Ustaz Hanafi merantau mencari ilmu ketuhanan dan berjumpa Pak Haji Zain pada tahun 1957 dikala umurnya 34 tahun.
Kemudian baru dia memikirkan cara yang paling sesuai menyampaikan ilmunya itu kepada orang Melayu dengan cara yang bersesuaian dengan makna kemerdekaan.
Arwah Ustaz Hanafi tak kedekut dan amat sayangkan anak bangsanya. Jika tidak baik dia simpan sendiri Silat Cekak, maka tak adalah kisah anak murid derhaka yang simpan buah untuk dijadikan iktibar buat kami untuk menyampaikan kisah ini.
Maka hasil daripada itu terbitlah kata dari arwah Ustaz Hanafi, yang lebih kurang maksudnya:
"saya nak ajar Ak silat ini sampai Ak kenai Tuhan."
Kata-kata ini ada tertulis dalam soalan Ujian Sijil Rendah Pelajaran Silat Cekak.
Maka siapa yang ada sijil rendah bab teori akan menjawab lah soalan ini dengan hafalan mereka.
Setelah lulus maka kata-kata ini dipandang sepi. Tapi bukan semua yang memandang sepi.
Maka timbulah persoalan, tak kan guru je boleh kenai tuhan? Bagaimana pula dengan ahli-ahli cekak yang telah terkesan dijiwa dek kerana kata-kata ini?
Bagaimana yang dikatakan belajar silat sampai boleh kenai tuhan ni?
Siapakah yang bertanggungjawab memberi pencerahan berkenaan hal ini jika ditanya oleh para penuntut kelak?
Nak tunggu lammmmaa mana pula?
Arwah Pak Ak pernah bercerita tentang bab ini, tapi siapa yang ambil pot? Siapa yang rajin tukar topik masuk hal persatuan dan persilatan bila Pak Ak buka bab ini?
Mungkin bukan semua yang berminat kot?
Itu sebabnya dia cakap AJK pusat semua tak betui-betui paham apa dia. (khasnya puak barua yang tak paham bahasa)
Serasi.
(Kami ni tukang cerita bab yang mungkin telah hampir dilupakan oleh majoriti ahli silat cekak sekalian)
Matanya yang tajam sekadar dua jarak mata si pemakai. Maka tiap-tiap yang terlihat dan terdengar maka sampailah ia. Sembunyi tempatnya seolah pemalu sifatnya.
Monday, 21 October 2013
Maka Terbitlah Kata
Labels:
Serba Sedikit,
SRSC
Friday, 11 October 2013
Sangat Mahal
Apa yang dipegang oleh arwah Pak Haji Zain sangat mahal. Apa yang dipegang oleh arwah Ustaz Hanafi setelah bertemu dengan gurunya Pak Haji Zain juga sangat mahal. Apa yang dipegang oleh arwah Pak Ak sama seperti yang dipegang oleh guru-gurunya. Sangat mahal lagi halus dan berseni.
Apakah yang dipegang oleh mereka itu? Jika hendak ditulis terasa benar tawar-nya nanti, dan sememangnya tidak boleh ditulis kerana ianya bukan bahan bacaan dan bukan juga amalan.
"Haram belajar, haram mengajar jika tidak tahkik dalam masalah ini...jangan tulis buat kitab," begitulah maksud larangan dan pesan arwah Ustaz Hanafi.
Nak buat buku silat, buku persatuan, sesiapa pun boleh buat, sesiapa pun boleh goreng mengikut faham masing-masinglah.
Tapi ini barang tak boleh goreng wooo...
Serasi.
(Kami tukang cerita jer.)

Thursday, 3 October 2013
Kenal Diri Rata-Rata Baru Kenal Tuhan Yang Nyata
Oleh kerana Almarhum Pak Ak dan Almarhum Ustaz Hanafi seorang ulama hikam sambung menyambung dari gurunya sehingga ke Almarhum Pak Haji Zain dan ke atas, maka di ungkapkan kembali bait ini.
Semoga tidak dilupakan oleh seluruh ahli silat cekak sekalian.
Dewasa ini, jenuhlah kita tunggang terbalik nak memaham bait hikam diatas.
Tapi apa maksud yang hendak disampaikan oleh empunya kata, penulis kata-kata tersebut?
Apa yang menyebabkan sipenulis (tok alim) itu menyatakan begitu?
Macam-macam tafsiran:
1. Tuhan tu nyata bila kita kenal diri?
2. Kenal diri dulu baru kenal tuhan?
Betulkah maksudnya macam tu?
Tanpa bimbingan guru sebenar guru maka kelam lah sampai bila-bila (jika kita mengaji bab inilah, buat yang tak mengaji tak ambil pot pun tak pe)...pasai tu la dokkkk lammmmmmaaala seket (sampai naik kebas...)
Ayat diatas itu hendak menyatakan apa sebenar? Apa bendanya sebenarnya ni?
Bila dah faham ayat itu, apa kesannya pada jiwa yang memaham dan apa pula buktinya?
Ayat itu ingin membawa kita ke mana?
Dan, boleh kah tanpa memaham atau melalui bait diatas membawa kita ke arah yang cuba dimaksudkan oleh Tok Hikam itu?
Sekian
Serasi.
(Kami tukang cerita jer semoga ilmu ini tidak luput dari ingatan sekalian ahli cekak)

Salasilah Guru Silat Cekak,
Serba Sedikit
Subscribe to:
Posts (Atom)