Matanya yang tajam sekadar dua jarak mata si pemakai. Maka tiap-tiap yang terlihat dan terdengar maka sampailah ia. Sembunyi tempatnya seolah pemalu sifatnya.

Friday, 11 October 2013

Sangat Mahal

Apa yang dipegang oleh arwah Pak Haji Zain sangat mahal. Apa yang dipegang oleh arwah Ustaz Hanafi setelah bertemu dengan gurunya Pak Haji Zain juga sangat mahal. Apa yang dipegang oleh arwah Pak Ak sama seperti yang dipegang oleh guru-gurunya. Sangat mahal lagi halus dan berseni.

Apakah yang dipegang oleh mereka itu? Jika hendak ditulis terasa benar tawar-nya nanti, dan sememangnya tidak boleh ditulis kerana ianya bukan bahan bacaan dan bukan juga amalan.

"Haram belajar, haram mengajar jika tidak tahkik dalam masalah ini...jangan tulis buat kitab," begitulah maksud larangan dan pesan arwah Ustaz Hanafi.

Nak buat buku silat, buku persatuan, sesiapa pun boleh buat, sesiapa pun boleh goreng mengikut faham masing-masinglah.

Tapi ini barang tak boleh goreng wooo...

Serasi.
(Kami tukang cerita jer.)

No comments:

Post a Comment