Matanya yang tajam sekadar dua jarak mata si pemakai. Maka tiap-tiap yang terlihat dan terdengar maka sampailah ia. Sembunyi tempatnya seolah pemalu sifatnya.

Tuesday 18 June 2013

SILAT KALIMAH BAWAAN SYIAH?


Berikut adalah petikan daripada
MEMORANDUM
MAJLIS SYIAH MALAYSIA
o 10-12, Jalan 4/4C, Desa Melawati, 53100 Kuala Lumpur.


Tarikh : 6 Jun 2011/ 5 Rejab 1432H
Kepada:-
DULI YANG MAHA MULIA,
YANG DI PERTUAN AGONG,
AL-WATHIQU BILLAH,
TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN IBNI,
ALMARHUM AL-SULTAN MAHMUD AL-MUKTAFI BILLAH SHAH AL-HAJ

Melalui,

PERDANA MENTERI MALAYSIA
Y.A.B DATO’ SERI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK
Pejabat Perdana Menteri,
Blok Utama, Bangunan Perdana Putra,
Kerajaan Persekutuan Pusat Pentadbiran,
62502 Putrajaya, MALAYSIA 

Diantaranya berbunyi berikut...


Menurut Persatuan Silat Kalimah Malaysia dan tertera dalam Website mereka: http://www.silat-kalimah.com, pengasas mereka adalah bernama Syeikh Abdullah Rafaei Qibrari atau Syeikh Tajred. Beliau adalah seorang pedagang dan juga seorang mubaligh Islam. Beliau berasal dari Tanah Besar Parsi dan seorang Islam yang bermazhab Ahlul Bayt (Syiah). Sultan Kedah pada waktu iaitu yang bernama Phra Ong Mahawangsa telah memeluk Islam dan menggantikan nama Baginda kepada Sultan Muzaffar Shah.


Pengaruh Parsi (Syiah) telah mencorak kemasukan Islam di alam Melayu serta Benua Kecil Siam. Pengaruh Parsi dalam tamadun Melayu jelas dapat dilihat dalam lapangan bahasa, kebudayaan dan keagamaan umpamanya kitab Taj al-Salatin13 banyak merujuk daripada kitab-kitab Parsi.14 Betapa eratnya hubungan Melayu dan Parsi terjalin sehingga sejak awal-awal lagi kesultanan Melayu sudah memakai nama Syah dari bahasa Parsi yang melambangkan kedudukan mereka sebagai raja. Ketika itu pengaruh Parsi ini juga berkembang pesat di Shahr Nuwi Ayuthiya.15



_______________ end.
Oleh kerana itu terang dan jelas Silat Cekak yang berakidah Ahli Sunnah Waljamaah sangat berbeza daripada Silat Kalimah yang dengan terang mengaku berakidah dengan Iktikad Syiah.
Ini kerana kaedah silat itu sendiri dan penyesuaian iktikadnya tidak selari dengan ajaran Syiah yang dibawa oleh seorang Yahudi bernama Abdullah ibn Saba'- inilah pangkalnya.

Menurut ulama Ahli Sunnah Waljamaah, Iktikad Syiah adalah iktikad Yahudi maka ia bukan iktikad sebenar Islam yang diambil dari Rasullullah s.a.w dan para sahabat R.A selepasnya.

Oleh kerana itu adalah boleh disangsikan juga raja-raja di Benua Kecil Siam sehingga ke Ayataya itu adalah penganut Islam yang benar dari Rasulullah s.a.w jika dia adalah penganut Syiah.

Jadi silat yang mana, raja yang mana menampakkan bayang mengikut sanad sampai ke Yahudi?

Sekian.
Wassalam/.

Wednesday 12 June 2013

Amanah dan Mandat

Jika hendak diceritakan Amanah dan Mandat didalam blog ini alamat semua orang akan mengaku menjadi guru dan menyamar sebagai pembawa amanah dan mandat.

Tetapi guru telah menceritakannya, yang tahu tahulah, yang faham fahamlah, yang dapat tangkap maka dapatlah.

Memang Amanah dan Mandat itu amat berat. Dulu caranya melalui silat, kerana silat itu adalah alat. Tetapi adakah wajib Amanah dan Mandat itu melalui jalan silat?

Mungkin boleh mungkin tidak, harus bergantung kepada penerima Amanah dan Mandat tersebut.

Dan apabila melihat pada keadaan dunia hari ini dan situasi sekarang ini sesungguhnya TANGGUNGJAWAB ITU AMAT BERAT buat mereka yang mengetahuinya.

Duduknya pada makam harus yang pada ketika ini menghampiri mustahil pada hukum akal fikiran melainkan (buat mereka yang yakin penuh atas kurnia yang diberikan dan) dengan kehendak Allah taala yang menguasai segala sesuatu yang kata jadi maka jadilah.

Hakikatnya kita tidak lepas barang satu saat dan ketika daripada pertolongan Allah taala.

Sebab IA AMAT BERAT.

Kami tukang cerita jer.

Sekian.

SRSC 2007.

lebih tepat pada 27/10/2007 yakni tahun ke 21 YM Hj Ishak sebagai Guru Utama Silat Cekak.