Jika hendak diceritakan Amanah dan Mandat didalam blog ini alamat semua orang akan mengaku menjadi guru dan menyamar sebagai pembawa amanah dan mandat.
Tetapi guru telah menceritakannya, yang tahu tahulah, yang faham fahamlah, yang dapat tangkap maka dapatlah.
Memang Amanah dan Mandat itu amat berat. Dulu caranya melalui silat, kerana silat itu adalah alat. Tetapi adakah wajib Amanah dan Mandat itu melalui jalan silat?
Mungkin boleh mungkin tidak, harus bergantung kepada penerima Amanah dan Mandat tersebut.
Dan apabila melihat pada keadaan dunia hari ini dan situasi sekarang ini sesungguhnya TANGGUNGJAWAB ITU AMAT BERAT buat mereka yang mengetahuinya.
Duduknya pada makam harus yang pada ketika ini menghampiri mustahil pada hukum akal fikiran melainkan (buat mereka yang yakin penuh atas kurnia yang diberikan dan) dengan kehendak Allah taala yang menguasai segala sesuatu yang kata jadi maka jadilah.
Hakikatnya kita tidak lepas barang satu saat dan ketika daripada pertolongan Allah taala.
Sebab IA AMAT BERAT.
Kami tukang cerita jer.
Sekian.
SRSC 2007.
lebih tepat pada 27/10/2007 yakni tahun ke 21 YM Hj Ishak sebagai Guru Utama Silat Cekak.
No comments:
Post a Comment