Sejak beberapa tahun kebelakangan ini timbul pelbagai polemik mengenai Silat. Yang paling ketara adalah apabila persatuan-persatuan yang berautoritatif di Indonesia sana cuba mempengaruhi badan-badan silat di Malaysia supaya mengikut jejak langkah mereka menjadikan seni itu kepada pencak.
Bermaksudnya tukar semua menjadi pencak silat bukan lagi seni silat. Barangkali keris juga hendak dibuang oleh kerana pelbagai sebab yang tidak dapat dinyatakan disini. Itulah akibat menyukankan silat sehingga hilang seni timbul pencak!
Salah satu sebab adalah bagi mereka semua silat itu sama, berbunga-bunga dan berjurus-jurus. Dari segi sejarahnya pula terbit kerajaan Melayu di Melaka hasil daripada orang dari kerajaan di Indonesia juga. Kalah kita disitu walaupun dimenangkan Hang Tuah dalam kes Taming Sari.
Maka oleh kerana itu sentimen abang dan adik sentiasa menjadi mainan pesilat-pesilat Indonesia terhadap Malaysia. Maka segelintir mereka juga mendakwa silat Melayu itu adalah dicedok pergerakannya daripada silat-silat di Indonesia.
Bagi kami, mereka di Indonesia boleh memencak silatkan semua Silat Melayu yang ada hari ini kerana sejarahnya, tetapi mereka tidak mungkin dapat memencak-kan "Pergerakan Seni Silat Cekak" yang asal juga kerana sejarahnya. Mereka mungkin mempermainkan sejarah silat tetapi bukan sejarah silat cekak.
Silat Cekak itu unik, silat lojik dan tidak mungkin sama sekali berpunca dari Indonesia kerana jelas menurut sejarah datangnya dari Kerajaan Kedah di Semenanjung Tanah Melayu.
Persoalannya, ada atau tidak pencak silat cekak di Indonesia? Bagaimana pula sejarahnya?
Sekian.
Assalamua'laikum wbt
ReplyDeleteDi Indonesia pun ada Cekak, Cekak Bengkulu/Bangkahulu. Tuan boleh tengok di youtube.
salam cikgu. terima kasih.
ReplyDeletememang ada namanya Silat Cikak Kalima. Jurusnya hanya 5. Gaya penerangannya seakan-akan sama. Tangkapan utamanya jika diamati adalah daripada asal berdiri Alif dan kemudian masuk Keputusan Gayung Fatani dan juga Kuntau Kiri dan juga Kuntau Jatuh. Cara test adalah diruangan yang sempit dipanggil balabar. Hanya dihidupkan kembali pada 1986.
Macam sama tetapi kami yakin seluruh anak-anak cekak semalaysia bersetuju jika kami disini katakan ianya tidak serupa dengan pergerakan Silat Cekak @ Silat Kedah.
Walaubagaimana pun kami disini bersetuju dengan pernyataan mereka iaitu "Silat (Cikak) itu adalah benteng terakhir bangsa ini".
Dan saya yakin ahli persatuan yang mengambil "bangsa lain" guru bangsa India contohnya, tidak dapat menyelami maksud "bangsa" yang cuba disampaikan oleh Silat Cikak Bengkulu tersebut.
wassalam.
Silat Cikak Bengkulu
ReplyDeletehttp://www.youtube.com/watch?v=j-ld4omfWOM&feature=relmfu
http://www.youtube.com/watch?v=u7qPCvogDPw&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=PYZob_5ocHo
Silat Cikak Bengkulu
ReplyDeletehttp://www.youtube.com/watch?v=j-ld4omfWOM&feature=relmfu
http://www.youtube.com/watch?v=u7qPCvogDPw&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=PYZob_5ocHo