Matanya yang tajam sekadar dua jarak mata si pemakai. Maka tiap-tiap yang terlihat dan terdengar maka sampailah ia. Sembunyi tempatnya seolah pemalu sifatnya.

Wednesday, 27 February 2013

Syaitan Bisu - syaithonul akhras


Berani mengisytiharkan kebenaran.
Diantara sifat orang yang ditarbiyah secara benar ialah dia berani isytihar kebenaran. Kerana kata Allah, "Kebenaran itu adalah daripada Tuhanmu, maka janganlah kamu menjadi orang yang ragu."...Dan mengisytiharkan kebenaran juga adalah perintah Nabi saw sepertimana sabdanya, 
"Beritahulah yang haq walaupun pahit untuk didengar oleh orang lain."...Inilah yang Nabi saw ajar.

Barang siapa yang menyembunyikan kebenaran, maka Nabi saw menyebutnya sebagai "syaitan-syaitan bisu". Sekarang ni berapa ramai dalam masyarakat kita yang tergolong dalam golongan "syaitan bisu"?....Belambak tuan-tuan. Yang mengajinya hebat-hebat belaka; ada yang usuluddin, ada yang syariat Islam, sehingga ada yang mencapai PhD dan sehingga ke Masters Degree/1st degree pun ada; tetapi kadang-kadang mereka menjadi "syaithonul akhras" yakni syaitan bisu, kerana mereka lebih mengutamakan "kerusi empuk" daripada melihat kebenaran tertegak. Mereka lebih mengutamakan ribuan ringgit yang diterima setiap bulan daripada mereka mahu melihat masyarakat menegakkan "yang halal, dihalalkan. Dan yang haram, diharamkan."...Mereka membisu seribu bahasa. Maka mereka-mereka ini, pada hari qiamat kelak akan dikengkang mulut-mulut mereka dengan kengkang api neraka.

Maka sepanjang yang kami tahu dan pernah kami tanya, tidak pernah kami dengar walau sekali YM Almarhum Guru Utama Tuan Haji Ishak Itam guru kami menghalang Mad Radhi untuk buat silat.

Dan itu tidak bermakna kami kena ikut Md Radhi.

YM Almarhum Guru Utama Tuan Haji Ishak Itam tetap guru kami dan itulah kebenarannya dan kami tidak pernah ragu.

sumber.

Thursday, 21 February 2013

Sejarah si Kabau - Minang Derhaka

Menurut sejarahnya, Sultan Mahmud Syah bergelar Khalifah Allah Akhir Zaman di Melaka pecah-perang dengan Belanda pada tahun 1641. Dalam perang itu angkatan Belanda dibantu oleh sekumpulan orang Minang untuk merebut bijih timah milik kerajaan Melaka. Tempat simpanan bijih timah Belanda adalah di Pulau Pangkor.

Pang Kor bukannya tempat baik, ia bermaksud tempat buang pancung orang bersalah, mirip Alcatraz dan Pulau Jerjak pada satu ketika dahulu. British pun pandai memilih tempat untuk buat perjanjian bersempena nama pulau ini. Kini pulau-pulau ini telah pun menjadi produk pelancongan.

Tempat simpanan bijih itu juga diserang oleh angkatan Melaka Sultan Mahmud Syah dari Phe-rak yang juga disertai oleh Hang Jebat, menyebabkan ramai Belanda terjun ke laut. Belanda sememangnya takut dan tidak percaya kepada orang Melayu. Siapa kata si Jebat gelaran bagi Pangeran Melayu dari Riau itu seorang yang derhaka?

KABAU! kata Baginda Sultan menyumpah golongan itu. Maka Kabau itu dalam Minang bermaksud Kerbau, tetapi dalam kisah ini bermaksud Derhaka - jadilah kumpulan itu Minang Derhaka yang mirip perangainya mungkin ada sampai ke hari ini.

Puak Kabau ini diberi kawasan oleh Belanda didalam daerah Melaka yang telah pun menjadi sebahagian daripada Negeri Sembilan yang namanya baru wujud di zaman British. 

Maka sesuai sangatlah si Tibang membina tugu peringatan di kawasan Kabau - telah disusun kisah dan sejarah kedua-duanya yang kita ketahui sebagai talibarut Belanda. Maka elok jugalah dinamakan sebagai tugu binaan Datuk Tibang Kabau.

Kota Belanda, Pulau Pang Kor.
(Jauh ke Bandar Hilir ke Pang Kor lalu ikut Selat Melaka bagi orang Belanda?)


Pusat Kristian Belanda 1753 Stadthuys Melaka Bandar Hilir. 

Ini Warisan Belanda bukannya Warisan Melayu. Apa yang hendak dibangga?

Walaupun begitu, bukan semua Minang menyokong dan cinta pada penjajah Belanda.

Telah dipesan berkali-kali jangan derhaka.

Sekian.

Lahabau! Hamlau! Ulau Belengkau atas Pagau.

Kasau Bahasa Kata orang Melaka.



Monday, 11 February 2013

Saithu Maideen Berjumpa Bomoh Pantai Bergelar Ustaz?

Penafian demi penafian dilakukan oleh juak-juak Saithu Maideen tanpa memberikan jawapan yang kukuh. Yang mereka tahu hanyalah menghantar barua bajingan yang mengutuk dan mendendang perkataan fitnah terhadap blog atau fesbuk yang membongkar segala kegiatan tidak bermoral mereka.

Telah nyata puak-puak pendokong Saithu Maideen ini tidak dapat menerima kebenaran. Mata dan telinga mereka telah ditutup. Segala maklumat dan ruang informasi ditutup serapat-rapatnya. Dan perkara ini memang telah dijangka.

Oleh itu buat para bloggers yang tidak makan saman, inilah masanya baju seluar puak-puak ini dilondehkan, kerana walapun mereka ini bulat telanjang tetap para penyokong mereka mengatakan baju mereka cantik, seluar mereka cantik - sesungguhnya mereka berasa diri tersangat cantik dek kerana dibuai atau mungkin dek kerana nyaman anu yang terbuai? Nak tau realiti, kena jentik BUKAN 'stalait'.


Si Olin Kaki Putau Kabau "Maideen tak pernah berbohong" - ye ke?

Mereka puak Saithu cuba menafikan hal minyak dagu tetapi nampaknya dalam cubaan melindungi gang minyak dagu ada pula tersangkut hal dengan kes Bomoh Pantai Port Dickson.

Cuba tanya puak-puak ni BETUL KE BOHONG si Saithu ada berjumpa Bomoh Pantai Port Dickson yang bergelar Ustaz?

Blog ini BUKAN blog FITNAH blog ini blog sejarah.

Silat Cekak Maidin BUKAN Silat MELAYU.

Wednesday, 6 February 2013

A POSER EXPOSED?

Masyarakat Silat perlu peka jangan tertipu kerana:

Pakaian boleh mengelirukan


Tetapi bukan pada semua 


A poser exposed!

Sudah terang lagi bersuluh.

Mari belajar bahasa Satu Malaysia:

poser

1.one who pretends to be someone whose not. 
2. who tries to fit in but with exaggeration 




Silat Cekak Maidin Bukan Silat Melayu

SERASI
Sejarah Realiti Silat Cekak سيلة كداه

Tuesday, 5 February 2013

Skuad Demo Pusat Mangsa Keadaan?

Skuad Demo Pusat adalah tulang belakang kepada Guru Utama. Skuad Demo tiada wakil didalam LPT. Kebanyakkan ahli yang menyertai skuad demo di zaman krisis adalah muka-muka baru yang dilatih oleh orang lama yang masih tinggal yang berkhidmat dibawah Jabatan Penerangan. 

Skuad Demo pada masa itu adalah senjata Guru Utama untuk mengembalikan keyakinan masyarakat terhadap PSSCM yang telah tercalar akibat krisis 93. Hampir keseluruhan ahli skuad demo yang ditubuh selepas krisis 93 berlatih siang dan malam, berhujan berpanas menjalankan tanggungjawab mengadakan pertunjukan ke seluruh negara, kerana pada masa itu kualiti demo diperingkat negeri boleh dikatakan tidak mencapai standard Jabatan Penerangan. 

Boleh juga dikatakan Skuad Demo Pusat adalah skuad elit pada ketika itu. Sangat kental dan mereka ini dilatih untuk berfikir secara cepat dan kritikal bila masa menjalankan pertunjukan dan juga dalam kehidupan seharian. Perkataan elit ini menjadi satu trademark kepada mereka. Untuk menganggotai skuad demo pusat, setiap ahli itu perlu komited dalam latihan dan juga dihari pertunjukan. Disiplin amat dititik beratkan. 

Sungguhpun begitu, perkataan elit ini amat dibenci oleh sesetengah pihak. Boleh jadi mereka memandang bahawa skuad demo ini hanya picisan dan ada juga yang memandang rendah keupayaan mereka. Walaubagaimanapun, Skuad Demo Pusat yang elit ini mempunyai pengaruh kerana berjaya menarik ahli yang ramai. 

Perkataan 'pengaruh' inilah menyakitkan hati beberapa pihak didalam persatuan. Kerana ingin berebut pengaruh maka kekuatan skuad demo pusat ini mesti diseimbangkan atau dengan bahasa lunaknya dilemahkan. (Perlu diingat kerana perkataan 'pengaruh' juga si Saithu menawar diri sebagai Naib Presiden.) 

Bagi skuad demo, pengaruh atau elit tidak pernah menjadi pakaian mereka. Yang mereka tahu, berdemo - apa yang mereka dapat? Mereka sendiri lah yang rasa - pada ketika itu. 

Oleh kerana tuntutan keadaan maka wujud jugalah skuad demo diperingkat negeri untuk membantu Skuad Demo Pusat. Jika dilihat dari sudut yang lain, perkembangan dan saingan ini sangat positif, dimana Skuad Demo Pusat tidak akan berupaya untuk memenuhi undangan demonstrasi jika ia diadakan dicawangan negeri, dan skuad demo peringkat negeri berjaya menampung dan membantu Jabatan Penerangan untuk memenuhi undangan. Dan skuad demo peringkat negeri ini juga adalah Tulang Belakang kepada Guru Utama. 

Yang negatifnya adalah saingan ini dilihat sebagai kayu pengukur pengaruh "aku pun ada pengaruh, ingat pusat je ke yang ada pengaruh?" Maka timbulah persaingan yang tidak sihat dan usaha menjatuhkan skuad demo pusat dengan alasan "skuad demo cawangan dibawah aku pun boleh buat." 

Oleh kerana tiada wakil diperingkat LPT dan pentadbiran, dengan Jabatan Penerangan yang telah berjaya dilemahkan dengan segala hal maka Skuad Demo Pusat akhirnya menjadi kacau bilau. Mereka tidak punya wakil diperingkat pentadbiran. Peranan mereka telah dikesampingkan.

Ramai diantara mereka ini diserap menjadi tenaga pengajar dan lama kelamaan ahli demo mula bekurangan, hilang ceria dan akhirnya hidup segan mati tidak mahu. 

Ahli-ahli skuad demo juga sentiasa berada dalam keadaan dilema. Mereka selalunya tidak diambil sebagai tenaga pengajar kerana selalu mendahulukan demo daripada mengajar. Maka timbulah persoalan "demo penting atau mengajar penting?" Persoalan ini sentiasa menghantui ahli-ahli demo, hendak diluah mati emak, ditelan mati bapak. 

Akhirnya mereka ini mula memberontak, hanya tinggal dalam kelompok mereka sahaja. Yang paling sadis adalah apabila pusat demo dikampung baru ditutup berikutan tutupnya cawangan wilayah akibat berebut kuasa dan pengaruh. Tutupnya cawangan wilayah adalah IBU kepada malapetaka PSSCM. 

Ramai yang tidak tahu apa yang berlaku dan kenapa cawangan WP ditutup oleh Presiden PSSCM. (Dan kami sedang mendapatkan cerita / sejarah sebenar disebalik penutupan itu)

Maka sebermula daripada itulah skuad demo ini umpama jadi orang buangan. Sentiasa mengharapkan ehsan kelas untuk menumpang berlatih. Dan bila ada latihan maka selalunya latihan mereka ini riuh sekampung menjadikan penyelia kelas latihan sebelah berangin. Maka akhirnya kehadiran skuad demo ini umpama pengacau kepada kelas latihan. Lama kelamaan ia menjadi kecil dan hilang peranan bila ahlinya berjaya dipecah-pecahkan. 

Hari ini tiada lagi istilah Skuad Demo Pusat Elit. Zaman itu sudah berlalu. Peranan demo sudah diganti dengan you tube. Demonstrasi yang ada hari ini umpama "recyle" kepada segala benda yang dihalang untuk dipertontonkan tetapi dibuat pula oleh mereka dahulunya yang menghalang untuk dipertontonkan, kononnya buah rahsia. 

Jikalau dahulu demonstrasi di latih oleh orang demo, hari ini demonstrasi di latih oleh gang kaki pengkau kaki dengki, kaki plagiat. Maka hari ini boleh dikatakan demo Silat Cekak adalah stereotype, tidak berkembang dan masih ditakok lama. Auranya sudah hilang entah kemana.

Sesuatu patut dilakukan oleh pengendali skuad demo bagi mengembalikan zaman gemilang Demonstrasi Silat Cekak dimata masyarakat. 

Disamping itu, ada juga persoalan lain yang bermain disegelintir ahli, adakah Silat Cekak ini kerjanya berdemo sahaja?

Apa tujuan demo dan kemana akhirnya? Sesungguhnya ahli-ahli yang ingin berdemo sakan, dingatkan  berfikirlah kemana akhirnya perjuangan demo anda.

Mungkin penulisan diatas ini sengaja tidak memperincikan atau menyentuh setiap peristiwa secara detail, mungkin juga kami terkhilaf dalam penceritaan tetapi mesejnya tetap jelas;

Jangan jadi mangsa keadaan - jangan sampai diperkudakan.

Maka yang buruk jadikan sempadan yang baik jadikan teladan. 

Silat Cekak Maidin Bukan Silat Melayu.

Wassalam.
Mukang Sing.