Matanya yang tajam sekadar dua jarak mata si pemakai. Maka tiap-tiap yang terlihat dan terdengar maka sampailah ia. Sembunyi tempatnya seolah pemalu sifatnya.

Monday, 19 December 2011

Kisah dan Tragedi Buat Renungan

"Jika ada anak cucu dari Kedah hendak belajar hendaklah kau pulangkan kembali.."

Monday, April 30, 2007
KISAH RAJA WILAYAH KUALA MUDA

Oleh Naim Firdausi
reupload by anaianai
revisited by Admin SERASI

Sejarah lisan dalam rekod Naim Firdausi

Tahun 1876 Masihi Raja Maha Besar Benua Siam Sultan Nai Long Luang Jaafar Madazam Syah dikhabarkan gajah-gajah mabuk memusnahkan harta benda rakyat lantas Raja Daerah Kota Kuala Muda mengundang baginda Sultan Jaafar melawat ke kawasan gajah mabuk itu.Pada ketika itu Raja daerah Kota Kuala Muda ialah Paduka Seri Sultan Abdul Hamid. Jemputan pun diterima, baginda Sultan Jaafar tiba tetapi yang meyambut baginda hanya laki-laki sahaja, tiada seorang pun perempuan dan budak-budak. Maka orang-orang yang menyambut itu menangkap Sultan Jaafar dan diikat kemas tangan dan kaki baginda lalu diserahkan kepada tentera Rama V Chakri Sokho Thai Chula Luang Khun di Kampung Ruwat, Yan, Kedah. Tempat menyambut baginda itu dinamakan Bujang atau terjemahannya puak derhaka.

Sultan Jaafar dibawa ke tempat yang sudah direncanakan pembunuhannya. Baginda ditikam dengan segala senjata tajam tanpa belas. Namun Allah yang maha ajaib mendatangkan perkara yang ajaib, kulit tubuh baginda tiada luka dimakan besi-besi itu dan cukup membuatkan pihak musuh menjadi hairan.

Musuh tidak berputus asa, baginda dibawa ke belakang Balai polis Gurun dan dihumban kepada gajah-gajah baginda yang telah diberi makan ubi ara hingga mabuk. Habis patah tulang baginda dilumat oleh kaki-kaki gajah baginda sendiri walaupun kulit baginda tiada cedera. Berpindahlah baginda dari alam fana ini ke alam baqa. Inna lillah, Wa inna ilaihirajiun. Pembunuhan ini turut disaksikan oleh Thai, Inggeris dan Paduka Seri Sultan Abdul Hamid.

Kampung Tualang, kedengaran riuh sorak orang-orang mengusung sebuah talam perak berisi jasad Al-Marhum yang hancur berhias tali perut yang bercerai. Al-Marhum dikebumikan disamping ayahanda baginda Sultan Sayid Alang Alaudin. Hingga hari ini makam itu dipanggil orang tualang sebagai makam Tok Nai Long dan makam Tok Nai Lang yang mereka ini lah orang-orang Tualang anak cucu almarhum Sultan Nai Long Luang Jaafar Madazam Syah.

Ngeri peristiwa pembunuhan ini hingga hari ini tempat itu diabadikan dengan bahasa Benua Siam sebagai Khrun, atau pun Gerun maksudnya. Ruat pula bermaksud lubang jalan ke Wat Buddha tentera Thailand di Yan.

Maka Paduka Seri Sultan Abdul Hamid Halim Syah dianugerah oleh Rama V Chakri Sokho Thai Chula Luang Khun dengan di lantik menjadi Sultan Kedah Darulaman pada tahun 1881 Masihi. Sultan Ismail Kinta telah diberkas di Kampung Baling Kedah semasa baru sahaja pulang dari menyemadikan jenazah Almarhum Sultan Jaafar oleh penjajah Inggeris. Raja Abdullah pula menangkap Nai Ngah Ibrahim Menteri Larut Perak untuk diserahkan kepada pihak Inggeris.

Makam Raja Maha Besar Benua Siam Sultan Nai Long Luang Jaafar Madazam Syah Ibni Sultan Sayid Alang Alaudin (Long Jaafar Perak) terletak di Kg Tualang Kedah. Baginda di bunuh oleh raja wilayah Kuala Muda Kedah dan Bo Kong Raja Buddha Thailand Cula Luang Khun Rama V Chakri So Kho Thai di Gurun Kedah dengan cara diikat dan dibiarkan dipijak oleh gajah yang mabuk diberi makan ubi ara. Peristiwa ini berlaku pada tahun 1876 di Gurun kedah. Maka berakhirlah pemerintahan Raja Benua Siam dan kesan-kesan sejarahnya dihapuskan habis-habisan oleh penjajah. Namun hari ini banyak kesan-kesan sejarah yang tiada dalam catitan sejarah negara sudah mula terbongkar.

[Menurut cerita lisan daripada sumber yang lain, jemputan itu tidak dihampakan walaupun Al-Marhum Sultan Jaafar sudah dapat merasai bahawa sesuatu akan berlaku dan ajalnya akan tiba pada hari itu. Menurut sumber lain juga, keris kebesaran baginda turut dipatahkan memberi tanda maruah dihinjak.


Menurut kajian pihak yang mengkaji Sejarah dan Peristiwa, kisah dan tragedi ini berlaku setelah lebih kurang 5-6 bulan peristiwa pembunuhan J.W.W Birch di Pasir Salak. Ini berdasarkan kedudukan Sultan Ismail Kinta yang (diburu Inggeris) berada di Kedah (Kuala Kedah bersama Sultan Jaafar) selama 5-6 bulan setelah peristiwa Pasir Salak. ]

Saturday, 10 December 2011

PANGLIMA KERAJAAN PERLIS

Silat Cekak atau Silat Kedah disembunyikan pastilah bersebab. Pastinya sebabnya amat hebat menyebabkan ia terpendam sebegitu lama sebelum dilahirkan kembali di Kedah oleh Almarhum Ustaz Hanafi Haji Ahmad. Pastinya sebab yang amat hebat juga Panglima Tok Rashid berpesan agar silat ini dipulangkan kembali. Sudah tentunya juga peranan silat ini amat hebat sewaktu diguna pakai oleh panglima-panglima kerajaan Nagara Kedah sewaktu menghalang kemasukan tentera Buddha Sukhotai daripada sebelah utara Semenanjung Tanah Malayu. Pastinya silat ini ada peranan dan sudah tentu ada perjuangannya yang tersendiri.

Dalam waktu yang sama sejarah Kedah telah diputarbelitkan, sehinggakan menjadi amat "obscured" tidak nampak hujung jalan dan perjuangan jelas yang membolehkan kita anak-anak cekak untuk mengambil iktibar atau pun untuk bersandarkan silat pada panglima zaman dahulu. Jika ada perangnya, mana kubur para syuhadanya? Mana waris para panglimanya? Mana waris para ulama dan hulubalangnya.

Pesan Tok Rashid menggambarkan bahawa dia amat yakin suatu hari silat ini akan diwarisi kembali oleh sesiapa yang berhak ke atasnya.

Siapa orang itu sudah tentulah yang nampak pada kita adalah Ustaz Hanafi Haji Ahmad. Tetapi adakah waris para panglima daripada Kedah itu seorang sahaja? Tidak mungkin sama sekali. Kami juga mengambil kira maklumat-maklumat yang kami dapati daripada waris-waris panglima, ulama-ulama dan orang-orang yang terbabit dalam perang menentang Thai dan khasnya Korban Musuh Bisik 1821.

Team kami melihat perkembangan ini daripada sudut yang lebih luas, dan mengambil salasilah daripada Sejarah Realiti Nagara Kedah yang mempunyai sebuah bukti kukuh tentang hal perjalanan Negara Kedah yang berpegang kepada perlembagaan asal Negara Kedah iaitu Undang-undang Kedah sebagai rujukan utama.

Setelah berpuluh tahun sejarah silat cekak masih lagi ditakok lama, tidak berkembang. Dan kami berpendapat maka sebab itu sejarah silat lesap dipangkal bagaikan tergantung tidak bertali.

Kami amat memandang tinggi usaha para pengkaji sejarah realiti Silat Cekak yang tidak kenal penat lelah, berhabis wang dan tenaga berjalan seluruh nusantara sedaya upaya mengorek kembali sejarah Melayu demi tatapan anak bangsa.

Maka kami disini akan cuba pula menyambung hasil usaha itu agar ianya nampak nyata di alam maya ini.

Ini adalah untuk seluruh warga cekak SeMalaysia.

Panglima Kerajaan Perlis yang bersangkut paut dengan Silat Cekak adalah YM Tuan Haji Ishak Itam. 

Ini berdasarkan maklumat-maklumat dan catatan terkini yang telah kami perolehi.

"Ibu beliau pula berketurunan Melayu dari Setui melalui talian darah dengan Tok Jusof iaitu bapa kepada Tok Sopiah yang telah melahirkan Patimah, ibu kepada Haji Ishak bin Itam. Bapa kepada ibu beliau pula iaitu Mat Udin ialah anak seorang panglima istana kerajaan negeri Perlis yang digelar Panglima Taha. Kisah telah dikhabarkan melalui cerita dari nenek moyang bahawasanya Panglima Taha turut mempertahankan bumi Kedah semasa peperangan menentang siam pada zaman dahulu. Panglima Taha mahir dalam ilmu persilatan Gayung Patani dan turut dikhabarkan bahawa Panglima Taha merupakan seorang panglima sezaman dengan Panglima kanan negeri Kedah iaitu Panglima Ismail. - Risik Bisik.

Jika dilihat kembali adakah ada orang yang bernama Panglima Taha/Toha dalam salasilah kerajaan Perlis?

Oleh itu kami merujuk kepada salasilah keturunan Khalifah Syarif Syah Maharaja Empayar Islam Benua Siam Kedah pada zaman Perang Musuh Bisik 1821-1881.

Diambil dari blog Sejarah Realiti Nagara Kedah di Italic kan

Tuesday, May 1, 2007
Salsilah Realiti Raja-raja perlis
Labels:photos salasilah
Oleh Tuanku Nai Long Kasim ibni Tuanku Nai Long Ahmad
Uploaded by anaianai.


1.  Syah Alam Yang Maha Mulia
Khalifah Sharif Abu Bakar Syah Kaha Ekataat V, Mahadam Mahaza, 1767- Maharaja Benua Islam Siam Ayuthia, Nagara Kedah Pasai Ma.

1767-1821 besemayam di istana Kota Mengkuang, Jitra Kedah. Baginda mempunyai 5 orang putera sebelum dibunuh thai dalam tahun musuh bisik 1821. Putera-putera baginda ialah,
A) koya long @ putera sulong, sultan mad zaffar syah iii
B) koya ngah @ megat terawis
C) koya shuib @ megat shuib
D) koya nai chau abu @ megat manja
E) Koya Fai @ Megat Iskandar, Putera Kapas
B,c,d & e, korban musuh bisik 1821.

Menurut catatan yang kami perolehi, Koya Fai @ Megat Iskandar, Putera Kapas Datuk Paduka Raja ini mempunyai mempunyai empat lima orang anak.

1. Long Toha
2. Syed Syeikh Latif Ulama Nusantara - menurunkan Sultan Mohammad 1 Kelantan @ Nik Diah @ Tok Bai Al Hafiz
3. Tok Adam Tok Sukma
4. Tok Adam
5. Tok Adnan.

Catatan itu pula terhenti setakat Long Toha. Ayahandanya Koya Fai @ Megat Iskandar, Putera Kapas adalah Korban Musuh Bisik 1821.

Ayah saudara Long Toha,

2. Sultan Mad Zaffar Syah iii Ibni Khalifah Sharif Abu Bakar Syah @ Koya Long (bergelar pochan semasa menjadi Sultan di Chempaka Sari, Kemboja). Apabila Kemboja diserang tentera Kafir Buddha Alaungpaya, baginda kembali bersemayam di pulau Langkawi bersama tentera dan pengikutnya. Ayahanda baginda kemudiannya menabal baginda sebagai raja kuala kangsar. Baginda bersemayam di istana Kuala Kangsar.

Dalam tahun 1821 baginda menggantikan ayahanda baginda dan di tabal dengan penuh istiadat di Berahman Indera (Balai Besar, Alor Setar ) sebagai Maharaja Benua Islam Siam Nagara Kedah.
Baginda mempunyai 5 orang putera iaitu,

[Sepupu-sepupu Long Toha],

A - Syed Alang Alauddin atau Nai Lang atau Panglima Bukit Gantang (menggantikan ayahanda baginda Sultan Mad Zaffar Syah iii Ibni Khalifah Sharif Abu Bakar Syah @ Koya Long). Kepala perang yang mengetuai angkatan perang Siam Kedah menentang Thai Buddha.

B - Syed Mohammad Hatta @ Nai Ta, bergelar Syed Ahmad Jamalulail, Penghulu Indera Sakti (perlis), Raja Perlis I

Penggunaan Jamalulail adalah sempena gelaran kepada sayyidina jamalul alam badrul munir @ podiset, anakanda kepada merong mahawangsa (wa ren wongser ).

Sayyidina Jamalul Alam Badrul Munir adalah pemerintah kedua Negara Kedah Pasai Ma. Baginda bersemayam di Bukit Tereh, Muar Johor dan ayahanda kepada Paduka Seri Sayyidina Ali yang menjadi Raja Acheh (rujuk undang-undang kedah, terjemahan maryam salim, dewan bahasa dan pustaka,2005). Tinggalan istana baginda Sayyidina Jamalul Alam Badrul Munir masih ada di Bukit Tereh walaupun Inggeris membina tangki air bagi menutup kewujudan istana tersebut.

Baginda di ibnikan kepada Syed Hussain kerana dizaman musuh bisik 1821-1881, tentera Thai mencari dan membunuh keturunan Maharaja Siam Islam Khalifah Sharif Abu Bakar Syah. Dengan itu baginda telah bertindak bijak dengan mengambil nama Sultan Hussain Syah Alirah, pemerintah keempat nagara kedah untuk di ibnikan. Pada masa yang sama baginda juga memperkenalkan diri sebagai penghulu indera kayangan. Usaha ini gagal kerana rahsia baginda telah di bocorkan oleh Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah. Baginda dibunuh kafir thai dalam tahun 1821 bersama nenekanda baginda Khalifah Syarif Abu Bakar Syah. Makam baginda terletak di langgar, Tanjong Inggeris dalam keadaan yang terbiar.

C – Datuk Nai Indera Jaya, Balai Besar.
D - Syed Ali bergelar Tuanku ali (raja haji ali), sultan
Riau lingga.
E - Syed Ismail atau Nai Long Ismail, Sultan manila, Filipina
(maksud fi li pi na ialah, "abang ali,abang beta" iaitu abang kepada syed ismail iaitu syed ali menjadi sultan di riau lingga).

Syed mohd hatta membawa kepada,

3>> - syed harun jamalulaiil – raja perlis ke ii
4>> – syed hussain jamalulail – raja perlis iii
5>> – syed ahmad jamalulail – raja perlis ke iv
6>> – syed alwi jamalulail – raja perlis ke v

Baginda berkahwin dengan Wan Tam Wan Ismail. Baginda amat berminat dengan pelayaran dan sering berulang alik antara Perlis dan Kedah. Mangkat dalam tahun 1863 kerana tenggelam di Kuala Kedah. Baginda dimakamkan di Mukim Alor Keladi, Mukim Limbong, Langgar ke 2 Kedah bersama Syed Mohammad Hatta @ Nai Ta, bergelar Syed Ahmad Jamalulail, Raja Perlis I merangkap Penghulu Indera Sakti (Perlis).

7 - syed safi jamaluail - raja perlis vi
8 - syed mahmud al haj – raja perlis vii
9 - syed hassan jamalulail – raja perlis vii
10 - syed putra jamalulail – raja perlis viii
11 - syed sirajuddin – raja perlis x

Maklumat diatas adalah tepat kerana penulis telah berkunjung ke makam syed mohd hatta dan syed alwi jamaluail yang terletak bersebelahan didalam hutan di makam langgar ke 2.

Penulis adalah waris mutlak sultan mad zaffar syah iii ibni khalifah sharif abu bakar syah maharaja benua islam nagara kedah.


end quote.

Disamping Long Toha ada dua lagi nama yang berkaitan dengan Taha/Toha dalam salasilah Sejarah Kedah Tua iaitu:

1. Tunku Long Taha Raja Siam Legeh Kok Lanas yang menurunkan Tunku Muhammad Chan Keramat Tok Tekai Perdana Menteri Siam Kedah dizaman Raja Ligor Sultan Mudzaffar Syah 1 bapa kepada Datuk Nai Mariam isteri kepada Sultan Mohammad 1 @ Nik Diah @ Haji Ngah Mohamadiah Keramat Tok Bai @ Tak Bai Al Hafiz.

2. Sultan Selama Nai Long Abu Toha datuk nenek bekas Perdana Menteri Datuk Seri Haji Abdullah ibni Hj. Ahmad Badawi ibni Haji Abdullah Fahim @ Keramat Tok Perang.

Ramai yang mempertikai sejarah realiti Negara Kedah kerana ia sangat berlawanan dengan At Tarikh Salasilah Negeri Kedah yang ditulis oleh seorang kerani upahan (tanpa rujukan dan dengan ugutan bunuh) pada tahun 1923 dizaman Paduka Sultan Abdul Hamid atas arahan Inggeris yang mengatakan negeri Kedah tiada sejarah.

Kami disini hanya memaparkan sahaja buat tatapan anak-anak Cekak sekalian bahawa Long Toha atau Toha/Taha itu memang wujud dan ada pula namanya tercatat dalam Sejarah Realiti Nagara Kedah dalam salasilah Raja-raja Perlis, sebagai sepupu kepada Panglima Bukit Gantang, Kepala Perang Utama Siam Islam Empayar Islam Benua Siam Kedah pada zaman itu.

Silat Kedah hebat, sehebat zaman kegemilangan Empayar dan para panglimanya. Akibat ancaman dan dengki khianat maka sejarahnya terpendam, begitu jugalah sejarah silatnya.

Waris Merong Mahawangsa.

Ada iras wajah siapa?

Paduka Seri Sultan Muhammad Yusuf Al Mahadi ibni Sultan Ali Alauddin Riayat Syah ibni Sultan Mud Zaffar Syah III (Perak) ibni Sultan Khalifah Sharif Abu Bakar Syah. 

Baginda adalah cicit kepada Khalifah Sharif. Baginda dibunuh oleh Inggeris dalam tahun 1899, 20 tahun selepas kematian abang pupunya, Sultan Jaafar Mad Azam Syah, juga ditangan Inggeris. Dua anakanda baginda telah dilarikan oleh pengikutnya ke Kedah dan dipelihara oleh bapa saudara baginda, Datuk Nai Inderajaya. Mereka ialah YM Raja Saman dan YM Raja Isa.

Datuk Nai Indera Jaya Sultan Mohd Yahaya adalah Raja Siam Kota Setar adik beradik dengan Syed Mohd Hatta @ Nai Ta Raja Perlis 1 dan juga adalah sepupu kepada Long Toha.


Long Toha pula adalah bapa saudara sepupu kepada Paduka Seri Sultan Muhammad Yusuf Al Mahadi ibni Sultan Ali Alauddin Riayat Syah ibni Sultan Mud Zaffar Syah III (Perak) ibni Sultan Khalifah Sharif Abu Bakar Syah yang telah dibunuh Inggeris pada tahun 1899 (seperti gambar diatas).

Kami tidak mengiktiraf sejarah silat yang bersangkut pada bukan Melayu.

Sekian.
Admin SERASI



Friday, 9 December 2011

Siam + Banjar

Menurut maklumat yang kami perolehi:

Ada beberapa point penting yang telah dicatatkan oleh seorang penuntut silat cekak sewaktu Majlis Penghargaan PSSCM, Perayaan 35 Tahun Cekak bertempat di Banggunan KUB.COM, Kuala Lumpur. Bertarikh 16/09/2000.

Antara catatan yang dikongsikan itu adalah berkenaan salasilah YM Tuan Haji Ishak Itam. Dalam catatan itu menyebut apabila Tuan Haji Ishak Itam menyentuh bab susur galur beliau dalam ucapannya, beliau mengatakan bahawa emak beliau berketurunan Siam dan bapa beliau pula daripada Banjar. Dalam catatan tersebut ditulis point form : Pak Ak mak Siam / bapa Banjar (+ dua darah).

Si pencatat yang hanya seorang budak pada ketika itu hanya mencatat apa yang diucapkan umpama mengambil nota daripada cikgu sekolah dengan niat untuk belajar - tanpa sebarang prejudis. Dan kami melihat sendiri buku nota yang ditunjukkan itu dan dakwatnya bukan baru.

Antara lain, catatan yang ditulis sebelum sampai ke bab susur galur itu berbunyi:

Bersihkan diri, kenal diri, kenal mak, bapak, baru kenal tuhan
Pak kasih, emak sayang
Pak kasih, emak sayang
Baru senang hidup.

Ini menunjukkan bahawa memang dalam topik yang berkisar tentang ibu bapa, Tuan Haji Ishak Itam menyelitkan rahsia susur galurnya kepada yang hadir pada malam itu.

Untuk mendapatkan kepastian lebih lanjut, kami juga telah merujuk perbualan diantara Almarhum Ustaz Hanafi dan anaknya Mokhtarudin, dimana tanpa diketahui Ishak Itam, Ustaz Hanafi telah menunjukkan gambar beliau kepada Mokhtarudin. Lalu Ustaz berkata kepada anaknya itu, "Ini ada seorang boleh jadi pengganti". Anaknya, Mokhtarudin bertanya, "Orang apa? Bangsa apa? Keling ka? Jawa ka? Melayu ka?" "Orang Melayu, namanya Ak Pak Itam", jawab Ustaz Hanafi. (rujukan Buku Cenderahati Perayaan Jubli Perak Cekak). Melayu itu adalah kata-kata daripada YM Ustaz Hanafi sendiri.

Disamping itu untuk maklumat lebih lanjut dan lengkap para pembaca boleh juga merujuk kepada posting yang terdahulu : Biodata Guru Silat Cekak Zaman Moden.

Kami amat berterima kasih diatas maklumat ini. Kami juga menyarankan agar setiap persatuan yang ada dapat juga menyenaraikan salasilah atau susur galur guru-guru mereka secara lengkap untuk dibuat rujukan generasi muda pewaris Silat Cekak.

Sekian
Admin SERASI

Thursday, 8 December 2011

21 itu DOSA

Apakah ini satu realiti atau mainan perasaan. Adakah Ustaz tidak perasan? Jadi jangan melampaui dalam sesuatu perkara sedangkan kita sendiri tidak sanggup menerima kebenaran.

21 tetap dosa.

Kebenaran itu pahit tetapi itulah kenyataan.

-tanpa prejudis-

Tuesday, 6 December 2011

KEBERKATAN DATANG BERSAMA KEBENARAN!

KEBERKATAN DATANG BERSAMA KEBENARAN!
Assalamu'alaikum ahli-ahli Silat Cekak sekelian.

Alhamdullillah, bersyukur kita masih lagi bernafas dan bernyawa untuk terus berbakti di bumi Allah swt ini.

Selawat serta salam buat junjungan besar Muhammad SAW, pemimpin agung di alam ini.

Nampaknya kemelut dalam Silat Cekak masih lagi belum reda. Masih lagi belum selesai.

Sejarah telah merakamkan bahawa guru-guru Silat Cekak seperti Pak Ya, Ishak Itam dan Md Radzi Hanafi mempunyai peribadi yang sangat dipersoalkan. Jika begini, mana ada kehebatan seperti yang diuar-uarkan para penyokong masing-masing.

Dulu, Ustaz Hanafi terpaksa melayan karenah Pak Ya sebelum berupaya mendapatkan ilmu Silat Cekak serta mandat untuk menjadi guru Silat Cekak. Orang-orang lama mengatakan bahawa Ustaz Hanafi mengambil kembali silat ini daripada Pak Ya kerana pada hakikatnya, silat ini adalah haknya. Pak Ya adalah seorang pemegang amanah sahaja!

Era baru Silat Cekak telah dibina sendiri oleh Ustaz Hanafi bersama-sama dengan orang-orang lama yang sangat berwibawa. Kehebatannya terserlah kerana ada kulit dan isi yang baik. Keberkatan guru yang bernama Ustaz Hanafi ini telah meletakkan nama Silat Cekak ke tahap yang sangat tinggi.

Ya...Silat Cekak ada perjuangan! Dan perlu diteruskan.

Semasa zaman Panglima Ismail dan Panglima Tok Rashid, kita tidak tahu jenis perjuangan apa yang dibawa mereka melalui Silat Cekak.

Dalam zaman Pak Ya pula, Silat Cekak hampir hilang ditinggal zaman.

Ustaz Hanafi telah meninggal dunia dan meninggalkan kita satu wadah perjuangan.

Hikmah mengapa beliau tidak menamakan penggantinya secara khusus menunjukkan bahawa terpulanglah kepada anak-anak muridnya untuk memilih guru secara permuafakatan.


Tiada siapa yang dapat menentusahkan apa yang dikatakan oleh Ishak Itam bersabit mandat menjadi guru. Tiada saksi dan tiada keterangan!


Tidak pula diberitahu butir-butirnya oleh Ishak Itam dan pihak keluarga yang mengesyorkan nama Ishak Itam pada ketika itu. Para pendukung juga tidak menelitinya.

Tidak perlu dipersoalkan kerana pada ketika itu yang penting adalah adanya seseorang yang boleh menjalankan tugas itu dan meneruskan perjuangan Ustaz Hanafi.

Namun sejarah juga merakamkan bahawa Ishak Itam tidak berwibawa untuk memimpin Silat Cekak seperti Ustaz Hanafi. Dan akibat masalah dalaman maka berlakulah krisis pada tahun 1993.

Pada ketika itu, berita gempar di Harian Metro telah mengaitkan ajaran-ajaran yang meragukan oleh Ishak Itam termasuk berita yang mengatakan kiamat akan berlaku pada tahun 1999.

Nah... nak buat macam mana? Silat Cekak menerima ancaman seperti Al Arqam.

Sejarah telah merakamkan bahawa Ishak Itam telah mengaku salah dan telah bertaubat di Jakim.

Namun beliau masih lagi menjalankan silat sehingga sekarang walaupun telah menyerahkan mandat tersebut kepada Md Radzi Hanafi. Timbul lagi isu mandat perguruan dalam senario ini.


Persoalan akan timbul. Apakah Md Radzi Hanafi akan menjalankan tugas sebagai guru utama walaupun Ishak Itam tidak menyerahkan mandat perguruan pada tahun 1993? Pada ketika itu, fahaman Ishak Itam sangat dipersoalkan!

Juga tiada siapa tahu dan tidak dapat disahkan bahawa Ishak Itam benar-benar telah mendapat mandat daripada Ustaz Hanafi!

Setahu kita, Ustaz Hanafi tidak menamakan penggantinya secara khusus.


Begitu juga dengan isu di mana Md Radzi Hanafi telah mendapat mandat untuk menjalankan silat daripada Ishak Itam.


Bila mana Ishak Itam masih menjalankan tugas itu sehingga hari ini maka persoalan guru Silat Cekak pada satu-satu masa hanya ada satu sahaja itu boleh dipertikaikan.

Sejarah telah merakamkan peristiwa ini. Apakah Silat Cekak dibawah era Ishak Itam mempunyai keberkatan? Apakah Silat Cekak dibawah era Pak Ya mempunyai keberkatan?

Begitu juga dengan Md Radzi Hanafi. Perbuatan melampau yang dilakukan beliau terhadap anak dara sunti sahabatnya itu adalah sesuatu yang tidak dapat diterima.

Guru Utama Silat Cekak tidak boleh melakukan perkara itu sebab dia adalah pemimpin Silat Cekak. Mana mungkin ada keberkatan jika perangainya begitu?

Bila ini telah ditentusahkan dan dihukum oleh persatuan, maka Md Radzi Hanafi mesti turun!

Namun akibat kedegilannya dan wujudnya kumpulan bermasalah serta sokongan keluarga maka celarulah Silat Cekak hingga ke saat ini.

MMT harus bersidang dengan segera untuk meleraikan kemelut ini kerana siasatan secara rasmi telah dilakukan oleh pihak polis setelah laporan polis dilakukan oleh keluarga mangsa.

Juga, berita gempar di Harian Metro pada 18 Oktober 2006 itu jtelah mengaibkan Silat Cekak.

Ya... memang nama silat tidak disebut. Begitu juga pada tahun 1999, nama silat juga tidak disebut.

MMT harus berani membuat keputusan demi menegakkan kebenaran untuk semua pihak.

Kita tidak perlu berselindung lagi kerana sekiranya MMT dalam mesyuaratnya pada 3 September 2006 itu melucutkan jawatan Md Radzi Hanafi sekali pun, pihak tertuduh dan keluarga yang menganggotai MMT tetap akan meletakkan jawatan pada ketika itu!

Ini kerana Md Radzi Hanafi telah berpatah arang! Tuduhan beliau kononnya orang-orang lama berkonspirasi untuk menjatuhkan beliau adalah satu fitnah besar!

Keangkuhan beliau yang mengatakan hanya dia dan Allah swt sahaja yang menentukan jawatan guru utama adalah satu fahaman yang sesat.

Silat Cekak tidak akan mendapat keberkatan guru yang telah menceroboh masuk ke dalam rumah sahabatnya itu dan mencabul anak gadis suntinya!

Keberkatan datang bersama kebenaran!

Dan kebenaran juga yang perlu ditegakkan selagi kita berpegang kepada tali Allah swt.

Ikut MMK, insyaallah selamat.

Mak Tam dan Sejarah Realiti

"Hajah Radziyah Binti Said atau lebih dikenali sebagai Mak Tam, isteri kepada YM Tuan Haji Ishak Bin Itam telah kembali ke rahmatullah pada pagi Jumaat 4 Februari 2011, Bukit Mertajam - sekitar jam 6.00 - 7.00 pagi (dalam tidur) dalam usia 78 tahun. Jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Berapit, Bukit Mertajam selepas solat Asar."

Semasa Arwah Mak Tam ada, banyak mulut yang mengkritik Mak Tam dengan macam-macam tuduhan. Antaranya ialah Pak Ak tidak akan cerita masa Mak Tam ada disamping, Pak Ak tidak mahu bukak mulut bila Mak Tam ada berhampir. Mak Tam antara yang menjadi spy Maidin, Mak Tam jadi penghalang antara murid dan guru, Mak Tam halau orang yang menziarah Pak Ak dan macam-macam lagilah tuduhan kepada Mak Tam.

Sekarang Mak Tam sudah tiada. Baru kita tahu bahawa kita sudah kehilangan seorang ibu yang tersayang. Baru kita tahu betapa pentingnya Mak Tam kepada Pak Ak sebagai seorang isteri yang bertanggungjawab mengurus hal rumah tangga, menjadi kawan dikala suka dan duka, menjadi penenang ketika gundah gulana, menjadi penyambung kata ketika putus bicara. Barulah kita tahu dan sedar peranan Mak Tam dalam kehidupan YM Pak Ak.

Mak Tam adalah penyimpan sejarah realiti yang telah dilupai.

Menurut sumber, katanya Mak Tam tahu siapa yang menipu dalam kemelut ini dan telah diperguna oleh pihak-pihak tertentu untuk mendapat apa yang dicita?

Benarkah begitu?

Monday, 5 December 2011

PERJANJIAN SEBENAR

Demi Allah,

Aku,

Tidak akan derhaka kepada guru ku
Tidak akan derhaka kepada ibu ku
Tidak akan derhaka kepada bapa ku
Tidak boleh bergaduh sesama ahli silat ini
Tidak boleh mencaci segala rupa silat Melayu

Selagi hayat dikandung badan, perjanjian ini mengatasi segala perjanjian yang bertulis hitam putih yang diwajibkan untuk ditandatangani bagi sesiapa pun atas muka bumi ini bagi mengesahkan ikatan antara pihak yang berjanji.

Ini perjanjian yang hakiki tanpa sempadan.

"Ya Allah, kabulkanlah permintaan ku."

Sunday, 4 December 2011

PERLEMBAGAAN SEBENAR

Tidak boleh derhaka kepada guru
Tidak boleh derhaka kepada ibu
Tidak boleh derhaka kepada bapa
Tidak boleh bergaduh sesama ahli
Tidak boleh mencaci silat Melayu yang asli

Perlembagaan ini mengatasi segala perlembagaan yang bertulis yang diwajibkan untuk penubuhan sebuah persatuan yang berdaftar atas tujuan undang-undang di Malaysia.

Ini perlembagaan yang hakiki tanpa sempadan.

AYAM PETUNJUK

Sebagai adat dan syarat sahaja, rahsia sang Guru. Tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada ayam. Mana boleh Ayam menjadi Tuhan. Manusia itu sifatnya dinamik, berubah atas pengalaman dan ilmu. Berkembang dari semasa ke semasa. Daripada bodoh menjadi tahu, daripada kecik menjadi besar, daripada lemah menjadi bertenaga daripada bertenaga menjadi layu. Usaha dan kapasiti setiap manusia itu berbeza. Kita tidak boleh mendahului Tuhan dalam setiap perkara. Banyak juga contoh jikalau hendak dibuat perbandingan terdapat kesilapan dalam perjalanan hidup seseorang itu. Kesilapan tetap berlaku. Ada masa sangkaan dan jangkaan kita meleset sama sekali. Tidak seperti yang kita jangka dan harapkan. Jika kita sedar perkara itu maka kita tahulah siapa diri, maka akan sentiasa muhasabah diri dan membataskan diri daripada menjadi fanatik tidak tentu hala.

Adakah Ustaz Hanafi dikecuali daripada berbuat kesilapan?

Inilah kejadian manusia.

KESIMPULAN PERTEMUAN DAN PERPISAHAN.

Sepanjang saya diamanahkan mengurus persatuan atau organisasi atau institusi, sifat dan sikap ahli yang saya pimpin adalah sangat saya titik beratkan. Merekalah yang akan menentukan sama ada usaha-usaha yang kita lakukan mencapai kejayaan atau pun tidak. Kita tidak boleh membuat kerja seorang diri. Kita sentiasa memerlukan bantuan. Sikap pengikut kita akan banyak mempengaruhi sokongan yang diberi. Sokongan itu pula akhirnya akan menentukan kejayaan yang dicapai itu besar atau setakat memadai sahaja. Oleh itu, kenalilah para ahli atau pengikut kita dengan sebaik-baiknya. Hal yang demikian akan memberi banyak faedah atas segala usaha yang kita lakukan.

Saya selalu tekankan betapa diri kita sendiri perlulah berada dalam suasana sentiasa positif, berilmu dan sentiasa memburu pengalaman dalam segala bidang kehidupan. Kitalah yang akan menentukan hala tuju diri kita sendiri. Sebarang kelemahan atau kelebihan yang ada pada diri kita, sepatutnya kita sendiri yang mengetahuinya secara terperinci. Pendapat orang lain hanyalah sebagai sandaran atau sempadan atau sebagai penimbang tara.

Ada yang berpendapat bahawa untuk mengetahui kelemahan atau kelebihan diri kita, perlu ditanya pada orang lain. Mungkin pendapat itu boleh kita bahaskan lagi. Cuba kita bayangkan sikap para pengikut kita seperti yang saya bincangkan di atas. Setiap para pengikut kita, ada sifat dan sikapnya yang tersendiri. Kalau kita tanyakan pada pengikut setia kita tentang diri kita, pastinya segala komennya adalah positif. Seolah-olah tidak ada langsung kelemahan pada diri kita. Kalau kita bertanyakan tentang diri kita pada pemimpin tak rasmi, mood mereka akan mempengaruhi pendapat mereka sendiri. Tatkala mereka menyokong kita, segala komen mereka adalah positif. Semuanya baik belaka. Namun begitu, tatkala hati perut mereka tidak baik, komen-komen yang dilemparkan adalah lebih banyak menjurus pada negatif.

Kalau kita bertanyakan pada kumpulan ahli yang majoriti dan bersifat biasa, jawapan mereka tidak akan menyakinkan kita. Mereka sendiri pun tidak yakin dengan buah fikiran yang dinyatakan. Manakala, jika kita bertanya pada kumpulan yang sentiasa bersifat menentang, maka komen-komen mereka pasti kesemuanya bersifat negatif. Tidak ada satupun yang baik pada sisi mereka. Hal yang demikian kerana itulah sifat mereka yang sentiasa memandang orang lain dengan sifat negatif.

Oleh itu, jika kita ingin mengetahui akan kelemahan atau kelebihan yang ada pada diri kita, maka kita sendirilah yang boleh menyatakannya. Berfikirlah seketika. Itulah sebab agaknya kita diseru supaya sentiasa muhasabah diri. Kita sendirilah yang sepatutnya mengetahui akan diri kita sendiri. Setiap hari kita akan memandang wajah kita. Sekurang-kurangnya tiga kali sewaktu sikat rambut di waktu pagi, tengah hari dan petang. Mungkin juga di waktu malam.

Walaupun kita gagal melukiskan kembali wajah kita, sekurang-kurangnya kita ada gambaran sendiri tentang wajah kita di kotak pemikiran kita sendiri. Maka fikirkanlah tentang kelebihan dan kelemahan yang ada pada diri kita dalam suasana merendah diri. Jangan meninggi diri. Insyaallah, kita akan dapat membuat kesimpulan tentang diri kita sendiri melalui ilmu dan pengalaman yang ada. Oleh itu, perbetullah diri kita sendiri. Mana-mana yang kurang, perbaiki. Mana-mana kelebihan, maka teruskan. Lebih baik kita bertanya tentang diri kita pada diri kita sendiri daripada bertanya pada orang lain.

Dalam konteks organisasi, jika ada orang lain ingin mengetahui tentang keberkesanan organisasi yang kita pimpin, sepatutnya mereka meletakkan kepercayaan pada diri kita sebagai pemimpin. Tidak perlu bertanyakan ahli untuk menentukan kepemimpinan kita di peringkat organisasi itu berkesan atau pun tidak. Saya berpengalaman dalam soal ini apabila ada pihak lain yang inginkan komen para ahli tentang keberkesanan kepimpinan saya. Kalau inginkan segala-galanya positif, maka para pengikut kumpulan pertama boleh dijadikan bahan rujukan. Tentunya hal yang demikian akan berbeza jika dirokemenkan kumpulan penentang. Kalau dirujuk pada kumpulan pemimpin tak rasmi, ikut keadaan. Manakala bagi kumpulan ramai atau kumpulan majoriti jawapan mereka hanya diperingkat pertengahan kerana mereka lebih banyak bersifat ’selamat’.

Dalam konteks persilatan kita, usaha-usaha mencungkil kepemimpinan di peringkat cawangan perlulah berhati-hati. Jangan mudah mempercayai kata-kata para ahli yang ada di setiap cawangan itu. Setiap ahli itu adalah mewakili setiap sifat kumpulan pengikut. Pendapat mereka pastinya tidak sama tentang kepimpinan persatuan. Tersilap pilih ahli untuk mendapatkan pendapat maka segala-galanya akan membawa suasana buruk dan negatif. Kalau itu dijadikan pegangan, maka rosaklah hubungan antara cawangan dengan pihak pusat.

Banyak cawangan yang dicap dengan pelbagai tohmahan, gara-gara mendapat maklumat yang salah dari mereka yang berada dalam kumpulan yang negatif. Kita tentunya ada pengalaman dalam yang demikian. Pihak kepimpinan pusat amat mudah membuat kesimpulan. Hinggakan ada para pemimpin cawangan yang dikatakan umpama raja yang mengongkong para ahlinya. Banyak lagi tohmahan dan andaian yang tidak tepat hingga akhirnya memberi sumbangan pada pepecahan ahli dalam persatuan kita yang gah pada satu masa yang lalu.

Kadang kala kita juga perlu berfikir dalam konteks diri kita pula sebagai pengikut. Di kumpulan manakah kita berada. Hal yang demikian adalah perlu kerana kesedaran tentangnya akan dapat mengubah sikap kita sendiri atau akan dapat membetulkan sebarang kesilapan yang kita lakukan. Kita sedia maklum bahawa setiap kumpulan itu ada sifat dan sikapnya tersendiri. Kefahaman tentangnya akan banyak membantu diri kita tatkala kita melakukan perbuatan muhasabah diri. Keputusan yang kita ambil akan lebih bersifat rasional dan patut.

Berdasarkan perbincangan di atas, memperlihatkan pada kita betapa pentingnya kita mengetahui akan sifat dan sikap para ahli yang menjadi pengikut kita sendiri. Merekalah yang akan menentukan hebat atau tidak persatuan yang kita pimpin. Malah sifat pengikut itu sendiri akan memberi sumbangan pada sifat kesetiaan atau sifat penentangan.

Malah, dalam persilatan kita sendiri, sifat dan sikap para ahli sangat dititikberatkan. Pemilihan ayam di waktu tamat dapat dijadikan satu rujukan setapa pentingnya mengetahui sifat dan sikap ahli. Setiap bahagian ayam yang dipilih, ada membawa petunjuknya yang tersendiri. Dikatakan hanya Guru Utama sahaja yang mengetahuinya. Namun, sekurang-kurangnya adat demikian akan dapat memberi petunjuk kepada guru tentang sifat dan sikap para ahli atau para pengikutnya supaya beliau lebih berhati-hati. Agaknya.

Walau bagaimanapun, saya perlu jelaskan di sini betapa Ustaz tidak pernah bergantung pengetahuan tentang ahli berdasarkan pemilihan bahagian ayam dalam adat petunjuk tersebut. Seperti yang pernah dinyatakan pada saya, itu sebabnya adat tersebut diletakkan pada pertengahan pelajaran dan bukannya pada pemulaan pelajaran. Ustaz tidak bergantung pada perbuatan demikian. Sesungguhnya, Ustaz mempunyai caranya yang tersendiri untuk mengenali sifat dan sikap para pengikutnya sendiri. Sekian tajuk ini.

Tuesday, 22 November 2011

Hidup Satu

Persatuan untuk apa?
Persilatan untuk apa?
Perguruan untuk apa?

Bersatu untuk apa?
Bersilat untuk apa?
Berguru untuk apa?

Hendak ber'satu' dengan siapa?
Hendak ber'silat' dengan siapa?
Hendak ber'guru' dengan siapa?

Apa tujuan dan kemana?

Hanyalah ada satu jawapan yang dapat menyatu jiwa menembusi tembok persatuan mahupun cogankata yang bermuka-muka tapi kosong makna.

"... jadi satu, hatta dengan sapa sekali pun...hatta dengan ...."

-ada sahaja, automatik, benda yang tidak nampak manakan hendak dicari dengan mata ?-

Tuesday, 8 November 2011

sapahabaq : Main Bomoh

Petikan daripada blog sapahabaq : Main Bomoh

Apa kes pulak ni?



cuba dengar betul-betul pada minit 1:23......

PERHATIAN :

"..tujuan utama Seni Silat Cekak Malaysia dikembangkan di pusat-pusat pengajian tinggi adalah untuk melengkapkan generasi bakal pemimpin dengan komponen penting budaya bela diri yang asli, bersih, daripada anasir tahyul dan khurafat dan bertanggungjawab kepada pengamalnya"Profesor Madya Dr Hj Abdul Majid Ismail, mukasurat 54, Budaya Cekak, 2009

PERHATIKAN GAMBAR DI BAWAH :




Apa pulak cerita gambar ni ? Upacara apa pulak ni? Siapa pulak yang terlibat........?

PERHATIKAN GAMBAR DI BAWAH SETERUSNYA:

Apa kisah gambar ni ? Ini duri apa pulak ni? Macam mana ada pada bomoh ni?

PERHATIKAN GAMBAR DI BAWAH SETERUSNYA:




Binatang apa pulak ni? Memang magik betul si Bomoh ni!!!! Nampak macam tanduk je rupanya, tapi bukan!!!....... Aduh...aduh.... Orang-orang hakikat telah mengakui membawa perjuangan yang sama seperti Rasulullah saw telah bergantung dan percaya sangat kepada bomoh macam ni!!!!!





Lihat gambar di atas teringat pula ciptaan logo di bawah?

-Photo deleted-

'BERSAMA DAN BERSATU' tema logo ni! BERSAMA siapa? BERSATU untuk apa?
yang pasti 'telah kena tipu' ......

Ikutilah kisah MAIN BOMOH ini dari masa ke semasa. Kisah orang yang Hebat Hakikat bergantung dengan BOMOH yang mengamal pelbagai upacara yang...........

Individu terlibat telah didedahkan sendiri oleh 'Datok Bomoh'.

akan bersambung PEMBONGKARAN BERGAMBAR & VIDEO....


(Posting ini hanyalah sebagai perbandingan maklumat yang dikisahkan oleh pihak yang mendakwa wujud KONSPIRASI disebalik peristiwa membawa YM Tuan Haji Ishak Itam ke hospital tempohar.)



Monday, 7 November 2011

KONSPIRASI Pak Ak Di bawa ke Hospital KPJ Kajang pada 4,5 & 6 Okt 2011.

Seronoknya buat kerja IBLIS
sapahabaq : Seronoknya buat kerja IBLIS

Komen yang dipetik daripada blog sapahabaq:
Sudah-sudahlah tu..... janganlah dok buat kerja IBLIS!!!!!
[rujuk berita yang tersiar 'KONSPIRASI Pak Ak Di bawa ke Hospital KPJ Kajang pada 4,5 & 6 Okt 2011' di laman FB rasmi JP PSSCM http://www.facebook.com/notes/kamar-isma/baca-betul-betul/123840217725525 ]

November 7, 2011 3:52 AM
Anonymous said...
KONSPIRASI Pak Ak Di bawa ke Hospital KPJ Kajang pada 4,5 & 6 Okt 2011.

Peristiwa berlaku pada 4 hb Okt,selasa jam 2.00 ptg di rumah Pak Ak. Watak Utama 2 org pencen ( RAM & MA) , seorg bekas KPL Serdang ( ZJ )dll. Berpakat dengan Pak Long Mail anak Pak Ak, dengan tujuan ingin membawa Pak Ak berubat di Pusrawi Shah Alam....itu cerita mereka..

Tetapi di sebalik tabir..mereka bawa ambulan dari Temerloh pada hari isnin lagi sehinggakan tidur di tepi pantai termasuk driver ambulan.

Pak Long Mail pada hari ahad & isnin pagi di lihat mundar mandir datang ke rumah Pak Ak. Rupa-rupanya dia telah di peralat oleh RAM & MA...tak taulah ada masuk kot...
tetapi yang peliknya, semasa mesyuarat bersama keluarga Pak Ak dengan AJK Pusat selepas Mak Tam meninggal dunia, Pak Long Mail ditanya adakah mampu untuk menjaga Pak Ak, dia kata sibuk, hari-hari kerja tak mampu nak jaga Pak Ak! Setelah ding-dong mcm-mcm dalam suasana tegang, Pak Ak dibawa keluar walaupun waris-waris Pak Ak & ahli ahli PSSCM berasa berat hati.

Part paling bagus , selepas Tol JURU, suara Pak Long Mail, Sallehuddin & isteri dah tak laku...tak diterima oleh RAM & MA. Segala cadangan & pendapat mereka di sangkal. Mereka singgah R & R Sg. Perak & Tapah. Plan asal ke Pusrawi Shah Alam, mana ada Pusrawi Shah Alam? semua dah kena goreng oleh RAM & MA. Itu hanya alasan dari mereka. Pak Ak dibawa ke Kajang terus ke Home Stay di Taman belakang Pasar borong Selangor, sampai di sana jam 11.30 mlm. Pak Ak amat letih, tak lalu makan & semasa beliau di mandikan, Pak Ak meleleh air matanya ..teriak kata org Kedah.

Kata RAM, pada malam itu, esoknya 5 hb, rabu, Pak Ak akan di masukkan ke KPJ Kajang jam 10.00 am tapi hingga 4.30 pm baru Pak Ak check in di KPJ Kajang. Alasan RAM, katil dah penuh...betul ke ?

November 7, 2011 3:52 AM _______________________________________________________________

November 7, 2011 3:53 AM
Anonymous said...
KONSPIRASI Pak Ak Di bawa ke Hospital KPJ Kajang pada 4,5 & 6 Okt 2011

Pada waktu mlm, ramailah tetamu hadir..mcm pameran, berduyun-duyun. Ada yang check nadi & urut Pak Ak. Yang paling menghairankan RAM berkomunikasi dengan Pak Ak cara TELEPATI. Satu Malaya tau, Pak Ak secara zahirnya tak boleh bercakap... mungkin makam RAM tinggi boleh berkominikasi secara batiniah. Yang pelik, waris Pak Ak tak dibenarkan masuk melawat Pak Ak termasuk Pak Long Mail, Sallehuddin, isterinya & Yusuff Kren. Nama waris didaftarkan atas nama ZJ.. pelik-pelik tapi benar... Pak Long Mail terasa tertipu, maka dia buat repot di Balai Polis Kajang mengatakan dia & Pak Ak telah diperdaya oleh RAM & MA pada jam 2.00 am... baru menyesal Pak Long Mail... Pihak Polis telah menyiasat kes itu pada keesukan harinya.

Pada 06 hb, khamis, pihak waris mendesak Pak Ak, dikeluarkan dan segala kosnya ditanggung oleh pihak RAM & MA serta dihantar kembali kerumahnya setelah melihat kesihatan Pak Ak tidak stabil. Rasa-rasa depa ni ada duit ke? Kosnya hampir RM 5,000.00 Tup-tup rupanya ada FUNDER dari bekas pekerja Celcom (HA).

Pada hari khamis petang, Pihak KPJ mengatakan, Pak Ak boleh keluar... mungkin jam 8.30 mlm tertakluk kepada kesihatannya.

Maka berlakulah, tarik tali... ZJ & HA melambatkan bayaran bil sehingga jam 11.00 mlm. Depa berkumpul berramai-ramai di restoran depan Hospital KPJ, makan minum... mungkin kolek duit kot.. tak cukup nak bayar bil hospital.. tak-taulah. Akhirnya, Pak Ak telah di bawa keluar dari Hospital KPJ jam 11.30 mlm & di iringi oleh 6 buah kereta, ahli ahli dari PL Serdang & Cheras hingga ke R & R Tapah. Sedia menanti di sana seramai 80 org ahli PSSCM. Rombongan tersebut diketuai oleh YDP Perak, singgah sebentar di R & R Gunung Semanggul dan diiring pula oleh YDP Seberang Perai. Tiba di rumah Pak Ak pada jam 5.05 pagi dan di sambut hampir 30 orang ahli ahli dari P.Pinang, Kedah & Seberang Prai. Episod konspirasi tersebut diselesaikan dengan jayanya secara berhemah.

Syukur Alhamdullillah, Pak Ak selamat dan semakin ceri serta sihat walafiat... Itu pun masih ada usaha dari RAM & MA ingin mengambil Pak Ak semula, konon nya berubatkan Pak Ak ....

Ucapan terima kasih & tahniah kepada ahli ahli PSSCM yang terlibat semenjak dari 4,5 & 6 hb Okt 2011, membantu mengawal selia perjalanan Pak Ak dari Hospital KPJ Kajang ke Bukit Mertajam.
Hidup Cekak

November 7, 2011 3:53 AM

________________________________________________________________

November 7, 2011 11:01 AM

Anonymous said...
KONSPIRASI Pak Ak Di bawa ke Hospital KPJ Kajang pada 4,5 & 6 Okt 2011.

Peristiwa berlaku pada 4 hb Okt,selasa jam 2.00 ptg di rumah Pak Ak. Watak Utama 2 org pencen ( RAM & MA) , seorg bekas KPL Serdang ( ZJ )dll. Berpakat dengan Pak Long Mail anak Pak Ak, dengan tujuan ingin membawa Pak Ak berubat di Pusrawi Shah Alam....itu cerita mereka..

Tetapi di sebalik tabir..mereka bawa ambulan dari Temerloh pada hari isnin lagi sehinggakan tidur di tepi pantai termasuk driver ambulan.

Pak Long Mail pada hari ahad & isnin pagi di lihat mundar mandir datang ke rumah Pak Ak. Rupa-rupanya dia telah di peralat oleh RAM & MA...tak taulah ada masuk kot...
tetapi yang peliknya, semasa mesyuarat bersama keluarga Pak Ak dengan AJK Pusat selepas Mak Tam meninggal dunia, Pak Long Mail ditanya adakah mampu untuk menjaga Pak Ak, dia kata sibuk, hari-hari kerja tak mampu nak jaga Pak Ak! Setelah ding-dong mcm-mcm dalam suasana tegang, Pak Ak dibawa keluar walaupun waris-waris Pak Ak & ahli ahli PSSCM berasa berat hati.

Part paling bagus , selepas Tol JURU, suara Pak Long Mail, Sallehuddin & isteri dah tak laku...tak diterima oleh RAM & MA. Segala cadangan & pendapat mereka di sangkal. Mereka singgah R & R Sg. Perak & Tapah. Plan asal ke Pusrawi Shah Alam, mana ada Pusrawi Shah Alam? semua dah kena goreng oleh RAM & MA. Itu hanya alasan dari mereka. Pak Ak dibawa ke Kajang terus ke Home Stay di Taman belakang Pasar borong Selangor, sampai di sana jam 11.30 mlm. Pak Ak amat letih, tak lalu makan & semasa beliau di mandikan, Pak Ak meleleh air matanya ..teriak kata org Kedah.

Kata RAM, pada malam itu, esoknya 5 hb, rabu, Pak Ak akan di masukkan ke KPJ Kajang jam 10.00 am tapi hingga 4.30 pm baru Pak Ak check in di KPJ Kajang. Alasan RAM, katil dah penuh...betul ke ?

November 7, 2011 11:01 AM

_______________________________________________________________

November 7, 2011 11:02 AM

Anonymous said...
KONSPIRASI Pak Ak Di bawa ke Hospital KPJ Kajang pada 4,5 & 6 Okt 2011

Pada waktu mlm, ramailah tetamu hadir..mcm pameran, berduyun-duyun. Ada yang check nadi & urut Pak Ak. Yang paling menghairankan RAM berkomunikasi dengan Pak Ak cara TELEPATI. Satu Malaya tau, Pak Ak secara zahirnya tak boleh bercakap... mungkin makam RAM tinggi boleh berkominikasi secara batiniah. Yang pelik, waris Pak Ak tak dibenarkan masuk melawat Pak Ak termasuk Pak Long Mail, Sallehuddin, isterinya & Yusuff Kren. Nama waris didaftarkan atas nama ZJ.. pelik-pelik tapi benar... Pak Long Mail terasa tertipu, maka dia buat repot di Balai Polis Kajang mengatakan dia & Pak Ak telah diperdaya oleh RAM & MA pada jam 2.00 am... baru menyesal Pak Long Mail... Pihak Polis telah menyiasat kes itu pada keesukan harinya.

Pada 06 hb, khamis, pihak waris mendesak Pak Ak, dikeluarkan dan segala kosnya ditanggung oleh pihak RAM & MA serta dihantar kembali kerumahnya setelah melihat kesihatan Pak Ak tidak stabil. Rasa-rasa depa ni ada duit ke? Kosnya hampir RM 5,000.00 Tup-tup rupanya ada FUNDER dari bekas pekerja Celcom (HA).

Pada hari khamis petang, Pihak KPJ mengatakan, Pak Ak boleh keluar... mungkin jam 8.30 mlm tertakluk kepada kesihatannya.

Maka berlakulah, tarik tali... ZJ & HA melambatkan bayaran bil sehingga jam 11.00 mlm. Depa berkumpul berramai-ramai di restoran depan Hospital KPJ, makan minum... mungkin kolek duit kot.. tak cukup nak bayar bil hospital.. tak-taulah. Akhirnya, Pak Ak telah di bawa keluar dari Hospital KPJ jam 11.30 mlm & di iringi oleh 6 buah kereta, ahli ahli dari PL Serdang & Cheras hingga ke R & R Tapah. Sedia menanti di sana seramai 80 org ahli PSSCM. Rombongan tersebut diketuai oleh YDP Perak, singgah sebentar di R & R Gunung Semanggul dan diiring pula oleh YDP Seberang Perai. Tiba di rumah Pak Ak pada jam 5.05 pagi dan di sambut hampir 30 orang ahli ahli dari P.Pinang, Kedah & Seberang Prai. Episod konspirasi tersebut diselesaikan dengan jayanya secara berhemah.

Syukur Alhamdullillah, Pak Ak selamat dan semakin ceri serta sihat walafiat... Itu pun masih ada usaha dari RAM & MA ingin mengambil Pak Ak semula, konon nya berubatkan Pak Ak ....

Ucapan terima kasih & tahniah kepada ahli ahli PSSCM yang terlibat semenjak dari 4,5 & 6 hb Okt 2011, membantu mengawal selia perjalanan Pak Ak dari Hospital KPJ Kajang ke Bukit Mertajam.
Hidup Cekak

November 7, 2011 11:02 AM
______________________________________________________________________

Dalam entry Boleh ka percaya?
sapahabaq : Boleh ka percaya?



KONSPIRASI Pak Ak Di bawa ke KPJ Kajang pada 4,5 & 6 Okt 2011.

Peristiwa berlaku pada 4 hb Okt,selasa jam 2.00 ptg di rumah kediaman Pak Ak. Pelakun Utama, 2 org pencen ( RAM & MA) , seorg bekas KPL Serdang ( ZJ )dll. Berpakat dengan Pak Long Mail anak Pak Ak, dengan tujuan ingin membawa Pak Ak berubat di Pusrawi Shah Alam....itu cerita mereka..

tetapi disebalik tabir..mereka bawa ambulan dari Temerloh pada hari isnin lagi sehinggakan tidur di tepi pantai termasuk driver ambulan.

Setelah ding dong mcm mcm ,Pak Ak dibawa keluar walaupun waris waris Pak Ak berasa berat hati.
Part paling bagus , selepas JURU, suara Pak Long Mail& Sallehuddin & isteri dah tak laku...tak diterima oleh RAM & MA .

Mereka singgah R & R Sg Perak & Tapah. Plan asal ke Pusrawi Shah Alam, mana ada Pusrawi Shah Alam ? semua dah kena temberang oleh RAM & MA....

Mereka bawa ke Kajang terus ke Home Stay di Taman belakang Pasar borong Selangor , sampai jam 11.30 mlm.Pak Ak amat letih ,tak lalu makan & semasa beliau di mandikan, Pak Ak meleleh air mata nya ..teriak kata org Kedah.

Kata RAM, esuk nya 5 hb ,Pak Ak akan di masukkan ke KPJ Kajang jam 10.00 am tapi hingga 4.30 pm baru Pak Ak check in KPJ Kajang.Alasan RAM , katil dah penuh...betul ke ?

Pada waktu mlm ,ramai lah tetamu hadir..mcm pameran. Yang pelik waris Pak Ak tak di benarkan masuk termasuk Pak Long Mail,Sallehuddin,isteri nya & Yusuff Kren. Nama waris didaftarkan atas nama ZJ..pelik pelik tapi benar...

Pak Long Mail terasa tertipu ,maka dia buat repot Polis Di Balai Polis Kajang mengatakan dia & Pak Ak telah di perdaya oleh RAM & MA pada mlm tersebut jam 2.00 am...baru menyesal Pak Long Mail...Pihak Polis telah menyiasat kes itu pada esuk hari nya 06 hb...

Pihak waris mendesak Pak Ak dikeluarkan dan segala kos nya ditanggung olh Pihak RAM & MA dan di hantar kembali ke rumah nya.

Rasa rasa depa ni ada duit ke ? Kos nya hampir RM 5,000. Tup tup rupa nya ada FUNDER iaitu bekas TP kerja Celcom (HA).

Pada khamis petang Pihak KPJ mengatakan , Pak Ak boleh keluar...mungkin jam 8.30 mlm.
Maka berlaku lah tarik tali...ZJ melambatkan bayaran bil sehingga jam 11.00 mlm.Pak Ak telah keluar dari Hospital KPJ jam 11.30 mlm & di excort oleh 6 buah kereta hingga ke R 7 R Tapah. Sedia menanti di sana seramai 80 org ahli PSSCM. Rombongan tiba di rumah Pak Ak pada jam 5.05 pagi.
Alhamdullillah , Pak Ak selamat dan sekarang sihat walafiat...
Dari Sumber yg Tepat



(Kedua-dua Ketiga-tiga komen ini hanyalah sebagai perbandingan maklumat yang dikisahkan oleh pihak yang mendakwa wujud KONSPIRASI disebalik peristiwa membawa YM Tuan Haji Ishak Itam ke hospital tempohari.)



FAHAMAN APA OLEH SEPAKMINANG

MONDAY, JANUARY 4, 2010

FAHAMAN APA
Saya menarik perhatian para pembaca tentang fahaman Ustaz Hanafi. Persoalannya adakah kefahaman ini perlu ditanam sepenuhnya dalam kalangan penuntut SC sekarang ini dan jika perlu, siapakah yang bertanggungjawab untuk menyebarkan fahaman tersebut. Saya rasa persoalan ini boleh dibuat kajian. Kalau dibincangkan maka eloklah dibuat secara fikiran terbuka.

Walau apapun fahaman yang ada, setakat ini peranan besar Jurulatih SC adalah tidak dapat dinafikan begitu sahaja dalam usaha penyebaran fahaman dalam kalangan penuntut SC. Jika fahaman yang ada pada mereka adalah mantap maka begitu jugalah kefahaman yang dapat disampaikan kepada penuntut yang menuntut dengan mereka. Kita harus akui betapa Guru Utama sentiasa memikul tanggungjawab yang berat dalam perjuangan SC. Tumpuannya secara seratus peratus dalam tanggungjawab ini mungkin terhalang memandangkan halangan masa dan bilangan penuntut SC yang semakin bertambah dari masa ke masa. Hal yang demikian menyebabkan peranan Jurulatih amat besar dan tanggungjawab mereka juga amat berat.

Oleh itu para Jurulatih perlu diberi kefahaman yang jelas dan mantap sebelum mereka berupaya menjadi agen besar dalam meneruskan kesinambungan kefahaman yang ada dan yang dikehendaki dalam SC. Siapa pula yang bertanggungjawab untuk memperkayakan kefahaman Jurulatih tersebut. Dalam hal ini saya rasa Guru Utama juga perlu dibantu oleh orang-orang kanannya untuk memupuk kefahaman yang mantap dalam kalangan Jurulatih. Perkara penting ialah Jurulatih itu perlu ditanam dengan kefahaman yang jitu agar anak-anak murid SC yang menuntut melalui mereka akan mantap sama ada fizikalnya atau pemikiran yang dianjurkan dalam SC.

Setakat ini kalau tak salah saya, kita tetap berpegang pada satu fahaman bahawa apa yang kita lakukan sekarang adalah merupakan kesinambungan dengan apa yang telah dibawa oleh Ustaz Hanafi. Kesinambungan ini adalah meliputi aspek fizikal dan aspek pemikiran. Oleh itu, persoalannya adakah kita patut dan perlu meneruskan kesinambungan kefahaman tersebut secara sepenuhnya tanpa ada sebarang perubahan.

Persoalan yang saya utarakan tersebut amat menarik tetapi mungkin amat sensitif untuk berbincang. Kalaulah ditanyakan pendapat saya, pasti akan saya setuju agar kefahaman Ustaz diteruskan kepada anak murid yang menuntut SC. Apatah lagi, kita juga sering melaung-laungkan bahawa SC yang ada sekarang ini adalah merupakan pusaka Hanafi sendiri. Walau bagaimanapun, dari segi praktiknya, saya juga bersetuju bahawa cadangan tersebut amat sukar untuk dilaksanakan. Kesukaran ini adalah berpunca daripada beberapa faktor yang saya fikir akan menjadi penghalang utama.

Pastinya kita menghadapi masalah tenaga yang berupaya untuk menyebarkan kefahaman Ustaz Hanafi. Tidak ada siapapun yang boleh mendabek dada mengatakan beliau benar-benar faham akan pengajaran yang telah diasaskan oleh Ustaz. Apatah lagi untuk mengatakan diri itu pakar dalam satu segi atau pelbagai segi sama ada silatnya atau pemikirannya. Diri sahaja yang banyak perasan. Tidak ada pengiktirafan. Syok sendiri.

Ahli-ahli SC yang baru pun berasa celaru. Persengketaan yang berlaku sekarang ini, semuanya dihasilkan oleh ‘anak murid’ Ustaz sendiri. Mereka telah menerima ajaran yang sama daripada Ustaz. Bagaimanakah boleh wujud perbezaan pendapat sesama mereka hingga menyebabkan berlakunya pepecahan pendapat antara mereka. Berlainan tafsiran dan wujudnya kepentingan adalah merupakan alasan yang kita boleh berikan. Walau bagaimanapun jika ditanya pada mereka, pasti akan dinafikan. Mereka yakin bahawa apa yang mereka lakukan adalah demi menyelamatkan SC. Sejauh mana kebenarannya, saya pun tak tahu. Melainkan Tuhan menganugerahkan kebolehan bagi membaca isi hati mereka. Baharulah kita boleh tahu sama ada apa yang dilakukan tersebut ikhlas ataupun tidak.

Kalau sesama sendiripun tidak sehaluan maka mana mungkin fahaman Ustaz yang sebenarnya dapat disampaikan kepada para penuntut. Ada yang dikira mantap dengan kefahaman Ustaz tapi tindak tanduk mereka tidak melambangkan penguasaan fikiran tersebut. Ramai yang cakap tak serupa bikin walaupun memberi pelbagai alasan.

Kita jangan lupa bahawa Guru Utama yang ada sekarang adalah penerima mandat daripada Ustaz Hanafi. Maka beliaulah yang memainkan peranan untuk menentukan apakah bentuk kefahaman yang perlu ‘dimasukkan’ dalam kalangan anak muridnya. Sebanyak mana keagungan kita pada guru yang lalu, kita jangan sesekali lupa atau menafikan peranan guru yang sedia ada. Sebagai penerima mandat dan bersifat profesional atas perofesyennya, berilah kepercayaan dan pengharapan kepada beliau untuk menentukan hala tuju SC seterusnya.

Ketika saya mula-mula menuntut SC tempoh hari, terdapat nama seorang tokoh yang sering diwar-warkan. Dikatakan Ustaz sendiri menuntut dengan tokoh ternama tersebut. Tapi saya tidak pernah bersua muka dengannya. Apatah lagi mendengar syarahan atau pendapatnya. Maka saya sering mengabaikan tokoh tersebut, sebaliknya memberikan tumpuan sepenuhnya pada tokoh yang ada iaitu Ustrz Hanafi.

Saya rasa hal yang sama mungkin dirasai juga oleh penuntut-penuntut SC yang tidak pernah bersua muka dengan Ustaz Hanafi. Sukar bagi mereka untuk menggambarkan peranan dan kefahaman yang telah diberi oleh Ustaz Hanafi. Dalam hal ini, saya berpendapat adalah lebih baik mereka menumpukan perhatian sepenuhnya dengan guru yang sedia ada. Bentuk kefahaman, bentuk pemikiran dan pelbagai bentuk aspek yang lain adalah perlu berasaskan pada guru yang ada. Dengan cara ini pemikiran ahli tidak bercelaru dan tidak berada dalam keadaan haru-biru.

Cuma para pembaca jangan tersilap anggap atas tulisan saya. Saya menulis untuk mengenengahkan pengalaman bersama Ustaz berdasarkan pemikiran dan tafsiran saya untuk maksud perkongsian ilmu dan pengalaman semata-mata. Tambahan pula semua gelaran SC yang ada sekarang masih mengaitkan pergerakan mereka dengan Ustaz Hanafi. Maka elok jugalah tindakan saya menulis tentang Ustaz Hanafi. Penulisan ini semestinya berdasarkan pengalaman saya bersama Ustaz untuk tatapan dan perkongsian pengalaman dengan ahli-ahli SC yang lain.

Secara kesimpulannya, saya beranggapan bahawa untuk meneruskan fahaman Ustaz Hanafi secara seratus peratus kepada generasi baru SC adalah sesuatu yang boleh dikatakan mustahil. Baik dari segi ilmu fizikalnya ataupun pemikiran Ustaz sendiri. Kita telah ada guru yang telah menerima mandat untuk meneruskan perjuangan. Berilah kepercayaan dan biarlah guru tersebut menentukan hala tuju dari segi kefahaman SC seterusnya. Beliaulah yang akan bertanggungjawab sepenuhnya untuk masa depan SC bagi tahun-tahun yang akan datang.

Kalau kita beranggapan bahawa kefahaman Ustaz perlu dilangsungkan sepenuhnya buat generasi seterusnya, ternafilah nanti akan peranan guru yang ada. Acuan guru yang ada adalah tidak sama dengan Ustaz. Pengalaman, pengalamian dan cabaran pada guru yang ada sekarang tentunya berbeza dengan apa yang telah dilalui oleh Ustaz. Generasi pembelajar SC yang ada sekarangpun tidak sama dengan generasi yang mempelajari SC dulunya. Zaman sekarangpun tidak sama dengan zaman dulu. Harga barangan yang ada sekarangpun tak sama dengan harga barangan yang ada pada masa dulunya.

Walau bagaimanapun jika ada kalangan penuntut yang ingin mendalami akan apa yang ada di zaman Ustaz sama ada ilmu fizikalnya atau pemikiran yang dibawa oleh Ustaz, maka berusahalah sendiri untuk mendapatkannya. Tidak rugi untuk mendalaminya. Tapi awas. Jangan terlalu membandingkan antara dulu dan sekarang. Orang tidak suka. “Dulu lain, sekarang lain. Dunia berkisar-kisar”.

Kita mengalami perkara yang berlaku sekarang kerana ada kaitannya dengan apa yang berlaku dulunya, kerana “Ada ulu, ada parang. Ada dulu, ada sekarang. Ada sekarang kerana dulunya. Ada dulunya jangan dinafikan sekarang.”

Sekian.

Tuesday, 1 November 2011

Biodata Guru Utama Silat Cekak Zaman Moden

Dibawah ini dibawakan sedikit biodata Guru Utama Silat Cekak, latar belakang pendidikan agama dan sala-silah perguruan mereka yang diambil daripada website yang berkenaan. Segala info yang dipaparkan adalah bersumberkan catatan bertulis yang tercapai oleh Team Admin SERASI.

Terima Kasih.

Biodata Pemimpin Silat Cekak di zaman Moden
Pemimpin Agong Silat Cekak
YM Almarhum Ustaz Hanafi Haji Ahmad sumber http://www.cekakhanafi.com/

Allahyarham Ustaz Hj. Hanafi Haji Ahmad, bagi penuntut Silat Cekak Hanafi merupakan pemimpin agong dalam dunia persilatan Melayu. Pemimpin agong bermaksud, beliaulah orang yang menghidupkan kembali pusaka bangsa seni bela diri orang Melayu yang mampu menjaga diri dan membela diri pengamal-pengamalnya. Ini dibuktikan, apabila Silat Cekak ini dilahirkan kembali pada malam 5 Ramadhan 1385 hijrah, bersamaan dengan 28 Disember 1965. Pemimpin agong juga bermaksud, beliaulah orang yang pertama dapat menggunakan keseluruhan daya kreativiti yang dikurniakan Allah untuk menggubal satu jenis sistem pelajaran dan pembelajaran persilatan dan tatacara persilatan yang tersusun dan dapat dinilai oleh orang ramai tentang kelebihan dan keupayaan silat Melayu sebagai senjata mempertahankan diri. Akhir sekali, pemimpin agong juga bermaksud, beliaulah orang yang berjaya meletakkan seni silat Melayu yang sesuai dengan pengurusan organisasi moden.

Ustaz Hanafi Hj. Ahmad, anak jati Kedah. Lahir di Kampung Sungai Baru, Mukim Gunung, Alor Setar, Kedah pada tahun 1923. Sesuai dengan zaman ketika itu beliau mendapat pendidikan awal di sekolah aliran Melayu Kampung Gunung , Alor Setar, Kedah dan seterusnya belajar agama di beberapa buah pondok dengan beberapa orang Tok Guru Ulamak di Kedah.

Ustaz Hanafi Haji Ahmad menyedari bahawa kefahaman yang tulen terhadap Allah s.w.t. dan dengan hanya mengikut sunnah Rasulullah, beliau sanggup mengorbankan masa mudanya mendalami bidang-bidang keagamaan dengan beberapa orang guru yang terkemuka di seluruh tanah air hingga ke Singapura. Proses pembelajaran untuk menjadi hamba Allah yang sebenarnya itu, memerlukan beliau menjadi murid setia suruhan, menjual apam balik, menjual ubatan tradisional dan merantau seluruh tanah air mencari guru yang sebenar-benar guru. Berkat usaha dan kesabaran beliau akhirnya dengan izin Allah, Ustaz Hanafi Haji Ahmad, bertemu dengan Tok Guru Pak Haji Zain bin Abdul Rahman, yang berjaya menjelaskan dan menyimpulkan hakikat ketuhanan kepada Allah Taala dengan menggunakan kitab Hikam Ibni Ataillah.
Perjuangan menuntut kemerdekaan mengimbau jiwa nasionalisme Ustaz Hanafi Haji Ahmad memperjuangkan hak budaya bangsa orang Melayu.

Bidang yang sesuai dengan jiwanya sebagai anak watan Melayu ialah bidang persilatan Melayu. Ustaz Hanafi yakin bahawa orang Melayu juga mempunyai seni bela diri yang tidak kalah mutunya dibandingkan dengan seni bela diri bangsa lain. Kajian yang terperinci telah dilakukan terhadap pelbagai seni bela diri orang Melayu. Proses pencarian untuk mendapatkan silat yang benar -benar bertanggungjawab membela diri juga memerlukan Ustaz Hanafi Haji Ahmad sekali lagi merantau, menjadi murid suruhan guru, menuntut pelbagai ilmu bela diri orang Melayu dan menjual ubatan seluruh tanah air. Akhirnya dengan izin Allah beliau bertemu dengan En. Yahya Said yang mempunyai sejenis beladiri yakni Silat Cekak yang menunggu untuk menurunkan silat ini kepada yang hak.

Penguasaan Bahasa Melayunya yang baik merupakan aset bagi beliau mengungkapkan kembali dalam bahasa yang ringkas lagi tepat, seperti yang terbukti dalam pantun Silat Cekak dan falsafah Silat Cekak.

Beliau juga merupakan orang yang bertanggungjawab memberikan harapan dan keyakinan baru kepada Silat Melayu supaya dipelajari oleh orang Melayu sendiri sebagai warisan budaya bangsa yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas. Sebagai tokoh pengurusan persilatan yang dinamis, beliau menggunakan seluruh kemahiran dan pengetahuannya bagi memberikan dinamisme baru kepada wajah seni silat Melayu dalam satu organisasi persilatan. Nyata sekali, sebahagian besar kejayaan Silat Cekak dipelajari oleh mesyarakat Melayu adalah hasil visi Ustaz Hanafi Haji Ahmad; pemimpin agung Silat Cekak. Kini, Silat Cekak Hanafi dapat dipelajari di semua institusi pengajian.

Musuh mahupun kawan, anak murid yang bersopan mahupun yang tidak bersopan, terpaksa mengakui dan menghargai beliau sebagai guru utama yang berkaliber dan pengurus yang bijak, berani dan cekal.

Ustaz Hanafi Hj. Ahmad pulang ke Rahmatullah pada 13 Ogos 1986 di Kuala Lumpur pada usia 63 tahun. Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalakn nama . Beliau meninggalkan seorang balu Maimunah Haji Othman dan enam orang anak. Perjuangan beliau diteruskan oleh Mohd. Radzi bin Hanafi sahingga 13 Ogos 2006.

"Percakapan dan perbuatannya sama. Dalam apa jua perbuatan, Allahyarham mempraktikkannya dulu sebelum mendidik. Percakapan dan pandangannya mudah difahami serta selaras dengan tujuan hidup, Allahyarham juga bijak menyesuaikan diri dengan keadaan. Ada ketika menjadi guru, ada ketikanya menjadi bapa dan pada satu ketika yang lain seperti seorang sahabat."

-Pandangan En. Mohd. Radzi b. Hj Hanafi, Mantan Gutu Utama, Silat Cekak Hanafi terhadap pemimpin agung Silat Cekak, Allahyarhan Ustaz Hanafi Hj. Ahmad.

PENDIDIKAN
1929 Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Gunung, Alor Setar, Kedah.
1933 Memasuki sekolah pondok di Kampung Alor Gonchar, Mukim Gunung, Alor Setar, Kedah di bawah pengawasan guru Hj. Osman bin Lebai Zain.
1936 Memasuki Sekolah pondok Guar Chempedak, Gurun Kedah. Pelajaran agama dikendlikan oleh Hj. Abdul Majid dan pelajaran Arab pula diajar oleh guru Yahya bin Jonid.

Belajar sendiri dengan guru berikut:
Hj. Bukhari bin Hassan dari Batu 4 1/4, Kampung Pinang, Mukim Pengkalan Kundur, Alor Setar, Kedah.
Hj. Hanafiah - Bapa saudara beliau dari Anak Bukit, Alor Setar, Kedah.
Hj. Lah dari Chegar, Pantai Johor, Kedah.
Berguru dengan Pak Ngah Shariff yang dikenali sebagai orang handal di Kedah ketika itu. Untuk mendapatkan ilmu, beliau kena menjadi orang suruhan guru terlebih dahulu, dengan membuat kerja-kerja berat, seperti memotong kayu, mencangkul dan be rsawah. Dimasa lapang barulah Pak Ngah Shariff mengajari ilmu mempertahankan diri dan ilmu kebatinan ( ilmu ketuhanan ).

Mendapatkan pengalaman melalui merantau, pernah berbincang masalah dengan :
Che Salleh bin Hj. Abdul Rahman Limbong di Terengganu.
Kiyai Muhammad Fadlullah Suhaimi dari Singapura bertemu di Pahang.
Sheikh Osman Cincin dari Perak yang kononnya masyhur dengan ilmu kebal.
Abdullah Salleh - terkenal dengan Che Lah Keramat masyhur dengan ilmu perubatan tradisional di Terengganu.

Bertemu dengan seorang guru bernama Pak Hj. Zain bin Abdul Rahman. Beliau menyedari inilah guru yang dicari-cari selama ini yang dapat membuat kesimpulan dalam ilmu ketuhanan ( Ilmu Tauhid ). Kitab yang diajar oleh Pak Hj. Zain ialah Kitab Hikam Ibni Ataillah.

PENGALAMAN
Menjual ubat diseluruh tanahair.
Bergiat dalam bidang politik dalam tahun 40 an. Pernah memasuki Parti Seberkas dan Parti Negara pimpinan Allahyarham Dato' Onn Jaafar.
Pengarah zakat pada tahun 1963 di Pejabat Agama Negeri Kedah.
Menjual apam balik di Yala, Siam dan Pekan Rabu, Alor Setar, Kedah.
Memimpin Seni Silat Cekak mulai 1965 sehingga Ogos 1986.

Biodata
YM Tuan Haji Ishak Bin Itam Guru Utama Silat Cekak Malaysia
sumber: http://risikbisik.blogspot.com/search?updated-max=2010-01-22T02%3A20%3A00-08%3A00&max-results=1

Pada tanggal 22hb Julai 1935 bersamaan 20hb Rabiul Akhir 1354 hari Isnin, di sebuah rumah kayu beratapkan nipah yang terletak di pinggir sawah bendang, di kampung (Batu 9) dalam mukim Tanah Liat, Bukit Mertajam, Seberang Perai, seorang ibu bernama Patimah binti Mat Udin yang masih muda, telah melahirkan seorang bayi lelaki dengan penuh kasih sayang.

Inilah anak pertama lelaki yang dilahirkan setelah lama menimang dua orang anak perempuan oleh Patimah dan suaminya Itam bin Saad dan tanpa diketahui mereka bahawa anak lelaki yang mereka kasih itu bakal menjadi seorang tokoh yang hebat di satu hari nanti, seorang wira, seorang hulubalang yang bakal disanjungi, dihormati dan dimuliakan oleh puluhan ribu anak-anak Melayu di negeri tumpah tanah airnya sendiri. Anak itu diberi namakan Ishak, nama pada seorang insan yang akhirnya menjadi seorang pemimpin agung pada usia 51 tahun. Itulah kebenaran yang tertera pada kehidupan Hj Ishak bin Itam yang kadangkalanya gemar dimesrakan dengan panggilan Pak Ak sahaja.

Ibu Ishak ini, iaitu Patimah binti Mat Udin sebenarnya berasal dari sebuah kampung bernama Teluk Gulang, Kedah, tetapi kini tempat tersebut telah pun maju mengikut peredaran zaman pembangunan dan di kenali pula sebagai Bandar Simpang Empat Kangkung, terletak kira-kira 4 km di selatan dari pusat bandar Alor Setar, Kedah, dan ayah beliau pula berasal dari Yan, iaitu sebuah daerah yang hampir dengan persisiran pantai di dalam negeri Kedah juga.

Setelah Patimah berkahwin dengan Itam, walaupun telah mendirikan rumahtangga mereka masih menetap bersama ayah Patimah iaitu Mat Udin di kampung Teluk Gulang, namun kesukaran mencari nafkah hidup di kampung tersebut telah memaksa Mat Udin membuat keputusan untuk berpindah ke kawasan baru dan memilih Tanah Liat sebagai tempat untuk berkampung bersama anak-anak dan menantunya. Pada masa keluarga Mat Udin berpindah ke Bukit Mertajam Haji Ishak bin Itam masih belum di lahirkan.

Asal-Usul Keturunan
Haji Ishak mempunyai titisan benih jalinan ulama melalui keturunan ayah beliau, Itam bin Saad yang merupakan seorang Hafiz Al-Quran, manakala Tok Mohsin ayah kepada Saad adalah berketurunan Banjar yang berasal dari Indonesia dan telah dilahirkan dalam keluarga para ulama terbilang.

Ibu beliau pula berketurunan Melayu dari Setui melalui talian darah dengan Tok Jusof iaitu bapa kepada Tok Sopiah yang telah melahirkan Patimah, ibu kepada Haji Ishak bin Itam. Bapa kepada ibu beliau pula iaitu Mat Udin ialah anak seorang panglima istana kerajaan negeri Perlis yang digelar Panglima Taha. Kisah telah dikhabarkan melalui cerita dari nenek moyang bahawasanya Panglima Taha turut mempertahankan bumi Kedah semasa peperangan menentang siam pada zaman dahulu. Panglima Taha mahir dalam ilmu persilatan Gayung Patani dan turut dikhabarkan bahawa Panglima Taha merupakan seorang panglima sezaman dengan Panglima kanan negeri Kedah iaitu Panglima Ismail.

Salasilah Haji Ishak tidak dapat dikesan lebih jauh memandangkan catatan bertulis tidak pernah dibuat oleh kaum keluarga yang terdahulu, namun apa yang dapat dicatatkan hanyalah ikatan keturunan di sebelah bapa, bermula dari Tok Mohsin ke bawah dan di sebelah ibu bermula dari Tok Jusof ke bawah.

Ikatan keturunan melalui Tok Mohsin:
Tok Mohsin tidak diketahui nama ayahnya, tidak diketahui berapa adik-beradik dan tidak diketahui juga nama isterinya, setakat yang dapat dikesan hanya Saad anaknya.
Saad bin Tok Mohsin, tidak dapat dikesan nama isterinya namun anak-anaknya telah diceritakan seperti berikut:
1. Dahman - (meninggal di Kedah)
2. Itam - (ayah kepada Haji Ishak bin Itam)
3. Mah - (meninggal dalam kandungan)

Itam bin Saad dan isterinya Patimah bt Mat Udin mempunyai 5 orang cahaya mata termasuklah Hj Ishak;
1. Aishah - (meninggal)
2. Zaleha
3. Ishak - (Hj Ishak bin Itam)
4. Haji Mat
5. Zainab

Penglibatan dalam Silat Cekak
sumber: http://silatcekak.org.my/index.php/perguruan/guru-utama.html
YM Tuan Haji Ishak bin Itam sejak dari kecil lagi telah meminati seni silat Melayu, iaitu bermula dari umur 9 tahun sehingga ke umur 18 tahun beliau telah mempelajari Silat Gayung Fatani melalui bapa saudaranya En. Bakar dan En. Shafie b. Din. Seterusnya beliau mempelajari Silat Kuntau Jawa dari En. Hassan Jawa selama 2 tahun dan kemudiannya telah mempelajari Silat Sendeng dan Silat Minangkabau.

Kemudian beliau mempelajari pula Tomoi Siam dari En. Osman b. Ahmad (Man Balak) sehingga beliau menjadi Guru Tomoi selama 2 tahun. Semasa menjadi Guru Tomoi, beliau begitu yakin bahawa tiada satu silat Melayu boleh mengalahkan Tomoi Siam.

Selain daripada ilmu persilatan, beliau telah mempelajari ilmu kebatinan melalui Ustaz Azizan (Izan). Di samping itu, beliau telah mempelajari cara-cara membuat ubat tradisional merawat penyakit kencing manis. Tuan Haji Ishak b. Itam juga pernah mendapat pendidikan agama secara formal di Pondok Tuan Haji Mat Salleh Mesir, Tanah Liat yang pada masa ini menempatkan Maktab Adabi. Kemudian belajar pula di Pondok Pokok Sena (tafsir) dengan Tuan Guru Haji Ahmad b. Tuan Haji Hussein.

Pada tahun 1969, YM Ustaz Haji Hanafi b. Haji Ahmad telah dapat membuka kelas di Bukit Mertajam bertempat di Kubang Semang iaitu terletak lebih kurang 2 batu dari Cawangan PSSCM Seberang Perai pada masa sekarang ini. Kelas ini adalah merupakan kelas pertama yang diwujudkan di Bukit Mertajam, dimana pada masa tersebut bergerak di bawah Perkumpolan Seni Sari Budaya Sri Kedah.

Kelas ini telah diasaskan oleh Encik Abdullah b. Mohamad Zain dengan penyertaan seramai 16 orang penuntut. Dalam masa yang sama seorang tukang gunting rambut Encik Wan Omar telah berjaya mengajak YM Tuan Haji Ishak b. Itam untuk mempelajari Silat Cekak ini.

YM Tuan Hj Ishak bin Itam telah berjaya belajar silat ini selama 30 hari latihan sahaja. Setiap kali latihan, beliau sering dipukul oleh YM Ustaz Haji Hanafi dengan pokok teh pagar yang bertujuan hendak mengajar beliau supaya bersabar dan menerima ilmu silat ini dengan ikhlas hati dari tangan gurunya sendiri disamping menerima berbagai ujian dari gurunya.

YM Ustaz Hanafi b. Haji Ahmad kemudiannya telah melantik beliau menjadi jurulatih. Sepanjang penglibatan beliau sebagai jurulatih, banyak tempat dan Cawangan serta Kelas Latihan telah disertainya termasuklah di TUDM Butterworth (1977), Kepala Batas (1978), Cheruk Tok Kun (1975) dan di Kulim (1982). Beliau seringkali berulang alik mengajar silat ini di S. Perai dan P. Pinang.

Apabila YM Ustaz Haji Hanafi kembali ke Rahmatullah pada 13 Ogos 1986, YM Tuan Haji Ishak bin Itam telah diisytiharkan sebagai YM Guru Utama pada 21 September 1986. Kelas pertama diijazahkan oleh beliau sebagai Guru Utama adalah di UPM pada 13 Oktober 1986 seramai 27 orang. YM Tuan Haji Ishak b. Itam terus menerajui PSSCM sehingga 3 Jun 2009.


Biodata
YM TUAN GURU HAJI  MD RADZI BIN HAJI HANAFI GURU UTAMA CEKAK PESAKA HANAFI
sumber: http://silatcekakhanafi.org/v1.0/?page_id=8

Menerima mandat sebagai Guru Utama Silat Cekak pada 19 Mei 1993. Penyerahan mandat ini telah diperakui kesahihannya oleh Majlis Muafakat Tertinggi (MMT) Silat Cekak pada 21 Mei 1993 manakala pengistiharan sebagai Guru Utama Silat Cekak disempurnakan pada 23 Mei 1993.
Bak kata pepatah,
”ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke  nasi’,
Perumpamaan orang melayu itu tepat bagi beliau. Dengan ini beliau dapat mengorak langkah lebih jauh lagi dalam usaha meneruskan perjuangan dan cita-cita bapanya untuk mendaulatkan seni pusaka bangsa melayu
Anak keempat Allahyarham Ustaz Hanafi Haji Ahmad dan Puan Maimunah binti Othman ini telah dilahirkan pd 3 Ogos 1961 di Batu 3 ¾ ,Jalan Gunung, Alor Setar, Kedah Darul Aman. Mendapat pendidikan formal sekolah rendah dan menengah  di Alor Setar dan Kuala Lumpur manakala pendidikan agamanya diterima terus daripada Allahyarham Ustaz Hanafi Haji Ahmad sendiri.Beliau telah mempelajari Silat Cekak pada usia 18 tahun.Kefahaman dan didikan agama diperolehi dari bapanya.Menerima Sijil Rendah Persilatan Silat Cekak pada tahun 1980 dan Sijil Menengah Silat Cekak pada tahun 1987.Beliau juga turut mempelajari bidang  perubatan tradisional daripada bapanya.Yang Mulia Tuan Guru Haji Md Radzi Haji Hanafi telah mendirikan rumahtangga dengan Puan Masita Binti Mohd Salleh,yang berasal dari Johor Bahru ,Johor pada tahun 1990.Mereka kini dikurniakan 4 orang cahaya mata iaitu dua orang anak lelaki dan dua anak perempuan.

Pengaulannya yang luas dengan ahli silat yang lebih dewasa ,penelitian yang mendalam ketika Ustaz Hanafi Haji Amad mengajar Silat Cekak dan pembabitannya dalam kebanyakan aktiviti Silat Cekak sejak kecil,memupuk minat dan penghayatan Yang Mulia Tuan Guru Haji Md Radzi Haji Hanafi terhadap dunia persilatan.

Yang Mulia Tuan Guru Haji Md Radzi Haji Hanafi mula berkhidmat secara sepenuh masa mengajar Silat Cekak sejak tahun 1981.Beliau juga diberi kepercayaan menjadi penyelia kelas di Selangor ,Terengganu dan Johor.Bakat kepimpinannya terselah apabila beliau diberi tanggungjawab menerajui cawangan Silat Cekak di negeri Johor Darul Takzim.

Melalui kepimpinan Yang Mulia Tuan Guru Haji Md Radzi Haji Hanafi,kini Silat Cekak telah berkembang di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak dan banyak mendapat penghargaan  dan pengiktirafan daripada kerajaan.Pada 18 Julai 2005 YM Tuan Guru Haji Md Radzi Bin Hj Hanafi telah menerima ‘ Anugerah Gagah Perkasa ‘ daripada DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XII ,Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail  sempena perhimpunan Rakan Wajadiri 2005 , Beliau yang kini berusia 47 tahun ,akan terus memastikan Silat Cekak terus berkembang bagi memastikan pusaka warisan bangsa ini kekal walaupun di zaman moden ini.

BIODATA
YM ENCIK MARWI LATIF GURU UTAMA SILAT CEKAK HANAFI
sumber: http://pak-kaduk.blogspot.com/2007/04/biodata-ym-encik-marwi-latif-guru-utama.html
2007/04/06

Encik Marwi bin Latif merupakan seorang tokoh lama yang disegani dalam Silat Cekak. Beliau dilahir pada tarikh yang sama dengan kelahiran Silat Cekak, cuma berbeza tahun iaitu pada 28 Disember 1946 di Kampung Baru Kuala Lumpur. Anak jati Kuala Lumpur ini merupakan anak keempat dari 12 orang adik beradik ini mendapat pendidikan di Sekolah Inggeris Jalan Cochrane, Kuala Lumpur sekitar awal tahun 1960an.

Beliau mula belajar Silat Cekak 35 tahun yang lalu setelah diijazahkan oleh Al-Marhum Ustaz Hanafi Hj Ahmad pada tahun 1972. Beliau mempunyai noltalgia yang istimewa dengan Al-Marhum Ustaz Hanafi apabila mengenali terlebih dahulu dengan Ustaz hanafi sebelum mempelajari Silat Cekak. Beliau diijazahkan oleh Ustaz Hanafi di rumah beliau di Kg Pandan. Beliau hanya diijazahkan seorang diri dan kemudian menyertai kelas latihan silat yang telah terlebih dahulu belajar iaitu kelas yang mana Amruddin Buang turut sama belajar. Beliau kemudiannya menamatkan latihan silat di kelas latihan Kampung Pandan, Kuala Lumpur pada tahun yang sama.

Setahun selepas menamatkan pelajaran silat iaitu pada tahun 1973, beliau telah dilantik menjadi tenaga pengajar bagi kelas latihan di Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia yang mana kedua-duanya terletak di Lembah Pantai, Kuala Lumpur pada waktu itu. Kelas lain yang beliau turut ajar adalah kelas Universiti Teknologi Malaysia Jalan Gurney, Kuala Lumpur dan di ITM , Jln Othman Petaling Jaya.

Berdasarkan pengalaman beliau, sewaktu mengajar di Universiti Malaya , beliau pernah diuji oleh seorang penuntut cekak yang sebelumnya pernah mempelajari Silat Gayung iaitu sdra Rauhi Isa. Sdra Rauhi dapat ditewaskan oleh beliau .

Tahun 1976 merupakan bermula era beliau bergerak di negeri Pahang. Beliau berhijrah dari Kuala Lumpur ke Kuantan Pahang atas permintaan Ustaz Hanafi bagi meneruskan perkembangan Silat Cekak di sana. Penghijrahan beliau disebabkan berlaku kekosongan apabila saudara Malino Junsi yang sebelum itu bertugas di Kuantan telah meninggal dunia. Oleh itu, semenjak tahun 1976 hingga sekarang, beliau menjadi wakil rasmi persatuan bagi mengembangkan Silat Cekak di bumi Pahang.

Di negeri Pahang juga beliau bertemu jodoh dengan Puan Jumilah Bt Omar. Hasil perkongsian hidup tersebut, beliau dikurniakan 4 orang cahaya mata, 2 lelaki dan 2 perempuan. Anak beliau yang sulong sekarang ini berusia 19 tahun manakala yang bongsu berusia 8 tahun.

Tempoh selama 31 tahun menyumbang bakti di bumi Pahang, telah menjadikan beliau seolah-olah seperti anak jati negeri Pahang. Oleh itu tidak hairanlah apabila nama beliau menjadi amat sinonim dengan Silat Cekak negeri Pahang dan di kalangan rakan senibela diri yang lain di negeri itu. Atas ketokohan dan pengalaman beliau juga, beliau telah dilantik sebagai Ahli Majlis Seni Beladiri Pahang yang bernaung di bawah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang sejak tahun 2005. Dan sebagai menghargai sumbangan yang berterusan terhadap kemajuan Seni Bela Diri di negeri Pahang, beliau telah dianugerahkan Anugerah Tertinggi Majlis Seni Beladiri Pahang iaitu Anugerah Penggerak pada bulan April 2006.

Sepanjang penglibatan beliau dengan Silat Cekak, beliau juga pernah mewakili Malaysia dalam acara Silat pada temasya Sukan SEA (SEA Games) ke-10 di Jakarta, Indonesia pada tahun 1979.

Apabila Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia ditubuhkan pada tahun 1994, beliau telah dilantik sebagai Ahli Majlis Muafakat Tertinggi (MMT) dan Ahli Lembaga Pelajaran dan Tatatertib (LPT) persatuan ini. Di peringkat negeri, beliau memegang jawatan Yang DiPertua Negeri Pahang dan juga Penyelia Persilatan bagi negeri Pahang sejak 1994 hingga 2005.
Beliau telah berkhidmat selama lebih 35 tahun dengan Silat Cekak dan merupakan Jurulatih Sepenuh Masa (SSM) persatuan ini selama lebih 30 tahun sehinggalah dinamakan sebagai Guru Utama pada 18 Mac 2007 oleh Majlis Muafakat Tertinggi Silat Cekak Hanafi.

Y.Bhg. Datuk Haji Maideen Bin Kadir Shah
(Sebagai rekod sejarah sahaja kerana hanya satu guru pada satu-satu masa maka tiada jawatan yang sesuai hendak diberikan kerana Guru Utama Silat Cekak Malaysia masih hidup). Sumber: http://silatcekak.org.my/index.php/perguruan/penyambung-amanah.html

Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah dilahirkan di Sg. Besi, Kuala Lumpur pada 18 Julai 1957 bersamaan 20 Z ulhijjah 1376H (Khamis).  Bapanya Kadir Shah bin Syed Maidin dan ibunya Julaiha bte Mohd Ibrahim. Beliau anak yang keenam daripada sembilan beradik. Mendirikan rumahtangga dengan Datin Hajjah Roznida bte Ali Omar pada 16 September 1984 bersamaan 20 Zulhijjah 1404H (Ahad).

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Pasar Road, Jalan Pudu (darjah 1 - 2).  Kemudian Sekolah Rendah Kebangsaan Ulu Klang (darjah 3 - 6).  Melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Lelaki Ampang (Ampang Boy School), Kuala Lumpur sehingga tingkatan tiga.  Dalam usia tersebut beliau lebih cenderung dalam bidang perniagaan bermula secara kecil-kecilan sehingga berjaya bergelar Tokoh Usahawan. Beliau juga dilantik sebagai Pengerusi Persatuan Peniaga-Peniaga Wisma Yakin, Kuala Lumpur (PPWY).

Dari kecil lagi beliau amat meminati seni silat.  Beliau pernah mempelajari Silat Gayung Malaysia ketika berusia 13 tahun.  Pada tahun 1974 semasa usia 17 tahun beliau belajar Seni Silat Cekak Malaysia dengan al-marhum Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad, Guru Utama dan Presiden PSSCM di Jalan Haji Sirat, Kg. Baru, Kuala Lumpur.  Datuk Haji Maideen telah berguru secara peribadi dalam bidang keagamaan dan persilatan dengan Ustaz Hanafi selama 10 tahun.  Kemudian berterusan dengan YM Tuan Haji Ishak bin Itam.

Semasa remaja, beliau berguru dengan Tuan Syed Harun secara formal dalam bidang al-Quran.  Pada tahun 1997 semasa usia 40 tahun, beliau telah mendalami ilmu al-Quran dengan Tuan Syed Mustaffa bin Syed Othman, Imam Masjid Damai Datuk Keramat selama 2 tahun sehingga khatam.
Pada tahun 1975 beliau telah mengambil Ujian Sijil Rendah Silat Cekak dan Ujian Sijil Menengah pada tahun 1980. Al-marhum Ustaz Hanafi telah melantik beliau sebagai Jurulatih pada tahun 1977. Ahli LPT dan AJK Pusat PSSCM pada tahun 1981. 

Beliau juga pernah mewakili PSSCM dalam Kejohanan Silat Olahraga Kebangsaan di Kuala Lumpur pada tahun 1984 dan mewakili negara dalam Kejohanan Silat Olahraga Sedunia pada tahun 1981 di Singapura serta 1982 di Jakarta Indonesia.

Atas pengalaman beliau selama 19 tahun dalam PSSCM, beliau dilantik sebagai Naib Presiden PSSCM oleh YM Tuan Haji Ishak bin Itam pada tahun 1993.  Semasa “Krisis 1993 dan 1994”, beliau telah bersama-sama berjuang mempertahankan PSSCM sehingga berjaya. Selaku orang kepercayaan Presiden dan Guru Utama, beliau seringkali diberi mandat mewakili Guru Utama dan Presiden dalam urusan yang melibatkan PSSCM, agensi kerajaan dan swasta. Ketokohan beliau sebagai seorang pemimpin, terbukti selama 35 tahun semasa khidmatnya dalam PSSCM.

YM Tuan Haji Ishak bin Itam telah menyerahkan Jawatan Guru Utama dan Presiden kepada Datuk Haji Maideen pada hari Rabu, 03 Jun 2009 bersamaan 09 Jamadil-Akhir 1430H di kediamannya dan secara beradat pada hari Khamis 23 Jun 2009 bersamaan 29 Jamadil-Akhir 1430H jam 1.00 pagi. Penyerahan ini telah di terima oleh semua pentadbir PSSCM dan Ketua Cawangan Negeri.  Kelas pertama diijazahkan oleh beliau sebagai Guru Utama adalah di Pusat Latihan Kuang pada hari Rabu 22 Julai 2009 bersamaan 29 Rejab 1430H seramai 116 orang.

Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah telah diisytiharkan sebagai Guru Utama PSSCM dan Pemangku Presiden PSSCM pada hari Sabtu 31 Oktober 2009 bersamaan 12 Zulkaedah 1430H semasa Mesyuarat Agung Perwakilan Luar Biasa PSSCM yang berlangsung di Hotel DePalma, Ampang.

Atas jasa-jasa beliau dalam sumbangan kepada masyarakat, DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung telah berkenan mengurniakan Pingat “Darjah Panglima Mahkota Wilayah” membawa gelaran DATUK pada 02 Februari 2009 bersamaan 06 Safar 1430H.  Beliau juga merupakan Ahli Dewan Perguruan Persekutuan Silat Kebangsaan (PESAKA) mulai 29 Disember 2009.