Matanya yang tajam sekadar dua jarak mata si pemakai. Maka tiap-tiap yang terlihat dan terdengar maka sampailah ia. Sembunyi tempatnya seolah pemalu sifatnya.

Wednesday 18 September 2013

Sila Labelkan Silat Anda

KUALA TERENGGANU 17 Sept. - Lambakan songket terutamanya dari Pakistan dan India yang dijual secara meluas di negara ini mengancam masa depan industri songket tradisional tempatan.

Pengerusi Kraftangan Malaysia, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, apa yang dikesalkan, terdapat usahawan songket sendiri yang membawa masuk dan memasarkan produk berkenaan di Malaysia.

Dalam hubungan ini jelas beliau, pihaknya tidak mempunyai kuasa untuk menyekat produk asing itu walaupun dilihat membunuh industri warisan.

"Lagipun, ia merupakan perniagaan yang dibuat secara telus dan tidak menyalahi undang-undang. Tetapi, apa yang kita boleh buat ialah kita labelkan... kita tag bahawa mana produk yang asli dan buatan Malaysia.

"Kita cuma boleh menyebarkan kepada orang ramai bahawa songket ini bukan songket asli yang dibuat di Malaysia. Dalam program-program kraf tangan, promosi setempat dan program besar, kita juga tak benarkan songket ini (songket import) dijual,'' katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai kebanjiran songket-songket dari luar negara di beberapa lokasi tumpuan termasuk di Pasar Payang di sini sehingga membimbangkan pengusaha-pengusaha songket sedia ada terutamanya para penenun songket tempatan.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau menyarankan para pembeli songket yang ditipu supaya membuat laporan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM).

"Kita selalu nasihatkan pengguna (pembeli songket) supaya berhati-hati dalam hal ini. Belilah songket yang hanya mempunyai tag buatan Malaysia sahaja," katanya.



Sohaimi Shahadan (dua dari kanan) menerangkan perbezaan kualiti antara songket Terengganu dan songket dari Pakistan dan India kepada beberapa pengusaha songket di Kuala Terengganu, semalam. - UTUSAN/AZLAN BAHRUM


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130918/dn_17/Songket-Pakistan-India-jadi-ancaman#ixzz2fBKINhRc
© Utusan Melayu (M) Bhd 


KAMI DAH LAMA BUAT TAGGING Silat India, Pakistan, Silat Yahudi dan Silat Asli hak Melayu punya...

Serasi.

No comments:

Post a Comment