Berani mengisytiharkan kebenaran.
Diantara sifat orang yang ditarbiyah secara benar ialah dia berani isytihar kebenaran. Kerana kata Allah, "Kebenaran itu adalah daripada Tuhanmu, maka janganlah kamu menjadi orang yang ragu."...Dan mengisytiharkan kebenaran juga adalah perintah Nabi saw sepertimana sabdanya,
"Beritahulah yang haq walaupun pahit untuk didengar oleh orang lain."...Inilah yang Nabi saw ajar.
Barang siapa yang menyembunyikan kebenaran, maka Nabi saw menyebutnya sebagai "syaitan-syaitan bisu". Sekarang ni berapa ramai dalam masyarakat kita yang tergolong dalam golongan "syaitan bisu"?....Belambak tuan-tuan. Yang mengajinya hebat-hebat belaka; ada yang usuluddin, ada yang syariat Islam, sehingga ada yang mencapai PhD dan sehingga ke Masters Degree/1st degree pun ada; tetapi kadang-kadang mereka menjadi "syaithonul akhras" yakni syaitan bisu, kerana mereka lebih mengutamakan "kerusi empuk" daripada melihat kebenaran tertegak. Mereka lebih mengutamakan ribuan ringgit yang diterima setiap bulan daripada mereka mahu melihat masyarakat menegakkan "yang halal, dihalalkan. Dan yang haram, diharamkan."...Mereka membisu seribu bahasa. Maka mereka-mereka ini, pada hari qiamat kelak akan dikengkang mulut-mulut mereka dengan kengkang api neraka.
Maka sepanjang yang kami tahu dan pernah kami tanya, tidak pernah kami dengar walau sekali YM Almarhum Guru Utama Tuan Haji Ishak Itam guru kami menghalang Mad Radhi untuk buat silat.
Dan itu tidak bermakna kami kena ikut Md Radhi.
YM Almarhum Guru Utama Tuan Haji Ishak Itam tetap guru kami dan itulah kebenarannya dan kami tidak pernah ragu.
sumber.
No comments:
Post a Comment