Matanya yang tajam sekadar dua jarak mata si pemakai. Maka tiap-tiap yang terlihat dan terdengar maka sampailah ia. Sembunyi tempatnya seolah pemalu sifatnya.

Sunday, 30 October 2011

Ma Rabbuka?...Allah is my God!

Siapa Tuhan Kamu? Rasa ramai yang 'familiar' dengan soalan cepumas tersebut. 

Dulu soalan yang sama pernah ditanya oleh seorang ustaz kepada rakan sekolah aku: "Kalau ditanya Mungkar NangkirMarabbuka apa kamu nak jawab?" Soal ustaz kepada kelas. Dengan selamba kawan aku mengangkat tangan lalu menjawab: "Allah is my God!"

Satu kelas "kerang" perut.

Walaubagaimanapun telah lama ku tinggalkan alam persekolahan. Bila ada peluang bertemu cerita yang sama membuatkan kami "mengalir air mata". 

Tetapi rakan-rakan sekolah aku bukan ahli Persatuan Silat Cekak. Mereka tidak ada rezeki bertemu Guru Silat Cekak. Tapi mereka ada rezeki ketemu guru agama yang lain. 

Fahaman mereka kadang-kadang lebih cantik jika hendak dibandingkan dengan segelintir ahli Silat Cekak yang dikatakan berguru dengan Guru Mursyid lagi Siddiq. Samada benar berguru, atau mendakwa berguru atau hanya sekadar tumpang nama Guru siapakah yang tahu?

Oleh itu masuk neraka kah mereka yang bukan Ahli Persatuan Silat Cekak? Diterima atau tidak amalan mereka? Apakah jaminannya jika menjadi ahli Persatuan Seni Silat Cekak membawa kita kepada fahaman yang sebenar yang dikehendaki oleh Guru yang Murshid lagi Siddiq?

Apakah perdu asal perjuangan yang dibawa oleh Almarhum Ustaz Hanafi bin Haji Ahmad? Adakah fahaman yang sama dianuti oleh semua Orang Lama Silat Cekak? Adakah fahaman yang sama juga dianuti oleh semua ahli Silat Cekak?

Jikalau sama kenapa boleh berpecah? Berpecah kerana salah faham atau kerana terlebih faham atau kerana tidak faham? 

Perjuangan yang ada sekarang ini sebenarnya mengikut fahaman Guru atau menganut fahaman Orang iLama?

Katanya faham yang boleh bawak bersilat dalam kubur, nak tanya juga bersilat reramai ke bersilat sensorang? Tak puas nak bersilat atas dunia nak bersilat pulak dalam kubur? Aktif persatuan silat, sampai bawak mati. Sesiapa yang ada pengalaman mati dan pernah bersilat dalam kubur yang terbaca blog ni boleh la jawab.

Lepas itu, perjuangan apa pulak tu sampai ada yang jadi terlebih mutlak daripada mutlak, terlebih melayu daripada melayu?

Apa pun yang terjadi aku bersetuju dengan jawapan sempoi kawan aku tu bahawasanya ... Allah is my God.

Any objection?


Friday, 28 October 2011

Sinar Harian : Silat hindar kejadian tidak diingini

Tidak lengkap digelar orang Melayu, sekiranya tidak memiliki seni mempertahankan diri yang sinonim dengan masyarakat ini iaitu seni silat. Walaupun di Malaysia pelbagai jenis silat boleh dipelajari dengan gaya berbeza, tetapi matlamatnya semua sama untuk mempertahankan diri dari musuh atau bahaya. Ia juga banyak mendatangkan kebaikan kepada si pesilat sekiranya niat mereka untuk mempelajarinya adalah untuk kebaikan.

Namun ada sesetengah ibu bapa yang menolak dan melarang anak-anak mereka mempelajari seni silat ini kerana beranggapan ia penuh dengan ilmu sesat. Kononnya apabila mahu mula belajar silat, perlu meyimbah darah ayam keliling gelanggang terlebih dahulu dan bermacam lagi perkara yang bidaah.

Tetapi kini, semua perkara yang karut-marut telah mengalami perubahan kerana guru-guru silat sekarang sudah tahu tentang hukum dan perkara yang melibatkan bidaah dan khurafat. Amalan-amalan bertentangan dengan syariat agama Islam telah dibuang sepenuhnya.

Silat hindar kejadian tidak diingini

Penaung merangkap Guru Utama Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia, Marui @ Marwi Latif berkata, tujuan silat atau seni mempertahankan diri yang utama adalah untuk mempertahankan diri dari serangan musuh.

Tetapi katanya, konsep ini seharusnya dilihat dengan lebih luas, kerana silat atau seni mempertahankan diri yang lain, bukan sahaja mengajar cara untuk berhadapan dengan musuh tetapi juga membina kekuatan jasmani pengamalnya.

“Setiap silat ada cara tersendiri dan kebanyakannya tidak menyimpang dari ajaran agama.

“Dalam apa juga perkara, kita perlu menyerahkan segalanya kepada ALLAH SWT dan berdoa agar segala apa yang kita kerjakan mendapat keredaan-NYA begitu juga dengan seni silat ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, semua perkara ini menepati kehendak Islam yang menginginkan penganutnya sentiasa sihat dan kuat. Sepertimana dalam sebuah hadith yang direkodkan Imam Muslim, bahawa Nabi SAW berkata:“Seorang mukmin yang kuat lebih baik dan dicintai oleh ALLAH daripada mukmin yang lemah.”

“Matlamat silat semuanya sama, iaitu mahukan kebaikan dan menghindar dari kejadian tidak diingini apabila ilmu mempertahan diri telah dipelajari.

“Saya juga pernah mendengar sesetengah silat mempunyai 'pendamping' jika mahu mempelajari silat, tetapi itu mungkin dahulu dan tidak lagi dipraktikkan kerana kebanyakan silat kini tahu batasan agama yang perlu diikuti,” katanya.

Bergantung kepada ALLAH

Marui yang telah berkecimpung dalam dunia persilatan sejak 1972 berkata, pendekatan Silat Cekak Hanafi ke arah tauhid atau pegangan Ahli Sunah Wal Jamaah iaitu perlu berusaha melatih diri dalam mempertahankan diri bersungguh-sungguh, tetapi jangan bergantung kepada diri sendiri kerana kuasa yang mutlak adalah di sisi ALLAH semata. Justeru mesti berlatih bersungguh-sungguh kemudian tawakkal atau berserah diri kepada ALLAH.

“Kebanyakan masyarakat luar yang tidak tahu latar belakang silat akan membuat pelbagai andaian yang tidak benar mengenai ilmu persilatan ini.

“Justeru, sebaiknya mereka perlu mendapatkan maklumat terperinci mengenai silat itu dengan pihak yang berkaitan atau dengan guru silat itu sendiri agar mereka tahu bahawa silat tersebut tidak ada unsur-unsur karut diamalkan,” jelasnya.

Beliau yang mempunyai empat cahaya mata berkata, mempelajari silat itu satu kelebihan yang perlu dipelajari, terutama masyarakat Melayu kerana ia menggambarkan warisan Melayu seperti kaum lain yang memiliki seni mempertahankan diri masing-masing.

“Cuma apa yang perlu dilakukan adalah selidik terlebih dahulu silat berkenaan adakah ia berlandaskan agama ataupun tidak seterusnya baru mempelajarinya," ujarnya.

Diturunkan generasi ke generasi

Tambahnya, Silat Cekak Hanafi ini ada beberapa peringkat untuk dipelajari yang mengambil masa tujuh bulan untuk ditamatkan. Namun walaupun telah tamat belajar, pesilat masih boleh meneruskan pembelajaran mereka sehingga masih berminat.

“Hal ini kerana, jika tidak diamalkan, silat itu mungkin akan dilupakan dan ia hanya mendatangkan kerugian kepada pesilat itu. Ia banyak memberi kelebihan selagi niat belajar silat itu untuk kebaikan.

“Justeru, sejak ditubuhkan sehingga kini, masih ada pesilat yang terus bersilat walaupun usia mereka telah lanjut dan ada juga yang menjadi penyelia kelas serta jurulatih di samping menyampaikan ilmu ini kepada generasi sekarang,” katanya.

Kelebihan silat juga, diajar agar tidak boleh derhaka kepada guru, tidak boleh derhaka kepada ibu, tidak boleh derhaka kepada bapa, tidak boleh bergaduh sesama ahli dan tidak boleh mencaci silat Melayu asli lain.

“Pesilat bukan hanya belajar silat semata-mata, tetapi mereka belajar semua perkara mengenai kehidupan agar ilmu ini tidak sia-sia,” katanya.

Kesimpulannya, seni mempertahankan diri atau seni bela diri tidak kiralah sama ada silat, tekwando, aikido dan lain-lain, haruslah bersih daripada perbuatan yang menyalahi syariat serta tidak mendatangkan bahaya kepada pengamalnya.

- Dipetik daripada Web Cekak Hanafi petikan Akhbar Sinar Harian, 28 Oktober 2011

Thursday, 27 October 2011

Silat Cekak masa kini oleh Pak Kaduk Ahli Strategi

Sekarang ini sedar atau pun tidak sedar semua nama guru guru yang memimpin silat cekak di ketika ini mempunya pangkal nama bermula dengan huruf M..

M pertama Maidden yang memimpin Cekak Malaysia guru pertama yang dilantik bukan dari kalangan orang Melayu maka status taraf gurunya diragukan dan dengar ceritanya perlantikkan Maidden tidak di senangi oleh penyokong penyokong Isyak Itam. Kalau Guru Maidden ini nak berceramah susah lah skit kalau menyentuh bangsa Melayu sebab dia nih keturunan Keling yang nyata pengikut akan kerap tertipu dengan tindak tanduk Guru ini. Sebab bila bercakap tentang silat ianya tidak lari dari susur galor rumpun Melayu maka bilamana Sebuah pertubuhan SILAT Melayu tetapi dipimpin oleh seorang berbangsa Keling agak meragukan juga ketulinan dan keaslian Silat itu sendiri. Biasalah bila berlaku pertukaran pemimpin maka sedikit sebanyak akan berlaku juga perubahan corak kepinpinan mengikut siapa yang meminpin.

Kepada Silat Cekak Malaysia selamat majujaya dan sediakanlah jawapan untuk pertanyaan dari ahli baru sudah tiada kah orang Melayu untuk memimpin Silat Cekak?

M kedua pula ialah Mad Radhi kadang kadang di tambah Al Qodhi kadang kadang tak ada, tah apa menda Al Qhodi pun Pak kaduk pun tak pasti , yang kini memimpin Cekak Pesaka seorang guru yang berstatus guru dalam perbicaraan kerana Mencabul Gadis Sunti Anak Rakan Baik Sendiri. Walaupun sudah menubuhkan Persatuan baru di peringkat negeri tetapi masih belum mendaftarkan penubuhan persatuan Induk, mengapa ? tidaklah ada didalam firasat dan maklumat Pak Kaduk. Tetapi jika mengikut kajian kertas Penubuhan Cekak Pesaka Negeri hanya untuk mengaburkan pihak pihak tertentu supaya pembohongan boleh terus berlaku tanpa disedari.

Bila berdepan dengan pengikut taksubnya Mad Radhi akan mengatakan dirinya masih lagi Guru Utama Cekak Hanafi ( untuk menyembunyikan bohong yang terdahulu bahawa sebenar dirinya telah di pecat atas kesalahan Mencabul Gadis Sunti Anak Rakan Baik Sendiri).

Bila bersama dengan pengikut baru maka digunakan jenama Cekak Pusaka yang menutup sejarah hitam bekas Guru Utama ini ketika bersama Cekak Hanafi.

M yang ketiga ialah Marwi Latif Guru Utama Silat Cekak Hanafi, Seorang yang telah dilantik untuk menerajui dan meneruskan amanah yang ditinggalakan oleh Almarhum Ustaz Hanafi setelah beberapa orang bekas guru silat cekak ini mengkhianati perjuangan Almarhum Ustas Hanafi.

Seorang berperwatakan sederhana yang tidak pernah bercakap melebihi pengetahuan nya saperti mana berlakunya pada Ishak Itam yang mempersendakan Nabi Muhamad, walaupun telah mengistiharkan bertaubat tetapi pada perjuangan Silat Cekak sudah tidak boleh membiarkan seorang yang pernah rosak akidahnya memimpin Silat Cekak, begitu juga dengan Mad Radhi al - kodi yang telah merosakkan nama Silat Cekak Hanafi dengan kes Mencabul Anak Gadis Rakan Baik nya Sendiri juga seorang yang kuat berbohong bagi Silat Cekak orang yang rosak ahklaknya juga tidak layak untuk memimpin Silat Cekak ini ( walaupun cuba menegakkan benang yang basah Mad Kodi masih gagal mencapai noktah kebenaran kerana tiada lagi sifat Sidiq pada dirinya).

Kini En.Marwi Latif bersama dengan pendokong dan pejuang pejuang yang setia meneruskan amanah Almarhum Ustaz Hanafi sedang rancak mengerakkan dan memutihkan Persatuan Cekak Hanafi yang telah melalui lorong hitam gelap akibat perbuatan bekas Guru nya yang terdahulu Mad Radhi Al Kodi.

Silat Cekak Hanafi kini sedang rancak mempersiapkan aktiviti sambutan Perayaan 45 Tahun Cekak, Pelbagai aktiviti telah disusun untuk memeriahkan aktiviti sambutan perayaan. Bersempena dengan sambutan Perayaan 45 Tahun Cekak, Pihak Persatuan Cekak Hanafi juga telah memperkenalkan satu pendekatan baru untuk menarik orang ramai mempelajari Silat Cekak yang semestinya Silat Cekak Hanafi yang diberi nama PANDAI SILAT @ CEKAK HANAFI dan kempen ini akan berterusan selamanya. Semoga diberkhati Allah.

Dan M seterusnya ialah? MISTERI kenapa misteri? kerana selain dari kekecohan perlantikan Maiden sebagai Guru Utama Cekak Malaysia, Ishak Itam sendiri ada menyimpan nama orang yang akan mengantikan dirinya selepas beliau meninggal dunia nanti. Yang khabarnya maiden bukan lah pilihan Ishak Itam untuk mengantikan dirinya. Perlantikan Maiden adalah diatas susun atur dan mainan ipar duai didalam pentadbiran Persatuan Cekak Malaysia.

Mungkinkah akan ujudnya satu lagi persatuan yang akan menceriakan lagi dunia persilatan Silat Cekak di Malaysia ini, tunggu dan nantikan akan kelahiran Persatuan Seni Silat Cekak Misteri Malaysia nanti.

Sunday, 23 October 2011

Orang Silat Rosak Akidah?

Jikalau parti politik buat perhimpunan nanti berdedai-dedailah orang silat ke depan menunjukkan muka menjadi juara. Tetapi jikalau perhimpunan Sejuta Umat Menyelamatkan Akidah langsung haram tidak nampak muka.

Lebih-lebih lagi NGO Silat Cekak yang diasaskan oleh Almarhum Ustaz Hanafi bin Hj Ahmad yang memang selama ini banyak bercakap soal tauhid dan iktikad ahli-ahlinya.

Inikah petandanya bahawa pemimpin silat yang ada sekarang sebenarnya sudah tiada roh Islam, sudah longlaikah pegangan hati mereka?

Apa sudah jadi dengan silat?

Friday, 7 October 2011

YM Tuan Haji Ishak Itam dilaporkan stabil

Kuala Lumpur 7 Okt - YM Tuan Haji Ishak Itam yang telah dimasukkan ke sebuah hospital pakar baru-baru ini dilaporkan dalam keadaan stabil. Walaupun telah berjaya menjalani diagnosis dan ct scan secara awalan, pihak hospital tidak dapat menjalankan rawatan dan pemeriksaan lanjut terutama sekali pada bahagian saraf dan percakapannya, kerana ada pihak yang secara tergesa-gesa dan bertegas untuk membawanya pulang ke Bukit Mertajam malam semalam.

Sekian.

Thursday, 6 October 2011

YM Haji Ishak Bin Itam telah dimasukkan ke hospital

Kuala Lumpur 6 Okt - YM Guru Utama PSSCM Tuan Haji Ishak Bin Itam telah dimasukkan ke hospital. Menurut sumber terdekat, tindakan memindahkan Ishak Itam dari rumahnya ke hospital adalah untuk memudahkan beliau mendapatkan diagnosis yang tepat dan rawatan moden daripada pihak pakar.

"Kami rasa sudah sampai masanya Pak Ak dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan diagnosis bersumber daripada pakar perubatan moden, sudah lama sangat dia terlantar dirumah."

Ditanya tentang tindakan yang bakal diambil oleh pihak persatuan kepada pihak yang bertanggungjawab memindahkan Haji Ishak ke hospital, katanya, pihak kami telah mendapat izin daripada waris kuat Haji Ishak Itam dan pemimpin tertinggi persatuan telah pun diberi maklum akan hal ini. Jadi tidak timbul soal berbangkit yang lain.

"Pihak keluarga sudah sedia maklum dan mereka pula mendapat keizinan daripada Hj Maideen untuk membawa Haji Ishak Itam keluar daripada Bukit Mertajam ke hospital, tidak timbul soal lain kerana anak lelakinya sendiri, waris tunggalnya telah memberi keizinan, lagipun apa salahnya di hospital?"

Menurut sumber itu lagi, Haji Ishak Itam sewajarnya mendapatkan rawatan yang lebih baik sesuai dengan umur dan jawatannya berbanding dengan apa yang ada sekarang. Keadaan Haji Ishak Itam tidak patut dirahsiakan daripada ahli-ahli persatuan, sebagai manusia biasa adalah lumrah mendapat sakit.

"Adat manusia menerima sakit, itulah hakikatnya," ujarnya lagi.

Menurut sumber itu lagi, mereka telah anggap Haji Ishak sebagai seorang bapa dan mahukan beliau mendapatkan rawatan yang selayaknya bagi seorang bapa daridapa seorang anak.

"Inilah didikan dan asuhan yang telah diberikan guru-guru Silat Cekak, berkhidmat paling terbaik untuk kedua ibu bapa, sewaktu susah dan senang, selagi ada hayat mereka." sambung sumber itu lagi.


Sumber.