Matanya yang tajam sekadar dua jarak mata si pemakai. Maka tiap-tiap yang terlihat dan terdengar maka sampailah ia. Sembunyi tempatnya seolah pemalu sifatnya.

Thursday, 6 October 2011

YM Haji Ishak Bin Itam telah dimasukkan ke hospital

Kuala Lumpur 6 Okt - YM Guru Utama PSSCM Tuan Haji Ishak Bin Itam telah dimasukkan ke hospital. Menurut sumber terdekat, tindakan memindahkan Ishak Itam dari rumahnya ke hospital adalah untuk memudahkan beliau mendapatkan diagnosis yang tepat dan rawatan moden daripada pihak pakar.

"Kami rasa sudah sampai masanya Pak Ak dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan diagnosis bersumber daripada pakar perubatan moden, sudah lama sangat dia terlantar dirumah."

Ditanya tentang tindakan yang bakal diambil oleh pihak persatuan kepada pihak yang bertanggungjawab memindahkan Haji Ishak ke hospital, katanya, pihak kami telah mendapat izin daripada waris kuat Haji Ishak Itam dan pemimpin tertinggi persatuan telah pun diberi maklum akan hal ini. Jadi tidak timbul soal berbangkit yang lain.

"Pihak keluarga sudah sedia maklum dan mereka pula mendapat keizinan daripada Hj Maideen untuk membawa Haji Ishak Itam keluar daripada Bukit Mertajam ke hospital, tidak timbul soal lain kerana anak lelakinya sendiri, waris tunggalnya telah memberi keizinan, lagipun apa salahnya di hospital?"

Menurut sumber itu lagi, Haji Ishak Itam sewajarnya mendapatkan rawatan yang lebih baik sesuai dengan umur dan jawatannya berbanding dengan apa yang ada sekarang. Keadaan Haji Ishak Itam tidak patut dirahsiakan daripada ahli-ahli persatuan, sebagai manusia biasa adalah lumrah mendapat sakit.

"Adat manusia menerima sakit, itulah hakikatnya," ujarnya lagi.

Menurut sumber itu lagi, mereka telah anggap Haji Ishak sebagai seorang bapa dan mahukan beliau mendapatkan rawatan yang selayaknya bagi seorang bapa daridapa seorang anak.

"Inilah didikan dan asuhan yang telah diberikan guru-guru Silat Cekak, berkhidmat paling terbaik untuk kedua ibu bapa, sewaktu susah dan senang, selagi ada hayat mereka." sambung sumber itu lagi.


Sumber.

No comments:

Post a Comment