Matanya yang tajam sekadar dua jarak mata si pemakai. Maka tiap-tiap yang terlihat dan terdengar maka sampailah ia. Sembunyi tempatnya seolah pemalu sifatnya.

Wednesday 18 April 2012

Pewaris Gayung Fatani dan Keputusannya.

Tari Gayung Fatani oleh pewarisnya sendiri Hj Ishak Itam.

Buah Keputusan Gayung Fatani adalah buah matapelajaran yang kedua dalam sistem pelajaran Silat Cekak. Asal gerakannya berdiri lurus, menyambut serangan lawan dan menanti pergerakan musuh samada begerak tangan atau menendang rusuk ataupun terjun kebawah.

Gayung Fatani juga dikategorikan sebagai silat Melayu yang asli. Ini dapat dibuktikan dengan gerakan Keputusan Gayung Fatani yang tetap menggunakan tangan beserta kaedah rasa untuk pemakan atau mengunci pergerakan musuh.

Terletak rahsia kehebatan dan kelembutan sambut Keputusan Gayung Fatani ini ialah pada rasa, tetapi awas gerakan pemakannya tidak ada lain selain daripada tujuan membunuh. Buah yang sangat bahaya ini terletak pula pada kedudukan kedua dalam senarai pelajaran Silat Cekak selepas Buah Pertama.

Selain daripada sifatnya yang sangat bahaya, keaslian dan sejarah silat itu sendiri menyebabkan Keputusan Gayung Fatani dijadikan matapelajaran kedua dalam Silat Cekak. Orang Melayu yang kaya dengan budi bahasa, adap sopan dan pekerti yang tinggi tetap meletak kaki pada tempatnya, pantang Melayu kaki naik kepala, pantang Melayu main kepala. Akhlak dan peribadi itu terpancar pada kaedah pergerakan silat-silat mereka yang asli, halus lagi berseni dan Keputusan Gayung Fatani itu adalah bukti dan realiti.

Keaslian itu bukan hanya sekadar cerita mulut tetapi dibuktikan dengan kewujudan pewarisnya sendiri iaitu YM Ustaz Haji Ishak Itam yang juga Guru Utama Silat Cekak 1986-2012, yang menurut sejarahnya adalah berketurunan Panglima Taha, panglima istana kerajaan Perlis purbakala.

Oleh kerana itu anak-anak Cekak seluruhnya harus berasa bangga dan bersyukur kerana pernah mempunyai seorang Guru Utama yang bukan calang daripada segi ilmu persilatan, malah realitinya adalah Pewaris Gayung Fatani yang lengkap dengan Keputusannya.

*(terima kasih tidak terhingga daripada pihak SERASI buat penyumbang footage diatas)

2 comments: