Skuad Demo Pusat adalah tulang belakang kepada Guru Utama. Skuad Demo tiada wakil didalam LPT. Kebanyakkan ahli yang menyertai skuad demo di zaman krisis adalah muka-muka baru yang dilatih oleh orang lama yang masih tinggal yang berkhidmat dibawah Jabatan Penerangan.
Skuad Demo pada masa itu adalah senjata Guru Utama untuk mengembalikan keyakinan masyarakat terhadap PSSCM yang telah tercalar akibat krisis 93.
Hampir keseluruhan ahli skuad demo yang ditubuh selepas krisis 93 berlatih siang dan malam, berhujan berpanas menjalankan tanggungjawab mengadakan pertunjukan ke seluruh negara, kerana pada masa itu kualiti demo diperingkat negeri boleh dikatakan tidak mencapai standard Jabatan Penerangan.
Boleh juga dikatakan Skuad Demo Pusat adalah skuad elit pada ketika itu. Sangat kental dan mereka ini dilatih untuk berfikir secara cepat dan kritikal bila masa menjalankan pertunjukan dan juga dalam kehidupan seharian.
Perkataan elit ini menjadi satu trademark kepada mereka. Untuk menganggotai skuad demo pusat, setiap ahli itu perlu komited dalam latihan dan juga dihari pertunjukan. Disiplin amat dititik beratkan.
Sungguhpun begitu, perkataan elit ini amat dibenci oleh sesetengah pihak. Boleh jadi mereka memandang bahawa skuad demo ini hanya picisan dan ada juga yang memandang rendah keupayaan mereka.
Walaubagaimanapun, Skuad Demo Pusat yang elit ini mempunyai pengaruh kerana berjaya menarik ahli yang ramai.
Perkataan 'pengaruh' inilah menyakitkan hati beberapa pihak didalam persatuan.
Kerana ingin berebut pengaruh maka kekuatan skuad demo pusat ini mesti diseimbangkan atau dengan bahasa lunaknya dilemahkan. (Perlu diingat kerana perkataan 'pengaruh' juga si Saithu menawar diri sebagai Naib Presiden.)
Bagi skuad demo, pengaruh atau elit tidak pernah menjadi pakaian mereka. Yang mereka tahu, berdemo - apa yang mereka dapat? Mereka sendiri lah yang rasa - pada ketika itu.
Oleh kerana tuntutan keadaan maka wujud jugalah skuad demo diperingkat negeri untuk membantu Skuad Demo Pusat.
Jika dilihat dari sudut yang lain, perkembangan dan saingan ini sangat positif, dimana Skuad Demo Pusat tidak akan berupaya untuk memenuhi undangan demonstrasi jika ia diadakan dicawangan negeri, dan skuad demo peringkat negeri berjaya menampung dan membantu Jabatan Penerangan untuk memenuhi undangan. Dan skuad demo peringkat negeri ini juga adalah Tulang Belakang kepada Guru Utama.
Yang negatifnya adalah saingan ini dilihat sebagai kayu pengukur pengaruh "aku pun ada pengaruh, ingat pusat je ke yang ada pengaruh?"
Maka timbulah persaingan yang tidak sihat dan usaha menjatuhkan skuad demo pusat dengan alasan "skuad demo cawangan dibawah aku pun boleh buat."
Oleh kerana tiada wakil diperingkat LPT dan pentadbiran, dengan Jabatan Penerangan yang telah berjaya dilemahkan dengan segala hal maka Skuad Demo Pusat akhirnya menjadi kacau bilau. Mereka tidak punya wakil diperingkat pentadbiran. Peranan mereka telah dikesampingkan.
Ramai diantara mereka ini diserap menjadi tenaga pengajar dan lama kelamaan ahli demo mula bekurangan, hilang ceria dan akhirnya hidup segan mati tidak mahu.
Ahli-ahli skuad demo juga sentiasa berada dalam keadaan dilema. Mereka selalunya tidak diambil sebagai tenaga pengajar kerana selalu mendahulukan demo daripada mengajar.
Maka timbulah persoalan "demo penting atau mengajar penting?" Persoalan ini sentiasa menghantui ahli-ahli demo, hendak diluah mati emak, ditelan mati bapak.
Akhirnya mereka ini mula memberontak, hanya tinggal dalam kelompok mereka sahaja. Yang paling sadis adalah apabila pusat demo dikampung baru ditutup berikutan tutupnya cawangan wilayah akibat berebut kuasa dan pengaruh. Tutupnya cawangan wilayah adalah IBU kepada malapetaka PSSCM.
Ramai yang tidak tahu apa yang berlaku dan kenapa cawangan WP ditutup oleh Presiden PSSCM. (Dan kami sedang mendapatkan cerita / sejarah sebenar disebalik penutupan itu)
Maka sebermula daripada itulah skuad demo ini umpama jadi orang buangan. Sentiasa mengharapkan ehsan kelas untuk menumpang berlatih.
Dan bila ada latihan maka selalunya latihan mereka ini riuh sekampung menjadikan penyelia kelas latihan sebelah berangin.
Maka akhirnya kehadiran skuad demo ini umpama pengacau kepada kelas latihan. Lama kelamaan ia menjadi kecil dan hilang peranan bila ahlinya berjaya dipecah-pecahkan.
Hari ini tiada lagi istilah Skuad Demo Pusat Elit. Zaman itu sudah berlalu. Peranan demo sudah diganti dengan you tube. Demonstrasi yang ada hari ini umpama "recyle" kepada segala benda yang dihalang untuk dipertontonkan tetapi dibuat pula oleh mereka dahulunya yang menghalang untuk dipertontonkan, kononnya buah rahsia.
Jikalau dahulu demonstrasi di latih oleh orang demo, hari ini demonstrasi di latih oleh gang kaki pengkau kaki dengki, kaki plagiat.
Maka hari ini boleh dikatakan demo Silat Cekak adalah stereotype, tidak berkembang dan masih ditakok lama. Auranya sudah hilang entah kemana.
Sesuatu patut dilakukan oleh pengendali skuad demo bagi mengembalikan zaman gemilang Demonstrasi Silat Cekak dimata masyarakat.
Disamping itu, ada juga persoalan lain yang bermain disegelintir ahli, adakah Silat Cekak ini kerjanya berdemo sahaja?
Apa tujuan demo dan kemana akhirnya? Sesungguhnya ahli-ahli yang ingin berdemo sakan, dingatkan berfikirlah kemana akhirnya perjuangan demo anda.
Mungkin penulisan diatas ini sengaja tidak memperincikan atau menyentuh setiap peristiwa secara detail, mungkin juga kami terkhilaf dalam penceritaan tetapi mesejnya tetap jelas;
Jangan jadi mangsa keadaan - jangan sampai diperkudakan.
Maka yang buruk jadikan sempadan yang baik jadikan teladan.
Silat Cekak Maidin Bukan Silat Melayu.
Wassalam.
Mukang Sing.
No comments:
Post a Comment