Kebelakangan ini hangat pula diperkatakan tentang Melayu dan Bukan Melayu. Maka disini dibawakan beberapa petikan daripada ucapan tentang bukan Melayu. Justeru harap tiada lagi fitnah mengenai cerita bukan Melayu.
Inilah realitinya:
Petikan Teks Ucapan Naib Presiden PSSCM - Perayaan 40 Tahun Cekak di PWTC 2009.
"Saya bukan orang Melayu, tuan-tuan semua tahu saya bukan orang Melayu, tapi saya sanggup bela Melayu. Kenapa? Cuba tanya kenapa? Kenapa saya jadi orang Melayu dan sanggup bela, kerana saya dilahirkan dibumi bertuah iaitu tanah Melayu iaitu Malaysia." ms 153
"...walaupun hari ini saya beritahu saya Melayu, tiada siapa percaya saya Melayu, Bumiputera belum tahu, tetapi saya berjuang lebih 30 tahun untuk orang Melayu. Mereka tidak pernah nilai, tetapi saya tidak pernah kecil berkecil hati kerana ketika saya hendak daftar syarikat, isteri saya ada bersama-sama dalam dewan ini, saya pegang 60% isteri saya pegang 40%, saya tidak boleh dapat taraf Bumiputera. Saya tidak dapat taraf Bumiputera sebab dia kata saya bukan Bumiputera, tetapi kalau ikutkan mulut dan tangan, memang saya lempang dia." ms 153
"Tun Dr Mahathir kata. Dia kata Melayu mudah lupa, memang Melayu mudah lupa, tetapi orang Silat Cekak tidak mudah lupa, kerana guru didik kita supaya kita tidak lupa," ms 155
"Ketika saya mula belajar silat Cekak, apa ustaz Hanafi pesan, dia kata jangan cakap bohong, itu sahaja amalan saya," ms 155
"Begitu seronok dan gembiranya saya, walaupun saya daripada golongan bukan Melayu dan tidak mempunyai pendidikan, akhirnya menjadi ketua orang-orang Melayu" - Saithu Maideen Katharisa, Budaya Cekak, ms 159-160
Apa hak bukan Melayu boleh mengaku menjadi Melayu dan cuba menidakkan sejarah persilatan orang Melayu? Apa rasionalnya seorang bukan Melayu bercita-cita menjadi guru dalam lapangan kebudayaan milik orang Melayu yang kaya adat dan istiadat sejak zaman berzaman? Bukankah itu melanggar adat istiadat orang Melayu?
Ini adalah masalah kebudayaan. Budaya Melayu, Budaya Cekak adalah Budaya Melayu, bukan Budaya India, Bangladesh, Pakistan dan sebagainya. Barangkali selepas ini amat sesuai jika ditukar nama Budaya Cekak kepada Budaya Cekaro.
Jika masuk mahkamah sekalipun sudah tentu kalah peringkat pertama lagi iaitu bab keturunan / race. Tidak lojik sama sekali bukan Melayu jadi guru kepada kebudayaan Melayu. Ini adalah hukum akal dan hukum adat yang asas.
"Orang Melayu Cekak" tidak lupa sejarah, tapi yang "bukan Melayu Cekak" pula buat-buat lupa.
"Silat Cekak, Silat Lojik."
Admin SERASI
Assalammualaikum...
ReplyDeleteSedih dan kecewa bila dapat tahu yang pemimpin orang melayu sekarang ni dipegang oleh bukan melayu. Tak cukup tu pulak status guru silat yang sepatutnya dan amatlah patut dipegang oleh orang melayu juga dirampasnya. Tambahan lagi waktu tu Arwah Pak Ak masih hidup.
Sebagai anak jati melayu kedah ni rasa macam pusaka nenek moyang ni dirobek2 dan dicabul.
Tak banyak perkara yang boleh dibanggakan oleh kami anak melayu sekarang ni. sedikit demi sedikit dirobek...dan kini silat cekak.
AnakKedah
Orang Melayu yang berusaha bersungguh-sungguh demi bangsanya tentu akan dipandang mulia disisi masyarakat dan negara. Kita dinegara Malaysia, ini adalah Tanah Melayu jadi mengapa masih teragak-agak untuk memperjuangkan isu bangsa dan kebudayaan?
ReplyDeletepaling tidak pun disaman kerana cuba merosakkan nama persatuan. soalannya siapa yang merosakan persatuan Melayu dengan mengambil bukan Melayu menjadi pemimpin?
tidak timbul langsung isu fitnah disini kerana sudah ada perakuan oleh si Bukan Melayu terhadap statusnya yang bukan bumiputera dan bukan Melayu.
Apa pula kata Melayu?
AnakMelayu.
Dan harus diingat, tidak timbul langsung isu penghinaan, dengki khianat, iri hati, cemburu dan sebagainya terhadap individu yang tersebut kerana selama hari ini orang Melayulah yang menolongnya berjaya dalam perniagaan dan juga jawatan yang disandang hari ini adalah hasil bantuan orang Melayu juga.
ReplyDeleteJika bukan orang Melayu yang membantunya maka tidak sampai dia ketahap yang tercapai hari ini. Tetapi beliau lupa segala hal ada batasan dan beliau telah melanggar batasan utama iaitu bab Perguruan Melayu.
Masih ingatkah anda perihal Raja Brooke Sarawak?