Matanya yang tajam sekadar dua jarak mata si pemakai. Maka tiap-tiap yang terlihat dan terdengar maka sampailah ia. Sembunyi tempatnya seolah pemalu sifatnya.

Sunday 4 March 2012

Syabas SilatMelayu.Com!

Asal Kuntau Tekpi, Cekak & Kalimah
Posted by Cikgu Fazli on January 20, 2009 at 11:25pm in (P.S.S.K.T.M) ڤرتوبوهن سني سيلة کونتاو تيکڤي مليسيا
Back to (P.S.S.K.T.M) ڤرتوبوهن سني سيلة کونتاو تيکڤي مليسيا Discussions

Silat Cekak
Silat ini berasal dari Negeri Kedah, Malaysia, dan dikatakan pernah diamalkan oleh panglima-panglima kanan kerajaan Negeri Kedah di zaman dahulu. Di antaranya ialah semasa era pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II.

Silat ini telah diwariskan oleh salah seorang panglima kanan kerajaan Kedah yang bernama Panglima Ismail kepada Panglima Tok Rashid dan kemudiannya kepada Yahya Said (sebagai pemegang amanah) yang berasal dari Batu Kurau, Taiping, Perak,:

40 tahun kemudian, pada 5 Ramadhan 1385 Hijrah, bersamaan 28 Disember 1965, Yahya Said telah memperturunkan ilmu Silat Cekak kepada Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad.

Silat Cekak pada ketika itu telah dilahirkan kembali dan beroperasi melalui Perkumpolan Seni Sari Budaya Sri Kedah.

Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia telah didaftarkan secara rasmi pada 19 Ogos 1971 dengan Ustaz Hanafi sebagai Presiden dan Guru Utama PSSCM. Beliau telah meninggal dunia pada 13 Ogos 1986 setelah menerajui PSSCM dan mengembangkan silat ini ke seluruh negara selama 21 tahun.

Jawatan ini diganti oleh Haji Ishak bin Itam sebagai Presiden dan Guru Utama PSSCM pada 21 September 1986 hingga ke hari ini.

Silat Kalimah
Cerita ini disampaikan dari mulut ke mulut dan turut merujuk kepada rekod sahih peninggalan para guru yang bertanggungjawab mengembangkan ajaran Silat Kalimah.

Kisah ini bermula apabila ilmu seni Silat Kalimah ini diperturunkan oleh Syeikh Abdullah kepada Sultan Kedah yang dikenali dengan nama Sultan Muzaffar Shah. Ia telah dirahsiakan oleh Istana Kerajaan Kedah sehinggalah tiba kepada Sultan Ahmad Tajuddin yang telah bertanggungjawab menurunkan ilmu dan ajaran Silat Kalimah ini kepada panglima kanan beliau, iaitu Panglima Tok Ismail.

Panglima Tok Ismail pula menurunkan ilmu dan ajaran Silat Kalimah kepada Panglima Tok Ali dan Panglima Tok Hadi.

Panglima Tok Ismail akhirnya menurunkan ilmu dan ajaran Silat Kalimah ini kepada Panglima Tok Rashid.

Dan Panglima Tok Rashid merupakan panglima yang terakhir menerima ilmu Silat Kalimah sebelum beliau menurunkan ilmu ini kepada orang awam yang pertama, iaitu anak angkatnya yang bernama Tok Guru Yahya Said.

Silat Kuntau Tekpi
Seni Silat Kuntau Tekpi ialah sejenis ilmu mempertahankan diri yang telah lama wujud di zaman Sultan Ahmad Tajuddin Shah, Sultan negeri Kedah pada kurun ke-18. Ia dipelopori oleh seorang Panglima Istana bernama Panglima Taib Bin Wan Hussin. Silat ini diajar hanya di kalangan panglima dan pengawal istana serta hulubalang bagi menentang serangan Thai dan musuh lain ketika itu.

Panglima Taib telah mewariskan ilmu ini kepada anak kandungnya bernama Siti Aminah yang dikenali dengan gelaran ‘Srikandi Kedah’. Silat ini kemudiannya diwarisi oleh anak Siti Aminah bernama Tuan Haji Zainol Abidin bin Endut dan seterusnya diwarisi pula oleh anak Zainol Abidin iaitu A. Sani.

Senjata utama silat ini dikenali sebagai tekpi iaitu besi bercabang tiga yang juga telah dikenali sebagai "Raja Segala Senjata" yang telah terbukti boleh mematikan segala senjata tajam.

Silat ini mempunyai kaedah buah-buah pukulan serta tangkapan yang kemas. Semua pergerakan dan tangkisan adalah sesuai dengan pergerakan fitrah diri manusia, tidak mengira peringkat umur, mahupun lelaki ataupun perempuan.

Silat ini menitikberatkan aspek mempertahankan diri sekiranya diserang tetapi akan menyerang sekiranya terdesak.

(sumber wikipedia)


Apapun cerita, ianya tetap datang dari istana Kedah ketika Sultan Ahmad Tajuddin Shah,
Diharap dapat diulas lanjut kenapa Panglima Taib memilih tekpi dan Panglima Ismail memilih parang lading.

ulasan Jurulatih kanan PSSKTM (yang bergiat aktif):

Reply by Amirul Husni on January 21, 2009 at 11:40am
assalamua'laikum

Terima kasih kepada Cikgu Fazli dari SPGP kerana mengemukakan persoalan ini.


Malangnya, ulasan lanjut yg diminta tak dapat diberikan sepenuhnya disebabkan amanah yg dipegang oleh saya dan jurulatih2 lain dalam PSSKTM. Sekiranya sesiapa mahu ulasan sejarah dari perspektif Silat Kuntau Tekpi, dia wajib berjumpa dengan Pak Guru Sani sendiri. Itupun sekiranya Pak Guru berkenan hendak memberikan maklumat. Jika seseorang itu ikhlas didalam persoalannya, inshaAllah, kemungkinan besar Pak Guru Sani akan membuka cerita.


Walaubagaimanapun, sebagai memenuhi tanggungjawab sebagai moderator disini, selain dari Cikgu Azhar dan Cikgu Nor Azlan, apa yg boleh diperkatakan ialah Allahyarham Panglima Taib merupakan PENGASAS perguruan Silat Kuntau Tekpi. Maka dari itu, sedia maklum bahawa segala rupabentuk pelajaran yg terdapat didalam SKT sekarang hasil usaha Allahyarham Panglima Taib, serta diolah oleh keturunannya hingga sekarang mengikut keadaan zaman.


Seperkara lagi yg boleh dihuraikan ialah pemilihan senjata itu sendiri. Diantara tanggungjawab Allahyarham Panglima Taib ketika menjadi panglima di Kedah ialah mengawal penghantaran ufti ke kerajaan Islam Siam yg berpusat di Ayuthia. Dizaman yg tiada kereta dan kapal terbang, beliau telah menghadapi liku-liku yg mencabar dan membahayakan nyawa sepanjang perjalanan ke Ayuthia. Maka menurut keturunannya, Allahyarham Panglima Taib telah memilih senjata Tekpi sebagai senjata pilihan bagi melaksanakan tanggungjawab yg berat itu. Apa yg boleh dispekulasikan ialah kemungkinan sejak itulah Allahyarham telah menjadikan Tekpi sebagai senjata resmi bagi perguruannya. Mengenai siapakah gurunya, Pak Guru Sani sendiri tiada maklumat berkenaannya.


Oleh itu, PSSKTM tidak akan pergi jauh daripada Allahyarham Panglima Taib bila memperkatakan tentang salasilah perguruan ini. Sesungguhnya hanya Allah SWT yg mengetahui segalanya.


wallahua'lam...


Ulasan Team SERASI atas fakta sejarah yang berkaitan:
Menurut sumber sejarah, selain menjadi pewaris Gayung Fatani daripada Panglima Taha (Panglima Kerajaan Perlis), salah satu senjata kegemaran YM Tuan Haji Ishak Itam Guru Utama Silat Cekak sebelum menjadi Guru Silat Cekak adalah Tekpi! Beliau adalah seorang Pakar Tekpi.


Syabas SilatMelayu.Com kerana masih mengekalkan dan menghormati adab perguruan yang sebenar.



3 comments:

  1. Assalamua'laikum wbt

    Tidak sangka ulasan pada tahun 2009 lalu masih dijadikan rujukan. :)

    Salaam persilatan daripada saya, Cikgu Amirul Husni, Jurulatih Kanan PSSKTM, yang menulis ulasan diatas.

    Walaupun saya tidak lagi berkecimpung dengan Silatmelayu.com disebabkan mempunyai laman PSSKTM sendiri di Facebook, tapi bagi pihak Silatmelayu.com pada tahun 2009 lepas, saya ingin membalas dengan ucapan sama-sama.

    Saya menyeru pendekar dan pesilat Cekak dan Kalimah yang ingin mengetahui sejarah khusus Silat Kuntau Tekpi, serta sejarah umum Silat Panglima Kedah (Kuntau Tekpi, Cekak, Kalimah etc), jemputlah berkunjung ke rumah Pak Guru Hj. A. Sani dan bertanyakan dengan hati yg terbuka atau berlapang dada.

    Semoga ikatan ukhuwwah diantara tiga cabang utama aliran Panglima Kedah (Kuntau Tekpi, Cekak dan Kalimah) akan terjalin suatu hari nanti, insyaAllah.

    Wassalaam

    ReplyDelete
  2. terima kasih Cikgu Amirul kerana sudi memberi izin kepada kami untuk meminjam komen tersebut. bagi kami segala informasi berguna seperti ini amat penting dalam kajian dan sejarah silat panglima kedah.

    terima kasih sekali lagi kerana sudi berkunjung kesini, segala input daripada kuntau tekpi amat kami hargai.

    wassalam.

    ReplyDelete
  3. Assalamua'laikum wbt

    Sama-sama. Saya menyokong penuh usaha pihak SERASI dalam mencari Sejarah Realiti Silat Panglima Kedah.

    Saya juga berketurunan Siam/Melayu Islam. Saya dari keturunan Nai Chao Abu atau Panglima Abu atau Megat Manja, turun ke Nai Sin/Sim, Raja Kubang Pasu satu ketika dulu.

    Teruskan usaha kalian. Kalau ada pertanyaan apa2 berkenaan SKT yang saya boleh jawab, insyaAllah saya akan jawab. Bagi mereka yang tinggal di Kedah dan nak jalin silaturrahim dgn saya, insyaAllah kita boleh jumpa dan pekena nasi kandaq yasmeen ka atau tomyam kat restoran pakda....

    wassalaam

    ReplyDelete