Matanya yang tajam sekadar dua jarak mata si pemakai. Maka tiap-tiap yang terlihat dan terdengar maka sampailah ia. Sembunyi tempatnya seolah pemalu sifatnya.

Friday 30 December 2011

SEJARAH REALITI SILAT KALIMAH

SEJARAH SILAT KALIMAH


Cerita Lisan
Cerita ini disampaikan dari mulut ke mulut dan turut merujuk kepada rekod sahih peninggalan para guru yang bertanggungjawab mengembangkan ajaran Silat Kalimah.

Kisah ini bermula apabila ilmu seni Silat Kalimah ini diperturunkan oleh Syeikh Abdullah kepada Sultan Kedah yang dikenali dengan nama Sultan Muzaffar Shah. Ia telah dirahsiakan oleh Istana Kerajaan Kedah sehinggalah tiba kepada Sultan Ahmad Tajuddin yang telah bertanggungjawab menurunkan ilmu dan ajaran Silat Kalimah ini kepada panglima kanan beliau, iaitu Panglima Tok Ismail.

Panglima Tok Ismail pula menurunkan ilmu dan ajaran Silat Kalimah kepada Panglima Tok Ali dan Panglima Tok Hadi.

Panglima Tok Ismail akhirnya menurunkan ilmu dan ajaran Silat Kalimah ini kepada Panglima Tok Rashid.

Dan Panglima Tok Rashid merupakan panglima yang terakhir menerima ilmu Silat Kalimah sebelum beliau menurunkan ilmu ini kepada orang awam yang pertama, iaitu anak angkatnya yang bernama Tok Guru Yahya Said.

Hikayat Merong Mahawangsa
Merong Mahawangsa atau dikenali sebagai Maharaja Durbar Raja adalah Raja Kedah yang pertama. Berasal dari Tanah Besar Parsi.

Pada asalnya, semasa dalam pelayaran, bahtera milik baginda telah karam dan mendarat di Kuala Sungai Qilah, Kedah. Penduduk Kedah ketika itu mendapati baginda adalah seorang yang terpelajar lagi bijaksana dan mereka telah mengangkat baginda menjadi raja Kedah yang pertama. Pemerintahan baginda berpusat di ibu negeri kerajaan Kedah lama iaitu Langkasuka.

Menurut sumber yang dipetik dari Hikayat Merong Mahawangsa dan Al-Tarikh Salasiah Negeri Kedah, telah dinyatakan bahawa Islam tiba di Kedah pada zaman pemerintahan raja yang seterusnya. Raja tersebut dikenali dengan nama Phra Ong Mahawangsa.

Sultan Muzaffar Shah (1136-1179)
Phra Ong Mahawangsa telah memeluk agama Islam dan menukar namanya kepada Sultan Muzaffar Shah, hasil dakwah seorang saudagar Arab yang juga seorang pendakwah Islam yang bemama Syeikh Abdullah Rafae'i Qibrari yang telah singgah ke negeri Qalha atau kini lebih dikenali sebagai negeri Kedah Darul Aman dengan tujuan untuk berdagang.

Baginda mempunyai 3 orang putera iaitu:

Paduka Sri Sultan Muadzam Shah ibni al-Marhum Sultan Muzaffar Shah

Tunku Muhammad Shah ibni al-Marhum Sultan Muzaffar Shah

Tunku Sulaiman Shah ibni al-Marhum Sultan Muzaffar Shah

Sultan Muzaffar Shah merupakan raja Tanah Melayu yang pertama memeluk agama Islam.

Syeikh Tajred
Silat Kalimah telah diilhamkan dan dikembangkan oleh seorang saudagar arab yang diyakini berasal dari tanah besar Parsi. Nama saudagar itu ialah Syeikh Abdullah Rafae'i Qibrari, atau lebih dikenali sebagai Syeikh Tajred. Merupakan Khalifah ke 30 bagi Tariqah Rifa'iyah.

Beliau telah berdagang hingga ke Ligor iaitu pusat perdagangan Islam yang pertama pada masa dahulu. Beliau telah singgah di sana dan menyebarkan agama Islam di Qalha (kini dikenali dengan nama Kedah Darul Aman) kira-kira 9OO tahun yang lampau. Pada ketika itu, Kedah berada di bawah pemerintahan Phra Ong Mahawangsa dan raja tersebut telah memeluk agama Islam dengan gelaran Sultan Muzaffar Shah.

Sultan Muzaffar Shah amat tertarik dengan cara penyampaian dakwah Islam yang dibawa Syeikh Tajred dan telah melantik Syeikh Tajred menjadi penasihat di Istana Kedah. Syeikh Tajred kemudiannya berkesempatan mengajar seni mempertahankan diri yang diilhamkan daripada kaedah perbuatan dalam solat, kepada Sultan Muzaffar Shah.

Syeikh Tajred menyatakan bahawa seni Silat Kalimah mempunyai nilai mempertahankan diri yang tinggi, berbeza daripada ilmu mempertahankan diri yang lain. Kerana itulah apabila Sultan Muzaffar Shah menerima ilmu Silat Kalimah ini; ia telah dirahsiakan dan hanya diajarkan kepada keturunan kesultanan Kedah sahaja. Warisan diraja ini berterusan sehinggalah tiba kepada pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin, pada abad ke-19.

Gambar menunjukkan Masjid Kampung Telaga Batu, peninggalan Syeikh Tajred.

Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah (1804-1843)
Setelah sekian lama Silat Kalimah ini dirahsiakan daripada orang kebanyakan. Dengan kehendak Allah, pada abad ke-19, semasa pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin, telah berlaku suatu penderhakaan di Sungai Tuntung, Krian. Ia dilakukan oleh seorang lelaki berketurunan Batak dari seberang, bernama Tuah (bukan Hang Tuah).

Penderhakaan tersebut gagal dibanteras oleh para panglima Kedah sendiri. Sehinggalah Sultan Ahmad Tajuddin mengambil keputusan untuk menurunkan ilmu Silat Kalimah ini kepada Panglima Tok Ismail. Ini bertujuan untuk membanteras penderhakaan Tuah daripada berterusan dan Panglima Tok Ismail mengambil masa 44 hari sahaja untuk khatam dalam pembelajaran.

Inilah rentetan peristiwa yang telah menyaksikan ilmu Silat Kalimah ini diturunkan kepada para panglima istana dan seterusnya orang awam.

Kini warisan Silat Kalimah ini masih diteruskan oleh kerabat Kesultanan Kedah sendiri, melalui anak perempuan Tengku Kasim ibni al-Marhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, iaitu Yang Mulia Tengku Aina. Beliau kini menetap di Taman Melawati, Ulu Kelang, Selangor. YM Tengku Aina telah tamat pembelajaran ilmu Silat Kalimah dan layak menjadi Gurulatih dibawah pimpinan Pak Guru Cikgu Azmi Long sendiri.

Bermulanya Silat Kalimah Di Bawah Panglima Tok Ismail
Setelah mempelajari ilmu Silat Kalimah yang diturunkan oleh Sultan Ahmad Tajuddin. Panglima Tok Ismail telah berjaya menangkap Tuah penderhaka. Tuah kemudiannya dibawa ke Kuala Krian dekat Tanjung. Di tempat inilah Tuah dihukum bunuh dan akibat peristiwa ini, tempat itu digelarkan dengan nama Tanjung Tuah sehingga sekarang.

Semasa Panglima Tok Ismail berumur 60 tahun, beliau telah menurunkan ilmu Silat Kalimah ini kepada Panglima Tok Ali dan Panglima Tok Hadi.

Panglima Tok Ali & Panglima Tok Hadi
Sekitar tahun 1854, berlaku satu peperangan di antara kerajaan Kedah dan kerajaan Siam. Panglima Tok Ali telah mengetuai bala tentera kerajaan Kedah diikuti oleh Panglima Tok Hadi dan Tengku Md Saad.

Peperangan tersebut berakhir dengan kekalahan dialami oleh kerajaan Kedah. Akibat peristiwa ini Panglima Tok Ali telah berkecil hati dan bersumpah tidak akan memijak lagi bumi Kedah.

Kekalahan Kedah tersebut berlaku disebabkan oleh kecuaian Tengku Md. Saad yang secara langsung membuatkan Panglima Tok Ali membawa diri ke Batu Bara.

Panglima Tok Rashid
Panglima Tok Rashid dilahirkan di Sedakah,Kedah pada tahun 1863. Beliau mempelajari ilmu Silat Kalimah ini daripada Panglima Tok Ismail sendiri. Semasa perkara ini berlaku, Panglima Tok Ismail pada ketika itu sudah pun lanjut umurnya, namun masih mampu untuk menurunkan ilmu dan ajaran Silat Kalimah ini kepada Panglima Tok Rashid.

Pada tahun 1890, telah berlaku satu wabak taun di Sungai Limau Yan, Dulang Besar dan Dulang Kecil. Pada tahun ini juga menyaksikan kehadiran penjajah Inggeris, maka Panglima Tok Rashid dan Panglima Tok Ismail membuat keputusan untuk berhijrah dari Mukim Dulang Yan ke Sungai Tuntung Krian.

Akan tetapi sebelum sempat berpindah, Panglima Tok Ismail telah meninggal dunia terlebih dahulu dan jasad Panglima Tok Ismail itu telah disemadikan di sebuah pulau yang terletak di negeri Kedah.

Panglima Tok Rashid kemudiannya telah mengajarkan ilmu Silat Kalimah kepada anak angkatnya iaitu Tok Guru Yahya Said dan turut serta ialah anak lelaki Panglima Tok Rashid sendiri iaitu Tok Bidin. Bukan itu sahaja, beliau juga telah mengajarkan kepada Tok Guru Yahya Said cara-cara membuat ubatan tradisional daripada akar kayu dan pokok-pokok herba di dalam hutan. Apabila Panglima Tok Rashid meninggal dunia, jasad beliau telah disemadikan bersebelahan kubur Panglima Tok Ismail.

Pewaris terakhir bagi Panglima Tok Rashid adalah anak angkat beliau iaitu Tok Guru Yahya Said dan Tok Bidin. Jika ada sesiapa mengetahui atau mengenali Tok Bidin serta ajaran Silat Kalimah yang dibawa oleh beliau. Sila hubungi Sekretariat Persatuan Silat Kalimah Malaysia di Johor Bahru.

Kisah Hidup Tok Guru Yahya Said
Beliau dilahirkan pada tahun 1903 di Kuala Kerian, Kedah. Tok Guru Yahya Said adalah anak angkat kepada Panglima Tok Rashid. Beliau bekerja dengan Panglima Tok Rashid sebagai seorang pembuat bendang, pembuat atap rumah dan pencari akar kayu untuk dijadikan adunan ubatan tradisional yang dihasilkan oleh Panglima Tok Rashid sendiri.

Pada tahun 1923, Tok Guru Yahya Said adalah orang awam kebanyakan pertama yang mempelajari Silat Kalimah daripada Panglima Tok Rashid. Rakan seperguruan Tok Guru Yahya Said adalah anak Panglima Tok Rashid sendiri iaitu Tok Bidin. Apabila tamat perguruan, beliau bekerja sebagai seorang anggota polis dan tinggal di Batu Kurau, Perak.

Pada tahun 1938, Tok Guru Yahya Said mula mengajar Silat Kalimah ini kepada para pemuda di Daerah Batu Kurau. Diantaranya ialah Haji Awang Salleh, Harun Haji Hussein, Md. Daud Tok Sujak dan Haji Baharin Haji Ludin dan ramai lagi. Pada tahun 1942, Yusof Misai dari Bagan Serai, Perak juga telah mempelajari seni Silat Kalimah ini.

Pada tahun 1949, Tok Guru Yahya Said telah menamatkan tugasnya sebagai anggota polis. Beliau mula aktif sebagai penjual ubatan tradisional dan menjualnya ke seluruh pelusuk Malaysia. Dalam pada itu, Tok Guru Yahya Said telah berkenalan dengan Yahya Abdullah@Yahya Masulin, Said Ali Abas, Pak Sawir Labeh, Haji Abu Malik dan Pak Mansor.

Para penjual ubat ini turut mempelajari ilmu Silat Kalimah daripada Tok Guru Yahya Said sendiri, bermula dari tahun 1950.

Pada tahun 1963, seorang pemuda yang bernama Cikgu Mohd. Zohdi telah berhasrat untuk mempelajari ilmu Silat Kalimah ini daripada Tok Guru Yahya Said sendiri. Kini beliau adalah Pak Guru Utama Silat Kalimah Yahya Said dan masih mengajar dan aktif di dalam mengembangkan Silat Kalimah di sekitar negeri Perak.

Pada suatu masa, Yang Berhormat Encik Mohd. Khir Johari telah menyatakan bahawa orang Melayu tidak mempunyai ilmu seni mempertahankan diri yang sebenar. Yang wujud hanyalah silat tari untuk menyambut pengantin dan hari perayaan. Bermula dari peristiwa inilah, Tok Guru Yahya Said berazam hendak membuktikan bahawa orang Melayu turut mempunyai seni mempertahankan diri yang benar-benar bercorak keislaman dan setanding dengan ilmu mempertahankan diri yang dimiliki oleh bangsa lain.

Pada tahun 1965, dua adik beradik iaitu Fadil dan Che Ngah telah mempelajari Silat Kalimah daripada Tok Guru Yahya Said.

Kemudian pada tahun 1966, Tok Guru Yahya Said mengembangkannya di Teluk Piai, Jalan Gunung Kriang kepada 20 orang pemuda, di Alor Merah seramai 20 orang. Semasa mengajar di Teluk Wan Jah, seramai 20 orang telah berguru dengan beliau, salah seorang daripada mereka ialah Ustaz Hanafi Bin Haji Ahmad yang merupakan pengasas dan Guru Utama Silat Cekak Malaysia.

Pada tahun 1968, Tok Guru Yahya Said telah mengajarkan ilmu Silat Kalimah kepada Pak Guru Azmi Long dan Cikgu Ridzuan Long hingga khatam. Tok Guru Yahya Said telah mengamanahkan Pusaka Parang Lading milik Panglima Tok Rashid kepada Pak Guru Azmi Long dengan harapan Silat Kalimah akan terus berkembang subur.

Pendedahan Kepada Media Massa Oleh Tok Guru Yahya Said
Pada 12 hingga 14 Julai, 1973, sebuah Konvensyen Silat Melayu Malaysia yang pertama telah diadakan di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang .

Tok Guru Yahya Said telah memberikan demonstrasi Silat Kalimah ini kepada para perwakilan dan dari peristiwa ini beliau telah menerima gelaran Mahaguru. Tok Guru Yahya Said telah diminta membuat kertas kerja yang lengkap mengenai Silat Kalimah ini.

Angkatan Tentera Malaysia dan Tok Guru Yahya Said
Parti Komunis Malaya (PKM : 1930-1989) telah membangkitkan keadaan darurat di Malaysia semasa dan selepas pemerintahan British antara tahun 1967 hingga 1989. Pak Yahya Said telah diketahui terlibat dalam membanteras kegiatan anggota PKM. Salah satu peristiwa berlaku di Ayer Keroh, dimana Pak Yahya Said berjaya mengatasi serangan dan kepungan PKM sehinggakan anggota komunis mengalah dan berundur.

Pak Yahya Said juga terkenal semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu pada tahun 1942 hingga 1945.

Sehinggakan pihak tentera Jepun mencari beliau untuk mempelajari teknik 'mematahkan tangan serangan pedang'. Dan teknik ini dipercayai diserapkan ke dalam ilmu beladiri ketenteraan mereka.

Pada tahun 1974, pihak Pemerintah Angkatan Tentera Malaysia telah mengambil daya usaha menyelidik dan mempelajari kelebihan Silat Kalimah bagi kegunaan Angkatan Tentera Malaysia.

Maka pada tarikh 22 Mei, 1974. Seramai 3 orang jenderal, 5 orang kolonel dan 2 orang leftenan kolonel antaranya adalah Brigedier Jenderal Yusuf Din, Brigedier Jenderal Mohd Ghazali Bin Hj Che Mat dan Brigedier Jenderal Wan Ismail. Mereka telah belajar Silat Kalimah hingga tamat dibawah kelolaan Tok Guru Yahya Said sendiri.

Perjuangan Berterusan
Pada tahun 1979 pula, Pak Guru Utama Silat Kalimah iaitu Tok Guru Yahya Said telah menghembuskan nafas yang terakhir dan jenazah beliau dikuburkan di Batu Kurau, Perak.

Hingga kini, masih ada lagi penjual ubat yang mengenali Tok Guru Yahya Said iaitu Pak Mohamad Nasir di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Kamaruddin dan Zubir Duyah di Terengganu serta Bustani di Kuantan, Pahang. Ismail di Kuala Perlis, Perlis serta Radin Salleh di Parit Yaani, Batu Pahat, Johor. Selain itu, sahabat Tok Guru Yahya Said yang masih hidup ialah Tok Penghulu Zakaria yang kini menetap di Johor Bahru, Johor.

Itulah kisah Tok Guru Yahya Said yang telah bertindak sebagai pengasas Silat Kalimah moden dan telah berjaya dalam cita-cita beliau untuk menyahut cabaran bahawa orang Melayu mempunyai seni silat yang tersendiri.

Bapa Guru Utama Silat Kalimah Malaysia: Pak Guru Azmi Long
Dilahirkan dalam enam adik beradik di Kedah pada tahun 1934. Dibesarkan oleh ibu beliau yang bernama Fatimah Binte Mohd. Said dan bapanya iaitu Long Bin Ishak yang bertugas di Pejabat Daerah Kulim, Kedah. Salah seorang adik kepada Pak Guru Azmi Long yang setia dengan perjuangan Persatuan Silat Kalimah sehingga akhir hayatnya adalah Allahyarham Cikgu Redzuan Long.

Menerima pendidikan Darjah 1 hingga 4, di Sekolah Melayu Kulim dan terpaksa berhenti belajar disebabkan oleh penaklukan tentera Jepun ke atas Semenanjung Tanah Melayu pada tahun 1944. Bapa Guru Utama Cikgu Azmi Long kemudiannya berjaya meneruskan pendidikan di Sekolah Ibrahim hingga Darjah 6.

Pada tahun 1952, beliau mula bekerja dengan British Army dan ditugaskan di bawah Royal Electrical Mechanical Engineer(REME) sehingga beliau memiliki Army British Gred 1 - Certificate of English, British Army.

Beliau menamatkan tugas dari British Army pada tahun 1959 dan memulakan hidup baru sebagai orang awam. Pada tahun 1960, beliau memulakan karier baru sebagai penjual ubat pil tablet (Gain Weight) iaitu pil bina badan. Dan disitulah bermulanya persahabatan dengan Tok Guru Yahya Said. Hasil dari perkenalan ini, akhirnya Pak Guru Azmi Long dianggap sebagai anak angkat oleh Allahyarham Tok Guru Yahya Said sendiri.

Warisan Terpelihara
Pak Guru Azmi Long terkenal dengan kemahiran tinju dan gusti semasa beliau berkhidmat untuk British Army. Tok Guru Yahya Said telah mendedahkan kelebihan gerak penangkap ilmu Silat Kalimah dan ini menarik minat Pak Guru Azmi Long untuk belajar. Perguruan tersebut berlangsung secara senyap tanpa pengetahuan sesiapa pun dan ia berlangsung setiap kali Cikgu Azmi Long dan Tok Guru Yahya Said bertemu di dalam perjalanan menjual ubatan tradisional ke serata tempat.

Sehinggalah pada satu ketika iaitu pada tahun 1968. Perhubungan yang rapat antara beliau dengan Tok Guru Yahya Said telah menyebabkan Tok Guru Yahya Said berhasrat untuk menurunkan sepenuhnya ilmu dan ajaran Silat Kalimah ini kepada beliau. Maka Pak Guru Azmi Long pun berguru sehingga tamat. Turut serta dalam perguruan ini ialah adik beliau sendiri iaitu Cikgu Redzuan Long.

Turut diwariskan kepada Pak Guru Azmi Long, sebilah Pusaka Parang Lading milik Panglima Tok Rashid sebagai bukti amanah untuk mengembangkan ajaran ilmu Silat Kalimah

Amanat Bapa Guru Utama
Bapa Guru Utama Azmi Long meninggal dunia pada tahun 2004. Mengimbas soal tanggungjawab yang membawa kepada penubuhan Silat Kalimah Malaysia, selaras dengan tujuan perguruan ini. Beliau telah mengingatkan perkara berikut, "Tujuan suci ini mestilah dipraktikkan selaras dengan harapan pemimpin kita didalam menuju wawasan negara."

Segala amalan dan ajaran hendaklah digunakan dengan sebaik-baiknya dengan melatih diri sendiri dahulu sebelum dikembangkan kepada keluarga, rakan dan kemudiannya, masyarakat. Amalan yang sihat pasti melahirkan generasi yang berdisiplin dan mewujudkan negara yang makmur.

" Berlapik Berlantai

Bentang Tikar Tiga Helai

Cari Yang Cerdik

Cari Yang Pandai

Cari Juara Di Tengah Balai

Barulah Kerja Tidak Terbengkalai "

Generasi ke -3, Silat Kalimah Malaysia: Cikgu Poi
Pak Guru Utama Osman bin Hj Mohd. Sidek atau lebih dikenali dengan nama Cikgu Poi.

Dilahirkan pada 4hb Mei, 1953 di Sungai Petani, Kedah. Seorang yang bercita-cita tinggi dalam mengembangkan Silat Kalimah. Sudah beristeri dan kini menetap di No.13, Lorong Tengah, Kampong Keda, Sg.Layar, Sungai Petani,Kedah.

Mula mempelajari Silat Kalimah bersama-sama Cikgu Hamid Man dibawah pengawasan Pak Guru Cikgu Azmi Long pada tahun 1970an. Telah dinaikkan peringkat dan menjalani upacara mandi limau, dilakukan oleh Tok Guru Pak Yahya Said sendiri. Rakan segelanggang beliau ialah Tuan Hj Yusuf Pulau Langkawi. Tuan Hj Yusuf telah membuka persatuan silatnya sendiri yang dikenali dengan nama Silat Solah, bertempat di Langkawi.

Buat masa ini, Pak Guru Utama Osman bin Hj Mohd. Sidek ada membuka gelanggang di Bukit Kecil. Dimana terdapatnya kaum keluarga Panglima Tok Ismail yang turut mempelajari Silat Kalimah, dibawah pengawasan Pak Guru Utama sendiri.

Merujuk pada sejarah penglibatan beliau. Pak Guru Utama banyak terlibat dalam mengadakan demonstrasi Silat Kalimah bersama Allahyarham Tok Guru Pak Yahya Said dan juga Pak Guru Azmi Long. Rakan segelanggang beliau ketika itu ialah Allahyarham Cikgu Hamid Man. Banyak peristiwa manis dan pahit telah dialami dan dirasai ketika bersama-sama Allahyarham Tok Guru Pak Yahya Said dan Pak Guru Cikgu Azmi Long.

Untuk menyara hidup beliau, Pak Guru Utama bekerja sebagai Jurulatih Sekolah Memandu JV Cergas di Lebuhraya Laguna, Sg. Petani, Kedah.

Sesiapa yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang peribadi Pak Guru dan Silat Kalimah Malaysia secara amnya, bolehlah menghubungi beliau.

Bersamalah kita dengan wilayahnya Silat Kalimah,

"Silat Aku Silat Kalimah, Aku Silat Dalam Kalimah"

"Mengembang,Menyatu dan Hidup Bersama"

"Pakai Tak Pakai, Tak Pakai Pakai, Selagi Tak Pakai, Itulah Pakai"

Rujukan
semuanya diperoleh dari http://silat-kalimah.com/

------------------------------------------------------------
Semua diatas ini dipetik bersumber: WIKI 30/12/2011 -http://ms.wikipedia.org/wiki/Silat_Kalimah_Malaysia

Disclaimer SERASI - Sejarah silat yang ada tertulis diambil sebagai perbandingan. Bukan bermusuh sebagai tujuan.

Wednesday 28 December 2011

Sijil Silat Cekak

Sijil Penilaian Seni Silat Cekak adalah umpama ijazah universiti. "Adalah diperakui anda telah melepasi takat tertentu dalam sistem dan silibus pelajaran Seni Silat Cekak, tetapi ia tidak menjamin anda akan melepasi ujian yang sama selepas 30 tahun kemudian. Dan bila anda menayangkan sijil anda didinding rumah atau dipejabat anda tidak pula meletakkan markah yang anda perolehi."

Cerita ini ditujukan kepada semua ahli yang telah menerima sijil daripada badan-badan yang telah dipertanggungjawabkan untuk menyelaraskan standard ujian, pemarkahan dan penganugerahan Sijil Silat Cekak buat persatuan masing-masing.

Jika ditenang-tenang, perlukah ada sebuah badan bebas yang lain untuk memantau-selia, untuk mendapatkan keseragaman serta memastikan kualiti Silat Cekak yang diajarkan kepada penuntut-penuntutnya benar-benar terjamin tidak menyimpang daripada rupa bentuk silatnya yang asli?

Sekian.

Monday 19 December 2011

Kisah dan Tragedi Buat Renungan

"Jika ada anak cucu dari Kedah hendak belajar hendaklah kau pulangkan kembali.."

Monday, April 30, 2007
KISAH RAJA WILAYAH KUALA MUDA

Oleh Naim Firdausi
reupload by anaianai
revisited by Admin SERASI

Sejarah lisan dalam rekod Naim Firdausi

Tahun 1876 Masihi Raja Maha Besar Benua Siam Sultan Nai Long Luang Jaafar Madazam Syah dikhabarkan gajah-gajah mabuk memusnahkan harta benda rakyat lantas Raja Daerah Kota Kuala Muda mengundang baginda Sultan Jaafar melawat ke kawasan gajah mabuk itu.Pada ketika itu Raja daerah Kota Kuala Muda ialah Paduka Seri Sultan Abdul Hamid. Jemputan pun diterima, baginda Sultan Jaafar tiba tetapi yang meyambut baginda hanya laki-laki sahaja, tiada seorang pun perempuan dan budak-budak. Maka orang-orang yang menyambut itu menangkap Sultan Jaafar dan diikat kemas tangan dan kaki baginda lalu diserahkan kepada tentera Rama V Chakri Sokho Thai Chula Luang Khun di Kampung Ruwat, Yan, Kedah. Tempat menyambut baginda itu dinamakan Bujang atau terjemahannya puak derhaka.

Sultan Jaafar dibawa ke tempat yang sudah direncanakan pembunuhannya. Baginda ditikam dengan segala senjata tajam tanpa belas. Namun Allah yang maha ajaib mendatangkan perkara yang ajaib, kulit tubuh baginda tiada luka dimakan besi-besi itu dan cukup membuatkan pihak musuh menjadi hairan.

Musuh tidak berputus asa, baginda dibawa ke belakang Balai polis Gurun dan dihumban kepada gajah-gajah baginda yang telah diberi makan ubi ara hingga mabuk. Habis patah tulang baginda dilumat oleh kaki-kaki gajah baginda sendiri walaupun kulit baginda tiada cedera. Berpindahlah baginda dari alam fana ini ke alam baqa. Inna lillah, Wa inna ilaihirajiun. Pembunuhan ini turut disaksikan oleh Thai, Inggeris dan Paduka Seri Sultan Abdul Hamid.

Kampung Tualang, kedengaran riuh sorak orang-orang mengusung sebuah talam perak berisi jasad Al-Marhum yang hancur berhias tali perut yang bercerai. Al-Marhum dikebumikan disamping ayahanda baginda Sultan Sayid Alang Alaudin. Hingga hari ini makam itu dipanggil orang tualang sebagai makam Tok Nai Long dan makam Tok Nai Lang yang mereka ini lah orang-orang Tualang anak cucu almarhum Sultan Nai Long Luang Jaafar Madazam Syah.

Ngeri peristiwa pembunuhan ini hingga hari ini tempat itu diabadikan dengan bahasa Benua Siam sebagai Khrun, atau pun Gerun maksudnya. Ruat pula bermaksud lubang jalan ke Wat Buddha tentera Thailand di Yan.

Maka Paduka Seri Sultan Abdul Hamid Halim Syah dianugerah oleh Rama V Chakri Sokho Thai Chula Luang Khun dengan di lantik menjadi Sultan Kedah Darulaman pada tahun 1881 Masihi. Sultan Ismail Kinta telah diberkas di Kampung Baling Kedah semasa baru sahaja pulang dari menyemadikan jenazah Almarhum Sultan Jaafar oleh penjajah Inggeris. Raja Abdullah pula menangkap Nai Ngah Ibrahim Menteri Larut Perak untuk diserahkan kepada pihak Inggeris.

Makam Raja Maha Besar Benua Siam Sultan Nai Long Luang Jaafar Madazam Syah Ibni Sultan Sayid Alang Alaudin (Long Jaafar Perak) terletak di Kg Tualang Kedah. Baginda di bunuh oleh raja wilayah Kuala Muda Kedah dan Bo Kong Raja Buddha Thailand Cula Luang Khun Rama V Chakri So Kho Thai di Gurun Kedah dengan cara diikat dan dibiarkan dipijak oleh gajah yang mabuk diberi makan ubi ara. Peristiwa ini berlaku pada tahun 1876 di Gurun kedah. Maka berakhirlah pemerintahan Raja Benua Siam dan kesan-kesan sejarahnya dihapuskan habis-habisan oleh penjajah. Namun hari ini banyak kesan-kesan sejarah yang tiada dalam catitan sejarah negara sudah mula terbongkar.

[Menurut cerita lisan daripada sumber yang lain, jemputan itu tidak dihampakan walaupun Al-Marhum Sultan Jaafar sudah dapat merasai bahawa sesuatu akan berlaku dan ajalnya akan tiba pada hari itu. Menurut sumber lain juga, keris kebesaran baginda turut dipatahkan memberi tanda maruah dihinjak.


Menurut kajian pihak yang mengkaji Sejarah dan Peristiwa, kisah dan tragedi ini berlaku setelah lebih kurang 5-6 bulan peristiwa pembunuhan J.W.W Birch di Pasir Salak. Ini berdasarkan kedudukan Sultan Ismail Kinta yang (diburu Inggeris) berada di Kedah (Kuala Kedah bersama Sultan Jaafar) selama 5-6 bulan setelah peristiwa Pasir Salak. ]

Saturday 10 December 2011

PANGLIMA KERAJAAN PERLIS

Silat Cekak atau Silat Kedah disembunyikan pastilah bersebab. Pastinya sebabnya amat hebat menyebabkan ia terpendam sebegitu lama sebelum dilahirkan kembali di Kedah oleh Almarhum Ustaz Hanafi Haji Ahmad. Pastinya sebab yang amat hebat juga Panglima Tok Rashid berpesan agar silat ini dipulangkan kembali. Sudah tentunya juga peranan silat ini amat hebat sewaktu diguna pakai oleh panglima-panglima kerajaan Nagara Kedah sewaktu menghalang kemasukan tentera Buddha Sukhotai daripada sebelah utara Semenanjung Tanah Malayu. Pastinya silat ini ada peranan dan sudah tentu ada perjuangannya yang tersendiri.

Dalam waktu yang sama sejarah Kedah telah diputarbelitkan, sehinggakan menjadi amat "obscured" tidak nampak hujung jalan dan perjuangan jelas yang membolehkan kita anak-anak cekak untuk mengambil iktibar atau pun untuk bersandarkan silat pada panglima zaman dahulu. Jika ada perangnya, mana kubur para syuhadanya? Mana waris para panglimanya? Mana waris para ulama dan hulubalangnya.

Pesan Tok Rashid menggambarkan bahawa dia amat yakin suatu hari silat ini akan diwarisi kembali oleh sesiapa yang berhak ke atasnya.

Siapa orang itu sudah tentulah yang nampak pada kita adalah Ustaz Hanafi Haji Ahmad. Tetapi adakah waris para panglima daripada Kedah itu seorang sahaja? Tidak mungkin sama sekali. Kami juga mengambil kira maklumat-maklumat yang kami dapati daripada waris-waris panglima, ulama-ulama dan orang-orang yang terbabit dalam perang menentang Thai dan khasnya Korban Musuh Bisik 1821.

Team kami melihat perkembangan ini daripada sudut yang lebih luas, dan mengambil salasilah daripada Sejarah Realiti Nagara Kedah yang mempunyai sebuah bukti kukuh tentang hal perjalanan Negara Kedah yang berpegang kepada perlembagaan asal Negara Kedah iaitu Undang-undang Kedah sebagai rujukan utama.

Setelah berpuluh tahun sejarah silat cekak masih lagi ditakok lama, tidak berkembang. Dan kami berpendapat maka sebab itu sejarah silat lesap dipangkal bagaikan tergantung tidak bertali.

Kami amat memandang tinggi usaha para pengkaji sejarah realiti Silat Cekak yang tidak kenal penat lelah, berhabis wang dan tenaga berjalan seluruh nusantara sedaya upaya mengorek kembali sejarah Melayu demi tatapan anak bangsa.

Maka kami disini akan cuba pula menyambung hasil usaha itu agar ianya nampak nyata di alam maya ini.

Ini adalah untuk seluruh warga cekak SeMalaysia.

Panglima Kerajaan Perlis yang bersangkut paut dengan Silat Cekak adalah YM Tuan Haji Ishak Itam. 

Ini berdasarkan maklumat-maklumat dan catatan terkini yang telah kami perolehi.

"Ibu beliau pula berketurunan Melayu dari Setui melalui talian darah dengan Tok Jusof iaitu bapa kepada Tok Sopiah yang telah melahirkan Patimah, ibu kepada Haji Ishak bin Itam. Bapa kepada ibu beliau pula iaitu Mat Udin ialah anak seorang panglima istana kerajaan negeri Perlis yang digelar Panglima Taha. Kisah telah dikhabarkan melalui cerita dari nenek moyang bahawasanya Panglima Taha turut mempertahankan bumi Kedah semasa peperangan menentang siam pada zaman dahulu. Panglima Taha mahir dalam ilmu persilatan Gayung Patani dan turut dikhabarkan bahawa Panglima Taha merupakan seorang panglima sezaman dengan Panglima kanan negeri Kedah iaitu Panglima Ismail. - Risik Bisik.

Jika dilihat kembali adakah ada orang yang bernama Panglima Taha/Toha dalam salasilah kerajaan Perlis?

Oleh itu kami merujuk kepada salasilah keturunan Khalifah Syarif Syah Maharaja Empayar Islam Benua Siam Kedah pada zaman Perang Musuh Bisik 1821-1881.

Diambil dari blog Sejarah Realiti Nagara Kedah di Italic kan

Tuesday, May 1, 2007
Salsilah Realiti Raja-raja perlis
Labels:photos salasilah
Oleh Tuanku Nai Long Kasim ibni Tuanku Nai Long Ahmad
Uploaded by anaianai.


1.  Syah Alam Yang Maha Mulia
Khalifah Sharif Abu Bakar Syah Kaha Ekataat V, Mahadam Mahaza, 1767- Maharaja Benua Islam Siam Ayuthia, Nagara Kedah Pasai Ma.

1767-1821 besemayam di istana Kota Mengkuang, Jitra Kedah. Baginda mempunyai 5 orang putera sebelum dibunuh thai dalam tahun musuh bisik 1821. Putera-putera baginda ialah,
A) koya long @ putera sulong, sultan mad zaffar syah iii
B) koya ngah @ megat terawis
C) koya shuib @ megat shuib
D) koya nai chau abu @ megat manja
E) Koya Fai @ Megat Iskandar, Putera Kapas
B,c,d & e, korban musuh bisik 1821.

Menurut catatan yang kami perolehi, Koya Fai @ Megat Iskandar, Putera Kapas Datuk Paduka Raja ini mempunyai mempunyai empat lima orang anak.

1. Long Toha
2. Syed Syeikh Latif Ulama Nusantara - menurunkan Sultan Mohammad 1 Kelantan @ Nik Diah @ Tok Bai Al Hafiz
3. Tok Adam Tok Sukma
4. Tok Adam
5. Tok Adnan.

Catatan itu pula terhenti setakat Long Toha. Ayahandanya Koya Fai @ Megat Iskandar, Putera Kapas adalah Korban Musuh Bisik 1821.

Ayah saudara Long Toha,

2. Sultan Mad Zaffar Syah iii Ibni Khalifah Sharif Abu Bakar Syah @ Koya Long (bergelar pochan semasa menjadi Sultan di Chempaka Sari, Kemboja). Apabila Kemboja diserang tentera Kafir Buddha Alaungpaya, baginda kembali bersemayam di pulau Langkawi bersama tentera dan pengikutnya. Ayahanda baginda kemudiannya menabal baginda sebagai raja kuala kangsar. Baginda bersemayam di istana Kuala Kangsar.

Dalam tahun 1821 baginda menggantikan ayahanda baginda dan di tabal dengan penuh istiadat di Berahman Indera (Balai Besar, Alor Setar ) sebagai Maharaja Benua Islam Siam Nagara Kedah.
Baginda mempunyai 5 orang putera iaitu,

[Sepupu-sepupu Long Toha],

A - Syed Alang Alauddin atau Nai Lang atau Panglima Bukit Gantang (menggantikan ayahanda baginda Sultan Mad Zaffar Syah iii Ibni Khalifah Sharif Abu Bakar Syah @ Koya Long). Kepala perang yang mengetuai angkatan perang Siam Kedah menentang Thai Buddha.

B - Syed Mohammad Hatta @ Nai Ta, bergelar Syed Ahmad Jamalulail, Penghulu Indera Sakti (perlis), Raja Perlis I

Penggunaan Jamalulail adalah sempena gelaran kepada sayyidina jamalul alam badrul munir @ podiset, anakanda kepada merong mahawangsa (wa ren wongser ).

Sayyidina Jamalul Alam Badrul Munir adalah pemerintah kedua Negara Kedah Pasai Ma. Baginda bersemayam di Bukit Tereh, Muar Johor dan ayahanda kepada Paduka Seri Sayyidina Ali yang menjadi Raja Acheh (rujuk undang-undang kedah, terjemahan maryam salim, dewan bahasa dan pustaka,2005). Tinggalan istana baginda Sayyidina Jamalul Alam Badrul Munir masih ada di Bukit Tereh walaupun Inggeris membina tangki air bagi menutup kewujudan istana tersebut.

Baginda di ibnikan kepada Syed Hussain kerana dizaman musuh bisik 1821-1881, tentera Thai mencari dan membunuh keturunan Maharaja Siam Islam Khalifah Sharif Abu Bakar Syah. Dengan itu baginda telah bertindak bijak dengan mengambil nama Sultan Hussain Syah Alirah, pemerintah keempat nagara kedah untuk di ibnikan. Pada masa yang sama baginda juga memperkenalkan diri sebagai penghulu indera kayangan. Usaha ini gagal kerana rahsia baginda telah di bocorkan oleh Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah. Baginda dibunuh kafir thai dalam tahun 1821 bersama nenekanda baginda Khalifah Syarif Abu Bakar Syah. Makam baginda terletak di langgar, Tanjong Inggeris dalam keadaan yang terbiar.

C – Datuk Nai Indera Jaya, Balai Besar.
D - Syed Ali bergelar Tuanku ali (raja haji ali), sultan
Riau lingga.
E - Syed Ismail atau Nai Long Ismail, Sultan manila, Filipina
(maksud fi li pi na ialah, "abang ali,abang beta" iaitu abang kepada syed ismail iaitu syed ali menjadi sultan di riau lingga).

Syed mohd hatta membawa kepada,

3>> - syed harun jamalulaiil – raja perlis ke ii
4>> – syed hussain jamalulail – raja perlis iii
5>> – syed ahmad jamalulail – raja perlis ke iv
6>> – syed alwi jamalulail – raja perlis ke v

Baginda berkahwin dengan Wan Tam Wan Ismail. Baginda amat berminat dengan pelayaran dan sering berulang alik antara Perlis dan Kedah. Mangkat dalam tahun 1863 kerana tenggelam di Kuala Kedah. Baginda dimakamkan di Mukim Alor Keladi, Mukim Limbong, Langgar ke 2 Kedah bersama Syed Mohammad Hatta @ Nai Ta, bergelar Syed Ahmad Jamalulail, Raja Perlis I merangkap Penghulu Indera Sakti (Perlis).

7 - syed safi jamaluail - raja perlis vi
8 - syed mahmud al haj – raja perlis vii
9 - syed hassan jamalulail – raja perlis vii
10 - syed putra jamalulail – raja perlis viii
11 - syed sirajuddin – raja perlis x

Maklumat diatas adalah tepat kerana penulis telah berkunjung ke makam syed mohd hatta dan syed alwi jamaluail yang terletak bersebelahan didalam hutan di makam langgar ke 2.

Penulis adalah waris mutlak sultan mad zaffar syah iii ibni khalifah sharif abu bakar syah maharaja benua islam nagara kedah.


end quote.

Disamping Long Toha ada dua lagi nama yang berkaitan dengan Taha/Toha dalam salasilah Sejarah Kedah Tua iaitu:

1. Tunku Long Taha Raja Siam Legeh Kok Lanas yang menurunkan Tunku Muhammad Chan Keramat Tok Tekai Perdana Menteri Siam Kedah dizaman Raja Ligor Sultan Mudzaffar Syah 1 bapa kepada Datuk Nai Mariam isteri kepada Sultan Mohammad 1 @ Nik Diah @ Haji Ngah Mohamadiah Keramat Tok Bai @ Tak Bai Al Hafiz.

2. Sultan Selama Nai Long Abu Toha datuk nenek bekas Perdana Menteri Datuk Seri Haji Abdullah ibni Hj. Ahmad Badawi ibni Haji Abdullah Fahim @ Keramat Tok Perang.

Ramai yang mempertikai sejarah realiti Negara Kedah kerana ia sangat berlawanan dengan At Tarikh Salasilah Negeri Kedah yang ditulis oleh seorang kerani upahan (tanpa rujukan dan dengan ugutan bunuh) pada tahun 1923 dizaman Paduka Sultan Abdul Hamid atas arahan Inggeris yang mengatakan negeri Kedah tiada sejarah.

Kami disini hanya memaparkan sahaja buat tatapan anak-anak Cekak sekalian bahawa Long Toha atau Toha/Taha itu memang wujud dan ada pula namanya tercatat dalam Sejarah Realiti Nagara Kedah dalam salasilah Raja-raja Perlis, sebagai sepupu kepada Panglima Bukit Gantang, Kepala Perang Utama Siam Islam Empayar Islam Benua Siam Kedah pada zaman itu.

Silat Kedah hebat, sehebat zaman kegemilangan Empayar dan para panglimanya. Akibat ancaman dan dengki khianat maka sejarahnya terpendam, begitu jugalah sejarah silatnya.

Waris Merong Mahawangsa.

Ada iras wajah siapa?

Paduka Seri Sultan Muhammad Yusuf Al Mahadi ibni Sultan Ali Alauddin Riayat Syah ibni Sultan Mud Zaffar Syah III (Perak) ibni Sultan Khalifah Sharif Abu Bakar Syah. 

Baginda adalah cicit kepada Khalifah Sharif. Baginda dibunuh oleh Inggeris dalam tahun 1899, 20 tahun selepas kematian abang pupunya, Sultan Jaafar Mad Azam Syah, juga ditangan Inggeris. Dua anakanda baginda telah dilarikan oleh pengikutnya ke Kedah dan dipelihara oleh bapa saudara baginda, Datuk Nai Inderajaya. Mereka ialah YM Raja Saman dan YM Raja Isa.

Datuk Nai Indera Jaya Sultan Mohd Yahaya adalah Raja Siam Kota Setar adik beradik dengan Syed Mohd Hatta @ Nai Ta Raja Perlis 1 dan juga adalah sepupu kepada Long Toha.


Long Toha pula adalah bapa saudara sepupu kepada Paduka Seri Sultan Muhammad Yusuf Al Mahadi ibni Sultan Ali Alauddin Riayat Syah ibni Sultan Mud Zaffar Syah III (Perak) ibni Sultan Khalifah Sharif Abu Bakar Syah yang telah dibunuh Inggeris pada tahun 1899 (seperti gambar diatas).

Kami tidak mengiktiraf sejarah silat yang bersangkut pada bukan Melayu.

Sekian.
Admin SERASI



Friday 9 December 2011

Siam + Banjar

Menurut maklumat yang kami perolehi:

Ada beberapa point penting yang telah dicatatkan oleh seorang penuntut silat cekak sewaktu Majlis Penghargaan PSSCM, Perayaan 35 Tahun Cekak bertempat di Banggunan KUB.COM, Kuala Lumpur. Bertarikh 16/09/2000.

Antara catatan yang dikongsikan itu adalah berkenaan salasilah YM Tuan Haji Ishak Itam. Dalam catatan itu menyebut apabila Tuan Haji Ishak Itam menyentuh bab susur galur beliau dalam ucapannya, beliau mengatakan bahawa emak beliau berketurunan Siam dan bapa beliau pula daripada Banjar. Dalam catatan tersebut ditulis point form : Pak Ak mak Siam / bapa Banjar (+ dua darah).

Si pencatat yang hanya seorang budak pada ketika itu hanya mencatat apa yang diucapkan umpama mengambil nota daripada cikgu sekolah dengan niat untuk belajar - tanpa sebarang prejudis. Dan kami melihat sendiri buku nota yang ditunjukkan itu dan dakwatnya bukan baru.

Antara lain, catatan yang ditulis sebelum sampai ke bab susur galur itu berbunyi:

Bersihkan diri, kenal diri, kenal mak, bapak, baru kenal tuhan
Pak kasih, emak sayang
Pak kasih, emak sayang
Baru senang hidup.

Ini menunjukkan bahawa memang dalam topik yang berkisar tentang ibu bapa, Tuan Haji Ishak Itam menyelitkan rahsia susur galurnya kepada yang hadir pada malam itu.

Untuk mendapatkan kepastian lebih lanjut, kami juga telah merujuk perbualan diantara Almarhum Ustaz Hanafi dan anaknya Mokhtarudin, dimana tanpa diketahui Ishak Itam, Ustaz Hanafi telah menunjukkan gambar beliau kepada Mokhtarudin. Lalu Ustaz berkata kepada anaknya itu, "Ini ada seorang boleh jadi pengganti". Anaknya, Mokhtarudin bertanya, "Orang apa? Bangsa apa? Keling ka? Jawa ka? Melayu ka?" "Orang Melayu, namanya Ak Pak Itam", jawab Ustaz Hanafi. (rujukan Buku Cenderahati Perayaan Jubli Perak Cekak). Melayu itu adalah kata-kata daripada YM Ustaz Hanafi sendiri.

Disamping itu untuk maklumat lebih lanjut dan lengkap para pembaca boleh juga merujuk kepada posting yang terdahulu : Biodata Guru Silat Cekak Zaman Moden.

Kami amat berterima kasih diatas maklumat ini. Kami juga menyarankan agar setiap persatuan yang ada dapat juga menyenaraikan salasilah atau susur galur guru-guru mereka secara lengkap untuk dibuat rujukan generasi muda pewaris Silat Cekak.

Sekian
Admin SERASI

Thursday 8 December 2011

21 itu DOSA

Apakah ini satu realiti atau mainan perasaan. Adakah Ustaz tidak perasan? Jadi jangan melampaui dalam sesuatu perkara sedangkan kita sendiri tidak sanggup menerima kebenaran.

21 tetap dosa.

Kebenaran itu pahit tetapi itulah kenyataan.

-tanpa prejudis-

Tuesday 6 December 2011

KEBERKATAN DATANG BERSAMA KEBENARAN!

KEBERKATAN DATANG BERSAMA KEBENARAN!
Assalamu'alaikum ahli-ahli Silat Cekak sekelian.

Alhamdullillah, bersyukur kita masih lagi bernafas dan bernyawa untuk terus berbakti di bumi Allah swt ini.

Selawat serta salam buat junjungan besar Muhammad SAW, pemimpin agung di alam ini.

Nampaknya kemelut dalam Silat Cekak masih lagi belum reda. Masih lagi belum selesai.

Sejarah telah merakamkan bahawa guru-guru Silat Cekak seperti Pak Ya, Ishak Itam dan Md Radzi Hanafi mempunyai peribadi yang sangat dipersoalkan. Jika begini, mana ada kehebatan seperti yang diuar-uarkan para penyokong masing-masing.

Dulu, Ustaz Hanafi terpaksa melayan karenah Pak Ya sebelum berupaya mendapatkan ilmu Silat Cekak serta mandat untuk menjadi guru Silat Cekak. Orang-orang lama mengatakan bahawa Ustaz Hanafi mengambil kembali silat ini daripada Pak Ya kerana pada hakikatnya, silat ini adalah haknya. Pak Ya adalah seorang pemegang amanah sahaja!

Era baru Silat Cekak telah dibina sendiri oleh Ustaz Hanafi bersama-sama dengan orang-orang lama yang sangat berwibawa. Kehebatannya terserlah kerana ada kulit dan isi yang baik. Keberkatan guru yang bernama Ustaz Hanafi ini telah meletakkan nama Silat Cekak ke tahap yang sangat tinggi.

Ya...Silat Cekak ada perjuangan! Dan perlu diteruskan.

Semasa zaman Panglima Ismail dan Panglima Tok Rashid, kita tidak tahu jenis perjuangan apa yang dibawa mereka melalui Silat Cekak.

Dalam zaman Pak Ya pula, Silat Cekak hampir hilang ditinggal zaman.

Ustaz Hanafi telah meninggal dunia dan meninggalkan kita satu wadah perjuangan.

Hikmah mengapa beliau tidak menamakan penggantinya secara khusus menunjukkan bahawa terpulanglah kepada anak-anak muridnya untuk memilih guru secara permuafakatan.


Tiada siapa yang dapat menentusahkan apa yang dikatakan oleh Ishak Itam bersabit mandat menjadi guru. Tiada saksi dan tiada keterangan!


Tidak pula diberitahu butir-butirnya oleh Ishak Itam dan pihak keluarga yang mengesyorkan nama Ishak Itam pada ketika itu. Para pendukung juga tidak menelitinya.

Tidak perlu dipersoalkan kerana pada ketika itu yang penting adalah adanya seseorang yang boleh menjalankan tugas itu dan meneruskan perjuangan Ustaz Hanafi.

Namun sejarah juga merakamkan bahawa Ishak Itam tidak berwibawa untuk memimpin Silat Cekak seperti Ustaz Hanafi. Dan akibat masalah dalaman maka berlakulah krisis pada tahun 1993.

Pada ketika itu, berita gempar di Harian Metro telah mengaitkan ajaran-ajaran yang meragukan oleh Ishak Itam termasuk berita yang mengatakan kiamat akan berlaku pada tahun 1999.

Nah... nak buat macam mana? Silat Cekak menerima ancaman seperti Al Arqam.

Sejarah telah merakamkan bahawa Ishak Itam telah mengaku salah dan telah bertaubat di Jakim.

Namun beliau masih lagi menjalankan silat sehingga sekarang walaupun telah menyerahkan mandat tersebut kepada Md Radzi Hanafi. Timbul lagi isu mandat perguruan dalam senario ini.


Persoalan akan timbul. Apakah Md Radzi Hanafi akan menjalankan tugas sebagai guru utama walaupun Ishak Itam tidak menyerahkan mandat perguruan pada tahun 1993? Pada ketika itu, fahaman Ishak Itam sangat dipersoalkan!

Juga tiada siapa tahu dan tidak dapat disahkan bahawa Ishak Itam benar-benar telah mendapat mandat daripada Ustaz Hanafi!

Setahu kita, Ustaz Hanafi tidak menamakan penggantinya secara khusus.


Begitu juga dengan isu di mana Md Radzi Hanafi telah mendapat mandat untuk menjalankan silat daripada Ishak Itam.


Bila mana Ishak Itam masih menjalankan tugas itu sehingga hari ini maka persoalan guru Silat Cekak pada satu-satu masa hanya ada satu sahaja itu boleh dipertikaikan.

Sejarah telah merakamkan peristiwa ini. Apakah Silat Cekak dibawah era Ishak Itam mempunyai keberkatan? Apakah Silat Cekak dibawah era Pak Ya mempunyai keberkatan?

Begitu juga dengan Md Radzi Hanafi. Perbuatan melampau yang dilakukan beliau terhadap anak dara sunti sahabatnya itu adalah sesuatu yang tidak dapat diterima.

Guru Utama Silat Cekak tidak boleh melakukan perkara itu sebab dia adalah pemimpin Silat Cekak. Mana mungkin ada keberkatan jika perangainya begitu?

Bila ini telah ditentusahkan dan dihukum oleh persatuan, maka Md Radzi Hanafi mesti turun!

Namun akibat kedegilannya dan wujudnya kumpulan bermasalah serta sokongan keluarga maka celarulah Silat Cekak hingga ke saat ini.

MMT harus bersidang dengan segera untuk meleraikan kemelut ini kerana siasatan secara rasmi telah dilakukan oleh pihak polis setelah laporan polis dilakukan oleh keluarga mangsa.

Juga, berita gempar di Harian Metro pada 18 Oktober 2006 itu jtelah mengaibkan Silat Cekak.

Ya... memang nama silat tidak disebut. Begitu juga pada tahun 1999, nama silat juga tidak disebut.

MMT harus berani membuat keputusan demi menegakkan kebenaran untuk semua pihak.

Kita tidak perlu berselindung lagi kerana sekiranya MMT dalam mesyuaratnya pada 3 September 2006 itu melucutkan jawatan Md Radzi Hanafi sekali pun, pihak tertuduh dan keluarga yang menganggotai MMT tetap akan meletakkan jawatan pada ketika itu!

Ini kerana Md Radzi Hanafi telah berpatah arang! Tuduhan beliau kononnya orang-orang lama berkonspirasi untuk menjatuhkan beliau adalah satu fitnah besar!

Keangkuhan beliau yang mengatakan hanya dia dan Allah swt sahaja yang menentukan jawatan guru utama adalah satu fahaman yang sesat.

Silat Cekak tidak akan mendapat keberkatan guru yang telah menceroboh masuk ke dalam rumah sahabatnya itu dan mencabul anak gadis suntinya!

Keberkatan datang bersama kebenaran!

Dan kebenaran juga yang perlu ditegakkan selagi kita berpegang kepada tali Allah swt.

Ikut MMK, insyaallah selamat.

Mak Tam dan Sejarah Realiti

"Hajah Radziyah Binti Said atau lebih dikenali sebagai Mak Tam, isteri kepada YM Tuan Haji Ishak Bin Itam telah kembali ke rahmatullah pada pagi Jumaat 4 Februari 2011, Bukit Mertajam - sekitar jam 6.00 - 7.00 pagi (dalam tidur) dalam usia 78 tahun. Jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Berapit, Bukit Mertajam selepas solat Asar."

Semasa Arwah Mak Tam ada, banyak mulut yang mengkritik Mak Tam dengan macam-macam tuduhan. Antaranya ialah Pak Ak tidak akan cerita masa Mak Tam ada disamping, Pak Ak tidak mahu bukak mulut bila Mak Tam ada berhampir. Mak Tam antara yang menjadi spy Maidin, Mak Tam jadi penghalang antara murid dan guru, Mak Tam halau orang yang menziarah Pak Ak dan macam-macam lagilah tuduhan kepada Mak Tam.

Sekarang Mak Tam sudah tiada. Baru kita tahu bahawa kita sudah kehilangan seorang ibu yang tersayang. Baru kita tahu betapa pentingnya Mak Tam kepada Pak Ak sebagai seorang isteri yang bertanggungjawab mengurus hal rumah tangga, menjadi kawan dikala suka dan duka, menjadi penenang ketika gundah gulana, menjadi penyambung kata ketika putus bicara. Barulah kita tahu dan sedar peranan Mak Tam dalam kehidupan YM Pak Ak.

Mak Tam adalah penyimpan sejarah realiti yang telah dilupai.

Menurut sumber, katanya Mak Tam tahu siapa yang menipu dalam kemelut ini dan telah diperguna oleh pihak-pihak tertentu untuk mendapat apa yang dicita?

Benarkah begitu?

Monday 5 December 2011

PERJANJIAN SEBENAR

Demi Allah,

Aku,

Tidak akan derhaka kepada guru ku
Tidak akan derhaka kepada ibu ku
Tidak akan derhaka kepada bapa ku
Tidak boleh bergaduh sesama ahli silat ini
Tidak boleh mencaci segala rupa silat Melayu

Selagi hayat dikandung badan, perjanjian ini mengatasi segala perjanjian yang bertulis hitam putih yang diwajibkan untuk ditandatangani bagi sesiapa pun atas muka bumi ini bagi mengesahkan ikatan antara pihak yang berjanji.

Ini perjanjian yang hakiki tanpa sempadan.

"Ya Allah, kabulkanlah permintaan ku."

Sunday 4 December 2011

PERLEMBAGAAN SEBENAR

Tidak boleh derhaka kepada guru
Tidak boleh derhaka kepada ibu
Tidak boleh derhaka kepada bapa
Tidak boleh bergaduh sesama ahli
Tidak boleh mencaci silat Melayu yang asli

Perlembagaan ini mengatasi segala perlembagaan yang bertulis yang diwajibkan untuk penubuhan sebuah persatuan yang berdaftar atas tujuan undang-undang di Malaysia.

Ini perlembagaan yang hakiki tanpa sempadan.

AYAM PETUNJUK

Sebagai adat dan syarat sahaja, rahsia sang Guru. Tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada ayam. Mana boleh Ayam menjadi Tuhan. Manusia itu sifatnya dinamik, berubah atas pengalaman dan ilmu. Berkembang dari semasa ke semasa. Daripada bodoh menjadi tahu, daripada kecik menjadi besar, daripada lemah menjadi bertenaga daripada bertenaga menjadi layu. Usaha dan kapasiti setiap manusia itu berbeza. Kita tidak boleh mendahului Tuhan dalam setiap perkara. Banyak juga contoh jikalau hendak dibuat perbandingan terdapat kesilapan dalam perjalanan hidup seseorang itu. Kesilapan tetap berlaku. Ada masa sangkaan dan jangkaan kita meleset sama sekali. Tidak seperti yang kita jangka dan harapkan. Jika kita sedar perkara itu maka kita tahulah siapa diri, maka akan sentiasa muhasabah diri dan membataskan diri daripada menjadi fanatik tidak tentu hala.

Adakah Ustaz Hanafi dikecuali daripada berbuat kesilapan?

Inilah kejadian manusia.

KESIMPULAN PERTEMUAN DAN PERPISAHAN.

Sepanjang saya diamanahkan mengurus persatuan atau organisasi atau institusi, sifat dan sikap ahli yang saya pimpin adalah sangat saya titik beratkan. Merekalah yang akan menentukan sama ada usaha-usaha yang kita lakukan mencapai kejayaan atau pun tidak. Kita tidak boleh membuat kerja seorang diri. Kita sentiasa memerlukan bantuan. Sikap pengikut kita akan banyak mempengaruhi sokongan yang diberi. Sokongan itu pula akhirnya akan menentukan kejayaan yang dicapai itu besar atau setakat memadai sahaja. Oleh itu, kenalilah para ahli atau pengikut kita dengan sebaik-baiknya. Hal yang demikian akan memberi banyak faedah atas segala usaha yang kita lakukan.

Saya selalu tekankan betapa diri kita sendiri perlulah berada dalam suasana sentiasa positif, berilmu dan sentiasa memburu pengalaman dalam segala bidang kehidupan. Kitalah yang akan menentukan hala tuju diri kita sendiri. Sebarang kelemahan atau kelebihan yang ada pada diri kita, sepatutnya kita sendiri yang mengetahuinya secara terperinci. Pendapat orang lain hanyalah sebagai sandaran atau sempadan atau sebagai penimbang tara.

Ada yang berpendapat bahawa untuk mengetahui kelemahan atau kelebihan diri kita, perlu ditanya pada orang lain. Mungkin pendapat itu boleh kita bahaskan lagi. Cuba kita bayangkan sikap para pengikut kita seperti yang saya bincangkan di atas. Setiap para pengikut kita, ada sifat dan sikapnya yang tersendiri. Kalau kita tanyakan pada pengikut setia kita tentang diri kita, pastinya segala komennya adalah positif. Seolah-olah tidak ada langsung kelemahan pada diri kita. Kalau kita bertanyakan tentang diri kita pada pemimpin tak rasmi, mood mereka akan mempengaruhi pendapat mereka sendiri. Tatkala mereka menyokong kita, segala komen mereka adalah positif. Semuanya baik belaka. Namun begitu, tatkala hati perut mereka tidak baik, komen-komen yang dilemparkan adalah lebih banyak menjurus pada negatif.

Kalau kita bertanyakan pada kumpulan ahli yang majoriti dan bersifat biasa, jawapan mereka tidak akan menyakinkan kita. Mereka sendiri pun tidak yakin dengan buah fikiran yang dinyatakan. Manakala, jika kita bertanya pada kumpulan yang sentiasa bersifat menentang, maka komen-komen mereka pasti kesemuanya bersifat negatif. Tidak ada satupun yang baik pada sisi mereka. Hal yang demikian kerana itulah sifat mereka yang sentiasa memandang orang lain dengan sifat negatif.

Oleh itu, jika kita ingin mengetahui akan kelemahan atau kelebihan yang ada pada diri kita, maka kita sendirilah yang boleh menyatakannya. Berfikirlah seketika. Itulah sebab agaknya kita diseru supaya sentiasa muhasabah diri. Kita sendirilah yang sepatutnya mengetahui akan diri kita sendiri. Setiap hari kita akan memandang wajah kita. Sekurang-kurangnya tiga kali sewaktu sikat rambut di waktu pagi, tengah hari dan petang. Mungkin juga di waktu malam.

Walaupun kita gagal melukiskan kembali wajah kita, sekurang-kurangnya kita ada gambaran sendiri tentang wajah kita di kotak pemikiran kita sendiri. Maka fikirkanlah tentang kelebihan dan kelemahan yang ada pada diri kita dalam suasana merendah diri. Jangan meninggi diri. Insyaallah, kita akan dapat membuat kesimpulan tentang diri kita sendiri melalui ilmu dan pengalaman yang ada. Oleh itu, perbetullah diri kita sendiri. Mana-mana yang kurang, perbaiki. Mana-mana kelebihan, maka teruskan. Lebih baik kita bertanya tentang diri kita pada diri kita sendiri daripada bertanya pada orang lain.

Dalam konteks organisasi, jika ada orang lain ingin mengetahui tentang keberkesanan organisasi yang kita pimpin, sepatutnya mereka meletakkan kepercayaan pada diri kita sebagai pemimpin. Tidak perlu bertanyakan ahli untuk menentukan kepemimpinan kita di peringkat organisasi itu berkesan atau pun tidak. Saya berpengalaman dalam soal ini apabila ada pihak lain yang inginkan komen para ahli tentang keberkesanan kepimpinan saya. Kalau inginkan segala-galanya positif, maka para pengikut kumpulan pertama boleh dijadikan bahan rujukan. Tentunya hal yang demikian akan berbeza jika dirokemenkan kumpulan penentang. Kalau dirujuk pada kumpulan pemimpin tak rasmi, ikut keadaan. Manakala bagi kumpulan ramai atau kumpulan majoriti jawapan mereka hanya diperingkat pertengahan kerana mereka lebih banyak bersifat ’selamat’.

Dalam konteks persilatan kita, usaha-usaha mencungkil kepemimpinan di peringkat cawangan perlulah berhati-hati. Jangan mudah mempercayai kata-kata para ahli yang ada di setiap cawangan itu. Setiap ahli itu adalah mewakili setiap sifat kumpulan pengikut. Pendapat mereka pastinya tidak sama tentang kepimpinan persatuan. Tersilap pilih ahli untuk mendapatkan pendapat maka segala-galanya akan membawa suasana buruk dan negatif. Kalau itu dijadikan pegangan, maka rosaklah hubungan antara cawangan dengan pihak pusat.

Banyak cawangan yang dicap dengan pelbagai tohmahan, gara-gara mendapat maklumat yang salah dari mereka yang berada dalam kumpulan yang negatif. Kita tentunya ada pengalaman dalam yang demikian. Pihak kepimpinan pusat amat mudah membuat kesimpulan. Hinggakan ada para pemimpin cawangan yang dikatakan umpama raja yang mengongkong para ahlinya. Banyak lagi tohmahan dan andaian yang tidak tepat hingga akhirnya memberi sumbangan pada pepecahan ahli dalam persatuan kita yang gah pada satu masa yang lalu.

Kadang kala kita juga perlu berfikir dalam konteks diri kita pula sebagai pengikut. Di kumpulan manakah kita berada. Hal yang demikian adalah perlu kerana kesedaran tentangnya akan dapat mengubah sikap kita sendiri atau akan dapat membetulkan sebarang kesilapan yang kita lakukan. Kita sedia maklum bahawa setiap kumpulan itu ada sifat dan sikapnya tersendiri. Kefahaman tentangnya akan banyak membantu diri kita tatkala kita melakukan perbuatan muhasabah diri. Keputusan yang kita ambil akan lebih bersifat rasional dan patut.

Berdasarkan perbincangan di atas, memperlihatkan pada kita betapa pentingnya kita mengetahui akan sifat dan sikap para ahli yang menjadi pengikut kita sendiri. Merekalah yang akan menentukan hebat atau tidak persatuan yang kita pimpin. Malah sifat pengikut itu sendiri akan memberi sumbangan pada sifat kesetiaan atau sifat penentangan.

Malah, dalam persilatan kita sendiri, sifat dan sikap para ahli sangat dititikberatkan. Pemilihan ayam di waktu tamat dapat dijadikan satu rujukan setapa pentingnya mengetahui sifat dan sikap ahli. Setiap bahagian ayam yang dipilih, ada membawa petunjuknya yang tersendiri. Dikatakan hanya Guru Utama sahaja yang mengetahuinya. Namun, sekurang-kurangnya adat demikian akan dapat memberi petunjuk kepada guru tentang sifat dan sikap para ahli atau para pengikutnya supaya beliau lebih berhati-hati. Agaknya.

Walau bagaimanapun, saya perlu jelaskan di sini betapa Ustaz tidak pernah bergantung pengetahuan tentang ahli berdasarkan pemilihan bahagian ayam dalam adat petunjuk tersebut. Seperti yang pernah dinyatakan pada saya, itu sebabnya adat tersebut diletakkan pada pertengahan pelajaran dan bukannya pada pemulaan pelajaran. Ustaz tidak bergantung pada perbuatan demikian. Sesungguhnya, Ustaz mempunyai caranya yang tersendiri untuk mengenali sifat dan sikap para pengikutnya sendiri. Sekian tajuk ini.