta insya-Allah penyerang itu akan tertewas. Sebab itu ia dinamakan Buah Kusyen (sebelumnya buah ini tidak bernama).

Dengan penjelasan dan bukti-bukti yang dibentangkan di atas maka sewajarnyalah seni silat pusaka bangsa ini dinamakan silat cekak kerana pada hakikatnya seni silat cekak itu silat gerak, satu silat lojik. 

Mengubah nama silat cekak itu kepada nama-nama lain seperti silat kalimah bererti penyelewengan dalam perwarisan pusaka Melayu asli. Sudah cukup jelas bahwa silat kalimah itu adalah silat cekak.

Kepada yang tidak puas hati dengan penjelasan ini, dapat kiranya berhubung dengan ibu pejabat Persatuan Seni Silat Cekak, 32 Jalan Hj. Sirat, Kampung Baharu, Kuala Lumpur untuk keterangan lanjut.

komen SERASI: Sejarah Silat Cekak yang berasaskan sumber daripada SILAT KALIMAH tidak boleh dipakai sama sekali. Pasti terdapat unsur seleweng yang akan membawa Silat Cekak ke arah yang tidak mendatangkan manafaat buat penuntut dan pengamalnya. Silat Kalimah sentiasa cuba mendapatkan "advantage" dengan mendahului tetapi terbukti pendahuluan mereka palsu dan sering tersasar daripada Realiti Sejarah Silat Cekak. Maka ahli sejarah realiti silat cekak mestilah sentiasa berwaspada dalam hal ini. Wassalam.

Monday, 12 March 2012

Belasungkawa: YM Ustaz Ishak Itam kembali ke Rahmatullah.

Bukit Mertajam (Isnin):  YM Tuan Haji Ishak Itam, 79 (kalendar hijriah) Guru Utama Silat Cekak Malaysia telah kembali ke rahmatullah pada 19 Rabiul Akhir 1433 jam 4:45pm sejurus selepas azan asar hari ini.

Guru Utama Silat Cekak Malaysia
1986 - 2012

Alfatihah.

Sekian - sumber.



Belasungkawa:
Almarhum YM Tuan Haji Ishak Itam dilahirkan pada tanggal 22hb Julai 1935 bersamaan 20hb Rabiul Akhir 1354 hari Isnin, di kampung (Batu 9) dalam mukim Tanah Liat, Bukit Mertajam, Seberang Perai. Merupakan seorang anak pertama lelaki yang dilahirkan kepada Patimah dan Itam bin Saad. Haji Ishak mempunyai titisan benih jalinan ulama melalui keturunan ayah beliau, Itam bin Saad yang merupakan seorang Hafiz Al-Quran, manakala Tok Mohsin ayah kepada Saad adalah berketurunan Banjar yang berasal dari Indonesia dan telah dilahirkan dalam keluarga para ulama terbilang. Ibu beliau pula berketurunan Melayu dari Setui melalui talian darah dengan Tok Jusof iaitu bapa kepada Tok Sopiah yang telah melahirkan Patimah, ibu kepada Haji Ishak bin Itam. Bapa kepada ibu beliau pula iaitu Mat Udin ialah anak seorang panglima istana kerajaan negeri Perlis yang digelar Panglima Taha.

Almarhum sejak dari kecil lagi telah meminati seni silat Melayu, iaitu bermula dari umur 9 tahun sehingga ke umur 18 tahun beliau telah mempelajari Silat Gayung Fatani melalui bapa saudaranya En. Bakar dan En. Shafie b. Din. Seterusnya beliau mempelajari Silat Kuntau Jawa dari En. Hassan Jawa selama 2 tahun dan kemudiannya telah mempelajari Silat Sendeng dan Silat Minangkabau.  Kemudian beliau mempelajari pula Tomoi Siam dari En. Osman b. Ahmad (Man Balak) sehingga beliau menjadi Guru Tomoi selama 2 tahun. 



Selain daripada ilmu persilatan, beliau telah mempelajari ilmu kebatinan melalui Ustaz Azizan (Izan). Di samping itu, beliau telah mempelajari cara-cara membuat ubat tradisional merawat penyakit kencing manis. Tuan Haji Ishak b. Itam juga pernah mendapat pendidikan agama secara formal di Pondok Tuan Haji Mat Salleh Mesir, Tanah Liat yang pada masa ini menempatkan Maktab Adabi. Kemudian belajar pula di Pondok Pokok Sena (tafsir) dengan Tuan Guru Haji Ahmad b. Tuan Haji Hussein. 



Almarhum mula mempelajari Silat Cekak pada tahun 1969, apabila YM Ustaz Haji Hanafi b. Haji Ahmad telah dapat membuka kelas di Bukit Mertajam bertempat di Kubang Semang iaitu terletak lebih kurang 2 batu dari Cawangan PSSCM Seberang Perai pada masa sekarang ini. YM Tuan Hj Ishak bin Itam telah berjaya belajar silat ini selama 30 hari latihan sahaja. 

Setiap kali latihan, beliau sering dipukul oleh YM Ustaz Haji Hanafi dengan pokok teh pagar yang bertujuan hendak mengajar beliau supaya bersabar dan menerima ilmu silat ini dengan ikhlas hati dari tangan gurunya sendiri disamping menerima berbagai ujian dari gurunya. 

YM Ustaz Hanafi b. Haji Ahmad kemudiannya telah melantik beliau menjadi jurulatih. 

Sepanjang penglibatan beliau sebagai jurulatih, banyak tempat dan Cawangan serta Kelas Latihan telah disertainya termasuklah di TUDM Butterworth (1977), Kepala Batas (1978), Cheruk Tok Kun (1975) dan di Kulim (1982). Beliau seringkali berulang alik mengajar silat ini di S. Perai dan P. Pinang. 

Apabila YM Ustaz Haji Hanafi kembali ke Rahmatullah pada 13 Ogos 1986, YM Tuan Haji Ishak bin Itam telah diisytiharkan sebagai YM Guru Utama pada 21 September 1986. Kelas pertama diijazahkan oleh beliau sebagai Guru Utama adalah di UPM pada 13 Oktober 1986 seramai 27 orang. 

Almarhum YM Tuan Haji Ishak b. Itam adalah seorang seorang pemimpin berjiwa resmi padi, "low profile", seorang pendidik yang penyabar, tenang dalam segala hal, tabah menghadapi segala dugaan, sehinggalah beliau kembali kerahmatulah pada 12 March 2012 bersamaan 19hb Rabiul Akhir 1433 Hijrah, selepas Asar, hari Isnin pada usia 79 tahun.

Sesungguhnya tiada ganti serupa lagi setelah pemergiannya.

Al Fatihah buat Almarhum YM Tuan Haji Ishak Itam.





Sunday, 4 March 2012

Syabas SilatMelayu.Com!

Asal Kuntau Tekpi, Cekak & Kalimah
Posted by Cikgu Fazli on January 20, 2009 at 11:25pm in (P.S.S.K.T.M) ڤرتوبوهن سني سيلة کونتاو تيکڤي مليسيا
Back to (P.S.S.K.T.M) ڤرتوبوهن سني سيلة کونتاو تيکڤي مليسيا Discussions

Silat Cekak
Silat ini berasal dari Negeri Kedah, Malaysia, dan dikatakan pernah diamalkan oleh panglima-panglima kanan kerajaan Negeri Kedah di zaman dahulu. Di antaranya ialah semasa era pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II.

Silat ini telah diwariskan oleh salah seorang panglima kanan kerajaan Kedah yang bernama Panglima Ismail kepada Panglima Tok Rashid dan kemudiannya kepada Yahya Said (sebagai pemegang amanah) yang berasal dari Batu Kurau, Taiping, Perak,:

40 tahun kemudian, pada 5 Ramadhan 1385 Hijrah, bersamaan 28 Disember 1965, Yahya Said telah memperturunkan ilmu Silat Cekak kepada Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad.

Silat Cekak pada ketika itu telah dilahirkan kembali dan beroperasi melalui Perkumpolan Seni Sari Budaya Sri Kedah.

Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia telah didaftarkan secara rasmi pada 19 Ogos 1971 dengan Ustaz Hanafi sebagai Presiden dan Guru Utama PSSCM. Beliau telah meninggal dunia pada 13 Ogos 1986 setelah menerajui PSSCM dan mengembangkan silat ini ke seluruh negara selama 21 tahun.

Jawatan ini diganti oleh Haji Ishak bin Itam sebagai Presiden dan Guru Utama PSSCM pada 21 September 1986 hingga ke hari ini.

Silat Kalimah
Cerita ini disampaikan dari mulut ke mulut dan turut merujuk kepada rekod sahih peninggalan para guru yang bertanggungjawab mengembangkan ajaran Silat Kalimah.

Kisah ini bermula apabila ilmu seni Silat Kalimah ini diperturunkan oleh Syeikh Abdullah kepada Sultan Kedah yang dikenali dengan nama Sultan Muzaffar Shah. Ia telah dirahsiakan oleh Istana Kerajaan Kedah sehinggalah tiba kepada Sultan Ahmad Tajuddin yang telah bertanggungjawab menurunkan ilmu dan ajaran Silat Kalimah ini kepada panglima kanan beliau, iaitu Panglima Tok Ismail.

Panglima Tok Ismail pula menurunkan ilmu dan ajaran Silat Kalimah kepada Panglima Tok Ali dan Panglima Tok Hadi.

Panglima Tok Ismail akhirnya menurunkan ilmu dan ajaran Silat Kalimah ini kepada Panglima Tok Rashid.

Dan Panglima Tok Rashid merupakan panglima yang terakhir menerima ilmu Silat Kalimah sebelum beliau menurunkan ilmu ini kepada orang awam yang pertama, iaitu anak angkatnya yang bernama Tok Guru Yahya Said.

Silat Kuntau Tekpi
Seni Silat Kuntau Tekpi ialah sejenis ilmu mempertahankan diri yang telah lama wujud di zaman Sultan Ahmad Tajuddin Shah, Sultan negeri Kedah pada kurun ke-18. Ia dipelopori oleh seorang Panglima Istana bernama Panglima Taib Bin Wan Hussin. Silat ini diajar hanya di kalangan panglima dan pengawal istana serta hulubalang bagi menentang serangan Thai dan musuh lain ketika itu.

Panglima Taib telah mewariskan ilmu ini kepada anak kandungnya bernama Siti Aminah yang dikenali dengan gelaran ‘Srikandi Kedah’. Silat ini kemudiannya diwarisi oleh anak Siti Aminah bernama Tuan Haji Zainol Abidin bin Endut dan seterusnya diwarisi pula oleh anak Zainol Abidin iaitu A. Sani.

Senjata utama silat ini dikenali sebagai tekpi iaitu besi bercabang tiga yang juga telah dikenali sebagai "Raja Segala Senjata" yang telah terbukti boleh mematikan segala senjata tajam.

Silat ini mempunyai kaedah buah-buah pukulan serta tangkapan yang kemas. Semua pergerakan dan tangkisan adalah sesuai dengan pergerakan fitrah diri manusia, tidak mengira peringkat umur, mahupun lelaki ataupun perempuan.

Silat ini menitikberatkan aspek mempertahankan diri sekiranya diserang tetapi akan menyerang sekiranya terdesak.

(sumber wikipedia)


Apapun cerita, ianya tetap datang dari istana Kedah ketika Sultan Ahmad Tajuddin Shah,
Diharap dapat diulas lanjut kenapa Panglima Taib memilih tekpi dan Panglima Ismail memilih parang lading.

ulasan Jurulatih kanan PSSKTM (yang bergiat aktif):

Reply by Amirul Husni on January 21, 2009 at 11:40am
assalamua'laikum

Terima kasih kepada Cikgu Fazli dari SPGP kerana mengemukakan persoalan ini.


Malangnya, ulasan lanjut yg diminta tak dapat diberikan sepenuhnya disebabkan amanah yg dipegang oleh saya dan jurulatih2 lain dalam PSSKTM. Sekiranya sesiapa mahu ulasan sejarah dari perspektif Silat Kuntau Tekpi, dia wajib berjumpa dengan Pak Guru Sani sendiri. Itupun sekiranya Pak Guru berkenan hendak memberikan maklumat. Jika seseorang itu ikhlas didalam persoalannya, inshaAllah, kemungkinan besar Pak Guru Sani akan membuka cerita.


Walaubagaimanapun, sebagai memenuhi tanggungjawab sebagai moderator disini, selain dari Cikgu Azhar dan Cikgu Nor Azlan, apa yg boleh diperkatakan ialah Allahyarham Panglima Taib merupakan PENGASAS perguruan Silat Kuntau Tekpi. Maka dari itu, sedia maklum bahawa segala rupabentuk pelajaran yg terdapat didalam SKT sekarang hasil usaha Allahyarham Panglima Taib, serta diolah oleh keturunannya hingga sekarang mengikut keadaan zaman.


Seperkara lagi yg boleh dihuraikan ialah pemilihan senjata itu sendiri. Diantara tanggungjawab Allahyarham Panglima Taib ketika menjadi panglima di Kedah ialah mengawal penghantaran ufti ke kerajaan Islam Siam yg berpusat di Ayuthia. Dizaman yg tiada kereta dan kapal terbang, beliau telah menghadapi liku-liku yg mencabar dan membahayakan nyawa sepanjang perjalanan ke Ayuthia. Maka menurut keturunannya, Allahyarham Panglima Taib telah memilih senjata Tekpi sebagai senjata pilihan bagi melaksanakan tanggungjawab yg berat itu. Apa yg boleh dispekulasikan ialah kemungkinan sejak itulah Allahyarham telah menjadikan Tekpi sebagai senjata resmi bagi perguruannya. Mengenai siapakah gurunya, Pak Guru Sani sendiri tiada maklumat berkenaannya.


Oleh itu, PSSKTM tidak akan pergi jauh daripada Allahyarham Panglima Taib bila memperkatakan tentang salasilah perguruan ini. Sesungguhnya hanya Allah SWT yg mengetahui segalanya.


wallahua'lam...


Ulasan Team SERASI atas fakta sejarah yang berkaitan:
Menurut sumber sejarah, selain menjadi pewaris Gayung Fatani daripada Panglima Taha (Panglima Kerajaan Perlis), salah satu senjata kegemaran YM Tuan Haji Ishak Itam Guru Utama Silat Cekak sebelum menjadi Guru Silat Cekak adalah Tekpi! Beliau adalah seorang Pakar Tekpi.


Syabas SilatMelayu.Com kerana masih mengekalkan dan menghormati adab perguruan yang sebenar.