Ustaz Hanafi merantau mencari ilmu ketuhanan dan berjumpa Pak Haji Zain pada tahun 1957 dikala umurnya 34 tahun.
Kemudian baru dia memikirkan cara yang paling sesuai menyampaikan ilmunya itu kepada orang Melayu dengan cara yang bersesuaian dengan makna kemerdekaan.
Arwah Ustaz Hanafi tak kedekut dan amat sayangkan anak bangsanya. Jika tidak baik dia simpan sendiri Silat Cekak, maka tak adalah kisah anak murid derhaka yang simpan buah untuk dijadikan iktibar buat kami untuk menyampaikan kisah ini.
Maka hasil daripada itu terbitlah kata dari arwah Ustaz Hanafi, yang lebih kurang maksudnya:
"saya nak ajar Ak silat ini sampai Ak kenai Tuhan."
Kata-kata ini ada tertulis dalam soalan Ujian Sijil Rendah Pelajaran Silat Cekak.
Maka siapa yang ada sijil rendah bab teori akan menjawab lah soalan ini dengan hafalan mereka.
Setelah lulus maka kata-kata ini dipandang sepi. Tapi bukan semua yang memandang sepi.
Maka timbulah persoalan, tak kan guru je boleh kenai tuhan? Bagaimana pula dengan ahli-ahli cekak yang telah terkesan dijiwa dek kerana kata-kata ini?
Bagaimana yang dikatakan belajar silat sampai boleh kenai tuhan ni?
Siapakah yang bertanggungjawab memberi pencerahan berkenaan hal ini jika ditanya oleh para penuntut kelak?
Nak tunggu lammmmaa mana pula?
Arwah Pak Ak pernah bercerita tentang bab ini, tapi siapa yang ambil pot? Siapa yang rajin tukar topik masuk hal persatuan dan persilatan bila Pak Ak buka bab ini?
Mungkin bukan semua yang berminat kot?
Itu sebabnya dia cakap AJK pusat semua tak betui-betui paham apa dia. (khasnya puak barua yang tak paham bahasa)
Serasi.
(Kami ni tukang cerita bab yang mungkin telah hampir dilupakan oleh majoriti ahli silat cekak sekalian)
No comments:
Post a Comment