Matanya yang tajam sekadar dua jarak mata si pemakai. Maka tiap-tiap yang terlihat dan terdengar maka sampailah ia. Sembunyi tempatnya seolah pemalu sifatnya.

Saturday, 30 June 2012

Bagaimana jika tiada pemimpin Islam? -- Huzaifah Al Yamani

Sabda Rasulullah:
حديث حذيفة بن اليمان رضى الله عنه قال : كان الناس يسألون رسول الله صلى الله عليه وسلم عن الخير وكنت أسأله عن الشر مخافة أن يدركني فقلت يا رسول الله إنا كنا في الجاهلية وشر فجاءنا الله بهذا الخير فهل بعد هذا الخير شر قال نعم فقلت هل بعد ذلك الشر من خير قال نعم وفيه دخن قلت وما دخنه قال قوم يستنون بغير سنتي ويهدون بغير هدي تعرف منهم وتنكر فقلت هل بعد ذلك الخير من شر قال نعم دعاة على أبواب جهنم من أجابهم إليها قذفوه فيها فقلت يا رسول الله صفهم لنا قال نعم من جلدتنا ويتكلمون بألسنتنا قلت يا رسول الله فما ترى إن أدركني ذلك قال تلزم جماعة المسلمين وإمامهم فقلت فإن لم تكن لهم جماعة ولا إمام قال فاعتزل تلك الفرق كلها ولو أن تعض على أصل شجرة حتى يدركك الموت وأنت علىذلك

Maknanya: Diriwayatkan daripada Huzaifah bin al-Yaman RA katanya: Manusia sering bertanya kepada Rasulullah SAW mengenai amalan-amalan yang baik, tetapi aku telah bertanya tentang amalan-amalan jahat kerana aku takut ia akan menimpa diriku, lalu aku bertanya: Wahai Rasulullah! Dahulu kami berada dalam kejahilan dan kejahatan, kemudian Allah mengurniakan kepada kami kebaikan (kebenaran), adakah selepas kebenaran ini akan berlaku pula kejahatan?

Rasulullah menjawab: Ya.

Aku bertanya lagi: Adakah akan berlaku pula kebaikan selepas kejahatan itu?

Rasulullah manjawab: Ya, tetapi ketika itu terdapat kekurangan dan perselisihan.

Aku bertanya: apakah yang dimaksudkan dengan kekurangan dan perselisihan itu?

Rasulullah menjawab dengan bersabda: Iaitu satu kaum yang tidak beramal dengan sunnahku dan mengikuti selain dari jalanku, di antara mereka itu ada yang kamu kenali dan ada yang kamu tidak mengenalinya.

Aku bertanya lagi: Adakah kejahatan akan berlaku lagi selepas itu?

Rasulullah menjawab: Ya, ketika ada orang-orang yang menyeru atau mengajak manusia ke neraka jahannam, sesiapa yang menyahut ajakan mereka, maka orang itu akan dicampakkan ke dalam neraka itu.

Aku berkata lagi: Wahai Rasulullah! Sifatkan mereka kepada kami.

Rasulullah manjawab: Baiklah, mereka adalah sebangsa dengan kita dan berbahasa seperti bahasa kita.

Aku bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah pendapatmu sekiranya aku masih hidup lagi ketika itu?

Rasulullah menjawab dengan bersabda: Kamu hendaklah bersama dengan jemaah Islam dan pemimpin mereka.

Aku bertanya lagi: Bagaimanakah sekiranya ketika itu umat Islam tidak mempunyai jemaah (kesatuan) juga tidak ada pemimpin?

Rasulullah menjawab lagi dengan bersabda: Kamu hendaklah hendaklah memencilkan diri kamu dari kumpulan mereka walaupun kamu terpaksa memakan akar-akar kayu dan tinggallah kamu di sana sehingga kamu mati dalam keadaan yang demikian.

sumber.

Nota tambahan:
Pada zaman ini, hadis ini selalu dan sewenang-wenangnya dikaitkan dengan masalah politik, contohnya ayat "jemaah Islam dan pemimpin mereka" selalu dikaitkan dengan kumpulan yang mendakwa mereka adalah jemaah Islam dan pemimpin mereka adalah khalifah Islam.

Tetapi harus diingat Huzaifah Al Yamani r.a berdialog dengan Rasullullah s.a.w dan ada beberapa perkara yang harus ditekankan disini.

1.Apakah maksud jemaah Islam mengikut sudut pandang Huzaifah Al Yamani?
2.Apakah maksud tidak ada kesatuan mengikut sudut pandang Huzaifah Al Yamani?
3.Apakah maksud tidak ada pemimpin mengikut sudut pandang Huzaifah Al Yamani?
4. Apakah kriteria pemimpin Islam mengikut sudut pandang Huzaifah Al Yamani sehingga beliau meletakkan satu masalah "bagaimana jika tiada pemimpin Islam" seperti yang dimaksudkan oleh beliau?

Siapakah Huzaifah Al Yamani yang kita perlu tahu sebelum kita dapat memahami setiap maksud soalannya diatas?

Adakah sempat beliau melalui zaman yang telah disebutkan diatas?

Huzaifah meninggal dunia di Madyan (sekarang : Lubnan) pada tahun 36 hijriyyah dalam umur yang terlalu tua. Beliau meninggal dunia selepas mendapat berita pembunuhan terhadap Saidina Osman bin Affan.


Beliau tidak sempat melalui zaman selepas Saidinia Uthman Affan r.a untuk dijadikan panduan mengenal munafik seperti yang dilakukan oleh Saidina Umar Al Khatab r.a seperti kisah berikut:

Saiyidina Umar r.a. misalnya, enggan menyembahyangkan jenazah seseorang kalau dilihatnya Huzaifah tidak turut menyembahyangkannya. Inilah kelebihan Huzaifah Al-Yamani yang mempunyai pengetahuan tentang ilmu ghaib hingga dia tahu siapa yang munafik dan siapa yang tidak.


SIAPA HUZAIFAH AL-YAMANI

Huzaifah bin Al-Yaman antara sahabat nabi yang sangat masyhur. Bapanya bernama “Husail bin Jabir Al-‘Absi Al-yamani”. Beliau merupakan “sohib As-Sir” atau penjaga rahsia nabi SAW.

Memandangkan beliau adalah manusia yang disebut sebagai “penjaga rahsia nabi SAW”, menyebabkan banyak nama-nama para munafiq berada ditangan beliau. Semuanya ini disebabkan kepercayaan yang diberikan oleh Nabi kepada beliau.

Pernah suatu hari, Omar bin Al-Khattab bertanya kepada Huzaifah, apakah nama beliau antara yang tersenarai sebagai orang munafiq. Lalu dijawab oleh Huzaifah, bahawa Omar bukan dari kalangan mereka.

Disebabkan beliau menyimpan rahsia-rahsia nabi, menyebabkan beliau pernah menyebut;

والله إني لاعلم الناس بكل فتنة هي كائنة فيما بيني وبين الساعة

Maksudnya;
“Demi Allah, sesungguhnya aku adalah manusia yang paling banyak mengetahui dengan setiap fitnah yang akan berlaku diantaraku dan hari kiamat”

Persoalannya bagi umat Islam akhir zaman ini, bagaimana kita hendak memahamkan maksud persoalan yang sangat kritkal iaitu zaman tiada pemimpin Islam seperti yang telah disebut oleh Huzaifah Al Yamani sehinggakan terpaksa memencilkan diri dan keluar daripada golongan mereka?

Kenalkah kita pada golongan tersebut? Atau tiada siapa yang peduli dengan halnya diatas kerana sekali lalu jika dibaca seolah-olah hadis ini ditujukan kepada satu kaum yang sebangsa dan sebahasa seperti yang telah disifatkan oleh Rasulullah s.a.w

Zaman selepas Saidina Uthman r.a adalah zaman yang paling kritikal-zaman fitnah, dalam sejarah Islam sehinggalah hari kiamat.


Semasa saat dia mahu menghembuskan nafasnya yang terakhir, para sahabat terdengar ucapannya seperti berikut;

“selamat datang wahai Maut; kekasih tiba di waktu rindu; hati bahagia tak ada keluh dan sesalku”

Maka tetap bersemadilah rahsia-rahsia itu bersama Huzaifah Al Yamani r.a

Friday, 29 June 2012

Tidak ada daya dan upaya melainkan dengan Engkau

Doa Nabi

"Wahai Tuhanku, kepada Engkau aku adukan kelemahan tenagaku dan kekurangan daya-upayaku pada pandangan manusia. Wahai Tuhan yang Maha Pemurah kepada sesiapa Engkau menyerahkan daku? Kepada musuh yang akan menerkamkan aku atau kah kepada keluarga yang engkau berikan kepadanya urusanku, tidak ada keberatan bagiku asal aku tetap dalam keredhaan Mu. Dalam pada itu afiatMu lebih luas bagiku. Aku berlindung dengan cahaya mukaMu yang mulia yang menyinari segala langit dan menerangi segala yang gelap dan atasnyalah teratur segala urusan dunia dan akhirat, dari Engkau menimpakan atas diriku kemarahanMu atau dari Engkau turun atasku azab Mu kepada Engkaulah aku adukan hal ku sehingga Engkau redha. Tidak ada daya dan upaya melainkan dengan Engkau"

Ramai orang jika pun ada, hanya menceritakan tentang sejarah kesedihan apabila membicarakan hal Thaif. Tetapi ramai orang terlepas pandang atau pun tidak pernah cuba untuk meluruskan maksud doa diatas supaya mendapatkan pegangan yang tepat bab pergantungan sepenuhnya hati ke hadrat Allah taala.

-- Aku rindu akan Guru ku.

Wednesday, 27 June 2012

Si Pendusta dan Si Kejam/Perosak -- Cerita Bani Thaqif.

Petikan daripada ucapan Asma Abu Bakar As-Siddiq kepada Hajjaj Yusof As Thaqafi setelah pembunuhan Ibnu Zubair.

"Aku telah mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda bahwa akan muncul dari bani Tsagif seorang pendusta dan seorang yang kejamAdapun pendusta itu kami telah mengetahuinya, sedangkan seseorang yang kejam dan sewenang-wenang itu aku tidak menemuinya selain dirimu.”


Antara petikan lain:
 Asma' binti Abu Bakar r.a. seorang tokoh sahabiah yang sangat berani. Berani berkata hak di hadapan seorang penguasa walaupun terasa pahit. Asma' pernah menemui Hajjaj dalam keadaan buta. Asma' bertanya, "Di mana Hajjaj?" Mereka menjawab, "Hajjaj tiada di sini." Asma' berkata, "Katakanlah kepadanya bahawa aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, "Ada dua orang laki-laki dari Thaif: Seorang adalah pendusta dan seorang lagi adalah perosak." 


Ketika pesanan itu disampaikan kepada Hajjaj, Hajjaj pergi mengunjungi Asma' binti Abu Bakar r.a. dan berkata kepadanya, "Puteramu telah menumpang di rumah ini dan Allah telah membuatnya merasakan siksaan yang pedih." Asma' menjawab, "Engkau berdusta. Dia berbakti kepada kedua orang tuanya, berpuasa dan solat, tetapi demi Allah, Rasulullah s.a.w memberitahu kami bahwa seorang pendusta akan muncul dari Thaqif, yang satu lebih buruk dari yang pertama, iaitu ia seorang perosak." Begitulah beraninya Asma' ini.

Cerita Bani Thaqif.
Pada tahun ke 10 kenabian, iaitu 3 tahun sebelum hijrah, Nabi saw menghadapi satu tentangan yang luar biasa hebatnya. Kaum Quraish memulaukan baginda. Dalam keadaan yang penuh tekanan ini, Nabi bersama Zaid Harithah telah memilih bandar tinggi Taif untuk medan dakwahnya.


Sesampainya di Taif, Nabi bertemu dengan tiga orang ketua Bani Thaqif iaitu suku Arab terbesar di Taif. Salah seorang dari mereka tidak mahu campur urusan dakwah ini. 

Dia mengatakan, "jika engkau pendusta, aku tidak mahu layan pembohongan ini, tetapi jika kamu benar-benar Nabi, aku tidak mahu dilaknat". 

Dua orang lagi berhujah dengan Nabi. Mereka yang memang dari awal menolak dakwah ini terus menghina-hina dan memperbodohkan Nabi yang mulia ini. Akhirnya mereka berdua menghalau Nabi. "Keluar kamu dari negeri kami ini".

Nabi dibaling batu
Mereka mengheret Nabi keluar dari Bustan as-Thaqif (taman Thaqif). Penduduk yang sejak awal berkumpul di sekeliling Nabi menolak-nolak Nabi. Anak-anak muda yang lebih agresif membaling nabi dengan batu. Batu-batu itu melukai kepala, badan dan kaki Baginda.

Zaid menjerit-jerit menahan batu yang dilemparkan kepada mereka. Nabi yang cedera meninggalkan Bustan at-Thaqif. Ketika menuruni curam bukit, batu masih lagi menghujani mereka berdua. Setelah jauh, Nabi bersandar di satu batu, baginda memegang badan Zaid, bertanyakan khabar keadaan Zaid. Zaid yang juga cedera lebih membimbangkan keadaan Nabi.

Doa Nabi
Darah mengalir dari badan Nabi. Ketika itu Nabi mengangkat tangan dan berdoa mengadu keadaan-nya pada Allah.

"Wahai Tuhanku, kepada Engkau aku adukan kelemahan tenagaku dan kekurangan daya-upayaku pada pandangan manusia. Wahai Tuhan yang Maha Pemurah kepada sesiapa Engkau menyerahkan daku? Kepada musuh yang akan menerkamkan aku ataukah kepada keluarga yang engkau berikan kepadanya uruskanku, tidak ada keberatan bagiku asal aku tetap dalam keredhaan Mu. Dalam pada itu afiatMu lebih luas bagiku. Aku berlindung dengan cahaya mukaMu yang mulia yang menyinari segala langit dan menerangi segala yang gelap dan atasnyalah teratur segala urusan dunia dan akirat, dari Engkau menimpakan atas diriku kemarahanMu atau dari Engkau turun atasku azab Mu kepada Engkaulah aku adukan hal ku sehingga Engkau redha. Tidak ada daya dan upaya melainkan dengan Engkau"

Demikian sedihnya do’a yang dipanjatkan kepada Allah oleh Nabi saw. sehingga Allah mengutus malaikat Jibril a.s. untuk menemuinya. Setibanya dihadapan Nabi, Jibril a.s memberi salam seraya berkata, “Allah mengetahui apa yang telah terjadi padamu dan orang-orang ini. Allah telah memerintahkan malaikat di gunung-gunung untuk menaati perintahmu.” Sambil berkata demikian Jibril memperlihatkan para malaikat itu kepada Rasulullah saw.

Kata Malaikat itu, “Wahai Rasulullah, kami siap untuk menjalankan perintah tuan. Jika engkau mau, kami sanggup menjadikan gunung disekitar kota itu berbenturan, sehingga penduduk yang ada dikedua belah gunung ini akan mati tertindih. Atau apa saja hukuman yang engkau inginkan, kami siap melaksanakannya.”

Mendengar tawaran malaikat itu, Rasulullah saw. dengan sifat kasih sayangnya berkata;
“Walaupun mereka menolak ajaran Islam, saya berharap dengan kehendak Allah, keturunan mereka pada suatu saat nanti akan menyembah Allah dan beribadah kepada-Nya.”

Pernah Guru-ku berpesan:
Balaslah setiap perbuatan jahat yang dilakukan keatas kita itu dengan kebaikan, moga-moga dengan kesabaran dan kebaikan itu mahu berubah sikap orang yang berbuat jahat itu kepada baik. 

Sunday, 24 June 2012

Anak Tok Wali Sang Penentang Enam Khalifah - DiSembelih dan diSalib.

Ibnu Zubair (Abdullah bin Zubair) 94 H

Seorang pemimpin masa Khalifah Ali bin Abi Talib dan awal khilafah Bani Umayyah. Dia adalah bayi pertama yang lahir dikalangan Muhajirin di Madinah. Ayahnya bernama Zubair Awwam dan ibunya, Asma binti Abu Bakar as-Siddiq. Ia sepupu dan juga kemenakan Nabi Muhammad dari istrinya, Aisyah binti Abu Bakar. Ia termasuk salah seorang dari “Empat ‘Ibadillah” (empat orang yang bernama Abdullah) dari 30 orang lebih sahabat Nabi yang dikenal menghafal seluruh ayat-ayat Al-Qur’an, Tiga orang ‘Ibadillah lainnya adalah Abdullah bin Abbas, Abdullah bin Umar bin Khatab, dan Abdullah bin Amr bin As.


Nama lengkapnya Abdullah bin az-Zubair bin al-Awwam bin Khuwailid bin Asad bin Abdul Uzza bi Qushai. Beliau adalah anak dari bibi Rasulullah. Ibunya bernama Asma (Dzatun Nithaqain) binti Abu Bakar as-Siddiq. Pangilannya Abu Bakar - sempena nama datuknya Abu Bakar As-Siddiq. Gelarnya ‘Aidzullah’ (yang berlindung pada Allah). Ayahnya az-Zubair bin al-Awwam adalah termasuk pengikut setia (hawariy) Rasulullah dan salah satu dari sepuluh sahabat yang dikabarkan akan masuk surga.


Kisah Pemililik Dua Ikat Pinggang (Dzatun Nithaqain).

Indahnya kisah yang mengantarkan Asma’ kepada julukan Dzatun Nithaqain / Perempuan pemilik dua ikat pinggang adalah saat ia mempersiapkan perbekalan untuk Rasulullah saw dan ayahnya yaitu Abu Bakr ash-Shiddiq hijrah ke Madinah.  Asma’ dengan cekatan, membelah ikat pinggangnya menjadi dua. Satu untuk mengikat dan mengangkat makanan Rasullah saw dan ayahnya. Sedangkan satu potong lainnya tetap ia gunakan sebagaimana layaknya perempuan lain.


Mengenai kelahirannya, Ibnu Zubair (Abdullah bin Zubair), Asma (ibunya) bercerita bahwa suatu hari ketika sedang hamil tua keluar rumah. kira-kira kandungan itu sudah berumur sembilan bulan. Ibunya pergi ke Madinah dan berhenti di Quba ketika dirinya merasa bayinya hendak keluar. Firasatnya itu betul. Tak lama setelah berhenti sejenak di Quba, bayinya lahir. Setelah ibunya membawa bayi itu ke tempat Rasulullah agar didoakan.


Rasulullah pun mengunyah kurma hingga lembut kemudian menyuapkan kepada bayi (mentahnikkannya) itu sembari berdo’a. Jadi pertama-pertama yang masuk di tenggorokan bayi itu adalah suapan Rasulullah. Bayi itu diberi nama Abdullah. Itulah awal kelahiran bayi muslim dalam Islam setelah terjadi peristiwa hijrah ke Madinah yang langsung disuapi dan dinamai Rasulullah.


Kelahirannya disambut meriah dan riang gembira oleh umat Islam yang ada di Madinah. kenapa demikian? Konon ceritanya bahwa orang-orang Yahudi telah menyihir hingga umat Islam tidak melahirkan bayi. [Ada dua kelahiran yang membatalkan kepercayaan sihir Yahudi pada ketika itu seorang lagi adalah daripada golongan Ansar iaitu kelahiran An-Nu`man bin Baysir r.a]

Beruntunglah Abdullah mendapatkan didikan langsung dari Rasulullah sejak kecil. Maka tidak heran jika pada umur 7 atau 8 tahun memberikan sumpah setia kepada Rasulullah untuk tegaknya ajaran Islam. kehadirannya disambut Rasulullah dengan senyum ketika dirinya menyatakan diri untuk memberikan sumpah setia (bai’ah) (lihat Shohih Bukhri; 2146)

Ibnu Zubair telah mengenal perang sejak berusia 12 tahun, yaitu ketika bersama ayahnya turut dalam Perang Yarmuk, dan empat tahun kemudian kembali menyertai ayahnya yang menjadi anggota pasukan Amr bin As di Mesir. Ibnu Zubair juga mengambil bagian dalam ekspedisi Abdullah bin Sa’ad bin Abi Sarh melawan orang-orang Byzantium di Afrika. Semua peristiwa tersebut mengundang kekaguman penduduk Madinah kepadanya.

Di masa Khalifah Usman bin Affan, ia duduk sebagai anggota panitia yang bertugas menyusun Al-Qur’an. Di masa Khalifah Ali bin Abi Talib, ia bersama Aisyah mengatur langkah untuk menantang Khalifah tersebut untuk menuntut penyelesaian kasus pembunuhan Khalifah Usman. Gerakan ini didukung oleh beberapa tokoh, seperti Ja’la bin Umayyah dari Yaman, Abdullah bin Amr Basra, Sa’ad bin As, dan Wahid bin Uqbah (pemuka kalangan Umayyah di Hedzjaz) dan beberapa sahabat senior (Talhah bin Ubaidillah dan Zubair bin Awwam), dan ayahnya. Perselisihan antara kelompoknya dan kelompok Ali yang sedang berkuasa diselesaikan dalam Perang Unta (Waqiah al-Jamal). Dalam perang inilah ia menyaksikan ayahnya gugur. Disebut Perang Unta karena Aisyah mengendarai unta saat memimpin pasukan itu. [Ibnu Zubair juga telah ditunjukkan oleh Aisyah sebagai imam kepada tenteranya untuk meredakan konflik dalaman diantara Zubair Al Awwam dan Talhah Ubaidillah dalam tandingan siapa paling layak menjadi imam ketika itu.]

Ibnu Zubair kembali melawan Dinasti Bani Umayyah. Meskipun di masa Mu’awiyah bin Abi Sufyan bentuk perlawanannya belum bersifat terbuka, ia tampil menantang khilafah (pemerintahan) Bani Umayyah secara terang-terangan. Ia memprotes Yazid, putra Mu’awiyah, yang naik menjadi khalifah atas penunjukan ayahnya (Muawiyah) setelah ayahnya wafat.


Yazid memerintahkan walinya di Madinah untuk memaksa Ibnu Zubair bersama Husein bin Ali (cucu Nabi) dan Abdullah bin Umar agar menyatakan kesetiaan kepadanya. Ibnu Zubair dan Husein tetap membangkang. Demi keamanan, keduanya pindah ke Mekah. Ia tetap sebagai penantang khalifah sekalipun Husein, tak lama sesudah itu, tewas dengan menyedihkan dalam pertempuran tak seimbang di Karbala.

Pernyataan secara terbuka, bahwa kekuasaan Yazid tidak sah membawa pengaruh luas dikalangan ansar di Madinah yang akhirnya melahirkan pemberontakan. Setelah menunggu kesempatan yang baik, Yazid mengerahkan tentara Suriah di bawah pimpinan Muslim bin Uqbah dan memadamkan pemberontakan orang-orang Madinah tersebut dalam Perang Harran. Kematian Muslim bin Uqbah tak menghalangi tentara tersebut untuk bergerak menuju Mekah dengan sasaran mematahkan perlawanan Ibnu Zubair. Tentara tersebut mengepung dan menghujani kota Mekah dengan batu dan panah api yang menyebabkan Ka’bah terbakar. 

Berita meninggalnya Khalifah Yazid menyebabkan komandan pasukan, Husain bin Numair, mencoba membujuk Ibnu Zubair agar bersedia bergabung dengan mereka untuk kembali ke Suriah. Ibnu Zubair menolak bujukan tersebut dengan mengatakan bahwa ia akan tetap di Mekah. Selanjutnya, ia memproklamasikan dirinya sebagai amirulmukminin. Sekalipun proklamasi itu tidak lebih dari sekedar nama, namun lawan-lawan dinasti Bani Umayyah di Suriah, Mesir, Arab Selatan, dan Kufah sempat menghargainya sebagai khalifah.

Setelah Mu’awiyah putra dan pengganti Yazid meninggal dunia, Ibnu Zubair muncul sebagai kandidat khalifah atas dukungan Bani Qais. Selain itu ada kandidat lainnya yaitu, Marwan bin Haqam (dukungan Bani Qalb) dan dua kabilah Arab berdomisili di Suriah, juga saling bersaing mengajukan calon masing-masing. Akan tetapi, Ibnu Zubair terpojok tatkala peta kekuatan politik mengalami perubahan, akibat pemberontakan di Kufa dan pembelontan di antara pengikutnya, setelah Yazid wafat. Pengepungan membawa kematiannya terjadi ketika Hajjaj bin Yusuf as-Saqafi ditugaskan oleh khalifah Abdul Malik bin Marwan, putra Marwan bin Hakam, untuk menyelesaikan perlawanan “Sang Penantang Enam Khalifah” – dari Ali, Mu’awiyah, Yazid, Mu’awiyah II, Marwan bin Hakam, sampai Abdul Malik. 


[Abdul Malik bin marwan adalah khalifah jurai Umayyah tetapi bukan dari susur galur Mu'awiyah II-Yazid-Mu'awiyah-Abu Sufyan sampai ke Harb tetapi adalah susur galur Al Hakam sehingga Abu Al Ash. Dimana Al Hakam dan Affan iaitu bapa kepada khalifah Uthman adalah adik beradik. Manakala Abu Al Ash dan Harb adalah adik beradik.

Sewaktu pemerintahan Khalifah Uthman Affan r.a, Marwan Al Hakam saudara sepupu Khalifah Uthman telah mengambil kesempatan dengan hubungannya dengan Khalifah sehingga diangkat menjadi gabenur di Mekah. Niatnya hendak menjadi khalifah tercapai juga pada tahun 684-685. Marwan Al Hakam terlibat secara langsung dalam kemelut yang melanda umat Islam pada ketika itu -- sejak kes pemalsuan cap mohor Khalifah Uthman sehinggalah seterusnya. Abdullah Zubair dan Marwan Al Hakam, pernah satu camp sewaktu Peperangan Jamal yang menuntut Ali untuk menyiasat kes pembunuhan Uthman sebelum ibnu Zubair tersedar dengan permainan politik Marwan dan Muawiyah dan terus menentang Dinasti Umaiyah pada tahun-tahun berikutnya.]

Tidak kurang dari tujuh bulan diperlukan untuk menghujani kota suci Mekah dan Ka’bah dengan bombardir pasukan al-Hajjaj untuk melumpuhkan perlawanan Ibnu Zubair. Ia masih bertahan tatkala putra-putranya menyerahkan diri kepada al-Hajjaj. Keperkasaannya bangkit kembali setelah berjumpa sebentar dengan ibunya yang sudah buta, yang mendorongnya dengan memberikan semangat juang. Padahal sebelumnya, ia sempat menyatakan kepada ibunya rasa khawatir, bahwa mayatnya akan diperlakukan secara sadis oleh para pembunuhnya kelak. Ibunya mengatakan bahwa kambing yang sudah disembelih tak sedikit pun akan merasakan sayatan-sayatan pada dagingnya.


[Kemudian Abdullah bin Zubair mendatangi ibunya Asma binti Abu Bakar yang kedua matanya telah buta, untuk meminta nasihat darinya. Asma, ibunya, menasihatinya agar tetap bertahan sampai kematian datang menjemput. Asma berkata, “Demi Allah, tebasan sebilah pedang demi kemuliaan adalah jauh lebih balk daripada cambukan sepotong cemeti dalam kehinaan.” Abdullah bin Zubair menjawab perkataan ibunya, “Wahai ibuku, aku takut bila mereka telah membunuhku, mereka akan menjadikan jasadku sebagai contoh di tengah-tengah penduduk.” Lalu Asma berkata dengan perkataannya yang sangat masyhur, “Adakah kambing yang telah disembelih akan merasakan sakitnya dikuliti?” Maka, Abdullah bin Zubair pun lalu pergi menghadapi Hajaj sampai menemui ajalnya sebagai syahid. 


Setelah itu, Hajjaj bin Yusuf mendatangi Asma binti Abu Bakar menanyakan tentang hajatnya. Namun, dengan penuh keberanian Asma menjawab, ‘`Aku telah mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda bahwa akan muncul dari bani Tsagif seorang pendusta dan seorang yang kejam. Adapun pendusta itu kami telah mengetahuinya, sedangkan seseorang yang kejam dan sewenang-wenang itu aku tidak menemukannya selain dirimu.” 


Dan setelah putranya disalib, ia berkata, “Sekarang telah tiba waktunya bagi penunggang kuda yang ulung ini untuk menapak di atas tanah.” Maka, orang-orang pun menurunkan Abdullah bin Zubair dan kemudian menguburkannya. Sedangkan Asma, ibunya, terus menangisinya sampai kembali ke pangkuan Ilahi. Semoga Allah meridhai Abdullah bin Zubair dan ibunya.]

Jawaban ini mendorongnya keluar dari rumah tempat ia bertahan , maju ke tengah-tengah lawannya yang kemudian menyergap dan menghabisinya. Mayatnya ditempatkan pada tiang gantung yang sama di mana saudaranya, Amr, pernah mengalami hal serupa.

Atas perintah Abdul Malik, mayatnya kemudian diserahkan kepada ibunya. Tak lama berselang, setelah menguburkan mayat putranya itu, ia pun wafat pada tahun 94 H.

Ibnu Zubair selama hidupnya dalam perjuangan menengakkan Islam, beliau telah meriwayatkan kurang lebih 32 hadits. Pada tahun 73 Hijriah beliau wafat di Mekkah setelah terbunuh oleh al-Hajaj bin Yusuf dalam peperangan dengan orang-orang Umawiyah. Hari wafatnya adalah hari Selasa, Jumadil Awwal tahun 73. waktu itu beliau berumur 72 tahun. Dikuburkan di Madinah. Kuburannya sekarang di masjid Nabawi bersampingan dengan Rasulullah, Abu Bakar dan Umar. Beberapa hari kemudian ibunya, Asma, meninggal dunia.

[Peristiwa ini telah membenarkan kata-kata Rasulullah s.a.w mengenai si pendusta dan si kejam dari Bani Tsaqif, yang melengkapkan cerita hidup si anak kecil yang ditahnik oleh Rasulullah s.a.w sejurus selepas kelahirannya, sebelum berjanji taat setia untuk menegakkan ajaran Islam pada Rasulullah seawal umur 7 tahun. Seterusnya menghabiskan 72 tahun hayatnya mengotakan janjinya telah dilafazkan olehnya pada Rasulullah s.a.w. seterusnya mati disembelih dan disalib oleh tentera pimpinan seorang yang mengimpikan jawatan Khalifah Islam.]

sumber.

Thursday, 21 June 2012

Tok Wali Bayar Hutang

Abdullah bin Zubair salah seorang dari 4 Abdullah yang masyhur di zaman nabi menceritakan tentang ayahnya Zubair Al-Awwam, seorang dari sahabat nabi yang dijamin masuk syurga menurut mazhab ahlus sunnah wal jamaah.

Abdullah bin Zubair bercerita,

Pada waktu perang Jamal, Zubair memanggilku, maka aku pun berdiri disisinya, Zubair berkata,

“Wahai anakku, sesungguhnya pada hari ini kita tidak akan terbunuh kecuali dalam keadaan zalim ataupun dizalimi, dan aku kira hari ini aku akan terbunuh hari ini dalam keadaan dizalimi. Sesungguhnya kesedihan yang paling meresahkan adalah hutangku”.

Zubair menyambung katanya,

Wahai anakku, jual harta kita dan bayar hutangku.

Wahai anakku, jika kamu tiada kuasa untuk melakukannya, maka mohonlah bantuan kepada tuhanku”.

Abdullah bertanya,

“Wahai ayahku, siapakah tuanmu?”

Dijawab oleh Zubair, “Allah”.

Abdullah menyambung ceritanya,

Demi Allah, aku tidaklah merasa sedih atas hutangnya kecuali aku katakan : Wahai tuan Zubair, tunaikanlah hutangnya, maka hutang itu akan terlunasi”.

Ternyata sangkaan Zubair Al-Awwam benar. Beliau termasuk salah seorang yang terbunuh dalam peperangan itu.


[Saat-saat terakhir
Ketika terjadinya Perang Jamal antara pasukan yang dipimpin Aishah binti Abu Bakar dengan pasukan Ali bin Abi Talib, Zubair bertemu dengan Ali dan menyatakan dirinya tidak lagi memihak dan akan berusaha mendamaikan kedua pasukan itu. Selepas itu ketika sedang bersolat, beliau ditikam oleh Amr ibn Jarmouz.]


Kemudian Abdullah bin Zubair yang juga dikenali sebagai Ibn Zubair menyambung ceritanya,

“Maka aku menghitung-hitung hutangnya, ternyata jumlahnya ada satu juta dua ratus ribu, – maka kerabat Zubair menyangka tidak akan mampu membayar hutang yang jumlahnya sangat besar itu, akan tetapi Allah memberi keberkatan atas tanah yang dimiliki oleh Zubair, sehingga mendatangkan hasil yang melimpah ruah dan menakjubkan. Maka dengan hasil itu dapat digunakan untuk melunasi hutangnya, bahkan masih tersisa”.

Abdullah menjelaskan jumlah harta bapanya,

“Zubair mempunyai empat isteri, maka sepertiga dari hartanya disimpan, dan setiap dari isterinya mendapatkan bahagian satu juta dua ratus ribu, semua hartanya ada lima juta dua ratus ribu (dinar).”

(Hadith Bukhari, dipetik dari 22 iat Mengatasi Stress, Muhammad Shalih al-Munajjid. Darus Sunnah hal 30-31)

sumber.

Wednesday, 20 June 2012

Syair Buat ... Rijallullah - Sepanjang Zaman.

‘Al Aqtab’ berasal dari kata tunggal Al Qutub yang mempunyai erti penghulu. Dari sini dapat kita simpulkan bahawa ‘Al Aqtab’ adalah darjat kewalian yang tertinggi. Jumlah wali yang mempunyai darjat tersebut hanya terbatas seorang (1) saja untuk setiap masanya. Seperti Abu Yazid Al Busthami dan Ahmad Ibnu Harun Rasyid Assity. Di antara mereka ada yang mempunyai kedudukan di bidang pemerintahan, meskipun tingkatan taqarrubnya juga mencapai darjat tinggi, seperti para Khulafar ur Rasyidun, Al Hasan Ibnu Ali, Muawiyah Ibnu Yazid, Umar Ibnu Abdul Aziz dan Al Mutawakkil.

‘Al Aimmah’ berasal dari kata tunggal imam yang mempunyai erti pemimpin. Setiap masanya hanya ada dua (2) orang saja yang dapat mencapai darjat ‘Al Aimmah’. Keistimewaannya, ada di antara mereka yang pandangannya tertumpu ke alam malakut sahaja, ada pula yang pandangannya hanya tertumpu di alam malaikat sahaja.

‘Al Autad’ berasal dari kata tunggal Al Watad yang mempunyai erti pasak. Yang memperoleh darjat ‘Al Autad’ hanya ada empat (4) orang sahaja setiap masanya. Mereka tinggal di utara, di timur, di barat dan di selatan bumi, mereka bagaikan penjaga di setiap pelusuk bumi.

Hanya dengan ilmu dapat mengenal, kalau tidak musuh nyata dapat menyamar.

‘Al Abdal’ berasal dari kata Badal yang mempunyai erti menggantikan. Yang memperoleh darjat ‘Al Abdal’ itu hanya ada tujuh (7) orang dalam setiap masanya. Setiap wali Abdal ditugaskan oleh Allah s.w.t untuk menjaga suatu wilayah di bumi ini. Dikatakan di bumi ini mempunyai tujuh (7) daerah. Setiap daerah dijaga oleh seorang wali Abdal. Jika wali Abdal meningggalkan tempatnya, maka ia digantikan oleh orang lain. Ada seorang yang bernama Abdul Majid Bin Salamah pernah bertanya pada seorang wali Abdal yang bernama Muaz Bin Asyrash, amalan apa yang dikerjakannnya sampai ia menjadi wali Abdal? Jawab Muaz Bin Asyrash, “Para wali Abdal mendapatkan darjat tersebut dengan empat (4) kebiasaan, iaitu sering lapar, gemar beribadah di malam hari, suka diam dan mengasingkan diri”.

‘An Nuqaba’ berasal dari kata tunggal Naqib yang mempunyai erti ketua suatu kaum. Jumlah wali Nuqaba dalm setiap masanya hanya ada dua belas (12) orang. Wali Nuqaba itu diberi karamah mengerti sedalam-dalamnya tentang hukum-hukum syariat. Dan mereka juga diberi pengetahuan tentang rahsia yang tersembunyi di hati seseorang. Selanjutnya mereka pun mampu untuk meramal tentang watak dan nasib seorang melaui bekas jejak kaki seseorang yang ada di tanah. Sebenarnya hal ini tidaklah aneh. Kalau ahli jejak dari Mesir mampu mengungkap rahsia seseorang setelah melihat bekas jejaknya, apakah Allah tidak mampu membuka rahsia seseorang kepada seorang waliNya?

‘An Nujaba’ berasal dari kata tunggal Najib yang mempunyai erti bangsa yang mulia. Wali Nujaba umumnya selalu disukai orang. Di mana sahaja mereka mendapat sambutan orang ramai. Kebanyakkan para wali tingkatan ini tidak merasakan diri mereka adalah para wali Allah. Yang dapat mengetahui bahawa mereka adalah wali Allah hanyalah seorang wali yang lebih tinggi darjatnya, setiap zaman jumlah mereka hanya tidak lebih dari lapan (8) orang.

‘Al Hawariyun’ berasal dari kata tunggal Hawariy yang mempunyai ertikata penolong. Jumlah wali Hawariy ini hanya ada satu (1) orang sahaja di setiap zamannya. Jika seorang wali Hawariy ini meninggal maka kedudukannya akan diganti orang lain. Di zaman Nabi hanya sahabat Zubair Bin Awwam saja yang mendapatkan darjat wali Hawariy seperti yang dikatakan olehh sabda Nabi.

“Setiap Nabi mempunyai Hawariy. Hawariyku adalah Zubair ibnul Awwam”.

Walaupun pada waktu itu Nabi mempunyai cukup banyak sahabat yang setia dan selalu berjuang di sisi beliau. Tetapi beliau s.a.w berkata demikian, kerana beliau tahu hanya Zubair sahaja yang meraih darjat wali Hawariy. Kelebihan seorang wali Hawariy biasanya seorang yang berani dan pandai berhujah.

‘Ar Rajbiyun’ berasal dari kata tunggal Rajab. Wali Rajbiyun itu ada hanya pada bulan Rejab saja. Mulai awal Rejab hingga akhir bulan mereka itu ada. Selanjutnya keadaan mereka kembali seperti semula. Setiap masa, jumlah mereka hanya ada empat puluh (40) orang sahaja.

Para wali Rajbiyun ini berpecah di berbagai wilayah. Di antara mereka ada yang saling mengenal, tapi kebanyakkan tidak. 

Disebutkan bahawa ada sebahagian orang dari Wali Rajbiyun yang dapat melihat hati orang-orang Syiah melalui kasyaf. Ada dua orang Syiah yang mengaku sebagai Ahlu Sunnah di hadapan seorang wali Rajbiyun. Lalu keduanya diusir, kerana wali Rajbiyun itu melihat keduanya berupa dua ekor babi, sebab keduanya membenci Abu Bakar, Umar dan sahabat-sahabat lain. Keduanya hanya mencintai Ali dan sejumlah sahabatnya. Ketika keduanya bertanya padanya maka si wali tersebut berkata, ”Aku melihat kamu berdua berupa dua ekor babi, kerana kamu menganut mazhab Syiah dan membenci para sahabat Nabi”. Ketika berita itu disedari kebenarannya oleh keduanya, maka keduanya mengaku benar dan segera memohon ampun kepada Allah. Demikianlah secebis kisah kasyaf seorang wali Rajbiyun.

Pada umumnya, di bulan Rajab, sejak awal harinya, para wali Rajbiyun menderita sakit, sehingga mereka tidak dapat menggerakkan anggota tubuhnya. Selama bulan Rajab, mereka senantiasa mendapat berbagai pengetahuan kasyaf, kemudian mereka memberitahukannya kepada orang lain. Anehnya, penderitaan mereka hanya berlangsung di bulan Rajab.

Setelah bulan Rejab berakhir, maka kesehatan mereka kembali seperti semula.

‘Al Khatamiyun’ berasal dari kata Khatam yamg mempunyai erti penutup atau penghabisan. Maksudnya darjat Al Khatamiyun adalah sebagi penutup para wali. Jumlah mereka hanya seorang (1). Tidak ada darjat kewalian umat Muhammad yang lebih tinggi dari tingkatan ini. Jenis wali ini hanya akan ada di akhir masa, iaitu ketika Nabi Isa a.s datang kembali.

Di antaranya, ada para wali yang hatinya seperti Nabi Adam a.s jumlah mereka hanya tiga ratus (300) orang. Sabda Nabi s.a.w, ”Mereka berhati seperti Nabi Adam a.s”. Mereka diberi anugerah tersendiri oleh Allah s.w.t. Syeikh Muhyidin berkata, ”Jumlah wali jenis ini bukan hanya tiga ratus (300) orang saja di kalangan umatnya, tetapi ada juga di kalangan umat-umat lain. Tentang keberadaan mereka hanya dapat diketahui secara kasyaf. Setiap masanya dunia tidak pernah kosong dari keberadaan mereka. Mereka mempunyai budi pekerti Ilahi, mereka amat dekat di sisi Allah. Doa mereka selalu diterima oleh Allah. Mereka senang dengan doa, ”Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami suka menganiaya diri kami. Jika Engkau tidak berkenan memberi ampunan dan kasih sayang kepada kami, pasti kami akan termasuk orang-orang yang rugi”.

Di antara mereka ada pula yang berjati seperti hati Nabi Nuh a.s. Jumlah mereka hanya empat puluh (40) orang di setiap zamannya. Hati mereka seperti hatinya Nabi Nuh a.s. Beliau adalah Nabi dan Rasul pertama. Mereka berdoa, seperti doa Nabi Nuh a.s yang ertinya, ”Tuhan, ampunilah aku dan kedua orang tuaku dan sesiapa sahaja dari orang beriman, lelaki ataupun wanita yang masuk ke dalam rumahku dan jangan Engkau tambahkan bagi orang-orang yang berbuat aniaya kecuali kebinasaan”.

Tingkatan wali dari jenis ini sukar diraih orang, sebab ciri khas mereka sangat keras dalam menegakkan agama, seperti sifat Nabi Nuh a.s. Mereka selalu memperhatikan sabda Nabi s.a.w yang ertinya, ”Barangsiapa yang beribadah selama empat puluh hari dengan penuh ikhlas, maka akan terpancar ilmu hakikat dari lubuk hatinya ke lidahnya”.

Di antaranya pula ada yang berhati seperti hati Nabi Ibrahim. Jumlah wali jenis ini hanya ada tujuh (7) orang dalam setiap zamannya. Rasulullah s.a.w pernah menceritakan tentang mereka dalam salah satu sabdanya. Mereka suka dengan doa Nabi Ibrahim a.s yang ertinya, ” Tuhanku, berikan kepadaku kebijaksanaan, dan ikutkan aku kepada orang-orang Salih”. Mereka diberi keistimewaan yang luar biasa, hati mereka dibersihkan dari rasa ragu, mereka terlindung dari sebarang perbuatan buruk.

Syeikh Muhyiddin berkata, ”Aku pernah menemui salah seorang dari jenis wali tersebut, aku kagum dengan kemuliaan budi pekertinya, luas pengetahuannya dan kesucian hatinya, sampaikan aku beranggapan bahawa kesenangan syurga telah dipercepatkan baginya”.

Di antaranya pula ada yang berhati seperti hati Malaikat Jibril. Jumlah wali jenis ini hanya ada lima (5) orang sahaja dalam setiap zamannya. Rasulullah s.a.w pernah menyebut tentang mereka dalam salah satu sabdanya. Mereka diberi kekuatan seperti yang diberikan kepada Malaikat Jibril yang amat kuat. Di hari Kiamat kelak, mereka akan dikumpulkan dengan Malaikat Jibril. Dan Malaikat Jibril senantiasa membantu rohani mereka, sehingga mereka selalu terpimpin.

Di antaranya pula ada yang berhati seperti Malaikat Mikail a.s. jumlah mereka hanya ada tiga (3) orang sahaja dalam setiap masanya. Keistimewaan mereka suka berlemah-lembut terhadap semua orang dan mereka diberi kekuatan seperti Malaikat Mikail.

Di antaranya pula ada yang berhati seperti hati Malaikat Israfil. Jumlah mereka hanya ada satu (1) orang sahaja dalam setiap zamannya. Nabi s.a.w pernah menyebut tentang mereka dalam salah satu sabdanya. Menurut pengamatan kami, Syeikh Abu Yazid Al Bustami termasuk salah seorang dari jenis wali ini. Termasuk juga Nabi Isa a.s. Syeikh Al Muhyiddin berkata, “Di antara tokoh-tokoh sufi ada yang diberi hati seperti hati Nabi Isa, kedudukan mereka sangat tinggi di sisi Allah s.w.t.”.

Di antaranya pula ada yang diberi hati seperti Nabi Daud a.s. Jumlah mereka di setiap masanya hanya terbatas beberapa orang saja. Mereka diberi berbagai keistimewaan, kedudukan tinggi di dunia dan ketebalan iman.

Di antaranya pula ada yang di beri pangkat Rijalul Ghaib atau manusia-manusia misteri. Jumlah wali jenis ini hanya sepuluh (10) orang di setiap masanya. Mereka orang-orang yang selalu khusyu’ mereka tidak berbicara kecuali dengan perlahan atau berbisik, kerana mereka merasa bahawa Allah s.w.t. selalu mengawasi mereka. Mereka sangat misteri, sehingga keberadaan mereka tidak banyak dikenali kecuali oleh ahlinya. Mereka selalu rendah hati, malu dan mereka tidak boleh mementingkan kesenangan dunia. Boleh dikatakan segala tindak tanduk mereka selalu misteri.

Di antaranya pula ada yang selalu menegakkan agama Allah. Jumlah mereka hanya lapan belas (18) orang di setiap masanya. Ciri khas mereka adalah selalu menegakkan hukum-hukum Allah. Dan mereka bersikap keras terhadap segala penyimpangan.

Syeikh Abu Madyan termasuk salah seorang di antara mereka. Beliau berkata kepada murid-muridnya, ”Tampilkan kepada manusia tanda rehda kamu sebagaimana kamu menampilkan rasa ketidaksenangan kamu, dan perlihatkan kepada manusia segala nikmat yang diberikan Allah, baik yang zahiriyah mahupun batiniyah seperti yang dianjurkan Allah dalam firmanNya berikut, “Dan terhadap nikmat Tuhanmu, maka hendaknya engkau menyebut-nyebut sebagai tanda bersyukur”.

Di antaranya pula ada wali yang dikenal dengan nama Rijalul Quwwatul Ilahiyah ertinya orang-orang yang diberi kekuatan oleh Tuhan. Jumlah mereka hanya lapan (8) orang sahaja di setiap zamannya. Wali jenis ini mempunyai keistimewaan, iaitu sangat tegas terhadap orang-orang kafir dan terhadap orang-orang yang suka memperkecikkan agama. Sedikit pun mereka tidak takut oleh kritikan orang. Di kota Fez ada seorang yang bernama Abu Abdullah Ad Daqqaq. Beliau dikenal sebagai seorang wali dari jenis Rijalul Quwwatul Ilahiyah.

Di antaranya pula ada jenis wali yang sifatnya keras dan tegas. Jumlah mereka hanya ada lima (5) orang di setiap zamannya. Meskipun watak mereka tegas, tetapi mereka lemah lembut terhadap orang-orang yang suka berbuat kebajikan.

Di antaranya pula ada yang jenis dikenal dengan nama Rijalul Hanani Wal Athfil Illahi ertinya mereka yang diberi rasa kasih sayang Allah. Jumlah mereka hanya ada lima belas (15) orang di setiap zamannya. Mereka selalu bersikap kasih sayang terhadap manusia baik terhadap yang kafir mahupun yang mukmin. Mereka melihat manusia dengan pandangan kasih sayang kerana hati mereka dipenuhi rasa insaniyah yang penuh rahmat.

sumber.

nota tambahan:
Sekali kira semuanya ada 488 dalam satu-satu masa (lebih kurang). Bukan hanya setakat 9/Songo/Embude/Chio/Neun/Negen/Devet/yhdeksän/εννέα/Nine/ Nueve /تسعة/nëntë/девет/ஒன்பது sahaja seperti yang kita ketahui tertulis didalam sejarah yang kita telah baca.

Dan seperti sabda Nabi Muhammad s.a.w, Zubair ibnul Awwam adalah seorang sahabat yang bertaraf wali Hawariy. Dan seperti wali-wali yang lain wali "Penolong" ini silih berganti ada disetiap zaman.

antara maksud lain buat Hawariy adalah Pengiring/Pembantu:
 "Tiap-tiap Nabi ada pengiringnya, dan pengiringku ialah Zubair."
(Al-Bidayah Wan-Nihayah 4:20)

...dan sekali lagi "hanya dengan ilmu dapat mengenal, kalau tidak musuh nyata dapat menyamar." Dan harus diingat ada juga yang telah dibekal dengan petua. 


Agaknya lepaih ni ramai la pulak yang bukak "tupperware" berbau petai. 


Ingatkan petua tu panjang-panjang macam petai...bukan iye?


Begitulah ciri-tanya.

Sunday, 17 June 2012

ISRAK MIKRAJ: URUTAN RINGKAS PERISTIWA-PERISTIWA YANG BERLAKU DALAM ISRAK MIKRAJ KE ATAS RASULULLAH SAW

ISRAK MIKRAJ: URUTAN RINGKAS PERISTIWA-PERISTIWA YANG BERLAKU
DALAM ISRAK MIKRAJ KE ATAS RASULULLAH SAW

Umat Islam seluruh dunia akan menyambut ketibaan peristiwa agung iaitu Israk dan
Mikraj yang ada disebut dalam ayat pertama surah al-Israk pada 27 Rejab (20 Julai
2009) InsyaAllah. Mereka tidak akan melepaskan peluang keemasan yang datang
sekali setahun dalam bulan hijriah. Ia bagaikan dinanti-nanti oleh pencinta agama
Islam, kerana kepentingannya dalam mentarbiyah jiwa manusia ke arah
kesempurnaan. Israk dan Mikraj adalah salah satu peristiwa penting yang berlaku
pada diri baginda Rasulullah SAW.

Peristiwa ini telah membongkarkan keimanan dan keyakinan umat manusia tentang
kekuasaan Allah dan kebenaran kepada kenabian nabi Muhammad SAW. Orang kafir
sendiri menjadikan peristiwa Israk Mikraj ini sebagai suatu pembohongan yang
menambahkan lagi penolakan mereka terhadap dakwah nabi. Manakala keadaan
umat Islam sendiri terbahagi kepada beberapa peringkat iaitu ada yang terus
membenarkan nabi seperti Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq, ada pula yang mahu
penjelasan terperinci dengan menguji nabi melalui beberapa pertanyaan seperti
bilangan pintu dan tiang dalam Masjidil Aqsa bagi membuktikan kebenaran kepada
cerita tersebut dan ada pula yang bersikap menolak terus cerita nabi dan kembali
murtad daripada Islam. Peristiwa Isra’ dan Mikraj berlaku di dua tempat utama di
bumi sebelum nabi dinaikkan ke Saidatul Muntaha iaitu bumi Mekah dan Palestin
malah melalui ayat 1 surah Isra’ menjelaskan bagaimana Allah memberkati bumi
Isra’ dan sekitarnya. Sehingga kini bumi Isra’ iaitu Baitul Maqdis, Palestin terus
menjadi rebutan 3 agama iaitu Islam, Kristian dan Yahudi sehinggakan keganasan
Yahudi dalam membunuh dan merampas tanah milik umat Islam terus berjalan
tanpa perikemanusiaan.


Sejarah Perjalanan Israk Mikraj

Rasulullah SAW mengalami pembedahan dada/perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail
dan Malaikat Mika’il. Hati Baginda SAW disuci dengan air zamzam dibuang ketul
hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan was-wasnya. Kemudian
dituangkan hikmat, ilmu dan iman ke dalam dada Rasulullah SAW. Setelah itu,
dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “kahtimin nubuwwah”. Selesai
pembedahan, didatangi binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah
dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.


Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil Aqsa)

Sepanjang perjalanan (Isra’) itu Rasulullah SAW ditemani oleh malaikat Jibrail dan
Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah)
Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan sembahyang sebanyak 2
rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah :

I. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.

II. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa AS menerima wahyu daripada Allah.

III. Baitul-Laham (tempat Nabi Isa AS dilahirkan). Dalam perjalanan itu juga
Rasulullah SAW menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat
menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib, antaranya:-

A. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka.
Apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi
dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail:
Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan
sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

B. Tempat yang berbau harum, Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah
bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan
anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman
ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetap teguh kepada Allah (tak
mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).

C. Sekumpulan orang orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap
kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula.
Demikaan dilakukan berkali-kali, Jibrail memberitahu: Itulah orang-orang
yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

D. Sekumpulan orang yang menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur)
dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka
makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail Itulah orang-
orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

E. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk
sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan
perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu
masing-masing mempunyai isteri dan suami.

F. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail:
Itulah orang yang makan riba.

G. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi
ditambah lagu kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang yang tak dapat
menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

H. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan
penggunting besi berkali-kali. Setiap kali di gunting, lidah dan bibir mereka
kembali seperti biasa. Kata Jibrail: itulah orang yang membuat fitnah dan
mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

I. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka.
Kata Jibrail: Itulah orang yang makan daging manusia (mengumpat) dan
menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

J. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat
dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar
(takbur), kemudian menyesal tapi sudah terlambat.

K. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan.
Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah
memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan
dunia daripada akhirat.

L. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah
berhenti. Rasulullah SAW tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang
yang mensiakan umurnya sampai tua.

M. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan
sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan
menanti saat hari kiamat.


Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun daripada Buraq. Kemudian masuk ke
dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia’,
aulia’ dan mursalin menjadi makmum. Pad suatu tika Rasulullah SAW terasa dahaga,
lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu
diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilihan yang betul. Jika arak itu dipilih,
nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.


Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul Qudus Menemui Allah)

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah SAW dan Jibrail naik
tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

a) Langit Pertama: Rasulullah SAW dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu
jumpa dengan Nabi Adam AS. Kemudian dapat melihat orang-orang yang
makan riba’ dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan
kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada
susu penzina perempuan.

b) Langit Kedua: Nabi SAW dan Jibrail naik tangga yang kedua, lalu masuk dan
bertemu dengan Nabi Isa AS dan Nabi Yahya AS.

c) Langit Ketiga: Baginda naik langit ketiga dan bertemu dengan Nabi Yusuf AS.

d) Langit Keempat: Baginda naik tangga keempat dan bertemu dengan Nabi
Idris AS.

e) Langit Kelima: Baginda naik tangga kelima dan bertemu dengan Nabi Harun
AS yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israel.

f) Langit keenam: Baginda naik tangga langit keenam dan bertemu dengan
nabi-nabi.

g) Seterusnya dengan Nabi Musa AS, Rasulullah mengangkat kepala (disuruh
oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai termasuk
70000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

h) Langit Ketujuh : Baginda naik tangga langit keyujuh dan masuk langit ketujuh
lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul
Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah SAW Nabi
Ibrahim AS bersabda. “Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini.
Umatmu adalah umat terakhir dan terlalu dha’if , maka berdoalah untuk
umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syuga iaitu La Haulawala
Quwatta Illa Billah. Mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim AS bersabda :
“Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik
tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah iaitu :
Subhanallah, Walhamdulillah, Wa La Ila Haillallah Allahuakbar dan La
Haulawala Quwatta Illa Billahil Azim. Bagi orang yang membaca setiap
kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga.

i) Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib, Rasulullah dan Jibrail
masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini
betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

j) Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “Al – Kursi” yang berbetulan dengan dahan
pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah SAW menyaksikan pelbagai keajaiban
pada pokok itu. Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan
sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah
warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas
emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia.

k) Baginda Rasulullah S.A.W dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang
terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat
neraka beserta dengan malaikat Malik penunggunya.

l) Tangga kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-
Muntaha. Rasulullah SAW masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan
Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki ghaib di dalam nur ‘Arasy,
iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu
penuh kepada masjid dan tidak derhaka kepada ibu bapanya.

m) Tangga Kesepuluh : Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan
Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T dengan mata
kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan
Muhammad, Rasul-Nya.

Allah SWT: Ya Muhammad

Rasullah: Labbaika

Allah SWT: Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.

Rasulullah: Ya Rabb, Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau
berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau
berikan Daud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau
kurniakan kerajaan Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa
pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin.
Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat
menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati.
Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah SWT : Aku ambil mu sebagai kekasih. Aku perkenankan mu sebagai
penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu
dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri
keutamaan dan keistimewaan kepada mu pada hari kiamat. Aku kurniakan
tujuh ayat (surah Al Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa
sebelum mu. Aku berikan mu ayat-ayat di akhir surah al Baqarah sebagai
suatu perbendaharaan di bawah “Arasy”. Aku berikan habuan daripada
kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku
kurniakan panji-panji Liwa – ul – hamd. Maka Adam dan semua yang lainya di
bawah panji-panji mu. Dan aku fardukan atas mu dan umat mu 50 (waktu)
sembahyang.


Selesai munajat, Rasulullah SAW dibawa menemui Nabi Ibrahim AS kemudian nabi
Musa AS yang kemudiannya menyuruh Rasulullah SAW merayu kepada Allah S.W.T
agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas
sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan 5 waktu), baginda tidak mahu lagi
merayu kerana malu kepada Allah, dan akhirnya Allah perkenan memfardukan
sembahyang 5 waktu sehari semalam tetapi mengekalkan nilai pahalanya sebanyak
50 waktu juga.


Selepas Mikraj

Rasulullah S.A.W turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-
Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang
sama.

...

readmore sumber: http://www.mypsa-wa.org/pdf/isra_mikraj.pdf

Thursday, 14 June 2012

No 66 Alamat Buat Kasih-Ku Yang Tiada Bernama.


 (Realitinya surat ini tiada penama -- karena itu tidak berbalas. Sampai kiamat, mungkin?)

Nombor anam puluh anam
Jalan Seremban
Tampin
Negri Sembilan

Kekasihku yang jauh di mata

Kasihku sayang mengapa membisu
Berpucuk surat suratku untukmu
Mungkinkah kini rindu padaku
Rindu padaku

Oh oh rindunya ingin kuberikan
Apa khabarnya orang di sana
Mungkinkah kini jemu padaku
Jemu padaku

Kirimkan aku berita
Untuk menghiburkan hati rindu
Rindu

Oh oh rindunya ingin kuberikan
Apa khabarnya orang di sana
Mungkinkah kini jemu padaku
Jemu padaku

Kirimkan aku berita
Untuk menghiburkan hati rindu
Rindu

Kasihku sayang mengapa membisu
Berpucuk surat sudah untukmu
Mungkinkah kini rindu padaku
Rindu padaku

Thursday, 7 June 2012

Adab Budaya Cekak - Prinsip Kehidupan


Lambang ini adalah terjemahan yang mewakili prinsip asas "peradaban dan budaya" yang dibawa oleh Almarhom Ustaz Hanafi dalam pejuangannya untuk anak bangsa. Prinsip ini boleh digunakan oleh seluruh ahli silat cekak dalam menghadapi dugaan dan cubaan dalam realiti kehidupan. Prinsip ini sesuai untuk semua keadaan, tidak semestinya silat sahaja, tetapi perlu silat. 

Budaya tanpa adap boleh jadi budaya kurang ajar lagi songsang tetapi budaya dengan adab pasti mempunyai nilai murni yang memastikan budaya itu dikawal oleh peradaban. Maka oleh itu adab dan budaya itu saling melengkapi diantara satu sama lain. Dan pastinya adab dan budaya Cekak itu adalah warisan bangsa Melayu lagi Islam yang tinggi nilainya.

~Adab dan Budaya Cekak Sebagai Prinsip Kehidupan~

Nota Tambahan.
Lambang SC sekitar 1974 ialah tangan yang bersimbolkan satu tangan terbuka dan satu tangan menggenggam. Dato' Mohd Rauhi masih ingat lagi, Ustaz menyentuh makna simbol itu dalam penerangannya. Kesimpulannya, ahli-ahli SC tidak mudah menceroboh atau mengganas. Prinsipnya ialah bertolak ansur terlebih dahulu. Jika prinsip itu tidak dihargai maka barulah tangan yang mengenggam berlambangkan tindakan.

Tuesday, 5 June 2012

Apa Nak Lagi?

India tawar biasiswa untuk rakyat Malaysia keturunan India

KUALA LUMPUR 4 Jun - Kerajaan India menawarkan biasiswa khas untuk rakyat Malaysia berketurunan India mengikuti pengajian ijazah pertama di universiti di negara itu bagi sesi 2012/2013.

Suruhanjaya Tinggi India dalam satu kenyataan hari ini berkata, biasiswa itu adalah bagi kursus seperti kejuruteraan, arkitek, teknologi, kemanusiaan, perdagangan, pentadbiran perniagaan, pengurusan perniagaan, kewartawanan, pertanian, penternakan, sains dan perundangan.

Borang permohonan dan maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman web www.indianhighcommission.com.my/spdc.php, atau di Bahagian Pendidikan, Suruhanjaya Tinggi India, Tingkat 28, 1Menara Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur atau hubungi talian 03-61431192. - BERNAMA


*Siapa sahaja yang boleh membuktikan bahawa dia adalah keturunan India maka dia dianggap orang India oleh kerajaan India -- ada keistimewaan visa dan sebagainya full stop!

Nak bukti tak susah...

Saturday, 2 June 2012

HARTA ANAK YATIM

[5]
Dan janganlah kamu berikan (serahkan) kepada orang-orang yang belum sempurna akalnya akan harta (mereka yang ada dalam jagaan) kamu, (harta) yang Allah telah menjadikannya untuk kamu semua sebagai asas pembangunan kehidupan kamu; dan berilah mereka belanja dan pakaian dari pendapatan hartanya (yang kamu niagakan), dan juga berkatalah kepada mereka dengan kata-kata yang baik.


[6]
Dan ujilah anak-anak yatim itu (sebelum baligh) sehingga mereka cukup umur (dewasa). Kemudian jika kamu nampak dari keadaan mereka (tanda-tanda yang menunjukkan bahawa mereka) telah cerdik dan berkebolehan menjaga hartanya, maka serahkanlah kepada mereka hartanya; dan janganlah kamu makan harta anak-anak yatim itu secara yang melampaui batas dan secara terburu-buru (merebut peluang) sebelum mereka dewasa. Dan sesiapa (di antara penjaga harta anak-anak yatim itu) yang kaya maka hendaklah ia menahan diri (dari memakannya); dan sesiapa yang miskin maka bolehlah ia memakannya dengan cara yang sepatutnya. Kemudian apabila kamu menyerahkan kepada mereka hartanya, maka hendaklah kamu adakan saksi-saksi (yang menyaksikan penerimaan) mereka. Dan cukuplah Allah sebagai Pengawas (akan segala yang kamu lakukan).

Surah 4. An-Nisaa