Assalamualaikum wbt buat seluruh anak-anak Cekak SeMalaysia.
Sudah sampai masanya sejarah silat cekak di Malaysia ini dibongkar dan disatukan kembali bukan atas dasar persatuan atau organisasi. Maka web ini dilancarkan antara lainnya bertujuan untuk menyelidik dan mengumpul segala bahan sejarah realiti silat cekak sejak mula namanya dikenalpasti iaitu dizaman perang dynasti kerajaan Melayu Siam-Kedah Tua menentang kemasukan Sukhotai dan British sehinggalah ke konflik bersifat politik yang melibatkan pentadbiran persatuan yang menggunakan nama Silat Cekak pada tahun 1993.
Untuk pengetahuan anak-anak Cekak sekalian, kami bukanlah baru dalam mengikuti perkembangan hal konflik dan politik pentadbiran persatuan yang mana sejak daripada mulanya zaman blog nukilan Big Body Guy, Pak Kaduk yang kemudiannya berkembang menjadi Sepak Minang, Cekak Pendusta, Sapa Habaq dan bermacam-macam lagi blog yang membicarakan tentang Silat Cekak. Bagi kami, pendapat mereka itu semuanya betul dan benar belaka, terhasil akibat dari rasa cinta dan kasih pada perjuangan Silat Cekak hak pusaka bangsa Melayu yang dizahirkan kembali ke alam maya oleh Almarhum Ustaz Hanafi b. Hj Ahmad.
Diharap dengan adanya blog ini, maka sudut pandang dan minda ahli-ahli anak-anak cekak sekalian akan lebih terbuka menilai sejarah perkembangan Silat Cekak daripada segenap penjuru, daripada sejarah realitinya sehinggalah yang bersifat persatuan yang sudah pun berumur 46 tahun.
Diharap juga pemilik-pemilik blog yang berkaitan sudilah membenarkan kami meletakkan link anda disini supaya tidak terlepas pandang oleh mana-mana pihak yang ingin mencari kebenaran. Sayang jika hasil tulisan anda yang baik itu tidak dikongsikan bersama yang lain. Begitu juga pada lain-lain blogger yang ada menghasilkan kajian dan perspektif yang menarik tentang Silat Cekak, maka usaha anda juga akan kami ketengahkan disini.
Insyaallah, portal SRSC ini akan berkembang selari dengan perkembangan dan input Silat Cekak dari hari ke hari bermula dari tarikh hari ini 9 September 2011 bersamaan 11 Syawal 1432.
Semoga pecahlah ruyung, runtuhlah tembok pemisah antara sekalian anak-anak Cekak SeMalaysia.
Semoga pecahlah ruyung, runtuhlah tembok pemisah antara sekalian anak-anak Cekak SeMalaysia.
Segala input daripada pihak anda yang baik budi amatlah kami dihargai.
Sungguhpun begitu, jika dalam usaha kami itu terdapat salah dan silap, terkhilaf fakta mahupun kata maka kami pohon ampun dan maaf seawal-awalnya.
Dengan itu kami sudahi dengan salam sejahtera buat sekalian yang membaca.
Team Sejarah Realiti Silat Cekak.
Admin SRS-C (Serasi)
sejarahrealitisilatcekak@yahoo.com
sejarahrealitisilatcekak@yahoo.com
SEJARAH REALITI SILAT CEKAK dengan ini membawakan blog-blog tersohor aliran Silat Cekak yang terdapat di Malaysia:
Big Body Guy:
"Pembentang Kemungkaran Yang Tersembunyi"
Cekak Pendusta:
"Bila mata bertentang mata
Lidah kelu tidak terkata
Gerak langkah mati sekata
Badan kaku menjadi binasa"
Pak Kaduk:
Pak Kaduk Ahli Strategi
"Jauhnya Perjalanan.."
Sapa Habaq:
"Pertemuan & Bicara Yang Benar"
Sepak Minang:
RUNTUHNYA CEKAK TANPA KESEDARAN,
DENDAM BERMUSUH WUJUDLAH TUJUAN,
BERPESTA RIA MENGGAGALKAN IMPIAN,
HUJUNGNYA KITA BANTUTKAN PERJUANGAN
No comments:
Post a Comment